Kek Coklat


akhirnya berhasil gak kek yang sekian lama dibeli...
makan kek coklat dengan teh halia,
sambil borak2 sampai tersengeh-sengeh,
esok bermulanya puasa,
jangan lupa malam ni mula terawih.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Misk.”

Anti Semitik

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!

Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar berduri yang bernama "Anti-Semitik" yang telah berjaya mencederakan banyak mangsanya.


teringat kata pujangga arab :

" Apa ertinya Palestin?
Tanpa Masjid al-Aqsa dan tanpa al-quds
Palestin tanpa al-Quds
seperti jasad tanpa kepala."
Category: 0 comments

Apa Yang Famous Sangat Dengan KJ?

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Fening rasa kepala ni, apesallah Khairi A/L Jalaludin atau lebih biasa dengan gelaran si KJ ni benci sesangat dengan PMRAM. Sampai macam-macam cara diorang guna untuk memastikan kesatuan dan keutuhan PMRAM berjaya dilumpuhkan. Sedarlah duhai KJ, anda tidak akan mampu menghancurkan kesatuan kami melainkan itu sememangnya tetentuan dari Allah.

Tak nak kata, rasa nak kata, tapi bila kata rasa geram pun ada...

jom rujuk kat sini segala muslihat agak tidak bersih dari beliau.

dan jom ramai-ramai like page ni

Mohon pd semua buat solat hajat dan doakan utk kami, Slmtkan PMRAM n mahasiswa Mesir....
Selamatkan kesatuan yang kian lama dibina ini...
Category: 0 comments

Nafsu DEGIL Kepada Allah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Salam satu akidah semua, apa khabar semua??

Dalam asyik mengamit kenangan-kenangan lama, sambil tangan mengurai lembut lembaran-lembaran yang ana sedia bawa dari Malaysia. Terasa cukup istimewa setiap titipan dakwat yang tertera pada lembaran tersebut.

Mata ku tersasar pada buku catatan kecil yang sememangnya menjadi kewajipan kami untuk membawa ke mana-mana agar tidak tertinggal sebarang maklumat dan info semasa.

"Kita pelajar", mencatat adalah amalan yang agak sebati dengan diri sang fakir, dalam membelek-belek setiap lebaran dengan penuh rasa ta'jub dan teruja, mata ini cepat mengarah pada kalam Ustaz Engku Hasan ( lebih popular dengan nama Ust Ku ) dalam satu tazkirah beliau dalam majlis perhimpunan pagi. Cukup terkesan sekali kalam beliau.

Di naqalkan dari sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Jom kita puasa!!

Tingkatkan amal kita pada bulan tarbiyyah ini..



Apa Itu Zionisme

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Sebelum ini kita telah menguraikan tentang kekutan golongan Yahudi. Hari ini ana ingin berkongsi tentang Zionisme, Tahukah anda mengenainya?

Zion menjadi tempat suci sejak Nabi Daud a.s, yang juga seorang raja, menakluki Bukit Zion yang merupakan benteng pertahanan orang Yahudi daripada ancaman kaum Yabus. Nabi Daud a.s tinggal di benteng itu dan mereka menamakannya sebagai bandar Daud (Samuel 2 5:7-9). Zion lalu dikeramatkan oleh Yahudi sebagai tempat tinggal Tuhan, "Indahkanlah suaramu untul Tuhan yang menetap di Zion." (Mazmur 9 :11).

Zionisme ialah dasar atau gerakan kaum Yahudi yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin, iaitu di bukit Zion dan sekitarnya.

Kaum Yahudi menganggap Nabi Musa a.s sebagai pemimpin pertama kaum Zionis. Ironinya, Nabi Musa a.s tidak pernah menjejakkan kaki di sana.


Semangat Zionisme

Zionisme membangkitkan fanatik kebangsaaan ( keyahudian ) dan keagamaan denagn mempergunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan itu. Jelasnya, mereka berpegang kepada konsep "matlamat itu menghalalkan apa jua cara".

Zionisme menggunakan berbagai tipu helah untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan sama sekali penggunaan perkataan 'Palestin'. Mereka menggantikannya dengan perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah kaum Yahudi di negara itu. Justeru nama 'Israel' ditabalkan sebagai negara yang telah merek dirikan.

