Biografi Imam Al Ghazali

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... 
Jom kenali tokoh besar dalam mazhab syafie. Nama beliau tidak pernah asing bagi seorang penimba ilmu yang benar-benar mendalami segenap bidang ilmu.
Imam Al Ghazali r.a.h adalah tokoh ilmu sufi yang terkenal, lebih lebih lagi di kalangan mereka yang mempelajari kitab kitab karangan beliau seperti ihya ulumuddin,minhajul abidin,bidayah alhidayah dan lain lain lagi.


Nama sebenar imam Alghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al ghazali Altusi.Beliau lebih dikenali dengan panggilan Alghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah

Kharasan, Parsi, (Iran). Dengan itu Alghazali bererti org ghazalah, kemungkinan juga panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa arabnya dikatakan alghazzal.


Imam Alghazali juga digelar Abu hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar hujjatul Islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama islam.


Abu Hamid Muhammad Alghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama' yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah islam dan dunia. Dalam ilmu feqah beliau bermazhab syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran assyaari atau ahlu sunnah wal jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M.


Bapanya adalah seorang miskin yang soleh, makan dari hasil usaha sendiri menenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan Tusi.Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama' sufi. Beliau meninggal dunia semasa Alghazali dan saudaranya yg bernama Ahmad masih kecil tetapi sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkan tentang pengurusan pembelajaran kedua anaknya itu kepada sahabatnya yang miskin yang menjadi guru dan ahli tasawwuf.


Sahabatnya itu telah mendidik dan mengajar mereka berdua menulis sehinggalah wang peninggalan bapanya habis.kemudian sahabat itu telah menasihatkan Alghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi belajar di sebuah sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam

Al malik,yang memberi saraan makan, pakain dan buku buku kepada pelajarnya. Beliau sendiri tidak mampu menyara mereka berdua.


Dengan itu, mereka berdua meninggalkan ghazlah menuju Tusi. Di sana Alghazali belajar membaca, menulis ,menghafal Al Quran, ilmu nahu, bahasa arab, ilmu matematik dan juga ilmu feqah daripada As Syeikh Ahmad bin Muhammad ArRazakani.Beliau amat suka mempelajari ilmu feqah dan perundangan islam sementara saudaranya Ahmad amat suka mempelajari ilmu tasawwuf dan akhirnya menjadi ahli sufi dan pendakwah yang masyhur digelar Abu AlFatuh.


Pada tahun 469H,Alghazali telah melanjtkan pelajarannya ke Jarjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili.Di sana beliau telah berkahwin kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj,seorang sufi terkenal.


Dalam perjalanan pulang ke tusi daripada Jarjan,Alghazali telah dirompak termasuk kertas catitan pelajarannya.Daripada peristiwa itulah beliau mulai menghafal pelajarannya tidak lagi bergantung kepada nota catitan lagi.


Pada tahun 471H, Alghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizmiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa'li, Diyaauddin Aljawaini yang terkenal dengan gelaran Imam haramain. Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik,jidal,hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah. Bahkan beliau dapat mengimbangi keilmuan gurunya itu.Di sini beliau mula mengarang berbagai buku dan berbagai bidang, diantara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al mankhul.


Sewaktu berada di Naisabur, Alghazali juga mempelajari teori dan amalan tasawwuf daripada seorang alim fakih dan ketua ahli sufi disana yang bernama Alfaramdi.Al ghazali juga belajar tasawwuf daripada Abu Bakar Al warak dan Abu Bakar Altusi.


Selepas kematian gurunya, Alghazali telah berpindah ke Muaskar atau askar,suatu tempat di Iraq, atas jemputan Nizam Almalik. Perdana menteri dari Sultan Turki yang berkuasa di bawah pemerintahan khalifah Abbasiyyah dari Baghdad. Di Muaskar, Alghazali diminta memberi pengajaran ssekali dalam dua minggu dihadapan pembesar dan para ahli ilmu disamping kedudukannya sebagai penasihat agung kepada perdana menteri. Dengan itu kedudukannya semakin penting dikalangan rasmi.Pengajian dua mingguan itu berlangsung selama lima tahun.


Selepas itu pada tahun 484H Alghazali telah dilantik menjadi Profesor kanan di universiti Nizmiyyah di Baghdad.Waktu itu beliau baharu berusia 34 tahun.Perlantikan ke jawatan itu belum pernah diberikan kepada sesiapa pun pada usia yang sebegitu muda,perlantikan itu adalah merupakan suatu penghormatan tertinggi di dalam dunia islam ketika itu.


