Greatest Muslim



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya..
 
 
kerana kita terlambat, anak-anak ini melayan nyawanya.
 
 

 _______________________________________________


Sekumpulan sahabat telah berjanji untuk bersua muka disatu tepi pantai Batu Buruk…

Si Ali berkata kepada rakan-rakanya yang lain selaku ketua dalam perancangan tersebut.
“hari sabtu ni, kita jumpa di pantai batu buruk pada pukul 7 pagi ye?!.”

Semua sepakat menjawab di laman muka buku dengan jawapan yang cukup meyakinkan..
“ye, baik. Set date n time.”

Tika waktunya….

Si Ali tiba lebih awal, pukul 6.55. dia percaya kawan-kawanya akan hadir tepat pada waktunye.

Pukul 7.00 tepat, kelihatan Mahmud melambai-lambai dari dalam kereta.. dia keluar dari kereta, menuju dengan tergesa-gesa kearah Ali.
“maaf Li.. aku lambat..” 

Ali mengerling jam ditangan, ketika Mahmud itu jam telah 7.02..  Ali hanya senyam dan menghulurkan tangan berjabat salam.

Sedang mereka leka berbicara. Si Firdaus dan Fitri sampai dengen tersengih-sengih pada pukul 7.15 pagi.
“maaf, aku lambat sikit.. tadi terlajak main game angre bird pulak..” kata Firdaus.
“biasalah lambat sikit, janji melayu..” tambah Fitri.

Ali dan Mahmud mengangguk menandakan ok-ok saja. Kempat-empat tadi bersembang rancak. Akhirnya Firdaus bertanye..

“eh, mana Man, bukan dia janji untuk sekali dengan kita??”

“yer, katanye….” Jawab Ali..

Ali menyapai telefon S3 nye lalu menekan-nekan papan rata handfondnye..

“salam, Man!.. mana kau?”

“sorry, sorry…. Aku sakit perut… aku tak dapat join kot.. atau aku sampai lambat…”
 Ali memusing tangan kananya dan melihat jam. Pukul 7.40 pagi..

Mahmud menepuk-nepuk bahu Ali. 
“biasalah li… bila amanah kita perlekehkan… kita hanya mengatakan solat, puasa itu amanah kepada ALLAH dan itu semua wajib, sehinggkan kita lupa amanah sesama manusia juga wajib.. kerana asal pada amanah itu memang wajib…”

“yer mud, kita takleh salahkan mereka juga.. mungkin mereka lupa..” jawab Ali.





Iktibar dari cerita:

Didalam cerita diatas. Anda akan dapat melihat beberapa orang watak :

Pertama: Ali 

-          Dia datang awal ke tempat berkumpul, anda tahu kenapa?
Kerana Ali tersilap tengok jam, jadi dia datang awal.
-           Dia tidak kisah rakanya datang lambat kerana dia juga biasanya begitu..
Sebab itu dia mengatakan.. “takleh salahkan meraka juga, mungkin mereka lupa…”

~~bukankah lupa pada amanah itu berat~~

Kedua : Mahmud

-          Dia datang tepat pada waktunye.
-          Dia seorang yang menjaga masanya. Cuma semasa Ali melihat jam, masa yang di ambil oleh Mahmud untuk sampai ke tempat duduk Ali memakan masa 2 minit.
-          Dia juga bertolak awal dari rumah, kerana dia tahu jarak dan telah menetap mengagak waktu dengan baik.

Ketiga : Firdaus dan Fitri.

-          Datang lambat.
-          Selamba-selambanya, tidak rasa bersalah. Ye, telah sebati dengan kelambatan.
-          “janji melayu” ini perkataan yang biasa dikeluarkan oleh kebanyakan orang melayu.. ataupun orang cina kepada orang melayu.
~sedarkah kita, janji melayu hanya menjadikan kita pendosa.. dan pastinya, dalam Islam tiada janji melayu yang menyusahkan orang lain~

Kempat : Luqman.

