ibu..... oh, ibu......


Bismillah hirrahma nirahim

Segala puji Tuhan pencipta sekalian alam…

Untuk renungan bersama, di bulan yang penuh barakah ini ingin sekali ana berkongsi satu muhasabah bersama. Ana dapat post ni dari seorang rakan bloger (atas permintaan beliau agar namanya tidak diwarwarkan).

Sudah hampir separuh Ramadan kita lalui, jentik hati kalian tanyalah banyak mana sudah ibadat anda??

________________________________________________________________

Dua tiga hari lepas satu SMS dari Malaysia ku terima, ayat penuh makna buat seorang anak diperantaun :

Mad semuanya baik. Maaf lambat balas. Dah lama x dengar suara anak mak ni. Harap2 sihat. Macam mana puasa? Duit cukup x? raya ada beli bj raya x?. Mak n adek biasa je. Tak suka macam dulu. Abang jrang2 je blik. Agaknya benci mak. Sayang bini dia.

Rintihan seorang ibu, wanita kampung dari jauh merungkai derita dihati menyebabkan daria ku tersentak, sungguh hampa rasa di hati. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar menalifon dari jauh. Sayup dihati mendengar rintihan sang ibu.

Ya, tak nafikan, sebelum ini mak memang selalu mengadu mengenai perangai abang yang kian ketara perubahannya selepas berkahwin. Dia jarang sekali pulang menziarahi Mak walaupun rumahnya hanya di kampung sebelah sahaja. Kira-kira 15 minit sahaja jarak berkereta moto.

Anak…. Anak……..

Apa perasaan kalian bila menatap masej ni???

Jangan menipu duhai rakan-rakan seakidah ku….

Ahhhhhhh………….

Itulah anak…..

Mudah lupa, siapa yang mengandungkan mereka, siapa yang membesarkan mereka, siapa yang mendidik mereka…….

Mereka penipu dan menipu diri mereka…. Sampai bila?

Ya Allah…..


berikut cerita ke dua :

___________________________________________________________


Derita ini tak berkesudahan, ketika asyik berbicara, tanpa disedari aku mengeluarkan isu….

Aku :

anta berapa kali talifon rumah, mesti dah bagi tau khabar gembira ni kan??

Arip :

tak lagi…. Tah la bila nak talifon, dah 3 bulan ana tak talifon….. apa tidaknya tiap-tiap kali talefon mesti menangis…..

Aku :

anta biar betol……

yer la, natijah baru keluar…

keluarga mesti tahu keputusan apa yang kita dapat, lebih-lebih lagi seorang ibu yang sememangnya mengharapkan anaknya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat……

Situasi nampak berbeza, tapi hakikatnya sama….

Ya, ana merasakan Ibu sebnarnya seorang yang sangat berharap pada kasih dari anak-anaknya…

Tapi mereka cara mereka mencari kasih berbeza dari kita…..

Mungkin ada setengah dari kita mengatakan :

Bermanja ape la sangat, dah tua pun……

Kerana tua mereka inginkan kasih sayang dari anak-anak yang mereka kandung sekian lama,

Mereka tidak pernah mengungkapkan kalimah tersebuat dihadapan kita kerana takut menyusahkan kita…..

Sehinggakan kita terus lalai dan melupakan mereka….

Sama telahlah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki, kasih dan harapan terhadap anaknya satu ni sudah pasti setinggi gunung…..

Biar tiap kali kita menalifon beliau menagis, jangan biar nanti kita yang menangis kerana tiada lagi redho seorang ibu terhadap anaknya……..

_____________________________________________________

Sama-sama kita merenung……

Ibu kita hanya satu, andai dia pergi tiada lagi penganti, tapi andai isteri yg pergi masih ada yang sudi menyandang gelaran tersebut…

Kita sukar menilai baik pada apa yg ada dihadapan mata, sehingalah ia berlalu…..

Kita mula sedar itu adalah yang terbaik…….

Jangan terlambat sahabat-sahabat seakidah ku……



...:: kita selalu merenung pada bulan tanpa kita sedari yg kita menetab di dada bumi ::...


bulan tarbiyyah


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah 1 tahun 11 bulan bermustautin di bumi kinanah ini.
alhamdulillah, kali ke-3 menyambut ramadan kareem bersama2 masriyyin...


Adakah anda seronok berpuasa dengan arab2 mesir?

huhuhu....
sudah tentu seronok, melihat telatah arab yg bermacam2 ragam dalam mencari redha Allah pada bulan yg dinanti oleh setiap jasad di bumi kinanah ini....

bahang kemarakan bulan tarbiyyah ini telah dirasai sejak 2 bulan lepas lg....
apa tidaknya, doa nabi salla Allahu alaihi wasalam diulang2 :

"Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan.

dua tiga minggu sebelum ramadan menjelma, botol2 air minuman dan kedai2 mula mengadakan promosi ramadan (bukan sibuk promosi raya seperti malaysia yek.... awal2 ramadan dah ada kuih raya..) kain2 rentang dilebarkan dan kebanyakanya tercatat senarai maidah rahman serta doa2 serta harapan mereka terhadap bulan mulia ini...

ahhhhh... hebatkan..... ada di malaysia??