Kemasyhuran beliau sebagai orang alim,guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan cepat.Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya,beratus ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya.


Pada tahun 488H,khalifah al mustazhar billah yang baru ditabalkan menjadi khalifah ditahun  487H yang sedang menghadapi ancaman gerakan sesat golongan batiniah yang menimbulkan kekacauan,keganasan dan pembunuhan sulit terhadap sahabat akrab alghazali iaitu perdana menteri nizam almalik ditahun 483H,telah meminta alghazali menulis sebuah buku menerangkan keburukan keburukan golongan batiniah dan kebaikan kebaikan pemerintahan khalifah mustazhar. Alghazali telah menyahut permintaan tersebut dengan menulis bukunya yang dinamakan almustazhiri sempena gelaran khalifah.Buku berkenaan politik atau Negara ini juga dikenali sebagai "fadhaih al batiniah wa fadhail almustazhiri".Kemudian iikuti dengan buku yang lain antaranya hujatul haq,mufasil alkhilaf dan sebagainya.


Setelah berkhidmat selama 4 tahun di universiti Nizmiyyah, alghazali telah meletak jawatan pada bulan zulkaedah tahun 488H kerana beliau jatuh sakit selama enam bulan yang tidak dapat diubati oleh tabib ketika itu akibat dari pergolakan jiwa yang timbul dari keraguan

terhadap pemikiran falsafah dan pertentangan perasaan diantara nafsu cintakan pangkat dan harta dan antara cetusan jiwa suci mahu mengabdikan diri kepada Allah semata mata dengan beruzlah dan beramal ibadah gauh dari gah masyhur,kesenangan dan kemewahan duniawi yang sementara.


Alghazali telah memutuskan tekad untuk meninggalkan kota Baghdad dan kemewahannya demi untuk menjadi seorang sufi.beliau telah mewakafkan semua kekayaan harta bendanya,hanya yang diambil sekadar yang mencukupi bagi menyelenggara keluarga dan bekallan perjalanan nanti.Kemudian beliau menuju ke syam (Syria) dengan niat hendak berkalwah dimasjid jami' dikota damsyik.Disana beliau tinggal kira kira 2 tahun dengan melakukan uzlah,khalwah,mujahadah,riadah dan beribadat menurut tasawwuf yg dipelajarinya.Semua itu dilakukan untuk menjernihkan hati agar mudah berzikir kepada Allah Taala.Sambil beliau beribadah sambil pula beliau memberikan kuliah tasawwuf di salah satu sudut masjid itu yg sehingga sekarang,ianya dikenali sebagai sudut alghazali.Pada tiap hari beliau naik ke puncak menara masjid damsyik yang tinggi itu dan mengunci pintunya dari dalam agar terhindar dari gangguan orang.disinilah beliau berkhalwah melatihkan batin,berjuang menentang nafsu,melawan kemalasan hati,membersihgkan diri,mendidik akhlak dan menyucikan hati dengan memperbayakkan zikir Allah.Semasa beliau berada disinilah beliau menulis karyanya yang besar berjumlah 4 jilid iaitu ihya ulumuddin.


Dari Damsyik, diakhir tahun 490H beliau berangkat ke baitul maqdis di Palestin untuk meneruskan ilmu kesufiannya dengan mengunjugi masjid al aqsa dam masuk ke dalam sahkrah setiap hari kemudian menguncinya dari dalam untuk berkhalwah dan berdoa memohon hidayah daripada Allah subhanahu Wa Taala.


Alghazali tidak lama tinggal di palestin kerana beliau terpaksa menyelamatkan diri dari keganasan tentera salib kristian yang berjaya merampas Palestin dari kaum muslimin. Beliau menuju ke kaherah Mesir dan kemudian ke Iskandariah. Beliau hanya berada

sekejap saja di Mesir, kemungkinan disebabkan ulama' Universiti Al azhar ketika itu dibawah kekuasaan kerajaan Fatimiyyah dari golongan syiah tidak memberikan sambutan yang baik, dan kemungkinan juga kerana perbezaan fahaman antara ASWJ dengan syiah.


Di katakana Alghazali telah berazam bertolak dari Mesir menuju Maghribi untuk menemui Amir Yusuf bin Tasfin, seorang amir yang sukakan cendikiawan tetapi kemudiannya beliau menukarkan niatnya menuju ke tanah suci makkah dan madinah setelah mendapat tahu tentang kematian Yusuf bin Tasfin.


