MemoriRraya di Perantauan



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
كل عام وأنتم بخير
memori raya di perantauan....

2008 - excited gile raya kat bumi orang, sama rakan2 di cairo city, semangat pakai baju raya hangat2 bawa dr masia, time org duk takbir raya, kita duk sibuk basuh muka.. rasa panas2 je kat muka ni... lps tu berebut2 tepon masia... rindu la kot =)

2009 - masih juga giran2 raya diperantauan, tp kali ni raya kat dumyat.... kurang skit meriahnye dr raya di bumi cairo... balik je solat raya, singgah beberapa umoh... than balik umoh terus guling2... tak tau lg nok buat ape.... ada je yg layan movie raya.. ada juga yg sembng2 raya dgn ahli bait.. kongsi rasa....


2010 - sambut kat dumyat je... kehangatan raya, semakin hambar... ah.. raya semacam tenggelam bersama2 dgn sepi warga egyption.... seakan dirampas terus...

2011 - tak sangka, kali ke4 beraya diperantauan, huhu.. untuk thn ke 4 beraya diperantauan, beli la baju raya thn ni.. jubah je pon... harap2 hangatkn pagi raya, rupe2nye dgn baju2 raya tu buat guling2 leps solat raya.... dumyt terus menjadi saksi....

2012 - oooh, masih daku di sini.... pengorbann yg tak biasa di ungkapkn dgn kalam, hanya diri kalbu yg tahu rasa gumbira beraya diperantaua.... dengar raya pon rasa nok termuntah dah.. tak lalu.... hikmah dipentauan...
~hargai ramadhn, raya tu takyah la sambut....huhu~

~ramadhan sudah siap packing nak tinggalkan kita, terkedu rasa....
banyk mana amal ku kali ini.... ada Sang rahmat menerima ibadah sekelumit cuma itu?? taqobbala Allahu minna waminkum taqobbal ya karim....~

semoga ramadhan meninggalkan bekas yg baik pada diri kita..



mcm biasa la, adat dan adab bila tiba je ari raya....

~mintak maap la semua sbb anakda tak dapat beraya bersama ayahda n bonda, abg zahid dan k. aisyh , k.idah m abg pie, abg lim n k. syidah..
tak lupa, adinda amid n si mintol halimatuss sa' diah..

anak beranok hok lain...
pok sedara2, mok2 sedara.. sepupu sepapat. dan lain2 lg....

kpd syekh2 azhari semestinya, guru2 di SMAASZA , guru2 di SMASZAL , dan juga SKRB...

sahabat2 handai yg tak jemu2 jadi sahabat... buat musuh2 juga yg tak boring2 jadi musuh, mohon maap la kot2 terasa sepanjang kita berkenln...

dan kepada siapa saja yg mengenali secara sengaja, tidak sengaja, atau juga tidak mengenali tp ada buat salah dan silap dr ambe...
ambe mintak maap banyak2..  
 
 

تقبل الله منا منكم صالح الأعمال
 
 

Syukr ya Allah


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... 
 
semua pakat2 buat status...
jadi sy juga nok buat status la...

syukur pd sang pencipta pertama2... junjungan mulia salla Allahu alaihi wasalam...
dan seterusnya sahabat dan keluarga baginda.... juga masyaikh2 el-azhari..

dengan ini segala persoalan mengenai natijah mahasiswa thn3 new damietta city telah terjawab hari ni... alhamdulillah... alhamdulillah.... alhamdulillah...

pulun tahun pak (empat) lok lake... =)
tak lupa juga ucapan terima kasih beribu2 kepada kedua ibu bapa,
abang, kakak, adik..
sahabat handai, sahabat tak handai..
untuk doa yang tak putus2 buat kami..


 

Mengenali Haid

v 
Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Menelaah mengenai haid memang agak mencabar bagi seseorang yang bernama lelaki.
memdalami dan memahami sesuatu yang kita tidak miliki. Ini hanya ringkasan dari sedikitnya bacaan untuk tatapan umum.. semoga mendapat manfaat..


  • Taarif haid dari segi :
  1. bahasa : mengalir .
  2. Syara’ : darah semula jadi yang keluar dari dalam rahim perempuan melalui jalan yang sihat.
~haid ialah darah yang keluar dari wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia adalah darah fitrah yang keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.~
 
  • Tempoh haid :
  1. Paling singkat : sehari semalam (24jam).
  2. Paling lama: 15 hari bersama malamnya.
  3. Kebiasaan : 6 – 7 hari dengan malamnya.
 
  • Tempoh suci :
  1. Paling singkat : 15 hari bersama malamnya.
  2. Paling lama : tiada had.
  3. Kebiasaan : 23 – 24 hari dengan malamnya. 
   
~ Dan menjadi kebiasaan dalam sebulan seseorang wanita tidak sunyi dari keluar haid.
Contohnya :
Sedandainya haid seseorang itu keluar dalam tempoh 6 hari, maka hari sucinya selama 24 hari (mengikut kiraan qomari)
 Untuk lebih jelas kita perhatikan jadual dibawah :
5 hari
7 hari
18 hari
5 hari
7 hari
18 hari
Suci
haid
suci
suci
haid
suci
Bulan pertama
Bulan kedua
 ~Jadi, kiraan hari suci : 18 hari suci bulan pertama + 5 hari suci bulan kedua = 23 hari suci di antara 2haid.
 
  • Had umur dikira haid : menghampiri 9 tahun qomariah :
    ~ maksud “qomariah” : dengan bulan arab.
    ~maksud “menghampiri” : apabila melihat darah sebelum sampai 9 tahun qomariah, dengan syarat tempoh “tidak melampaui jumlah hari haid dan jumlah hari suci” maka ini dinamakan haid.
    Kiraan tempoh yang “melampaui” = (sekurang-kurang haid) + (sekurang-kurang suci)
        = sehari semalam + 15 hari dengan malamnya = 16 hari dengan malamnya.
    ~maka tempoh yang tidak melampaui haid dan suci adalah kurang dari 16 hari.


    Contoh :

    Seorang perempuan akan sampai umur (baligh) 9 tahun pada 20 muharram (baligh mengikut kiraan umur), dan dia melihat darah sebelum sampai 20 muharram.

    1. Apabila melihat darah, sesungguhnya baki  hari baligh 16 hari atau lebih, darah ini dikira fasad (darah penyakit) dan bukan darah haid.
    2. Apabila melihat darah, sesungguhnya baki hari baligh kurang dari 16 hari, darah ini dikira haid dan dia dikira sudah baligh.
    3. Apabila melihat darah sebelum hari baligh sebanyak 18 hari, darah tersebut berpanjangan selama 5 hari – yakni : sehinggakan baki hari untuk baligh menjadi 13 hari.
    ~hukum :    
    • darah 2 hari awal dikira sebagai darah fasad (penyakit), kerana belum mencukupi 16 hari untuk menganjak usia baligh.
    • Manakala 3 hari lagi dikira sebagai haid, kerana berada dalam lingkungan 16 hari sebelum usia baligh.

  wa' Allahu a'lam.

  terjemaahan dan rujukan dari kitab "takrirat sadidah fi masaail mufidah".
mohon tunjuk ajar dari pembaca andai ada kesilapan dalam terjemahan pemahaman insan kerdil ini..

Category: 2 comments

Jawi

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
 satu usaha yang cukup bagus dari saudara 'Emit' Ahmad Nazri Mahmood
 jom hidupkan bahasa jawi..
 

Satu Panggilan



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

 renungan sedetik....


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.


Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..