binaan kali ini...


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

sekadar sedikit perkongsian ringkas sblm imtihan bermula....
doakan kejayaan kami warga Azhari......

Sepanjang 1 hari berukhuwwah di bawah prgram usrah gabungan sblm ia ditangguhkan sementara memberi laluan imtihan tak lama lg... dari khabar2 angin yg mengatakan 15/5 - syafawi quran, dan abih2 sampai 30/6..... (jadual tak keluar lg.... jadi tak dapat nok bg tau secara spesifik ler....huhuhu)


memanaskan badan di pg hari.....

ambik gambo beramai2......

bersama ayam masing2...



penyembelihan bermula....









bergambar dengan api...


antara kumpulan yg paling cepat makan... huhuhu...

akhir sekali makan ler......



Alhamdulillah, akhirnya semua berjaya makan hasil sembelihan masing2.... harap2 ukhuwwah yg terbina ditanah lapang berhadapan sekolah arab 2 dapat kekal sampai akhir hayat semua.... habis2 pun ingat daku dlm doa mu....

sabda rasullullah salla Allahu alaihi wasallam :
"Hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ada enam perkara :
1- Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
2- Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputanya,

3- Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,

4- Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmid,
5- Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi dan
6- Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya"

semoga ukhuwwah kita bersemi dan terus kekal di dlm galeri muzium kalian....



...:: sehari bersama saudara membawa ke jinjang syurga ::...



Al-Imam al-Akbar Syeikh Dr Muhammad Ahmad Tayyib Hafizahullah



Ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan Syaikhul al-Akbar al-Ustaz Doktor Muhammad Ahmad al-Tayyib hafizahullah, Syaikhul Azhar yang baru dilantik setelah kewafatan Syaikhul Akbar Sayyid Muhammad Tantawi rahimahullah.

Alhamdulillah, al-Faqir sendiri pernah diberi kesempatan untuk menghadiri kelas pengajian umumi bersama al-Imam al-Akbar Syaikh Dr. Muhammad Ahmad Tayyib hafizahullah di Masjid al-Azhar al-Syariff. Beliau mengajar kami ilmu Mantiq dengan menggunakan kitab Sullam al-Munawraq dan setelah selesai kitab tersebut dipelajari kami sempat menghadiri beberapa kelas pengajian kitab al-Mustasfa karangan al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali radhiyallahu anhu. Ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Rektor Universiti al-Azhar al-Syariff.

Memang tidak dapat dinafikan betapa ilmu beliau melaut luasnya. Sehingga salah seorang ulama al-Azhar al-Syariff yang juga merupakan guru kami di Masjid al-Azhar iaitu Syaikh al-Allamah al-Usuli Dr. Salim Abu A’si al-Hanafi hafizahullah mengatakan bahawa Syaikh Dr Muhammad Ahmad Tayyib hafizahullah adalah merupakan antara ulama yang paling pakar di dalam bidang ilmu Kalam dan Mantiq . Namun kehebatan beliau di dalam ilmu-ilmu lain tidaklah boleh dipertikaikan.

Syaikhuna al-Imam al-Akbar merupakan seorang yang agak garang dan tegas. Terutama ketika berada di dalam kelas. Paling membimbangkan adalah bilamana beliau berhenti membaca kitab dan memandang ke arah kami untuk bertanyakan soalan. Jika tidak boleh menjawab maka beliau akan bertanya “ Kamu dari Kuliah apa?” Jika soalan berkenaan mantiq tidak boleh dijawab oleh penuntut ilmu tahun akhir di Kuliyyah Usuluddin Universiti al-Azhar al-Syariff maka beliau akan memarahi pelajar tersebut dan mengatakan “ Apa tujuan kamu datang ke sini kalau ilmu sebeginipun kamu tidak mampu kuasai ?”

