Solat Kapal Terbang

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Mengisi masa luang, sememangnya suatu keperluan selaku seorang pelajar. 
Benarlah kata orang tua-tua:
"membaca menjadikan kita banyak tidak tahu"
How to fix it?

"keep reading"

_____________________________________________

Teringat kisah ketika kami diarahkan untuk pulang (secara rela atau tidak) dari Mesir ke Malaysia.

Ketika mana kami berada di dalam kapal terbang menuju ke Malaysia. Seorang kak pramugari datang menghampiri tandas pesawat lalu mulut comelnye berkata :

"ah, macam pak cik, makcik aji jer diaorng ni...!!"
Ye, saya berpendapat seperti kak pramugari (maap, bukan berpihak sebab kak tu cantik, tapi kerana sepatutnya pelajar agama lebih bijak mendepani masalah yang berlaku)

Sebetulnya Islam tidak sesekali mendesak kita untuk bertindak sukar sebegitu.. sehinggakan pramugari tersebut melihat sukar pada ISLAM. Ini semua kerana kita gagal menunjukan ISLAM itu baik dimata mereka.

Bertambah masalah, bilamana sesetengahnya mula mencari tempat solat. Ye la, nok solatkan perlu berdiri... 

ayoyo, mana nak cari tempat solat dalam kapal terbang bersaiz biasa seperti itu. Jadi ada yang mengambil jalan mudah dengan menunaikan solat di tengah-tengah laluan dan di tepi  tandas, menjadikan laluan yang sedia sempit semakin sesak. adoi.
__________________________________
Situasi diatas biasa  bagi yang biasa menaiki kapal terbang... dan mungkn anda salah seorang daripanya?

jom baiki, dan mudahkan cara yang sememangnya mudah. Ulama telah berbincang panjang lebar mengenai permasalahan ini.

Islam telah menetapkan jalan yang mudah (bukan bermakna diringan-ringankan) tapi Islam telah memberi jalan dalam setiap situasi.

Ini kerana, air di dalam pesawat adalah terhad dan mengambil wuduk dalam pesawat boleh membawa masalah tertentu (spt kawasan wuduk terlalu kecil dan tinggi boleh menyebabkan kemalangan). 

so, apa tindakan kita?

-hukum solat tetap kekal pada "wajib" kerana solat hukumnya wajib sekalipun dengan hati.

caranya:

1-solatlah untuk menghormati waktu
2-tidak membaca ayat alquran melainkan al-fatihah (sekalipun, anda dalam keadaan berjunub)
3-tidak boleh berimam dan bermakmum
4-wajib menqoda kembali solat

(taqrirat sadidah-156)

Adakah perlu berdiri ?
- tidak perlu, solat saja ditempat anda duduk.

Perlu menghadap kiblat?
-tidak perlu, jika tidak tahu, atau kiblat bertentangan dengan tempat duduk anda.
-tetapi, seandainya tempat duduk anda mengarah kearah kiblat, maka diwajarkan ke arah kiblat ketika mengangkat takbir pertama.

Waktu untuk tunaikan?
-tunaikan solat dalam waktu tempatan, dengan makna melihat kepada negara yang berada dibawah kita ketika itu.
-ketika inilah, gunakan ilmu-ilmu yang dipelajari untuk mengetahui waktu masuk solat melalui alam (seperti : waktu subuh masuk apabila terbit fajar sadiq, tengok pada langit ketika itu...)
-andai ada halangan (seperti halangan awan tebal atau mendung) andaikan waktu masuk solat tersebut.
-lagi baik, andai anda bertanya terus kepada pramugari atau pramugara yang dalam dalam kapal terbang tersebut.


Wa ALLAHu a'lam


Semoga membantu
~ saya budak masih belajar .~


Cara Potong Kuku

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Duk selak-selak lembaran kitab tadi, terjumpa sesuatu yang agak baru. boleh dikongsi buat tatapan bersama.
Melihat kepada kebiasaan, kita hanya memandang biasa pada perkara ini. Sedangkan ulama, telah berbincang dan mencatat butiran pencarian mereka di dalam kitab-kitab mereka. Pasti, catatan mereka berdasarkan ilmu.

Berikut turutan yang telah disusun. Moga mudah dihadam dalam ingatan.

Cara pertama : cara ini di catat oleh imam Ghazali rahimahu ALLAH. 


Cara kedua : dicatat oleh imam Nawawi rahimahu ALLAH.


Cara ketiga : cara lain yang di catat.

nampak beza tak??  (harap jelas)

Sunnah mendahulukan yang sebelah kanan sebelum sebelah kiri. Timbul perbezaan pada susuan sahaja.

-Cara yang sama juga digunakan untuk memotong kuku jari kaki.
-Disunatkan memotong pada hari Isnin, Khamis, dan pagi hari Jumaat.
-Selepas memotong, disunatkan membasuh jari.

semoga ALLAH mengira ini, sebagai kebaikan.

Wa ALLAHu a'lam


rujuk kitab taqrirat sadidah.


Membantukah?

   Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
 
Saya merenung tajam kearah kanak-kanak Syiria yang berkejaran sesama mereka. Bumi mereka kini basah dengan darah syuhada'. Luaran kelihatan gembira, yang pasti mereka yang tahu. Bagaimana rasanya. Sekarang mereka menguasai beberapa kawasan perumahan kami. Kadang-kadang dah rasa macam duk kat Syiria pulak.. dialek yang begitu lembut kadang-kadang mengundang perhatian ramai warga mesir. Kecantikan?? jangan cerita la.. meremang bulu roma, lebih-lebih kami yang masih bujang.. tergangu..

Cuma, saya agak terkilan dengan status beberapa orang rakan laman muka buku. Mereka mewar-warkan :

siapa yang mahu mengahwini wanita Syiria, muda (berumur 15-25) 
sila dail sifulan sifulan xxx-xxxxx
murah, hanya RM 100
adakah HARUS begini? seperti menjual lagaknye... maap

sy tetap kurang setuju dengan cara menyebarkan beberapa orang teman, mengenai pernikahan dengan wanita syiria.. kelihatan disana spt berjual beli...
sedangkan rasulullah menegah perbuatan tersebut...

dan kenapa di fokuskan kepada yg muda2???
sedangkan kalau menikah dgn mak dia orang lagi baik, dapat jaga semua anak2 dia sekali... apa alasan kita nak kawin dgn yg muda, sedangkn yg berusia dibiarkan melarat ditepi jalan....

membantu bukan hanya dengan menikah... mcm gila seks pulak tengok orang islam, LAGAKnya.. maap kasar..

cuba la kumpul duit beli mereka syaqoh, makan minum dan lain..
juga dipanggil membantu...
andai nak kawin juga... silakan...
tapi, mak, ayah dan juga adik beradik dia... ambil sekali... saya pasti setuju..
sedar wahai ikhwah, kalau baca quran pun terketaq-ketaq, nanti bini syiria tegur. "di.. laisa minal quran". adoi kan dah terkantoi.. kene pulak tak faham apa yang bini sendiri kata.. malu kot.. 
maap..
 TOLONG hentikan, andai anda benar2 prihatin...
 
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..