salam aidhil adha


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan yang masyur padanya cerita sebuah pengorbanan, antara nabi Allah Ismail dan ayahnya.... sejauh mana penghayatan kita.....

salam aidhil adha, maafkan daku diperantauan ini... seandainya dalam pertemu antara kita ada terguris, terkasar, tersinggung, terumpat dan sebagainya....
sejuta kemaafan ku pinta....

ermmm....
ya akhiii....
saban tahun kita menyambut aidhil adha...... apakah kita sedar setinggi mana pengorbanan kita terhadap agama Islam dan juga ibu bapa kita....

kalau kita masih bertangguh dalam meniggikan daulah Islam,
maka katakan pada diri kalian
" aku tak hidup lama..."

kalau kalian masih berkeras dan meniggikan suara dengan ibu bapa
maka tanyalah pada diri kalian
"tanpa mereka dimana aku??"

sedarlah sesebuah pengorbanan didahului dengan keperitan dan penderitaan
tapi
setiap penderitaan dan keperitaan
adalah kunci kepada pintu kebahagian yng berkekalan....

tanya diri
bila kita mahu bangkit??
atau sekadar menanti didalam selimut sahaja....
atau sekadar mencaci dan mengata dari belakang sahaja...
insaflah...

mai kita sama2 bangit dan bersatu hati
satu fikrah satu amal

wa Allahu a'lam...


...:: adakah kita sebahagian dari kebangkitan Islam?? ::...


haram bersekedudukan ketika haid


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dapat ana luangkan sedikit masa bersama kalian...

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Apakah Dia Kaffarah Kerana Bersetubuh Ketika Haid Itu?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu‘ Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya bagaimana dengan keadaan seseorang yang mendatangi (menjimak atau menyetubuhi) isterinya pada ketika haid. Baginda lalu bersabda:

Maksudnya: (Dia) bersedekah dengan satu dinar atau setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)


Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Majah, ad-Daruquthni, ad-Darimi dan an-Nasa’i. Menurut Abu Daud dan al-Hakim, ini adalah hadis shahih. Manakala yang lainnya mengkategorikan hadis ini bertaraf marfu‘ dan mawquf.


Manakala hadis mawquf kepada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu permulaan darah (haidh), maka (dia membayar) satu dinar. Dan jika (dia) menyetubuhinya (isterinya) pada waktu darah berhenti (kering), maka (dia) membayar setengah dinar.”(Hadis riwayat Abu Daud)


Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, kaffarah yang dimaksudkan itu ialah 1 (satu) dinar jika berlaku persetubuhan pada permulaan haid, iaitu ketika darah haid masih kuat warnanya.


Manakala ½ (setengah) dinar jika berlaku persetubuhan pada penghujung atau akhir haid, iaitu ketika darah haid beransur lemah warnanya dan hampir-hampir kering atau sudah berhenti.


Adapun maksud dinar di atas adalah dinar mengikut timbangan Islam daripada emas tulin. Satu dinar bersamaan dengan satu misqal daripada emas, mengikut timbangan pada semasa.


Kaffarah yang disebutkan itu hanya dikenakan ke atas suami sahaja dan disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin. Manakala menurut Imam ar-Rafi‘e Rahimahullah, memadai kaffarah tersebut diberikan kepada seorang fakir sahaja.


Bersetubuh Setelah Kering Darah Haid Tetapi Belum Mandi

Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmu‘ bahawa ulama-ulama Syafi‘e mengatakan apabila perempuan yang haid itu sudah kering darahnya, maka terangkatlah beberapa perkara yang diharamkan ke atasnya seperti puasa, talak dan zhihar.

Adapun larangan kerana disebabkan hadas seperti sembahyang, tawaf, sujud Tilawah dan Syukur, i‘tikaf, memegang dan membaca al-Quran dan tinggal atau duduk dalam masjid, masih dilarang dan masih berjalan hukumnya sehinggalah dia mandi mengangkat hadas besar. Begitu juga larangan bersetubuh dan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut.


As-Sayyid al-Bakri menukilkan kata-kata Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari dalam Syarh ar-Raudh, sebagaimana diharamkan bersetubuh pada akhir waktu haid, diharamkan juga bersetubuh setelah darah haid berhenti atau kering sebelum mandi mengangkat hadas besar.

Menurut jumhur ulama, hukum bersetubuh dengan perempuan yang haid sebelum dia mengangkat hadas sekalipun darahnya sudah kering atau berhenti atau bersih adalah haram sehinggalah dia terlebih dahulu mandi mengangkat hadas ataupun bertayammum (pada keadaan sah tayammumnya itu).

Begitu juga dengan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut sehinggalah perempuan tadi mengangkat hadas besar. Jika dia tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayammum kerana tayammum itu bersamaan dengan mandi dalam mengangkat hadas.

Di samping itu jumhur mengatakan jika seseorang bersetubuh dengan perempuan yang sudah berhenti atau kering darah haid dan sebelum mandi, maka (sunat) ke atasnya kaffarah, iaitu bersedekah kepada orang fakir miskin dengan ½ (setengah) dinar.

Perintah Untuk Mandi Setelah Kering Darah Haid


Ulama sepakat bahawa mandi mengangkat hadas disebabkan haid dan nifas adalah wajib, iaitu apabila telah berhenti atau kering darah tersebut.


Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ketika Fatimah binti Abi Hubaisy menemui Baginda mengenai masalah haid dan istihadhah.


Maksudnya: Maka jika datang haidhmu, maka kamu tinggalkanlah sembahyang, dan jika (kadar masa kebiasaan haidh) telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah dari dirimu darah haidh (mandilah) kemudian sembahyanglah”.(Hadis riwayat al-Bukhari)

Secara dasarnya darah haid itu bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Kerana itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat wajar, di samping ianya mendatangkan mudharat. Manakala dari sudut pandangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan senghaja merupakan dosa besar dan pelakunya disunatkan membayar kaffarah.

Menurut Imam al-Ghazali, melakukan persetubuhan sebelum mandi akan mewarisi judzam (penyakit kusta) kepada anak.

Oleh kerana itu hubungan suami isteri akan terbatas selama mana isteri belum mandi mengangkat hadas, sekalipun darah haid sudah kering atau berhenti. Maka apabila darah haid telah kering, wajiblah menyegerakan mandi untuk mengangkat hadas supaya tidak tertinggal melaksanakan ibadat yang dituntut.

wa Allahu a'lam...


...:: seindah2 wanita adalah wanita solehah ::...



Category: 0 comments

bukan tak mau balik....


Assalamualaikum....

Alahmdulillah bersyukur atas nikmat yang Esa...

Pertama2 ana mohon maaf kat kawan2 sebab tak dapat nok balik kaherah....

memang hati ni nok balik, tapi waqi kita sekarang berbeza....
antum semua ada tanggungjawab yang lebih besar yang perlu dilakukan daripada menerima ana sebagai penambah beban..
yer laa...
kalau ana balik, pah2 kawan2 lak sibuk, ada prgram la, ada itu, ada ini.....
dah la jauh merentasi gurun sahara....
merempuh denai2 berliku merentasi sg Nil...
sampai2 kat BKAN dah pun letih...
sakit satu badan + lapar lagi....
nok makan minum takkan lah nok tebalkan muka meminta2 lak
maluuuuu laaa...
p kedai la jawabnye....
dah la sekarang ni poket kekeringan...
masuk2 dalam bilik rasa macam merempat je...
harap2 kawan2 faham2 la yek...
sekarang kuliah kat sini 6 hari seminggu...
doakan la yek, dapat stdy dgn baik....

pah2 sekarang ni pening dgn cuaca, kuliah, imthan, qoror quran, DPM dll...
pening.... pening....

sampai kadang2 tak tau nok buat ape doh....

maalish sahabat2 semua.....


...:: bukan niat dihati nok mengadu tp sekadar luahan hati ::...


kepangkuan mazyaikh


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kuliah Al-Azhar mula membuka pintu2 kuliah kepada tolib (penuntut2) untuk kembali kepangkuan masyaikhnya....

Tahun ini lebih berbeza dari tahun lepas, tahun ini wahasiswa arab nampak lebih bersungguh2 datang awal ( sbb biasanya diorang ni datang bila doktor nok bagi muqoror je.... huhuhu )... tahun ni ada beberapa perubahan yg dilakukan oleh Azhar, antaranya memulakan kuliah pada pukul 8 pagi, dan dipecahkan kepada 2 sesi. Di bumi dumyat, sesi pagi pagi semua firqoh selain tahun satu..

Macam tahun lepas juga, mahasiswa kecuh dgn qoror Al-quran, macam tu la sistem pembelajaran Al-Azhar yang menuntut agar pelajar2nya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan....

tut... tut.... ada pulak khabar angin yang menyatakan imtihan tahun ni lebih awal...
ermmm... berdebar dibuatnya

Jadi sebagai tolib Al-Azhari kita perlu sentiasa bersiap sedia, kuliah jangan lupa pergi ( cuba sedaya upaya agar jasad dan akal kita berada dalam dewan kuliah )...
ya laaa...
sekarang ni musim sejuk, jadi cabaran lebih besar jadinya... sebelum pergi kuliah kalau tersilap pandang lihah (selimut tebal) habis laaaa.....

Tindakan kita.....
lakukan perubahan!!!
kenapa kita harus membiarkan Islam terus dihina kerana malasnya kita untuk mencari ilmu...

Sabda Rasullillah :
“Hikmah (kebijaksanaan) itu adalah barang ciciran orang-orang mukmin. Barang siapa menjumpainya, maka ambillah ia (hikmah tersebut)…” || al-Hadith

Kalau kuliah bermula 2 atau 3 minggu tapi mahasiswa masih 2 3 orang maka tanya la diri kita, adakah kita termasuk dalam 2 3 orang tersebut....

Jangan kita terlalu banyak memberi alasan kerana ingat la kita pada :
orang cerdik selalu mencari jalan tetapi orang bodoh selalu mencari2 alasan

Dimana kita tempatkan diri kita??
tepuk dada tanya Iman kita....

Ingat lah...
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Rad:11)

Sebelum nasi menjadi bubur
dan sebelum melafazkan " Azhar memang macam tu..."
dan sebelum bertemu tahun yang sama....
apa silapnya kalau kita berusaha dahulu sedaya upaya...

kata arab mesir "siddahalak"


...::Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada ::...


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..