Beliau juga pernah memberikan peringatan kepada para penuntutnya agar tidak memakan kacang ful ( sejenis makanan ruji orang-orang Mesir) sebelum datang ke kelasnya di Masjid al-Azhar al-Syariff. Ini kerana menurut beliau, kacang tersebut akan menyebabkan penuntut menjadi mengantuk dan cepat lupa apa yang dipelajari. Al-Faqir pernah terbaca tulisan al-Imam al-Suyuti rahimahullah berkenaan perkara ini. Malah al-Imam al-Suyuti rahimahullah mengatakan antara penyebab lupa adalah memakan kacang ful.

Beliau juga mengatakan dengan jelas kepada kami pada suatu hari : “ Ilmu sebenar yang akan kamu perolehi adalah bilamana kalian berada di sini ( sambil mengisyaratkan kepada Masjid al-Azhar , ketika itu kami sedang belajar kitab al-Mustasfa di Ruwaq @ Anjung al-Abbasi ) , sekurang-kurangnya 6 tahun kamu perlu berada di sini untuk memperolehi ilmu sebenar. Saya juga belajar disini bersama Syaikhuna al-Imam al-Akbar Dr Abdul Halim Mahmud rahimahullah”

Syaikhuna al-Imam al-Akbar juga selalu menceritakan bahawa beliau banyak terpengaruh dengan pembawakan al-Imam Abdul Halim Mahmud rahimahullah.

Ini adalah sedikit sebanyak apa yang al-faqir sendiri perhatikan daripada peribadi al-Imam al-Akbar Syeikh Dr Muhammad Ahmad Tayyib hafizahullah sebelum beliau dilantik menjadi al-Imam al-Akbar. Walaupun sempat bersama beliau dengan masa yang cukup singkat namun cukup banyak faedah yang boleh al-faqir timba daripada beliau. Semoga Syaikhuna al-Allamah al-Imam al-Akbar hafizahullah dapat membuka lagi majlis pengajian di Masjid al-Azhar al-Syariff selepas ini. Semoga Allah taala memberikan kemudahan kepadamu wahai guru kami untuk memegang amanah yang cukup berat ini.

artikel asal dr ust Nazrul Abd Nasir

solat sunat hifzi n usrah gabungan


pakat mai ramai2... rapat2kan ukhuwwah antara kita...
Category: 0 comments

PERPINDAHAN PELAJAR WAFIDIN....

