siapa Aku???



siapa aku??
siapa aku???

mereka kata aku hebat..
mereka kata aku setia...
mereka kata aku dermawan...
mereka kata aku pejuang..

tapi..
hakikatnya..
aku hanya seorang..
seorang pendusta...
seorang pengecut...
seorang bacul...
seorang penuh hipokrit.

dikala sang mentari kembali melabuh tirai....
sang rembulan menyapa dengan senyuman sinis..
sinis sekali buat insan seperti aku..
aku...
alim hanya pada sang mentari..
alim kerna pokok, arnab, awan mampu meyaksikan...

tapi..
sekali-kali aku tidak dapat menipu pada rembulan...
dia cukup menyaksikan...
siapa diri ini disebalik kelamnya malam....
disebalik tirai yang kononnya suci...
hanya aku dan dia....
hanya aku dan dia...

aku bukan apa yang kau gambarkan...
insan yang mencari diri...
Category: 0 comments

pemimpin..oh, pemimpin........


Assalamualaikum,
alhamdulillah, karna Allah masih memberi kesempatan untuk ana luangkan sedikit masa di tengah malam yg panas n bernyamuk ini...

Bila sebut pasal kepimpinan, teringat ana pada kata2 seorang sahabat sekuliah ana, dia kata "tak patut la lantik orang muda jadi pemimpin"... pada masa itu, dia tujukan kata2 itu pada ahli bait ana yang jadi ketua rumah dalam usia yang mungkin muda sedikit dari ahli bait yang lain.....

Bagi mengrodkan kata2 tersebut, sama2 la kita lihat pada kesan sejarah sendiri. tak perlu pergi jauh la... imam kita, imam syafie diberi kebenaran mengeluarkan fatwa pada usia 15tahun, dan kini terbukti ramai mana yang ikut mazhab syafie......
hujjah yang ke2, seorang sahabat nabi (ibnu umar) di minta menjadi imam pada usia tak sampai 10thn, beliau bukan menjadi imam kepada rakan2 sebaya sahaja, tapi pada ketika itu sahabat2 lain turut solat bersama dengan seorang budak2 yang belum mencapai usia baligh lagi.

buka la mata luas2 ya Akhi,
Kalau kita perhatikan pada sejarah yang membuktikan umur bukanlah ukuran dalam kepimpinan..
apa yang penting adalah tahap ilmu, tingkat keimanan dan kedalaman takwa kepada yang Esa.
ana rasa, kata2 seperti itu tak wajar diungkapkan dik kerna masalah yang kecil, isu umur menjadi ukuran...

teringat ana pada satu kata2 dari sahabat mengenai sifat nabi S.A.W dalam kepimpinan :


مَن طلبَ الجُهدَ الثقِيلَ وَالعَمَل القاسِيَ مِن أتبَاعِهِ فليكن مِثالا للعَمل أولا


" barangsiapa yang menginginkan jerih payah dan kerja yang serius dari para pengikutnya, maka ia harus menjadi contoh pertama dalam pekerjaan itu".

dari apa yang ana sebutkan diatas menunjukkan ilmu n contoh teladan itu yang lebih utama...
sbb kita semua tau yang kita sememangnya diciptakan oleh Allah sebagai pemimpin di muka bumi ini......
banyak ayat sunnah yang menceritakan mengenai kepimpinan dalam islam, tapi tak pernah diungkitkan pasal umur...

Ingat la pesan ana, selaku seorang insan biasa yang menjunjung amanat sebagai seorg daie', tak perlulah kita riak dan berbangga dengan sijil bergunung karna sebuah amanat tidak terletak pada tebalnya sijil, tp pada kuat nya ilmu dan amal. Kalau difikir ada benarnya kata2 "pemimpin bersama rakyat" dari situlah pengikut kita akan mengukur secara zahir tindakan kita.....



......kekuatan kepimpinan terletak pada kuatnya ahlinya....


6 Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya



1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA

beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.

Surah Al 'Imran ayat 185: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

KEDUANYA

beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA

beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

Surah al-A'raf ayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

KEEMPAT

belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA

beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM

beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

USAHLAH BIMBANG JIKA DIRI ANDA

TIDAK DIHARGAI

AKAN TETAPI ANDA PERLU BIMBANG JIKA DIRI ANDA

TIDAK BERHARGA LAGI

Apa sumbangan kita……………

-->
Bismillah hirrahmanir rahim.

Alhamdullialah, ana masih diberi sedikit kesempatan waktu untuk berkongsi sedikit cerita dari perlembangan sungai Nil ini. Apa tidaknya, banyak sekali yg ingin dikongsi, dik kerna kelemahan diri menyebabkan niat dihati tergendala seketika.

Emmm… alhamdulillah imtihan fasa 2 sudah selesai, sekarang masa untuk bertawakal kepada Allah lak, kadang – kadang tu terasa keseronokan belajar di luar negara, lebih2 lagi bumi Musa a.s ini. Teringat ana masa mula2 sampai dulu, abang2 ada kata “kat sini semua ada, sampaikan kancil malaysia pun ade tau…., n kat sini bertapak kebaikan dan keburukan”. Ye la……… kebaikan itu risalah yg disampaikan oleh nabi Musa a.s dan yg buruk pulak, dakyah yang dibawa oleh makhluk laknatullah firaun. Bila difikir sejenak ada benarnya, n dari situlah kami diarah agar sentiasa berhati2 dalam membuat sebarang tindakan… kami diarahkan agar tidak terlibat dalam mana2 pertubuhan di mesir lebih lagi IM (ikhwan), kalu difikir apa silapnya IM, kita akan kata atas dasar perjuangan yg dibawa mereka. IM begitu aktif dalam menyebarkan dakwah2 agar kembali kejalan yg benar n lurus berlandaskan Al-quran n sunnah, di mesir mereka yang banyak bagi tazkirah selepas soalt akan dicop sebagai IM, ok la tu… tp itu kata kita…. Kerajaan mesir memandang IM sebagai satu pertubuhan yg sangat merbahaya n berpengaruh, pelajar2 Azhar dilarang sama sekali menyertai pertubuhan i2.. ana sendiri takut nak cerita panjang2 pasal negara org ni… tp apa yg ana nampak, benarlah sabda nabi yg menyatakan, mereka yg memperjuangan agama takkan dihampar dengan permaidani merah di dunia ini, bahkan akan menghadapi lautan penuh duri. Sama macam kat malaysia, mereka yang mempejuangkan agama akan dipandang serong oleh banyak pihak….. 

Nasihat ana pada para pejuang agama tercinta, jangam mudah goyah dengan seksaan dunia yg sementara ini. Ana ada terbaca satu kisah ulama2 terdahulu yg diseksa kerna mempertahankan agama tercinta. Contohnya, kematian imam Ahmad bin Hambal iaitu pengasas mazhab hambali dibunuh dengan kejam oleh pemimpin ketika itu yg perfahaman muktazilah, demi menjaga akidah n agama tercinta beliau rela disekasa sampai mati… masya Allah, hebat sekali cinta dan tekat mereka dalam mempertahankan Islam yg tercinta. Cubalah kita tanya diri kita, apa yg kita sumbang utuk kebangkitan agama Islam ini…??
 
Ramai yang akan jawab, belum terdaya diri ini untuk sebuah perjuangan……

Sedarlah duhai sahabat2 ku…… dunia dipenghujung usia, hapuskan sifat bertangguh dalam diri kalian n 

bangkit lah seiring dengan apa yang disarankan Islam………..

Sekian.
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..