Greatest Muslim



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita, muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya..
 
 
kerana kita terlambat, anak-anak ini melayan nyawanya.
 
 

 _______________________________________________


Sekumpulan sahabat telah berjanji untuk bersua muka disatu tepi pantai Batu Buruk…

Si Ali berkata kepada rakan-rakanya yang lain selaku ketua dalam perancangan tersebut.
“hari sabtu ni, kita jumpa di pantai batu buruk pada pukul 7 pagi ye?!.”

Semua sepakat menjawab di laman muka buku dengan jawapan yang cukup meyakinkan..
“ye, baik. Set date n time.”

Tika waktunya….

Si Ali tiba lebih awal, pukul 6.55. dia percaya kawan-kawanya akan hadir tepat pada waktunye.

Pukul 7.00 tepat, kelihatan Mahmud melambai-lambai dari dalam kereta.. dia keluar dari kereta, menuju dengan tergesa-gesa kearah Ali.
“maaf Li.. aku lambat..” 

Ali mengerling jam ditangan, ketika Mahmud itu jam telah 7.02..  Ali hanya senyam dan menghulurkan tangan berjabat salam.

Sedang mereka leka berbicara. Si Firdaus dan Fitri sampai dengen tersengih-sengih pada pukul 7.15 pagi.
“maaf, aku lambat sikit.. tadi terlajak main game angre bird pulak..” kata Firdaus.
“biasalah lambat sikit, janji melayu..” tambah Fitri.

Ali dan Mahmud mengangguk menandakan ok-ok saja. Kempat-empat tadi bersembang rancak. Akhirnya Firdaus bertanye..

“eh, mana Man, bukan dia janji untuk sekali dengan kita??”

“yer, katanye….” Jawab Ali..

Ali menyapai telefon S3 nye lalu menekan-nekan papan rata handfondnye..

“salam, Man!.. mana kau?”

“sorry, sorry…. Aku sakit perut… aku tak dapat join kot.. atau aku sampai lambat…”
 Ali memusing tangan kananya dan melihat jam. Pukul 7.40 pagi..

Mahmud menepuk-nepuk bahu Ali. 
“biasalah li… bila amanah kita perlekehkan… kita hanya mengatakan solat, puasa itu amanah kepada ALLAH dan itu semua wajib, sehinggkan kita lupa amanah sesama manusia juga wajib.. kerana asal pada amanah itu memang wajib…”

“yer mud, kita takleh salahkan mereka juga.. mungkin mereka lupa..” jawab Ali.





Iktibar dari cerita:

Didalam cerita diatas. Anda akan dapat melihat beberapa orang watak :

Pertama: Ali 

-          Dia datang awal ke tempat berkumpul, anda tahu kenapa?
Kerana Ali tersilap tengok jam, jadi dia datang awal.
-           Dia tidak kisah rakanya datang lambat kerana dia juga biasanya begitu..
Sebab itu dia mengatakan.. “takleh salahkan meraka juga, mungkin mereka lupa…”

~~bukankah lupa pada amanah itu berat~~

Kedua : Mahmud

-          Dia datang tepat pada waktunye.
-          Dia seorang yang menjaga masanya. Cuma semasa Ali melihat jam, masa yang di ambil oleh Mahmud untuk sampai ke tempat duduk Ali memakan masa 2 minit.
-          Dia juga bertolak awal dari rumah, kerana dia tahu jarak dan telah menetap mengagak waktu dengan baik.

Ketiga : Firdaus dan Fitri.

-          Datang lambat.
-          Selamba-selambanya, tidak rasa bersalah. Ye, telah sebati dengan kelambatan.
-          “janji melayu” ini perkataan yang biasa dikeluarkan oleh kebanyakan orang melayu.. ataupun orang cina kepada orang melayu.
~sedarkah kita, janji melayu hanya menjadikan kita pendosa.. dan pastinya, dalam Islam tiada janji melayu yang menyusahkan orang lain~

Kempat : Luqman.

-          Langsung tidak datang.
-          Orang jenis ini, suka berjanji tapi memandang enteng saja. Menyebabkan mereka meringan-ringankan saja perjanjian yang dibuat.
-          Sedangkan sepatutnya, menelefon lebih awal.. setidak-tidaknya, hantarlah pesanan ringkas sms kepada salah seorang rakannya.
~semoga ALLAH jauhkan kita dari orang yang ke empat ini..~



Baik, ambe tinggalkan kalian untuk menilai.. dimana kita hari ini ??
Adakah kita tunggu sehingga orang kafir memijak-mijak atas kepala kita kerana kita bermain-main dengan masa.

Adakah kita berasa bangga dengan menyusahkan orang lain yang menjaga waktunya..?
atau..
Kita mahu orang yang lain menjadi seperti kita? Ikut saja kemahuan kita tanpa melihat tuntutan syara’.

Bangkitlah saudara…kita telah ketinggal ribuan batu dari kuffar.. 

Anda pernah dengar nama Donald Trum seorang jutawan di …..
Dalam satu kata-kata beliau dalam program The apprentice.
“kamu dipecat, kerana kamu telah terlambat satu saat”
“setiap saat adalah wang”
 Itu orang kafir.. 

Sedangkan Islam lebih besar kehendaknya..
“kamu ke neraka, kerana kamu terlambat satu saat”
“setiap saat kamu adalah redho ALLAH”

Kerana itu, ALLAH menyarankan kepada kita didalam quran al-karim.
“berkejarlah kalian untuk kebaikan”

~Proud to be a greatest muslim, if do not, be try to be a greatest muslim~

Wa ALLAHu a’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..