Kira kira 8 tahun berada di hijjaz beliau pun merasa rindu hendak pulang ke Baghdad untuk menziarahi keluarga, anak anak dan isterinya.Sungguhpun Al ghazali menjadi seorang zuhud, wara',namun kecintaan kepada ank anak dan isteri mempengaruhi beliau untuk pulang. Beliau cintakan Allah serta cintakan kepada keluarga dan anak isteri tetapi cintakan Allah mengatasi segala galanya. Oleh itu Alghazali mengimbangkan di antara dua kehidupan,dunia dan akhirat.



Al Ghazali tidak lama tinggal di Baghdad kali ini kerana pada tahun 499H beliau berpindah ke Nisabur.Di sana beliau telah diangkat menjadi ketua Prof. kanan di universiti Nizmiyyah cawangan Nisabur oleh perdana menteri Fakhrul Al malik, anak perdana menteri Nizam Almalik. Alghazali kemudiannya kembali ke Tusi tempat kelahirannya pada tahun 500H setelah Fakhrul Almalik menerima nasib yang sama dengan ayahandanya, mati dibunuh oleh puak batiniyyah.Di Tusi, Alghazali telah mendirikan sebuah madrasah dan mengajar para pelajarnya tentang hukum, akidah dan tasawwuf.


Ahmad, anak sulung Nizam Almalik yg dilantik menjadi perdana menteri menggantikan saudaranya yang mati dibunuh telah meminta Alghazali bertugas semula di universiti Nizmiyyah. Alghazali yang kini mengajar kerana Allah dan bukan kerana mengejar pangkat, kemuliaan dan perdampingan diri dengan khalifah sebagaimana masa lampau telah menolak permintaan itu.lebih lebih lagi, pada masa itu beliau tidak suka lagi melibatkan diri dalam majlis majlis perdebatan dan pelajarnya seramai 150 orang di Tusi sukar untuk pergi ke Baghdad berpindah bersamanya.


Alghazali menghabiskan hari hari akhir kehidupannya dengan mengarang, mengajar dan juga belajar. Sebelum itu beliau tidak dapat menumpukan peerhatiannya kepada pembelajaran ilmu hadith.Oleh itu beliau telah mempelajari sahih bukhari dan muslim di bawah seorang muhaddith terkenal iaitu hafiz A'mr (ain.mim,ra) bin Abu Hassan al Rawasi, malah beliau telah mendapat ijazah dari mempelajari kedua dua kitab tersebut.


Sebelum meninggal dunia, Alghazali telah mengarang ratusan buku dalam berbagai bidang seperti falsafah, mantik, agama,akhlak, tasawwuf, kenegaraan dan teori pemerintahan tetapi hasil karyanya yang tinggal sekarang tidak sampai pun seratus buah. Di antara karyanya yang telah di terjemah ke dalam bahasa melayu atau Indonesia ialah ihya ulumuddin, bidayah alhidayah, minhajul abidin, mizan al a'mal, ayyuhal walad, kimia assaadah dan lain lainnya.Di antara buku yang terakhir ditulis oleh beliau ialah minhajul abidin dan yang paling terakhir ialah buku berkaitan ilmu kalam.


Alghazali meninggal dunia yang fana' di Tusi pada hari Isnin,14 Jamadil Akhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111m dan disemadikan diperkuburan Tabiran.
  
wa Allahu a'lam

Tetap pada AMALAN





Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Pengenalan
Untuk cemerlang atau memperoleh sesuatu kejayaan, kita perlu konsisten dengan segala kebaikan yang kita lakukan. Konsisten dalam bahasa Arab ialah istiqomah.
Di dalam mufrad ar-rorib : istiqomah didefinisikan sebagai berterusan berada diatas landasan yang lurus.
Berhubung dengan perkataan istiqomah yang terdapat dalam firman Allah yang berbunyi:

Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah fussilat 30)

  1. Saidina Abu Bakar assidik radhia Allahu anhu berkata : “tetapkanlah pendirianmu dalam amalan kebaikan"
  2. Saidina Uthman bin Affan radhi Allahu anhu berkata : “ tetapkanlah pendirianmu dengan sentiasa mengikhlaskan hati dalam setiap amalan
  3. Saidina Ali bin Abu Talib berkata : “tetaplah pendirianmu dengan sentiasa melakukan amalan-amalan fadhu.” 


