sambut raya kat negeri sendiri......

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... selesai sudah "Sambutan Hari Raya Aidilfitri 09" ( SAHARA )tahun ni beraya kat negeri sendiri ( bumi dumyat ), mohon kemaafan banyak2 dari kawan2 kat kaherah.... Ana raya kat sini tahun ni... kaherah tahun depan kot... tahun lepas kaherah doh....

Terima kasih pada semua yg menjayakan sambutan kali ini, walaupun ada beberapa kekurangan disana, biasalah dah nama pun manusia... tak dapat lari dari kekurangan...
so
saling bermaafan la kita.. ok...

Apa2 pun Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.....




bergambar sebelum program bermula....


gambar kenang2...




tetamu dari selangor



wa Allahu a'lam...

...:: tarbiah nurani semarak aidilfitri ::...

berlalunya sebuah madrasah kali ini....


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi2 kesyukuran kahadrad tuhan semesta alam... rasa syukur teramat sangat bila mana masih diberi kesempatan untuk menghabiskan madrasah ramadhan kali ini... ( walaupun diri ini sedar, terlalu sedikit ibadah yang ku lakukan dalam tempoh tersebut... tp itulah apa yang terdaya..)... Harap2 diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan berikutnya, insya Allah.... aaamin...

Rasa sedih untuk meninggalkan satu madrasah yang sangat banyak memberi kesan dalam hidup ini, ye la.. apa tidaknya, berpuasa di bumi kinanah ini bayak mengajar erti puasa yang boleh dikatakan lebih baik dari malaysia ( bumi tercinta.. ), rasa sayu dan tertanya2 adakah aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan ramadhan yang berikutnya sedangkan usia ku semakin hari semakin hampir kepada negara akhirat yang pasti...

Ramadhan di bumi kinanah ini memberi 1001 makna yang sangat besar dalam mencari erti kehidupan dengan gaya Islam ( tak dapat ana nafikan, di sini tidaklah sepenuhnya mengamalkan gaya hidup Islam yang hakiki, tp bangsa Arab tetap mewarisi sesuatu yang sangat bernilai dari para nabi utusan Allah.. ) mereka menganggap bulan ramadhan satu bulan yang tak mungkin ada pada bulan2 lain... kefahaman mereka terhadap ayat suci Al-quran dan beramal dengan ribuan hadis adalah satu pilihan yang sangat baik dalam bangsa Arab... mereka beramal cuba sedaya upaya beramal dengan apa yang disuruh oleh Allah, contoh yang palin mudah... mereka terlalu gembira pada bulan ramadhan untuk memberi makan pada orang ramai, sehingga ada diantara mereka yang mengeluarkan semua makanan asalkan semua hadirin boleh makan, ini telah membuatkan hati mereka tenang dan gembira dek kerana itu si tuan rumah merasa puas hati walaupun dirinya tidak dapat makan ketika itu... ya Allah, tabaraka Allah... hebat sekali.. (mereka akan marah2 kita jika datang sikit )..

Kalau hendak dicerita kehebatan bulan ramadhan disini, tak cukup tenaga dibuatnya... terlalu banyak kelainan nya, rasa berat sekali untuk meninggalkannya... harap bertemu lagi dengan ramadhan akan datang, aaamin...

Tahun ini adalah tahun ke-2 ana berpuasa dan insya Allah akan beraya diperlembangan Nil... takala teman2 serumah dan kawan2 mendengar lagu2 raya... hati dan jiwa melayang2 ke tanah tumpah darah ku... Mungkin tahun ini lebih tahan lasak la katakan , ye la... orang kata alah bisa tegal biasa... sapa tak rindu pada keluarga, tapi hendak mendapatkan peria yang manis hanya ada dibumi mesir ini sahaja, jadi kene la buat pengorbanan... Harap2 pengorbanan ana ini dinilai disisi Allah, insya Allah... aamin..

Dikesempatan ini ana ingin memohon ribuan kemaafan dari hujung rambut sampailah kehujung jari kaki.. maafkan daku sang hamba yang dhoif :

"buat IBU Maziah bt Salleh, AYAH Ahmad b Ali, ABANG Zahid, KAKAK Zahidah, ABANG Abdul Halim, ADIK Abdul Hamid, ADIK Halimatus sa' diyyah, KAWAN2 seperjuangan (semua la ye, nok sebutkan ada yang tak puas hati lak..), tak lupa GURU2 yang mendidik diri ini, bersempena denagan hadirnya 1 syawal nanti harap jika ada khilaf ketika bersama kalian, harap diampunkan diri ini..... Maafkan daku... jangan lupa daku dalam doa mu agar menjadi insan yang berguna dan diredhoi disisi tuhan dan makhluknya....


...:: orang yang paling kuat adalah mereka yang pemaaf, maafkan daku ::...

"bercouple tk ingt dunia?"


Asslamualaikum..

Alhamdulillah ku panjatkan rasa syukur kepada Sang pengcipta... masih diri ini diberi nikmat iman dan Islam, jantung masih diberi kuasa untuk berdenyut, tangan masih gagah menaip sedikit perkongsian... alhamdulillah...

apa khabar saudara seakidah ku???


  • watashi-wa : ape pndgn anda tntg remaja muslim dn muslimah yg lengkp menutup aurat dr hjg rmbut hgga hjg kaki, tp bercouple tk ingt dunia?

    2009-09-17 6:15 AM


Di kesempatan ini ana cuba memberi pandangan sekadar yang tahu, insya Allah...


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan "haram bercauple" . Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang, khususnya...



Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, ana-anta ( nampak islamik, kononya la... sedarlah, merekalah pembawa fitnah sebenarnya.. ) atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’, 'ana uhibbik' dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang bercouple ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin ???



Mengapa Ber’couple’ Haram?


Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang bercouple, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.


Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran


Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.


Firman Allah,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30.


Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya


Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31.


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidika Al-Quran & Sunnah tingkan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam


firman Allah:“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melankah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan bercouple adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**


(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan bercouple adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.



Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.


Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.


Firman Allah,Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu....


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.


Bagi mereka yang bertudung dan bergelar muslim lebih2 lagi membawa kepada fitnah, merekalah penghancur Islam tercinta.... kembalilah kejalan yang betol...


Sekadar teguran dan sedikit perkongsian di akhir ramdhan ini....

sama2 kita menganalisis dan membaiki diri kepada yang lebih baik, insya Allah...


Wallahua’lam..




kamus:
1- bercouple : berpasang2an
2- advance : kemaraan, kemajuan.
3- mahram : mereka yang bukan dari adik beradik, ibu bapa (lebih mudah mereka yg tidak boleh dikahwini)



...::

Di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu terangkat, kebodohan menjadi dominan,, zina dilakukan terang-terangan

::...
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..