Ahlan siswa 2011

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Ahlan wasalhlan alaikum ila ardhi kinanah!!!

selamat datang buat adik-adik baru terengganu ke bumi kinanah. Menatap muka kalian membuatkan hati ini cukup gembira dan ceria..

Pada wajah kalian penuh dengan harapan dan kesungguhan. Dulu, kami juga memiliki wajah-wajah seperti kalian, tapi mungkin mihnah dan halangan yang terus menerus melanda ada segelintir dari kami menjadi muram dalam dakapan ketabahan....

Anak Terengganu mesti tabah!!!

ya Allah berikan kami kekuatan dalam menceduk titisan-titisan ilmu dataran gersang penuh debu ini, moga kami diketemukan dengan para alim ulama yang sedia ikhlas menyampaikan ilmu untuk mengenal hakikat mu ya Allah...

mahasiswa dan mahasiswi tahun ini berjumlah 26 orang, 2 orang medic, baki pengajian islam.




..:: Pada yang BARU ada harapan, pada yang LAMA ada kekuatan ::..

p/s : saling melengkapi dan kerja sama2... syukran



Category: 0 comments

Ramadhan Berlalu

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:

“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.

Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.

Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:

“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya ramadhan 1432 Hijrah telah meninggalkan kita, apa natijah dari madrasah ramadhan yg kita dapat???

Sekadar bertambah berat badan, berhabisan duit untuk berpasang-pasang baju raya, atau kita terus leka diulik dengan amal-amal keduniaan yang tak pernah berkesudahan???

tepuk kuat-kuat iman kalian, tanya iman kalian samada semakin bertambah atau kian susut selepas sebulan dalam madrasah ramadhan?


Beraya Sakan


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Raya ke5 menjelang tiba, alhamdulillah..

Perkara yg tak pernah di buat sebelum ini, mampu dan berjaya dilaksanakan pada hari raya semalam... sungguh bertuah rasa diri ini.. huhuhuhuhu...


Diari 3/9/2o10

1.00 pagi : masih belum melelapkan mata... melayang-layang di ruangan maya FB..
2.00 pagi : kantuk mula menerjah mata yg sekian lama bertahan, akhirnya mula pejam celik, pejam celik... zZzZzZzZz
3.00 pagi : dalam dakapan lena mimpi..
4.00 pagi : bangkit untuk menunaikan tuntutan subuh hari..
5.00 pagi : bersiap2 untuk memulakan musafir ke bumi bertuah Dumyat Jadidah. Memastikan semua rakan2 sepermusafiran dalam keadaan jaga dan bersiap sedia bagi memulakan perjalanan..
6.oo pagi : membangkitkan mayat2 hidup bukannya mudah.. maaf..
7.00 pagi : mula mengorak langakah dari Hayyu 10 ke Ramsis, Kaherah..
7.20 pagi : sampai di Ramsis, perjalan pagi selalunya lancar..
mafhum dari hadis Rasullullah salla Allahu alaihi wasalam : punca rezki bermula seawal pagi..
dari Ramsis ke Abud..
7.5o pagi : sampai di Abud. dengan tambang tremko LE1. Alhamdulillah, setibanya kami di sana beberapa orang penumpang lain sudah sedia menanti untuk ke Dumyat..
8.00 pagi : bertolak ke Dumyat Jadidah dengan tambang LE20. perjalanan biasa, letih dan menjemukan.
diawal perjalan sesetengah dari kami membaca ayat2 suci Alquran bagi memberkati perjalanan kami..
11.00 pagi : kami tiba di Dumyat Jadidah untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Dpm Dumyat. walaupun agak kelewatan kami tetap bertekat untuk menghadiri majlis tersebut.. kerana dalam rangkaan program bermula seawal 8.00 pagi..
12.oo tengahari : kami masih dalam program.. cukup meriah.. terima kasih warga Dumyat tercinta. Walaupun tak ramai, tp majlis tetap nampak ramai..... huhuhuhu....
dengan penceloteh hebat yg mengacarakan majlis, ust Abu dan ust Jo kita, haru biru majlis dibuatnya...
1.00 petang : usai majlis, ke agenda terpenting iaitu MAKAN..
makan lontong + rendang daging yg di ketuai oleh ust Ateh.. hingga menjilat plastik polistrin...
1.30 petang : bergambar2 kenangan dan bersalaman untuk pulang ke rumah yg kian lama di tinggalkan..
1.40 petang : tiba di rumah, rehat2 minda sambil goreng2 sotong... makan dan rehat2 badan untuk perjalanan seterusnya..
3.00 petang : mula berkemas2 untuk kembali ke Kaherah...
3.10 petang : tiba di mahattoh soidi.. rutin biasa, arab merebut2 pelangan isitimewa spt kami...
akhirnya kami menaiki termko terus ke kota Kaherah, kendatipun asalnya kami bercadang menaiki bas di Haros atau menaiki tremko ke Mansurah..
perjalnan panjang bermula..
sedikit pertelingkahan berlaku antara ust Kamal dengan astor, ini kerana pada awalnya mereka telah bersetuju untuk mengenakan tambang sebanyak LE 15 kepada kami (ini kerana andai kami menaiki tremko ke mansurah terlebih dahulu untuk ke Kaherah hanya memakan tambang sebanyak LE 15 sahaja ), tetapi lidah bercabang arab2 ni memang terserlah.. si astor ni mintak harga biasa pula LE 20, keletihan menyababkan kami pasrah semena dengan permintaan si astor senduk itu... adoi....
7.30 malam : kami tiba di bumi politan dengan selamatnya.. Jom solat magrib dulu...
7.50 malam : menaiki tremko ke hayyu 10, kami berpisah dengan si wis yg berminat untuk kembali ke bilik stornya di Arma... jangan marah ye!!
8.25 malam : kami tiba di rumah Terengganu hanyyu 10... bersiap2 untuk kerja2 seterusnya..
8.45 malam : pertemuan ringkas bermuala...
11.00 malam : usai perjumpaan ringkas, perut mula bernyanyi riang lagu kekosongan..
bertemankan si Dr Fuza, membonceng kuda kesayangan beliau kami ke Hadra Maut untuk menyantap di sana... Alhamdulillah...
12.00 malam : kembali ke rumah Terengganu...
1. oo pagi : desakan badan yg agak2 letih menyebabkan mata tertutup tanpa diracang baik...
ZzZzZzZzzz