KENYATAAN RASMI PENGERUSI PMRAM CAWANGAN DUMYAT 2009/2010
MENGENAI PERPINDAHAN PELAJAR WAFIDIN KE KAHERAH


Assalamualaikum W.B.T

Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam yang ditangan-Nyalah terletak segala kekuasaan. Salam dan selawat keatas pemimpin seluruh umat manusia, Nabi Muhammad S.AW, beserta para sahabatnya, yang merupakan contoh tauladan terbaik sepanjang zaman.
Alhamdulillah pada hari ini 27/4/2010 satu pertemuan bersama Amid dan Mudir Am Kuliah Dirasat Islamiah Wal’Arabiah Dumyat telah berjaya diadakan,dan diantara yang turut hadir bersama saya di dalam perjumpaan tersebut ialah Ustaz Bashiruddin Rahmat(Ketua Forum Komunikasi dan Informasi Mahasiswa Indonesia Dumyat) dan Ustaz Ibrahim Ru’san Ghasi(Ketua Persatuan Pelajar Nusantara Dumyat).
Di dalam pertemuan tersebut Amid kuliah telah menyatakan dengan penuh yakin memang terdapat satu qarar yang menyatakan semua pelajar wafidin yang menuntut di Kuliah Dirasat Islamiah Wal’Arabiah Dumyat akan dipindahkan ke kaherah mulai tahun hadapan, mungkin ada berita yang kita terima dari muhafazah lain bahawasanya bila kita dipindahkan maka kita akan ditukarkan kepada Kuliah Ulum dan akan turun kepada tahun satu semula,tetapi berlainan di Dumyat ini dimana Amid Kuliah sendiri telah menyatakan hanya akan berlaku pertukaran tempat dan bukannya kuliah serta tahun,ini bermakna kita akan dapat menyempurnakan tahun pengajian dalam kuliah yang sama.
Di antara permintaan kami lagi di dalam pertemuan tersebut agar diadakan perjumpaan diantara Amid Kuliah dan Mudir Am bersama semua pelajar wafidin yang menuntut di sini,tetapi Amid kuliah telah berkata bahawasanya perjumpaan tidak perlu diadakan, apa yang dicadangkan ialah agar kita mengemukakan surat rayuan beserta hujah yang kuat untuk menghalang perpindahan ini terus kepada Pihak Al-Azhar pusat kerana beliau hanyalah orang yang menjalankan qarar tersebut dan tidak mampu untuk melakukan sebarang perubahan.
Kita dikejutkan dengan berita ini tatkala imtihan fasa dua hampir tiba,oleh itu saya mengharapkan kepada semua Mahasiswa Universiti Al-Azhar Dumyat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada imtihan yang bakal menjelang.Mungkin juga Allah S.W.T hendak menguji kita semua adakah selama ini kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T atau kerana imtihan semata-mata,dan jika benarlah kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T kita akan tetap bersemangat untuk membaca kitab,mengulang kaji pelajaran dan membuat nota walaupun tiada imtihan.Perpindahan ke Kaherah bukanlah alasan untuk kita lemah semangat dan tidak mahu lagi berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam Imtihan kali ini, andaikata inilah imtihan yang terakhir buat kita di Universiti Al-Azhar Dumyat ini maka buatlah yang terbaik wahai sahabatku sekalian.
Insyallah kami dari pihak AJKT PMRAM cawangan Dumyat akan berusaha dan bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa dari Indonesia dan Thailand bagi memastikan rancangan perpindahan ini tidak akan berjaya,apa yang kami harapkan agar kita sama-sama memohon doa dari Allah S.W.T dan melakukan solat hajat kerana Allah S.W.T sahajalah yang berkuasa untuk membuka hati-hati mereka yang bertanggungjawab seterusnya menggagalkan rancangan mereka ini,sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah S.W.T dan kita sebagai hambanya jangan pernah berputus asa.

“KEMANTAPAN FIKRAH,MEMBINA SYAKHSIAH”

Yang menjalankan amanah.

MOHD SHAIFUL KHAN BIN AHMAD
(Pengerusi PMRAM Cawangan Dumyat 2009/2010)

rujuk blog dpm dumyat .
Category: 0 comments

senarai penuh keputusan pilihanraya umum PMRAM 2010

Calon-Calon Yang Bertanding Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11
(Mengikut urutan jumlah undian tertinggi.)


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)

Pertama (1)
Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig
877 undi (menang)

Kedua (2)

Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig
861 undi (menang)

Ketiga (3)

Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
861 undi (menang)

Keempat (4)

Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah
860 undi (menang)


Kelima (5)

Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu

Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah
852 undi (menang)


Keenam (6)

Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
848 undi (menang)

Ketujuh (7)

Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah
830 undi (menang)

Kelapan (8)

Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah
826 undi (menang)

Kesembilan (9)

Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah
821 undi (menang)

Kesepuluh (10)

Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom
226 undi

Kesebelas (11)
Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah
173 undi

Keduabelas (12)

Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah
158 undi


Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak


Category: 0 comments

sanah hilwah ke-31

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...




post kali ni khas buat abg tersayang... Mohd Zahid bin Ahmad....
selamat menyambut ulang tahun ke-31 tahun, semoga panjang umur, murah rezki, dapat tingkatkan ibadat pada Allah.... semoga bernatijah kejayaan dunia dan akhirat.... aaamin...


jangan lupa jasa ayahda dan bonda dlm mendidik kita sampai ke besar....
katalah "terima kasih kpd mereka berdua"
qul " syukran alaikuma"
say " thaks to them"

apa2 bahasa pun kerana tanpa mereka kita takkan ada kat dunia ni....

