Bismillah hirrahma nirahim
Segala puji Tuhan pencipta sekalian alam…
Untuk renungan bersama, di bulan yang penuh barakah ini ingin sekali ana berkongsi satu muhasabah bersama. Ana dapat post ni dari seorang rakan bloger (atas permintaan beliau agar namanya tidak diwarwarkan).
Sudah hampir separuh Ramadan kita lalui, jentik hati kalian tanyalah banyak mana sudah ibadat anda??
________________________________________________________________
Dua tiga hari lepas satu SMS dari Malaysia ku terima, ayat penuh makna buat seorang anak diperantaun :
Mad semuanya baik. Maaf lambat balas. Dah lama x dengar suara anak mak ni. Harap2 sihat. Macam mana puasa? Duit cukup x? raya ada beli bj raya x?. Mak n adek biasa je. Tak suka macam dulu. Abang jrang2 je blik. Agaknya benci mak. Sayang bini dia.
Rintihan seorang ibu, wanita kampung dari jauh merungkai derita dihati menyebabkan daria ku tersentak, sungguh hampa rasa di hati. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar menalifon dari jauh. Sayup dihati mendengar rintihan sang ibu.
Ya, tak nafikan, sebelum ini mak memang selalu mengadu mengenai perangai abang yang kian ketara perubahannya selepas berkahwin. Dia jarang sekali pulang menziarahi Mak walaupun rumahnya hanya di kampung sebelah sahaja. Kira-kira 15 minit sahaja jarak berkereta moto.
Anak…. Anak……..
Apa perasaan kalian bila menatap masej ni???
Jangan menipu duhai rakan-rakan seakidah ku….
Ahhhhhhh………….
Itulah anak…..
Mudah lupa, siapa yang mengandungkan mereka, siapa yang membesarkan mereka, siapa yang mendidik mereka…….
Mereka penipu dan menipu diri mereka…. Sampai bila?
Ya Allah…..
berikut cerita ke dua :
___________________________________________________________
Derita ini tak berkesudahan, ketika asyik berbicara, tanpa disedari aku mengeluarkan isu….
Aku :
anta berapa kali talifon rumah, mesti dah bagi tau khabar gembira ni kan??
Arip :
tak lagi…. Tah la bila nak talifon, dah 3 bulan ana tak talifon….. apa tidaknya tiap-tiap kali talefon mesti menangis…..
Aku :
anta biar betol……
yer la, natijah baru keluar…
keluarga mesti tahu keputusan apa yang kita dapat, lebih-lebih lagi seorang ibu yang sememangnya mengharapkan anaknya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat……
Situasi nampak berbeza, tapi hakikatnya sama….
Ya, ana merasakan Ibu sebnarnya seorang yang sangat berharap pada kasih dari anak-anaknya…
Tapi mereka cara mereka mencari kasih berbeza dari kita…..
Mungkin ada setengah dari kita mengatakan :
Bermanja ape la sangat, dah tua pun……
Kerana tua mereka inginkan kasih sayang dari anak-anak yang mereka kandung sekian lama,
Mereka tidak pernah mengungkapkan kalimah tersebuat dihadapan kita kerana takut menyusahkan kita…..
Sehinggakan kita terus lalai dan melupakan mereka….
Sama telahlah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki, kasih dan harapan terhadap anaknya satu ni sudah pasti setinggi gunung…..
Biar tiap kali kita menalifon beliau menagis, jangan biar nanti kita yang menangis kerana tiada lagi redho seorang ibu terhadap anaknya……..
_____________________________________________________
Sama-sama kita merenung……
Ibu kita hanya satu, andai dia pergi tiada lagi penganti, tapi andai isteri yg pergi masih ada yang sudi menyandang gelaran tersebut…
Kita sukar menilai baik pada apa yg ada dihadapan mata, sehingalah ia berlalu…..
Kita mula sedar itu adalah yang terbaik…….
Jangan terlambat sahabat-sahabat seakidah ku……
...:: kita selalu merenung pada bulan tanpa kita sedari yg kita menetab di dada bumi ::...
No comments:
Post a Comment