Oleh kerana Zionisme di Palestin identitinya ialah kekerasan, kezaliman dan kehancuran, kaum zionis menggunakan nama Israel untuk mengelabui dan mengelirukan orang ramai, bahawa negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Sementelah pula, Israel sendiri berasal ari dua perkataan iaitu isra bererti hamba dan ell bererti Allah, tetapi secara realitinya, tidak ada perbezaan sama sekali antara Israel dengan Zionisme.

Jelas Zionisme juga ialah satu fahaman perkauman,
hegemoni satu bangsa. Zionisme membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah.

Zionisme juga membawa maksud suatu fahaman pesimis yang percaya bahawa bukan Yahudi asalnya anti semistic dan orang Yahudi (Eropah) harus meninggalkan kampung halaman mereka dan berpindah ke negara Yahudi agar hidup sebagai manusia yang sempurna. Kongres pertama Zionis diadakan pada tahun 1897 M dan tahun 1907 di mana Organisasi Zionis Dunia telah memilih Palestin sebagai sasaran didirikan negara Yahudi.



hegemoni : pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.
anti-semestic : anti-Yahudi.



...:: tak kenal maka tak benci ::...

Category: 0 comments

Buku 7

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

  • Tajuk Buku : Palestin Tak Pernah Gentar
  • Penulis : Zulkifli Mohamad Al-bakri, Fatimah Syarha Mohd Noordin
  • Penerbit : Telaga Biru
  • Halaman : 200 mukasurat
  • Harga : rm20.00

Sedikit perkongsian buat kalian :

Pada akhirnya penulis menukilkan semangat waja yang dinyatakan oleh al-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam bukunya Jihad Syarat Kemengan Islam :

" Jika kami belum berjaya melakukan jihad di Palestin kerana ia dikawal ketat, jika kami saat ini dilarang untuk bertempur di bumi Masjid al-Aqsa, semua ini tidak akan melupakan kami untuk tetap memikirkan Palestin.

Fikiran kami tidak akan tenang sehingga kami dapat berjihad di Palestin. Jasad kami berada di Afghabustan dan ini kerana kewajipan di atas bahu kami. Namun, jiwa kami melayang-layang di Baitul Maqdis.

'masjid al-Aqsa kami, dikotori Yahudi.
Mereka tumbuh di sana tidak terperi.
Tipu muslihat milik Yahudi.
Kakitangan tidak berbapa mewarisi.'

Kami telah berjanji pada diri kami sendiri untuk tidak goyah daripada halangan rabbani ini. Yang akan menghubungkan antara Kabul dan Qud. Dengan izin Allah, kami akan tiba. Walaupun jarak pemisah masih jauh, memerlukan masa yang panjang dan jalan pun tidak lurus.

Kami terus terang di hadapan Yahudi dan sekutunya. Hanya ada satu jalan. JIHAD akan terus berlangsung. Para pemuda akan terus bangkit, insya Allah.

'Wahai Quds, kami pulang!
Untuk tuhan sekalian alam.
Kerana agama kita menghancurkannya.
Meraih kemengan gemilang dan terbilang.'

Rombongan ini akan tetap berjalan, bahkan telah bersumpah di hadapan Allah, untuk menempuh jalan yang pasti mengundang kecederaan dan disirami darah. Meraka hanya tunduk kepada Allah dan berdoa kepada-Nya agar diteguhkan hati dan ditetap kaki pada jalan perjuangan, agar mereka diberi kemengan.

Jom baca, terima kasih kepada penulis kerana berjaya mengupas isu ini dengan baik.
Di sertakan bersama fatwa ulama mengenai hukum mereka yang bertindak berani mati.



….Cuma minatku pada membaca….




