Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


maksud:
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung kepadaMu daripada kejahatan mereka,
Ya Allah, leburkanlah kumpulan mereka,
Pecah-belahkan dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkanlah pendirian mereka,
Hantarkanlah Anjing-Anjing Mu kepada mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan tentera al-ahzab,
Kalahkanlah mereka, Kalahkanlah mereka, Kalahkanlah mereka,
Dan menangkanlah kami ke atas mereka..





_______________________________________________________




Bacaan Qunut merujuk kepada doa 
yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafie selain qunut dalam solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadhan dalam Solat Sunat Witir.Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
  
Tatacara bacaan Qunut Nazilah

  • Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
  • Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
  • Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
  • Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.


Lafaz doa qunut nazilah

 

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
 
wa Allahu a'lam.

Category:

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..