-          Langsung tidak datang.
-          Orang jenis ini, suka berjanji tapi memandang enteng saja. Menyebabkan mereka meringan-ringankan saja perjanjian yang dibuat.
-          Sedangkan sepatutnya, menelefon lebih awal.. setidak-tidaknya, hantarlah pesanan ringkas sms kepada salah seorang rakannya.
~semoga ALLAH jauhkan kita dari orang yang ke empat ini..~



Baik, ambe tinggalkan kalian untuk menilai.. dimana kita hari ini ??
Adakah kita tunggu sehingga orang kafir memijak-mijak atas kepala kita kerana kita bermain-main dengan masa.

Adakah kita berasa bangga dengan menyusahkan orang lain yang menjaga waktunya..?
atau..
Kita mahu orang yang lain menjadi seperti kita? Ikut saja kemahuan kita tanpa melihat tuntutan syara’.

Bangkitlah saudara…kita telah ketinggal ribuan batu dari kuffar.. 

Anda pernah dengar nama Donald Trum seorang jutawan di …..
Dalam satu kata-kata beliau dalam program The apprentice.
“kamu dipecat, kerana kamu telah terlambat satu saat”
“setiap saat adalah wang”
 Itu orang kafir.. 

Sedangkan Islam lebih besar kehendaknya..
“kamu ke neraka, kerana kamu terlambat satu saat”
“setiap saat kamu adalah redho ALLAH”

Kerana itu, ALLAH menyarankan kepada kita didalam quran al-karim.
“berkejarlah kalian untuk kebaikan”

~Proud to be a greatest muslim, if do not, be try to be a greatest muslim~

Wa ALLAHu a’lam

Cinta

 
Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Mohon doakan kebaikan buat bumi kinanah (Mesir), yang belum reda dari anasir yang tak pernah senang melihat kepimpinan islam..




huh... macam mana nak mula ye??
kisah bermula, sebaik seorang junior dari sekolah menengah menyapa diri, diruang sepi..

adik I : 
buzz

ambe (aku) : 
buzz
yer..
salam
adik I :
wasalam
apa khabar orang Mesir?
ambe:
alhamdulillah khir-khir
adik I :
bang, pernah bercinta?
ambe:
subhana ALLAH
apesal tetiba ni?

adik I :
tak ada la bang
saja nak tau

ambe :
huhu
beres jer...
bercinta?
tak pernah lagi...
buat masa sekarang, belum ada cinta selain cinta ALLAH 
dan Rasulullah salla ALLAHu alaihi wasalam.
cuma calon cinta dah ada..

adik I :
yer ke?
siapalah yang bertuah tu?
boleh ke bercinta bang?

ambe :
alhamdulillah, seorang HAWA
bercinta boleh, bahkan wajib.
adik I :
wajib?
kenapa selama ni kami dihalang untuk bercinta?
(teringat dulu waktu sekolah, memang kami dihalang untuk bercinta, kerana kata kebanyakan orang, cinta ni boleh menganggu konsentrasi seorang pelajar.)

ambe: 
betol, itu dulu..
kerana level pemikiran kita waktu tu sesuai dengan jawapan begitu...
sekarang, abg tahu, adik-adik semua sudah membesar
dan jawapannya sepatutnye lebih matang dan relevan
tambahan, ini semua tidak dihalang oleh syarak.
adik I :
jadi, betol la tidak haram?

ambe :
yes, bahkan wajib.. 
cuba tengok hadis-hadis baginda salla ALLAHu alaihi wasalam
kebanyakanya menyarankan kita bercinta.
contoh :
sabda rasulullah salla ALLAHu alaihi wasalam :
"tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak menyintai saudaranya melebihi apa yang dia cintai untuk dirinya"
shuf.... (tengok)
kan rasulullah salla ALLAHu alahi wasalam sarankan untuk kita bercinta?

adik I :
bang,
bukan ke, hadis ini untuk cinta sesama lelaki?


ambe :
tidak, hadis umum untuk sapa-sapa...
kita perlu tahu satu, adik I..
asal hukum melihat lelaki keatas seorang perempuan adalah haram.
melalui inilah, kebanyakan kita mengatakan cinta antara lelaki dan perempuan adalah HARAM.
bagaimana pula cinta fatimah radiaALLAHu anha terhadap Ali karama ALLAHu wajhah?
baginda salla ALLAHu alaihiwasalam tak menghalang bukan?