Nadwah Siyasah Syar'iyyah


Assalamualaikum....
Program : Nadwah Siyasah Syar'iyyah | Tarikh : 25 & 26 Julai 2011 | Hari : Isnin & Selasa | Tempat : Dewan Darul Iman | Tema : "Mendepani Arus Pemikiran Mahasiswa Islam".Pendaftaran | Ikhwah : Waliyuddin b. Johari [+20143049654] | Tarikh tutup pendaftaran : 23 Julai 2011 pada jam 12.00 tengah malam.[Anjuran : Biro dan Unit Akademik KPT Mesir 2010/2011]
maklumat lanjut di laman KPT

dari pembentang-pembentang yang hebat, insya Allah.. Jom sertai!!
Category: 0 comments

7 Sunnah Rasullullah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan oleh sekelian muslimin-muslimat ialah :

1. Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)

2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

3. Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

4. Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

5. Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

6. Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)


Wa Allahu a'lam.

Tahniah kepada mereka

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Graduasi Mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah yang diadakan di Dewan Al-Azhar Confrence Centre (ACC).

Ianya diadakan adalah bertujuan meraikan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah Al-Azhar yang telah berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan baru-baru ini.
Majlis graduasi tersebut yang dihadiri oleh Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib yang juga merupakan perasmi bagi majlis graduasi tersebut. Turut hadir bersama adalah Syeikh Muhammad Ibrahim dan para masyaikh Al-Azhar yang lain.

Pihak KPT Mesir merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa Terengganu Mesir yang kesemuanya telah berjaya di dalam graduasi tersebut. Seorang mahasiswa Terengganu, Ahmad Ashbahani bin Abu Bakar telah dinobatkan sebagai mahasiswa ketiga terbaik Al-Azhar di dalam peperiksaan baru-baru ini.

Selain itu juga, mahasiswa Terengganu tidak ketinggalan untuk membuat persembahan pada majlis graduasi tersebut dihadapan para tetamu jemputan yang terdiri daripada Syeikhul Azhar dan para masyaikh yang lain.
Sebagai tanda penghargaan, pihak KPT Mesir telah meraikan kejayaan mahasiswa tersebut di dalam majlis Malam Mahabbah KPT yang diadakan baru-baru ini.

Pihak KPT Mesir yang diwakili oleh Ketu Biro Akademik, Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani turut menghadiri majlis tersebut sebagai tanda penghargaan pihak KPT Mesir terhadap kejayaan tersebut.
“Ini menunjukkan mahasiswa Terengganu bukan sahaja berjaya di peringkat mahasiswa Malaysia di dalam bidang akademik, malahan ia juga diiktiraf di peringkat Al-Azhar” ujar saudara Zahani ketika ditemui.

sumber asal dari laman KPT
p/s : maaf banyak-banyak kerana tiada sebarang perkongsian dalam masa terdekat ini. Duk kat kota cairo. Jadi nak online agak terhad skit la berbanding dengan rumah sendiri..

Category: 0 comments

Al-quran Ada Jawapan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya...


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab:
"Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?" Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
Surah al-Ankabut: Ayat 2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah: Ayat 216

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah al-Baqarah: Ayat 286

Kita bertanya: Kenapa mesti frust?
Al-Quran menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah al-Imran: Ayat 139

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
Surah al-Baqarah: Ayat 45

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
Surah at-Taubah: Ayat 129

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
Surah at-Taubah: Ayat 111


Kita berkata: Aku dah tak tahan!!!
Al-Quran menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf: Ayat 87

Kita berkata: Sampai bila aku merana sebegini?
Al-Quran menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Surah al-Insyirah: Ayat 5-6


Wa Allahu a'lam.


Perjalanan ke Cairo....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Perjalanan ke kaherah (ibu negara mesir) adalah sesuatu yang memenatkan, tambahan pula udara panas membahang bak ayam panggang di dalam ketuhar saja.

masak!!

seperti biasa, ana lebih seronok memulakan perjalanan ke kaherah di awal pagi, ini kerana setibanya di kota seribu menara tepat jam 12 tengahari, bukan sebab panas tapi kerana pada waktu itu kenderaan untuk ke hayyu asyir lebih mudah dan cepat.

bertepatan dengan hadis rasulullah salla Allahu alaihi wasalam :

"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan kebutuhan-kebutuhanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barokah dan keberuntungan. "(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)

"Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar). (HR. Ahmad)



alhamdulillah, seperti yang dirancang perjalanan seawal 8pagi-4petang membuahkan hasil, ana tiba di destinasi pertama, iaitu rumah abang ana di hayyu asyir.