sekadar nasihat untuk kita bersama,
apalah sangat jika dihulur RM50 sebulan dengan pengorbanan mereka pada kita :
jasa ibu mengandungkan kandungan tak kurang dari 9bln....
berjuang dengan nyawa bagi menjamin kelahiran kita...
jasa ayah dalam mencari nafkah buat kita...
sangup tidak makan, biar anak mereka makan terlebih dahulu....
(ah.. banyak lg laa.. nok senarai tak mampu ditangan...)

kini kita dewasa...
adakah kita lupa...
kerana mereka kita kita berdiri..
kerana mereka kita mengenal erti..
kerana mereka kita melangkah megah..
kerana mereka kita mengenal cinta...
kerana mereka kita ke neraka mahupun ke syurga
tp
hari ini kita lupa jasa mereka....
sama2 kita renung sejenak pada jasa mereka....



...:: dalam kita bergembira jgn biar ada yg terluka ::...

qoilulah


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tiduR untuk istiRahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun beRusaha.
[Al FuRqaan (25) ayat 47]

dicOntOhkan Oleh Rasulullah

Dalam kitab Fiqhus Sunnah teRdapat keteRangan sebagai beRikut:

فعن ابن عمر قال: كنا في زمن رسول الله صلى الله عليه وسلم ننام في المسجد نقيل فيه ونحن شباب.

“TeRdapat sebuah hadis daRi Ibnu UmaR, beliau beRkata, "Kami (paRa sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tiduR di masjid, kami tiduR qailulah (tiduR tengah haRi) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)

Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,

"TiduR sekejap di waktu tengah haRi atau qailulah bukanlah satu peRbuatan yang keji keRana Rasulullah peRnah melakukannya."

membantu Solat Tahajjud

Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin beRkata,

"Hendaklah seseORang tidak meninggalkan tiduR yang sekejap pada siang haRi keRana ia membantu ibadah pada malam haRi. sebaik-baiknya hendaklah seseORang itu bangun daRipada tiduRnya sebelum gelinciR matahaRi untuk menunaikan sOlat zuhuR."

setelah solat Jum’at

pada hari jumaat, qoilulah sunat dilakukan selepas solat jumaat...(takut tak g solat jumaat, salah satu hikmahnyer... huhuhu)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا نُبَكِّرُ بِالْجُمُعَةِ وَنَقِيْلُ بَعْدَ الْجُمُعَةِ

“Kami takbiR (beRsegeRa datang ke masjid) untuk menanti pelaksanaan shalat Jum’at dan kami qailulah setelah shalat Jum’at.” (HR. Al-BukhaRi nO. 905)


pilihanraya PMRAM

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Di ceritakan, hampir 18tahun tidak berlaku pilihanraya dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Alhamdulillah, perkara ini telah berlaku pada tahun ini. Ini menunjukkan sikap mahasiswa semakin matang dan optimis bersaing dalam menegakkan din yg tercinta ini.

Pada tahun ini Muktamar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 10 April 2010 sehingga 12 April 2010. Agenda muktamar kali ini akan bermula dengan hari pembuangan undi (Pilihanraya) pada 10 April 2010, Muktamar Hewi pada 11 April 2010 dan berakhir dengan Muktamar Sanawi PMRAM pada 12 April 2010.

Pilihlah calon-calon anda, bukan sekadar mengikut populariti masing-masing. Akan tetapi, undilah mereka yang boleh membawa survival PMRAM dan mereka boleh meneruskan agenda kebajikan, pendidikan dan sebagainya untuk seluruh ahli PMRAM. Paling penting sekali adalah mereka yang akan terus menjulang apa yang telah menjadi dasar kepada PMRAM iaitu Al-Quran dan As-Sunnah S.A.W.

Semoga Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terus bertapak di bumi Mesir sebagai Persatuan Induk @ NGO yang sentiasa menjaga kebajikan seluruh masyarakat Melayu di Perlembahan Nil ini. Juga, sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T akan sentiasa menjaga kesatuan yang telah lama terbina ini. Insya Allah.

Satu Fikrah, Satu Amal
Kita PMRAM.


...:: kuatnya jemaah pada teguhnya pemimpin dan batunya ahli ::...


Category: 0 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..