adik I :
habis tu? 
boleh ke tidak bercinta antara lelaki dan perempuan?


ambe:
huhu
boleh, dengan bersyarat.

adik I:
bersyarat?

ambe:
yeer..
Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang berbentuk fitrah.
melainkan setiap sesuatu itu ada jalan keluar..
jadi, cinta antara adam dan hawa adalah fitrah
apa jalan keluarnya?
hanyalah dengan membenarkan cinta..
cinta secara syarak..
bagi tau kat perempuan tu..
"sy nak kawin dengan awak."
ini yang dihalalkan syarak.

adik I :
maksudnya, bercinta selepas kawin la?
sebelum tu, HARAM?

ambe:

yup, itu sebaik2nya..
andai tak dapat, bercinta sebelum itu juga boleh...
dengan syarat... 
kita mestilah bebenar BERAZAM untuk MENGAHWINI si wanita tersebut...
atau
bercinta seperti fatimah...
memendam cintanya sehingga didengari ALLAH.
andai si dia memang tulang rusuk kita adik I..
tulang tu tak kemana-mana
orang dalam gua boleh je kawin...
orang dalam bandar lagi2 la..
itulah namanya JODOH.

adik I :
tak ikhilat (bercampuran) ke?

ambe :
memang ikhilat...
pada asalnya dibenarkan..

adik I :
aik
bukan HARAM ke?

ambe :
siapa yang kata?
iktilat itu tak haram, selagi tak berlaku perkara2 yang haram.
tp ALLAH itu maha tahu...
dia tidak benarkan ikhtilat kerana dia tau...
fitrah semulajadi sekalian ciptaanya.
apabila berhimpun antara seorang lelaki dan wanita yang mana kedua NORMAL
akan timbul syahwat (inilah yang diharamkan syarak)
jadi
Islam memberi penyelesaian atau jalan awal
dengan mengharamkan ikhtilat tersebut.
lebih selamat.


adik I:
ooo
Islam secantik-cantik agama ye bang

ambe:
semestinya =)
ada lagi jalan lain....

adik I :
apa dia...? 
huhu

ambe : 
tak sabar-sabar nampak..
huhu..
andai kita sudah ada calon...
maka mula la ambil tindakan...
1-solat hajat, mohon petunjuk dari ALLAH.
2- fikirkan, adakah aku bersedia untuk berkahwin dengan wanita ini?
kerana apa..
kita hanya dibenarkan bercinta jika kita benar2 berazam untuk kahwin..
jadi
bagi tau kat wanita tu..
saya tak bercinta, hanya selepas kawin...
jadi tanya terus perempuan tu
"awak sudi jadi bakal isteri saya..
dan saya nak kawin lepas selesai belajar
dan kerje dulu...
lepas tu kita kawin..
sekarang kita belajar dulu baik..."
syaratnya, tidak boleh berhubung melainkan yang perlu...

adik I :
macam ada pengalaman ni?
huhu
berhubung apabila perlu, macam mane tu ye?

ambe :
sekadar sedikit ilmu yang ALLAH kurniakan
alhamdulillah..
contoh keperluaan....
bincang pasal kawin.

adik I :
so?
takleh berhubung juga la...

ambe :
boleh,
untuk kawin atau perkara-perkara yang mengarah kepada sebuah akad yang sah
seperti tanya no talefon bapak dia, alamat rumah
dan apa-apa yang perlu untuk itu...
adik abang kan bijak..

adik I :
syukran..
jelasnya..
belajar dulu la ye...

ambe :
afwan...
yup
sebaik-baiknya..
 yakinlah.. JODOH sememangnya ALLAH dah tentukan...
kita hanya diberi kelebihan untuk berusaha mencari seorang isteri solehah

adik I :
susah juga sekarang nak cari isteri solehah.
sosial sana sini..

ambe :
rumusnya mudah..
kita jadi soleh...
insya ALLAH, ALLAH tidak pernah sia2kan segenap usaha hambanya.
ganjaran ALLAH, pasti lebih
apabila kita berusaha untuk lebih..
 maaf la dik
dah Asar kat sini...
lain kali cting lagi..

adik I :
beres... 
syukran sekali lagi...
salam

ambe :
beres..
afwan
wasalam


sekadar berkongsi...