Untuk makluman umum, antara pengangkutan umum yang biasa menjadi pilihan warga Dumyat untuk ke kaherah adalah :
  1. Bas - agak jauh dari tempat tinggal kami, lebih kurang 45minit untuk ke perhentian bas, tetapi perjalanan lebih selesa dan terjamin, insya Allah. Perkhidmatan bermula seawal 7pagi sehingga 7malam, akan bertolak setiap satu jam. Memakan masa 5-6jam perjalanan.
  2. Tremko (van) - naik tremko sedikit meletihkan, ini kerana kami terpaksa turun naik tremko lebih kurang 5-6 kali. Cuma sedikit kelebihannya ialah menjimatkan masa, kebiasannya menaiki tremko memakan masa dalam 3jam-4jam sahaja.
  3. Keretapi - perjalanan yang mungkin kurang selesa dengan pewangi yang sememangnya tidak digemari rakyat Malaysia, dan antara kekurangan menaiki keretapi adalah memakan masa yang agak panjang, lebih kurang 6-7jam, cuma kelebihan yang tiada pada pengangkutan lain ialah tambangnya yang agak murah.
Persamaan yang ada pada ketiga-tiga pengangkutan ini ialah KUANTITI KELETIHAN yang terhasil selepas sampai di Kota Seribu menara.

Setiap dari kenderaan tersebut memiliki kelebihan yang tersendiri, jadi pandai-pandailah membuat pilihan mana sesuai dengan keadaan dan ekonomi anda.

Sedikit renungan buat anda hari ini,Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wa Allahu a'lam.

Perancangan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Cuti datang lagi dan lagi....

Perancangan perlu la ada, baru hidup bermatlamat dan berwawasan..

Tengok saja pada sejarah nabi Muhammad salla Allahu alahi wasalam. Perancangan baginda cukup teratur ketika berlangsungnya penghijrahan baginda dan para sahabat ke kota Madinah munawwarah. Andai tanpa perancangan yang teratur sudah pasti mereka gagal berhijrah dek kerana kaum Quraisy sentiasa menghalang mereka keluar dari kota Mekah. Kebijaksanaan baginda dalam mengatur stategi seperti hijrah dilakukan pada waktu malam sahaja, pada siangnya mereka mesti la hidup seperti biasa, serta hijrah rasulullah salla Allahu alaihi wasalam antara golongan terakhir adalah sebahagian dari strategi..

so..

Jom lakukan perancangan, jangan rugikan masa cuti anda. 4bulan tau!!...


Antara cadangan yang ana terima :
  1. duk je kat Cairo, g kelas kat sana (sangat susah, sapa nak jaga ikan kat umah??)
  2. terus tinggal di Dumyat, jalani kehidupan biasa ( dipertimbangkan)
  3. terjemah kitab (huhuhu.... terlalu dasyat)
  4. baca buku (sudah semestinya, sememangnya hobiku)
  5. Libatkan diri dengan persatuan (ermmm.....)
  6. langsingkan badan... (akan dicuba... mungkin sbb dah berisi sangat kot..)
  7. melancong.. (ekonomi tak stabil ler )
  8. ambik tiket terbang ke Malaysia (tidak!!!...)
  9. KAWIN...... (belom masanya lagi.... tggu samapi Phd dulu..)
  10. ini saje yang dapat setelah seharian meminta pandangan rakan2. terima kasih semua yang menyumbang cadangan2 yang bernas ini...
Justifikasinya, aku bersamamu DUMYAT...

hanya minatku pada membaca.....

post dlm mood suka2....

Buku 6

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


  • Tajuk Buku : Risalah Ta'alim
  • Penulis : Muhammad Abdullah al-Khatib
  • Penterjemah : Mohd Nizam bin Mohd Ali
  • Penerbit : Dewan Pustaka Fajar
  • Halaman : 424 mukasurat
  • Harga : rm29.00


Tak salah andai buku ini dijadikan bahan bacaan anda.

