seronok la pulok duk kat misr....


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad sallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Ya Allah....
seronok la pulok duk kat misr....!!!! huhuhu....
sampai juga akhirnya di bumi dumyat ni...

yer la, 1 minggu lebih ana berada di kaherah atau warga mesir panggil misr...
mula2 meraikan hari keluarga BKAN terengganu (walaupun tak masuk program mane pun... huhuhu...),
selepas itu ikut kelas syekh nuruddin dan kelas2 yang begitu rancak berjalan disana.....
masya Allah tabaroka Allah...
hebat sekali!!!
sehingga hampir2 lupa menginap di rumah orang.... huhhuhu..
asif jiddan2..... sbb menyusahkan kalian...

kalau ikut pada hati dan perasan ingin saja tinggal lama sikit di sana, tp yer la bila tinggal lama2 di rumah org, dari status musafir dah bertukar pada mustautin pun... huhuhu..

Bagi ana sangat rugi seandainya mereka yang tinggal di kaherah tidak manfaatkan majlis ilmu yang mengalir deras dalam bumi cairo tu..... rugi la kalau sekadar tahu ada kelas talaqqi banyak tapi terperap dalam rumah juga akhirnya.....

tepuk dada tanya iman... akhiii...


...:: tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat ::...

akhirnya mereka kembali....



assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad sallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...



Setiap yang hadir pasti akan pergi, seorang lagi warga Azhari pulang ke tanah air bagi menabur bakti di sana.... menegakkan daulah islamiyyah....
kami di sini mendoakan kejayaan mu akh abd hadi ghazali... semoga terus thabat dalam perjuangan di bumi sendiri...
kami selalu merindui mu....
atas jasa dan tunjuk ajar mu tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan jaza ka Allahu alaika khirun jaza'....

Ana mohon ribuan kemaafan kepada semua yg pulang... jangan lupa pada kami di sini.... doakan kejayaan kami.... doa kalian kami harapkan....
ana minta maaf juga sebab tak sempat nok keluarkan edisi khas buat kalian kerna terlalu sibuk dengan banyak perkara yang mendesak.....

Kepada ust khidir sekeluarga, ust zaid, ust firdaus (dll al-dumyat) , ust redzuan, ust syukrilah, ust fahmi nordin (dll al-azhari), tak lupa juga tok imam (ust nafizol). Teruskan perjuangan kalian, sesungguhnya jalan perjuangan bukan diharap pada terhamparnya permaidani merah... tp ingatlah pada redhonya Ilahi itu yang lebih utama....

Ukhuwwah kita jalin dan simpul, maka jangan ada antara kita yang cuba merungkai ape yang sedia terjalin ini... teruskan menjalin dan menyimpul sehinggah ia bertambah kuat dari hari ke hari, insya Allah...

wa Allahu a'lam..

...:: kita hanya penyambung rantai, maka terus thabat bertaut padanya ::...


bebaskan diri kalian dari valentine day

Assalamualaikum

alhamdulillah syukur pada ilahi...

lafaz "mencegah lebih baik dari mengubati" adalah satu selogan yang patut diingati oleh segenap muslim dan muslimat, bertepatan dengan masuknya kita pada bulan februari ini, semua kebanyakan anak muda mencari2 pasangan masing2...

kadang2 kelihatan seperti binatang sahaja, tidakkah mereka tahu jadoh dan ajal itu dibawah kekuasaan dan ketentuan dari Allah, mereka lupa sehingga sanggup menerkam siapa sahaja yang berkenan dimata mereka... masya Allah.... kembalilah ya Akhiii...

Sama2 kita jauhkan diri kita sejauh2nya menyambut valentine day!!
nauzubillah....
jauhkan kami dari fitnah dajjal, fitnah dunia dan fitnah nisa....
aaaamin....



Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
...:: Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku ::...

HIKMAT 2010


jom kita meriahkan!!!



p/s : maalish. jauh sih....

ma'rod kali ini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur setinggi2nya buat Allah taala, salawat dan salam buat junjungan mulia muhammad salawahualaihi wasallam, sahabat dan keluarga baginda...

Pada awalnya ana ingat dah tak ada peluang untuk melihat ma'rod kali ini. Rupa2 nya dengan rahmatnya ada kawan yang sudi menambah sejumlah wang bagi memudahkan urusan jual beli..... kitab majmuk syarah muhazzab li syairozi berjaya dimiliki, syukran ya akhiii...

Diharap dipanjangkan usia agar bertemu lagi dengan ma'rod tahun depan, insya Allah...
Dan nasihat ku buat diri ini serta akhiii sekalian, kalau dah beli kitab tu ringan2kan tangan untuk buka2, jangan sekadar buat pameran je... ilmu tak diukur pada banyaknya kitab tp pada banyaknya ilmu kat dada kita....

sama2 muhasabah diri.....

wa Allahu a'lam

...:: ilmu pada dada bukan pada lembaran2 kertas ::...

kerinduan terubat akhirnya..

Assalamualaikum....

alhamdulillah, rasa kesyukuran ku panjatkan setinggi2nya buat sang pencipta yang tak pernah lesu dari memberi rahmat dan marfirahnya pada sekalian hamba ciptaannya..

alhamdulillah, fatrah imtihan berlalu pergi dengan meninggalkan berjuta2 tanda tanya, bumi kinanah ni mengajar erti usaha, doa, dan tawakkal (sepenuh hati n jiwa)...

ahhhhhhh.... tarik nafas panjang2... huhhuhu

cuti dua minggu....
di mesir ni semua cuti sama saja di semua peringkat, bermula dari tadika sampailah peringkat universiti... jadi bagi keluarga yang merancang untuk pergi bercuti dengan keluarga tak perlu susah2, kalau tak sempat pada cuti kali ini diorang boleh cuba lagi pada cuti musim panas yang dikatagorikan sebagai cuti terlampau panjang... hampir 4 bulan......

4 madah telah berlalu pergi
1- tafsir ayat ahkam
2- tauhid
3- nahu n sorof
4- qodoya muasoroh..

dicampur dengan 2 madah takholuf thn 1
1- nahu n sorof
2- ulum hadis

ermmmmm....

percaya atau tidak kini ku menjejak ke tahun 2 kuliah dirasat islamiyah wa arobiyyah bi dumyat. bila difikirkan, apa yang ku dapat dalam tempoh tersebut?? jawapan yang paling mudah,
"tah laaaa...."
terasa cepat sekali masa berlalu berlalu tanpa belas meninggalkan ku dalam keadaan terkapai2 mencari sebuah erti perjuangan dan ketabahan....

ya Allah....!!!!
tabahkan hati ku ya Allah....
bi taufiq wa najah... aaamin...

setelah sebualan bercuti, kini ku kembali untuk berkongsi sekelumit cerita dari bumi Musa a.s ini... doakan kejaayan ku teman....

bertemu lagi insya Allah.... post pertama selapas keluar dewan peperiksaan hari ini... huhuhu....

wa Allahu A'lam...
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..