Wa ALLAHu a'lam.



Solat Kapal Terbang

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Mengisi masa luang, sememangnya suatu keperluan selaku seorang pelajar. 
Benarlah kata orang tua-tua:
"membaca menjadikan kita banyak tidak tahu"
How to fix it?

"keep reading"

_____________________________________________

Teringat kisah ketika kami diarahkan untuk pulang (secara rela atau tidak) dari Mesir ke Malaysia.

Ketika mana kami berada di dalam kapal terbang menuju ke Malaysia. Seorang kak pramugari datang menghampiri tandas pesawat lalu mulut comelnye berkata :

"ah, macam pak cik, makcik aji jer diaorng ni...!!"
Ye, saya berpendapat seperti kak pramugari (maap, bukan berpihak sebab kak tu cantik, tapi kerana sepatutnya pelajar agama lebih bijak mendepani masalah yang berlaku)

Sebetulnya Islam tidak sesekali mendesak kita untuk bertindak sukar sebegitu.. sehinggakan pramugari tersebut melihat sukar pada ISLAM. Ini semua kerana kita gagal menunjukan ISLAM itu baik dimata mereka.

Bertambah masalah, bilamana sesetengahnya mula mencari tempat solat. Ye la, nok solatkan perlu berdiri... 

ayoyo, mana nak cari tempat solat dalam kapal terbang bersaiz biasa seperti itu. Jadi ada yang mengambil jalan mudah dengan menunaikan solat di tengah-tengah laluan dan di tepi  tandas, menjadikan laluan yang sedia sempit semakin sesak. adoi.
__________________________________
Situasi diatas biasa  bagi yang biasa menaiki kapal terbang... dan mungkn anda salah seorang daripanya?

jom baiki, dan mudahkan cara yang sememangnya mudah. Ulama telah berbincang panjang lebar mengenai permasalahan ini.

Islam telah menetapkan jalan yang mudah (bukan bermakna diringan-ringankan) tapi Islam telah memberi jalan dalam setiap situasi.

Ini kerana, air di dalam pesawat adalah terhad dan mengambil wuduk dalam pesawat boleh membawa masalah tertentu (spt kawasan wuduk terlalu kecil dan tinggi boleh menyebabkan kemalangan). 

so, apa tindakan kita?

-hukum solat tetap kekal pada "wajib" kerana solat hukumnya wajib sekalipun dengan hati.

caranya:

1-solatlah untuk menghormati waktu
2-tidak membaca ayat alquran melainkan al-fatihah (sekalipun, anda dalam keadaan berjunub)
3-tidak boleh berimam dan bermakmum
4-wajib menqoda kembali solat

(taqrirat sadidah-156)

Adakah perlu berdiri ?
- tidak perlu, solat saja ditempat anda duduk.

Perlu menghadap kiblat?
-tidak perlu, jika tidak tahu, atau kiblat bertentangan dengan tempat duduk anda.
-tetapi, seandainya tempat duduk anda mengarah kearah kiblat, maka diwajarkan ke arah kiblat ketika mengangkat takbir pertama.

Waktu untuk tunaikan?
-tunaikan solat dalam waktu tempatan, dengan makna melihat kepada negara yang berada dibawah kita ketika itu.
-ketika inilah, gunakan ilmu-ilmu yang dipelajari untuk mengetahui waktu masuk solat melalui alam (seperti : waktu subuh masuk apabila terbit fajar sadiq, tengok pada langit ketika itu...)
-andai ada halangan (seperti halangan awan tebal atau mendung) andaikan waktu masuk solat tersebut.
-lagi baik, andai anda bertanya terus kepada pramugari atau pramugara yang dalam dalam kapal terbang tersebut.