balik hari ku berjaya!!
terima kasih tuhan kerana memberi kekuatan dan kesempatan ini...
belatih2 nak jadi MB nanti... huhuhuhu..
nanti nak pusing2 dunia dalam masa satu hari pulak, urusan ummah...

Tak dilupakan mereka yg sudi menemani Ust KAMAL Shah, Dr AFUZA dan Ust WAIS...
semoga perjalan kita semalam di terima oleh Allah sebagai satu amalan kebaikan..


Doakan semoga sang fakir terus thabat dalam jalan ini....
mohon ribuan kemaafan buat warga2 Dumyat kerna tak lama di sana...

wa Allahu a'lam...


Category: 0 comments

Raya 2011



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
kenangan selepas solat raya di su' syayarat, cairo, egypt.


selamat ari raya jugak!!
maaf zahir dan batin, taqobbala Allahu taqabbal ya karim...
khas buat keluarga di MALAYSIA dan semua yang berada kat bumi NIL.....
jgn sedih2 tau, jangan ada tangisan di pagi raya... =)
semua berebut-rebut untuk menguntumkan lafaz maaf dipagi raya, maka saya juga begitu...
harap mohon maaf semua kesilapan yang lalu, sekarang dan akan datang, mohon tunjuk ajar dari kalian ...

andai ada salah dan silap mohon di betulkan bukan hanya cakap2 belakang yg selama2nya tak memberi kesan.

jom kembali kepada fitrah..

Beraya diperantauan buat kali ke4 membuatkan hati ini begitu tenang dan matang dengan masa.
Alah bisa tegal biasa jua ku kini dalam mendepani realiti perjuangan mencari butiran2 mutiara ilmu dibumi anbiya atau bumi kinanah ini. Ku mohon doa dari kalian agar diri sang fakir terus thabat dalam mendepani dunia baru serba kontrovesi ini.

Buat sahabat di bumi dumyat : mohon ampun banyak2 sbb tak beraya bersama kalian pada tahun ini, panjang umur tahun depan kita raya bersama, insya Allah..

Dari Abi Ayyub RA, katanya Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa yang berpuasa pada Ramadhan, kemudian diikuti dengan enam hari pada Syawal, maka (pahalanya) seumpama dia berpuasa sepanjang tahun."

[Hadith Riwayat Muslim]



Category: 0 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..