Masa Tetap Berlalu

Bismillahirahmanirahim.


Syukur kehadrat Sang pencipta yang tak pernah henti-henti menyebarkan rahmatnya kepada sekalian makhluknya, dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi kita Muhammad solla Allahu alaihi wasalam beserta keluarga baginda rahmatu Allahu alaihim. Aamin..

Bagaimana iman kita hari ini???

Tepuk dada kuat-kuat, banyakkan beristirfar kepada Allah, semoga hati kita terus dijaga dan ditetapkan pada jalanya.

Tiada susunan ayat seindah Alquran, tiada bicara seindah kalam mulia hadis-hadis rasulullullah salla Allahu alaihi wasalam. Dalam kekangan masa yang tidak pernah menampakkan kecukupan kepada setiap insan untuk Tuhannya, wajarlah kita sentiasa berwasapada agar setiap detik yang berlalu tidak disia-siakan tanpa sebarang pengisian yang dikira baik oleh Allah taala. Teringat pada sebuat pesanan baginda salla Allahu alaihi wasalam :

“Bekerjalah untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati di esok hari!” 

Oleh sebab itu wajarlah Saidina Abu bakar berdoa seperti berikut :
“ Ya Allah! Jangan biarkan kami dalam kesesatan. Dan jangan ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.” Aamin..

Saudara seakidah ku, kalian pasti sudah terbiasa dengan ungkapan “masa kian mencemburui kita” pernah bukan? Pada dasarnya mungkin ada benarnya, tapi dalam masa yang sama kita telah menipu diri sendiri. Yer, ungkapan ini hanyalah sebuah lafaz pelepas diri, orang-orang melayu begitu suka mempersalahkan persekitaranya dari melihat keabaikan diri meraka terlebih dahulu, bagai kuman mati diseberang nampak, gajah didepan mata tak nampak.
Sebenarnya, kita yang alpa dan lalai dalam menghargai segenap masa yang Allah peruntukkan kepda sekalian insan untuk beribadah kepadanya. Masa tidak pernah lebih dan kurang, 24 jam satu hari, tujuh hari dalam satu minggu, 30 hari dalam sebulan, 360 hari dalam setahun, tak pernah berubah bukan?? Kita merasakan masa berlalu dengan pantas kerana dalam satu hari kita hanya mempertuntukan beberapa jam sahaja untuk bekerja dan beribadah, lebihnya kita penuhi dengan noda-noda, tidak pun dengan hiburan yang takpernah berkesudahan banyaknya.. masya Allah. 

Di dalam kitab Ihya’, Imam Ghazali ada menyebut, semua masa terbahagi kedapa tiga:    
  • Masa yang berlalu, seorang hamba jangan mengeji. Biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan ataupun kesenangan (ujian)
  • Masa akan datang belum kunjung tiba. Tidak seorang hambapun mengetahui, apakah dia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorangpun tahu qada’ Allah taala.
  • Masa sekarang. Perlu seseorang itu berusaha dengan sedaya mungkin, mengingati Allah taala kerana jika masa berikutnya tidak kunjung tiba, maka dia tidak dihinggapi rasa kecewa.

Setiap detik yang berlalu perlulah dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Bagaimana caranya? Sama-sama kita merungkai dari apa yang kalian sendiri sedia maklum cuma kurang ambil tahu dan mungkin juga belum ada kesedaran. Cara yang telah disarankan oleh doktor Yusuf Qordhawi :
  • 1.       Menjaga masa dengan sebaiknya.
  • 2.       Elakkan dari pembaziran masa.
  • 3.       Mengisi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah
  • 4.       Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
  • 5.       Jadikan setiap masa lalu sebagai pengajaran.
  • 6.       Pastikan ada jadual waktu yang sistematik.
Sabda Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam:
Dua nikmat diantara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang

Gunalah masa kalian sebaiknya…

Wa Allahu a’lam.


ziarah2 Halaqah Maya




Mandi Wajib


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Apa khabar iman kalian hari ini?
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...


Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.

DALIL :

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :




wajib:
  • Niat.
  • Meratakan air ke seluruh badan.
sunat:
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.



Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..

  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya. cuma digalakkan, agar air mudah rata ke segenap lipatan.
  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.

  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
-Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.
  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.
  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.

  • Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Tetap sah mandi wajib, dan tidak perlu diniat dari awal.
  • Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
-yer, ada ulama yang menggunakan kaedah, dengan kita mengangkat yang besar maka yang kecil akan terangkat sekali, dengan makna, setelah kita selesai mandi wajib (mengangkat hadas besar) kita tidak perlu lagi mengambil wuduk, melainkan kita telah melakukan perkara-perkara yang membatalkanya. waAllahu a'lam.


  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.
  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.
  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.
  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.
  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.
  • Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.
  • Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.
  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..
  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam
  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.


Wa Allahu a'lam..

Kaji balik mandi wajib kita yok!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..