Dan kini bulan Ramadan kunjung tiba, masjid2 sarat dengan pengunjung yang tak jemu2 dalam taqorrub ila rubbuna...
mereka mula menampakkan 1001 perubahan dalam segenap perkara (kita kat malaysia sama aje, puasa ke tak, tak ada bezanya.....)

arab2 ni bila tiba bulan kita akan dapat melihat perubahan dari segi :
1- ke masjid, tak pernah tinggal, jumlah ma'mum subuh dgn terawih sama bnyak aje...
2- Al-quran tak lepas dari tangan...
3- terawih tak tinggal, 10 sof sah semestinya..... biasa dlm 1 kawasan ada 5 masjid, dan semuanya sarat....
4- rutinnya arab pada bulan2 biasa suka bergaduh, tp buln ni mereka baik2 aje....
5- mereka juga tak banyak cakap, bnyakkan zkir....
6- sekolah dan universiti mula cuti ( sampai natijah kami pun tak keluar2 lagi....)
7- banyakkan bersedekah....
8- bagi makan kat orang ramai (terutamanya kami wafidin.. mereka akan pastikan perut kita penuh) 9- mengadakan maidah rahman kat masjid...
10- dan banyak lagi...

jangan marah ye.....
ni bukan blog memuji arab2 mesir, sekarang kita tengok kebaikan2 yg ada kat malaysia pada bulan tarbiyyah.....


orang melayu ni bila tiba bulan kita akan dapat melihat perubahan dari segi :
1- ke masjid, tak pernah tinggal, jumlah ma'mum subuh lebih sedikit berbanding terawih....
2- Al-quran lepas dari tangan... (kalau baca pun, awal2 aje.... lepas 1mggu lesap...)
3- terawih tak tinggal, 10 sof sah tak pasti lg..... biasa dlm 1 kawasan ada 1 masjid, dan kebanyakan sepi....
4- rutinnya orang melayu pada bulan2 biasa suka ziarah-menziarahi, tp buln ni mereka duduk kat rumah aje.... (letih puasa.... kalau tak mengayam ketupat laaa....)
6- sekolah dan universiti mula lebih rancak ( bulan2 ni la nok buat pepereksaan....)
7- banyakkan berkira.... (berkira utk orang lain, kalau ke perut sendiri tak apa aje....)
8- bagi makan kat anak bini 9- mengadakan maidah rahman kat masjid... (ada macam tak ada.... tak ada sambutan)
10- dan banyak lagi...

dua2 negara hebat, ada kelebihan masing2....
sama2 kita hisab diri kita, tinggkat amal ibadat kita dalam bulan tarbiyyah ini.
jangan biarkan ia berlalu pergi tanpa meninggalkan apa2 kesan pada diri kita...
amat rugilah bagi mereka yg mensia2kan rahmat Allah.....
rebutlah sedaya mungkin....

untuk renungan bersama,
sabda rasulullah salla Allahu alaihi wasalam:

"Dari Salman, ia berkata, “Pada hari akhir bulan Sya’ban Rasulullah saw. mengkhutbah kepada kami. Beliau bersabda, ’Hai manusia! Telah menaungi kamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan berkah,
bulan yang padanya ada satu malam lebih baik dari seribu bulan.
Allah tetapkan shaum padanya sebagai satu kewajiban, dan salat pada malamnya sebagai tathawu (sunnat).
Siapa yang mendekatkan (melaksanakan) sesuatu kebaikkan (sunnat), maka (pahalanya) seperti (pahala) bagi orang yang menunaikan kewajiban.
Dan siapa yang menunaikan kewajiban, (pahalanya) seperti (pahala) yang menunaikan kewajiban sebanyak tujuh puluh kali.
Bulan itu adalah bulan (penuh dengan) kesabaran dan bersabar itu pahalanya adalah surga.
Bulan yang penuh dengan kebaikan, bulan yang akan bertambah rezeki seorang mukmin.
Barang siapa memberi makan orang shaum pada bulan itu, maka hal itu merupakan magfirah bagi dosa-dosanya dan lehernya akan terlepas dari api neraka,
dan baginya (orang yang memberi makan) akan mendapat pahala seperti pahala yang shaum tanpa terkurangi sedikitpun dari pahalanya itu.
Para sahabat bertanya, ’Kami semua tidak mempunyai sesuatu untuk memberi makan yang shaum, beliau menjawab,’Allah akan memberi pahala seperti ini kepada orang yang memberi makan yang shaum walaupun hanya dengan sebiji kurma, atau seteguk air, atau sesuatu yang dicampur dengan susu.
Dan bulan itu adalah bulan yang awalnya penuh rahmat, pertengahannya penuh maghfirah dan ahirnya pembebasan dari neraka…"




#p/s : bagi yang ada kat bumi dumyat ni mai la kita sama2 ke markaz, tadarus bersama2.....
insya Allah, tiap2 mlm ada....



...:: bila dah ada kebaikan lalu kat depan mata, baham la ia secepat mungkin ::...


pencalonan AJKT 2010/1011


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
tahniah kepada AJKT tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat.....
Menang tanpa tandingan....

sumber rujukan klik sini


jangan lupa MAT akan diadakan pada 15/8/2010..
setiap mahasiswa wajib membayar LE 7...
harap maklum semua yek....



...::membina jati diri asas kekuatan mahasisiwa ::...
Category: 0 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..