Asas-asas konsisten

Di dalam kitab dalailul falihin : istiqomah yang benar mestilah diasaskan diatas dua perkara, iaitu :
  • Pertama : keimanan kepada Allah taala (aamantu billah)
  • Kedua : amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi sallaAllahu alaihi wasalam



Saidina Umar Al-khattab radhia Allahu anhu bekata : “istiqomah ialah sesuatu keadaan dimana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan. Tidak berdolak dalih serta kesana kemari seperti musang.”

Istilah “JANGAN TETAPI BOLEH” mesti dielakkan, kerana boleh melonggarkan sifat konsisten anda. Apa yang diertikan dari istilah ini ialah, seorang ibu yang mengatakan kepada anaknya berbohong ditegah didalam islam, tetapi kadang-kadang ibu berbohong dengan anak.

Dalam syarah 40 hadis imam Nawawi, pada hadis ke 21.



عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِىِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِى حَدِيثِ أَبِى أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ



Dari Sufyan bin Abdullah athaqofi berkata : kataku, ya Rasulallah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi  daripadanya akan seseorang yang lain daripada engkau. Sabda Rasulullah : Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqomah. (diriwayatkan oleh muslim)

Doktor Majdi Al-Hilali membahagikan manusia berinteraksi dengan jiwa dan nafsu dalam tiga golongan :
  1. golongan yang beriman kepada rukun iman  (Allah, rasul, malaikat dll)
  2. golongan yang berbuat maksiat (nauzubullah, semoga di jauhkan Allah dari kita semua.)
  3. golongan yang terumbang ambing (tiada kepastian, kebanyakan mereka di kelompak yang ketiga adalah dari mereka yang hepokrik.



Cara rawatan
1- Perkara yang paling utama ialah kemahuan untuk mengubah diri. Mengakui kelemahan yang ada dalam jiwa. Sentiasa berusaha untuk menetukan jenis penyakit kerana dengan itu akan melahirkan keazaman dan kemahuan. Bahkan memerlukan kepada ketegasan terhadap diri sendiri, tafakur dan memohon pertolongan mutlak dari Allah. 
   
Firman Allah taala : (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah Anfal, ayat 53)


2- Membuat resolusi diri sendiri bahawa melakukan perubahan hanya kerana Allah. Segala urusan bermula dan berakhir dengan izin Allah taala dan dengan keagungan rahmatnya.
3- Mengandakan usaha dalam meleraikan kemelut jiwa. Dengan membanyakkan ibadah harian, dekat dengan orang-orang soleh dan baik.
4-Membina diri. Menitik beratkan akan pembinaan diri dari sudut akal, hati dan jiwa.
5-Sentiasa bermuhasabah dan menhukum diri ketika perlu. Ianya tidak sempurna melainkan kita jadiakan sebagai amalan harian. Diulang-ulang setiap hari.
6-Memperbanyakan bahan bacaan kisah orang-orang yang soleh untuk dijadikan teladan dan sempadan.


Peringkat pembentukan sikap
1-Peringkat percubaan :
  • giat mengamati serta meneliti –cuba sehingga terbentuk ikatan antara diri dan perbuatan.
2-Peringkat preferable (Preferable  stages) :
  • Lebih kepada penilaian – berdasarkan pengalaman diri atau pembacaan.
3- Peringkat Mantop (Stable stages)
  • individu mencapai sesuatu keadaan yang mantap dari segi sikap kerana mantapnya pemikiran atau penilaian terhadap tindakan yang dilakukan. 
  • mula membentuk dan mencorak kedalam keperibadian diri. 
  • tekun dan akan tetap pada pilihan positif atau negatif.



Kekuatan istiqomah kita apabila kita tidak lagi menghiraukan cakap orang, cercaan orang malah cemuhan orang.... kerana kita tahu kita buat apa yang Allah suka dan suruh..


Konklusinya
Kita perlu konsisten dalam semua tindakan dan amalan. Kenapa?
Kerana kita beriman kepada Allah taala, tiada lagi rasa cinta dan kagum kita melaikan apabila adanya sifat istiqomah dalam diri setiap insan. Allah pasti akan menetapkan diri kita pada jalannya selagi kita konsisten dengan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah.
Imam Ghazali say : 
“If you do nok prepare now for the afterlife, then when will you do so?”
“ilmu tanpa amal gil, dan amal tanpa ilmu tidak menjadi (sia-sia).”

Wa Allahua’lam
 

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..