Penukaran Nombor Talefon Mesir


27 September, Kaherah - Lembaga Pengawalseliaan Telekomunikasi Kebangsaan (NTRA) Mesir hari ini mengumumkan penukaran semua nombor telefon bimbit Mesir mulai 6 Oktober, Khamis minggu depan. Penukaran ini dibuat untuk memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit yang semakin meningkat. Statistik bulan Jun menunjukkan 76.43 juta rakyat Mesir menggunakan telefon bimbit, peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun lepas.

Penukaran ini bermakna semua nombor telefon bimbit akan memiliki 11 digit berbanding 10 digit sebelumnya.

vodafone-mobinil-etisalat

Berikut disenaraikan penukaran mengikut jenis operator:

Etisalat

Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 1, menjadi 011.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0152, akan ditukar nombor 5 kepada 1, menjadi 0112.

Mobinil

Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 2, menjadi 012.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0150, akan ditukar nombor 5 kepada 2, menjadi 0120.

Vodafone

Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 0, menjadi 010.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0151, akan ditukar nombor 5 kepada 0, menjadi 0101.

Sebagai contoh, nombor talian anda adalah 011-6535319 (Etisalat). Selepas pindaan ini dibuat, talian hotline anda akan menjadi 0111-6535319

Ketiga-tiga operator di atas diberi masa selama 4 bulan untuk mematuhi sepenuhnya keputusan ini. Sepanjang tempoh tersebut, pengguna telefon bimbit masih boleh menggunakan nombor lama atau terus menggunakan nombor yang telah dipinda.

Respon awal daripada pengguna telefon bimbit adalah rungutan terpaksa mengemaskini nombor-nombor dalam iPhone mereka atau mereka bakal mengalami kesulitan di kemudian hari untuk menghubungi sahabat dan saudara-mara terdekat.

-pmram

Sumber: Ahram Online


Category:

2 comments:

aleen aiden said...

mula2 bila baca nombor dari 10dgit tukar ke 11dgit.bunyi mcm byk je.skali bile kira nombor fon sndiri ade brape digit,baru prasan,ianye 10digit.hu3

faahim said...

yup, syarikat2 ni cuba samakan jumlah nombor... sbb sekrang ni dah semakin ramai penduduk mesir pakai hp, jadi no perlu di tambah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..