Wa ALLAHu a'lam


Semoga membantu
~ saya budak masih belajar .~


Cara Potong Kuku

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Duk selak-selak lembaran kitab tadi, terjumpa sesuatu yang agak baru. boleh dikongsi buat tatapan bersama.
Melihat kepada kebiasaan, kita hanya memandang biasa pada perkara ini. Sedangkan ulama, telah berbincang dan mencatat butiran pencarian mereka di dalam kitab-kitab mereka. Pasti, catatan mereka berdasarkan ilmu.

Berikut turutan yang telah disusun. Moga mudah dihadam dalam ingatan.

Cara pertama : cara ini di catat oleh imam Ghazali rahimahu ALLAH. 


Cara kedua : dicatat oleh imam Nawawi rahimahu ALLAH.


Cara ketiga : cara lain yang di catat.

nampak beza tak??  (harap jelas)

Sunnah mendahulukan yang sebelah kanan sebelum sebelah kiri. Timbul perbezaan pada susuan sahaja.

-Cara yang sama juga digunakan untuk memotong kuku jari kaki.
-Disunatkan memotong pada hari Isnin, Khamis, dan pagi hari Jumaat.
-Selepas memotong, disunatkan membasuh jari.

semoga ALLAH mengira ini, sebagai kebaikan.

Wa ALLAHu a'lam


rujuk kitab taqrirat sadidah.


Membantukah?

   Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
 
Saya merenung tajam kearah kanak-kanak Syiria yang berkejaran sesama mereka. Bumi mereka kini basah dengan darah syuhada'. Luaran kelihatan gembira, yang pasti mereka yang tahu. Bagaimana rasanya. Sekarang mereka menguasai beberapa kawasan perumahan kami. Kadang-kadang dah rasa macam duk kat Syiria pulak.. dialek yang begitu lembut kadang-kadang mengundang perhatian ramai warga mesir. Kecantikan?? jangan cerita la.. meremang bulu roma, lebih-lebih kami yang masih bujang.. tergangu..

Cuma, saya agak terkilan dengan status beberapa orang rakan laman muka buku. Mereka mewar-warkan :

siapa yang mahu mengahwini wanita Syiria, muda (berumur 15-25) 
sila dail sifulan sifulan xxx-xxxxx
murah, hanya RM 100
adakah HARUS begini? seperti menjual lagaknye... maap

sy tetap kurang setuju dengan cara menyebarkan beberapa orang teman, mengenai pernikahan dengan wanita syiria.. kelihatan disana spt berjual beli...
sedangkan rasulullah menegah perbuatan tersebut...

dan kenapa di fokuskan kepada yg muda2???
sedangkan kalau menikah dgn mak dia orang lagi baik, dapat jaga semua anak2 dia sekali... apa alasan kita nak kawin dgn yg muda, sedangkn yg berusia dibiarkan melarat ditepi jalan....

membantu bukan hanya dengan menikah... mcm gila seks pulak tengok orang islam, LAGAKnya.. maap kasar..

cuba la kumpul duit beli mereka syaqoh, makan minum dan lain..
juga dipanggil membantu...
andai nak kawin juga... silakan...
tapi, mak, ayah dan juga adik beradik dia... ambil sekali... saya pasti setuju..
sedar wahai ikhwah, kalau baca quran pun terketaq-ketaq, nanti bini syiria tegur. "di.. laisa minal quran". adoi kan dah terkantoi.. kene pulak tak faham apa yang bini sendiri kata.. malu kot.. 
maap..
 TOLONG hentikan, andai anda benar2 prihatin...
 