Para aktivis gerakan Islam sudah sedia maklum tentang Risalah Taalim yang menjadi garisan gerak kerja amali harakah islamiyyah, yang dibangunkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Syeikh Abdullah Al-Khatib mensyarahkan dengan terperinci mengenai Usul Isyrin (Prinsip 20) dan rukun bai'ah, iaitulah kandungan Risalah Taalim yang perlu difahami sebenar-benarnya. Imam As-Syahid mengasaskan sebuah harakah Islamiyyah di atas dasar-dasarnya, lalu berkembang sehingga ke melebihi 80 buah negara.


TAJUK-TAJUK USUL 20 (Rukun pertama - faham )

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.


dan banyak lagi, beli dan baca.....

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka) Al-Ahzab : 39



….Cuma minatku pada membaca….


Category: 0 comments

Kekuatan Yahudi

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
bagkitlah dari tidur mu.


Pernah anda mendengar nama-nama seperti Albert Einstein (saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai manusia paling bijak abad ini), Sigmund, Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Sudah tentu pernah bukan??
yer, dengar masa dalam kelas....

Baik, mungkin juga anda pernah dengar nama-nama berikut..

  1. Banjamin Rubin - memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
  2. Johas Salk - menghasilakn vaksin polio yang pertama.
  3. Gertrude Elion- menghasilakn ubat melawan leukemia.
  4. Baruch Blumberg - mencipta vaksin Hepatetis B.
  5. Stanley Menor - mencipta mikrocip pertama.
  6. dan banyak lagi... pernah dengar nama2 mereka??

Mungkin ada yang mengatakan tidak. Mari kita tengok jenama terkaya didunia.

  1. Polo - Ralph Lauren.
  2. Oracle - Larry Ellison.
  3. Google - Sergey Brin.
  4. Dell - Michael Dell
  5. Dkny - Donna Karan
  6. Levis - Levis's Strauss
  7. Starbuck's - Howard Schultz.
  8. dan banyak lagi, mereka antara saudagar terkaya di dunia. anda tahu??

Anda juga perlu tahu nama-nama berikut:
  1. wolf Blitzer - CNN
  2. Barbara Malters - ABC News
  3. mereka adalah dermawan paling terkemuka.

anda kenal nama-nama diatas??

hohoho, ada yang kata tidak. Mereka adalah YAHUDI laknatu Allah.

Hebat bukan, mereka cukup hebat dalam semua hal (kecuali agama dan akidah)
orang Yahudi apabila dinisbahkan dengan penduduk Islam dunia adalah 1 : 100
tapi mereka dapat mengatasi jauh diatas ratusan orang Islam.


APA punca Kekuatan mereka??

Jawapannya jelas, mereka mengutamakan pendidikan.

Baca baik-baik kenyataan ini :
Sejumlah 57 negara yang menyertai OIC, iaitu pertubuhan terbesar Islam, dan jika dicampur kesemuanya cuma kira-kira 500 nuah universiti, atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5 758 buah universiti dan India pula 8407 buah.

Pada tahun 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian berhubung " Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia" dan umat Islam terpaksa menelan pahit kenyataan bahawa, tiada satu pun universiti negara Islam yang berada pada kedudukan 500 teratas.

Lebih parah lagi apabila kita melihat kepada mereka peratus celik huruf pada negara membangun bukan Islam mencapai 90-100% celik huruf, manakala negara Islam hanya mencapai tahap 40% sahaja.


Masya Allah, jauh sekali bezanya!!

Bagaimana kita hendak mengatasi mereka sedangkan mereka terlalu hebat dalam segenap ilmu.
Lebih memalukan umat Islam apabila kini universiti-universiti barat tidak lagi menggunakan tenaga pengajar Islam untuk mengajar ujusan agama Islam di Universiti mereka. Ini kerana tahap pemahaman umat Islam terhadapa agamanya sendiri terlalu lemah. tak tercabarkah anda??

kalau tak... anda bukan tak layak digelar muslim...
Ayuh muslim, tingkatkan kualiti pembelajaran mu...


...:: Anda adalah pejuang-pejuang masa depan ::...
Category: 1 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..