Little Child - Muhibbain


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


pepagi jumaat semua...
banyakkan salawat buat pembawa berita gembira...
rasulullah, salla ALLAHu alaihi wasalam... =)






yang pasti ALLAH telah merancang yang terbaik buat kita..

so...
please, SYUKUR... ALHAMDULLAH...

pasrah dalam kesusahan lebih mudah (kerana terpaksa) berbanding syukur dalam keadaan rela dalam susah mahupun senang...

nilai sebuah syukur diganjar gandakan oleh ALLAH jika diletakkan dalam kesukaran...

pernahkah kalian dengar cerita mengenai seorang ulama (maaf tak sempat merujuk dalam fatrah peperiksaan kini.)

cuma ceritanya:

ketika mana si ulama turun dari tangga, entah bagaimana kakinya tergelecoh (tersadung)dan menyebabkan beliau jatuh dari tangga..

seketika berguling-berguling dari atas sampai ke bawah, ringan saja mulut beliau menyebut-nyebut lafaz, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

sampai saja di tangga terakhir, beliau menangis teresak-esak...

mereka yang melihat kejadian itu merasa pelik dan ajaib, lalu mereka bertanya..

"wahai syekh, kenapa kamu menyebuat alhamdulillah seketika jatuh dari tangga tadi?"
"dan kenapa kini engkau menangis?"

lalu apa yang belau jawab (sungguh meruntung jiwa yang hidup):

"sesungguhya,  aku menyebut alhamdulillah seketika jatuh kerana dosa-dosa ku telah diampun ALLAH,
dan aku menangis kini, kerana tiada lagi anak tangga, dan dosa ku masih begitu banyak.."

subhana ALLAH...

hebat!!!!
ada sanggup?? (jangan lepas ni, ada pulak yang guling-guling dari tangga atas ke bawah)

masih banyak cara untuk kita syukur, dan cerita di atas bukti, bahawa sykur bukan letaknya pada hadiah kebahagian semata, tapi juga untuk letak juga pada derita merana... ALLAH telah memberi yang terbaik buat sekalian hambanya... PASTI...

alhamdulillah....

wa ALLAHu a'lam.


Syekh Zunnun bin Ibrahim rahimahu ALLAH..


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... 


subhana ALLAH, subhana ALLAH, subhana ALLAH...

tiada lafaz yang lebih indah apabila bertemu dengan suatu yang indah.. 

semalam, ketika berhenti sejenak setelah beberapa minit melihat kitab yang bertimbun-timbun... tut tut ada sahabat bertanya mengenai satu rangkain kata yang tidak diketahui sumbernya.. 

menjadilah rehat yang sepatutnya 10-20 minit kepada beberapa jam... huh... last-last dah pukul 1pagi..

jujurnya, beberapa hari lepas, ambe ada mengepost potongan ayat tersebut di dalam wall fb, sebagai berkongsi kata-kata hikmah sempena hari guru. Cuma tidak di ketahui sumber atau siapa yang berkata kalam hikmah tersebut.

sebagai seorang tolib ilmi (penuntut ilmu), wajar kita mengetahui sumber kalam yang disebarkan sebagai langkah menjaga kalam, serta menunjukan kita amanah dalam menyampaian. 

kalam hikmah tersebut berbunyi begini :
لو لا مربي ما عرفت ربي

yang mana maksudnya : kalau bukan kerana murobbi, takkan ku tahu mengenai Tuhan (ALLAH).

kalau sekali pandang perkataan murobbi disana, adalah murobbi yang kita sekalian tahu sebagai pendidik.. dan ayat ini tergantung dari sudut sumber perolehan.. maksudnya, siapa yang melafaskan kata-kata secantik ini...
Setalah membuat peneliti bersama dua orang teman, hasilnya..
matan asalnya adalah seperti ini :

 
 وسئل عبد الرحمن بن أبي حاتم عن رجل يقول: عرفت الله بالعقل والإلهام فقال: من قال: عرفت الله بالعقل والإلهام فهو مبتدع، عرفنا كل شيء بالله.

وسئل ذو النون المصري: بماذا عرفت ربك؟ فقال: عرفت ربي بربي، ولولا ربي ما عرفت ربي.


matan ini di ambil dari kitab majmuk fatawa Ibnu Taimiyyah rahimahu ALLAH dalam kitab tauhid rububiyyah muka 431. (jangan tuduh saya... itu, ini..) dirujuk oleh teman yang boleh dipercayai (kitab ini belum ada dalam koleksi)

Setelah kita meneliti kata ayat asalnya adalah robbi (ربي), dan telah diubah kepada murobbi(مربي). Pasti dan pastilah, didalam bahasa arab perkataan yang bertambah dan berkurang hurufnya membawa maksud yang berbeza..



Adakah salah si pelaku melakukan perbuatan menukar perkataan tersebut?

tidak, tidaklah menjadi satu kesalah kepada si pelaku, bahkan perbuatan merubah beberapa ayat dari rangkaian kalam indah, suatu yang biasa dilakukan dikalangan arab. 

baik..baik, kami dah tahu perubahan tu... apa maksudnya??

pada awalnya, kami sedikit berbeza pendapat pada kalimah robbi (iaitu بربي) yang kedua.. adakah di situ merujuk kepada murobbi?? 

Setelah bertanya sang murobbi ustet fahmi hafizullah, ini jawapan dari beliau :


  Robbi tu Allah.. maknanya dia kenal Allah melalui Allah sendiri. bukan melalui alam sebagaimana orang-orang awam dalam ilmu aqidah. 

bagi kita, alam ini sebagai bukti kewujudan Allah. 
adapun bagi mereka, mana mungkin makhluk yang lemah boleh menjadi bukti kepada Tuhan yang gagah. 
adakah Allah itu terhijab sedangkan Dia yang paling zahir, atau sebenarnya kita yang terhijab? hijab itu pada siapa sebenarnya? (jawapan :hijab itu pada hamba)

setakat ni je, ambe tak mampu syarah lebih2. shaykh yusri ada syarah tentang ni masa baca kitab syarah mukhtasar ibn abi jamrah. dia cerita tentang lautan al-ma'rifah. haa, ini kategori orang yang berenang dalam lautan al-ma'rifah. ada 8 jenis lautan kalau tak silap. lautan al-ma'rifah yang paling power selepas lautan al-ma'rifah ialah lautan al-'ilm. orang yang berenang di lautan ini tidak akan mampu berenang di lautan al-ma'rifah. wallahu'alam.
  


huh... rasa dah jelas kot...

timbul pula tanda tanya.... Siapa yang merungkap kalam mulia ini??

tiada seorang pun dari kalangan kita akan percaya, andai kita kata... 

"yang tinggal di istana itu... adalah si fakir itu... (sambil menuding jari kearah si fakir)

kerana apa? kerana makruf (jelas) bagi kita, yang tinggal di dalam istana adalah mereka yang bergelar orang KAYA atau RAJA sahaja.. (kira ada duit la...) 

begitulah ulama yang mengungkapkan kalam mulia ini.. sedikit latar belakang beliau :

Nama : Zunnun bin Ibrahim (ذو النون بن إبراهيم). ada yang mengatakan namanya, Thauban (ثوبان)



Laqob : abu fayyadh (أبو الفياض)

Dilahirkan : 179 H

Meninggal : 245 H

Asal : Giza, Mesir

Berakidah : ahli sunnah.

wa ALLAHu a'lam


semasa duk jelajah dalam beberapa buah kitab yang ada dalam simpanan.. ini saja hasilnya...

tapi... dan tapi...

sesungguh-sunggunhya, kalam hikmah beliau tersusun rapi dalam kitab Tarikh Damsyik... nak cari?

yang ambe rujuk semalam... Tarikh Madinah Damsyik, cetakan Darul fkir, jilid 17, dari muka 398-442. subhana ALLAH.. subhana ALLAH... subhana ALLAH...
semua kalam beliau pasti menusuk kalbu...

 antara lain :
ومن مال الي غير الله طاش    

siapa yang cenderung selain ALLAH, adalah gagal (rugi, tidak berguna)
lagi seronak kalau dapat memahami himpunan kalam beliau seperti mana dikehendaki oleh si penutur... sebab ambe tidak sampai ke tahap ma'rifah.. maka agak sukarlah memahami kalam mulia itu.. hanya mereka yg alim dan wara' pasti dapat memahami kalam beliau.... wa ALLAHu a'lam

sedikit perkongsian subuh hari... nak membaca dah malas... so menulis le sikit... jenoh... 

Wa ALLAHu a'lam.
   
 


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..