Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Ape kabo semua?
moga terus dalam jagaan ALLAH hendaknya..
Kalian pernah dengar dengan hadis baginda salla ALLAHu alaihi wasalam...?
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.
Sudah menjadi KEAIBAN yang sangat besar apabila umat islam tidak lagi memandang tinggi kpd ilmu.. mereka memandang enteng saja.. alah ilmu, belajar cukup-cukup makan suda.. bila dapat SPM, Diploma, Ijazah..ok la tu.
Tinggi dah kot ilmu yang ada kat dada tuh, kan islam suh kita berpada??
Astarfirullah, sedarkah kita dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu yang telah dikecapi oleh orang bukan Islam. Mereka bukan saja menguasai ilmu-ilmu keduniaan, tp juga telah mula mengkaji AL-quran dan Hadis baginda salla ALLAHu alaihi wasalam,
Bahkan lebih mendasar berbanding dengn kita yang hanya cukup-cukup dipermukaan saja.. huh..
malu... malu... pacak muka kalian kat dinding...
Abih tu? apa kami nak buat? macam mana nak tambah ilmu?
mudah saja... "MEMBACA"
agak kecewa apabila kebanyakan dari kita hanya berasa cukup dengan apa yang datang kepada mereka....
alah, bukan muqoror (baca:silibus) kot... apakah itu asbab kalian BELAJAR??
membacalah duhai teman!
kalau main PES boleh dua tiga jam..
main bola leh dari pagi sampai petang..
apasal membaca kita tak mampu walaupun untuk 10 minit??
mengantuk kot membaca nih... ni je la jawapan yang lawas bagi kebanyakan kita...
aneh kan?? kenapa time kita main PES tak ada pulak terhantuk kepala di skrin tuh...
seorang pelajar dimasukan ke hospital
kerana mengantuk ketika berlari dipadang..
takde kan?
kerana.... kita tak ada minat!
yup, tanam dan semai MINAT untuk belajar.. semacam mana kalian buat masa main PES (contoh mudah.. bukan mainan ni je wujud sekarang ni...)
cakap senang la bro! cuba buat dulu...
saya tidak mengatakan, saya baik dan saya lebih...
cuma ini yang diajar kepada kita semua.. IQRA' (baca:bacalah)
nih hah post yang dipost oleh MANHAL PMRAM... ada yg tak tau upenye... (termasuk la diri den ni)
bila tanya, tak tau, tak tau... salah eja kot... macam-macam loh alasan...
lagi senang kalu kata " saya tak tau"
bacalah, orang dah tolong terjemah dan tulis untuk kita tu.
HUKUM MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA GANGGUAN
ATAU MEMBALAS SERANGAN PENJENAYAH
(حكم دفع الصائل )
(حكم دفع الصائل )
1. Pendahuluan
Kita sering diberitakan dengan kejadian-kejadian jenayah yang berleluasa dimana-mana sahaja sama ada di negara maju atau negara umat Islam. Punca utama masalah ini adalah jauhnya manusia daripada Allah SubhanaHu wa Taala dan ajaran Islam yang sebenar.
Persoalan yang timbul,
mengapakah kemajuan negara-negara Eropah yang terlalu dikagumi oleh
golongan sekular dan liberal tidak dapat mengurangkan atau menyelesaikan
masalah jenayah yang berlaku di negara mereka? Jawapannya adalah kerana mereka
hanya mengejar kemajuan material semata-mata, tanpa mementingkan peningkatan
nilai moral dan spiritual dalam masyarakat.Ini juga menunjukkan bahawa kemajuan
material tidak menjamin keamanan dan kesejahteraan sesuatu negara, bahkan
ideologi-ideologi seperti sekularisma, marxisma, komunis, dan lain-lain yang
menjadi dasar, telah terbukti gagal membentuk masyarakat yang baik.
Malangnya di negara
umat Islam pula, Islam tidak dipraktikkan secara menyeluruh sebagai dasar
negara, undang-undang, pendidikan, ekonomi, dan cara hidup. Malahan mereka
sendiri kebanyakannya lebih selesa berkiblatkan Barat dari segi hubungan
sosial, budaya, dan pemikiran, namun mereka masih tetap mundur dari segenap
segi.Ini semua antara penyebab peningkatan jenayah. Maka sudah sampai masanya
untuk kita sebagai satu umat berubah dan
kembali kepada Islam secara keseluruhannya, sama ada perubahan itu
berlaku secara serta merta atau berperingkat-peringkat.
Artikel ini adalah
sekitar topik hukum mempertahankan diri ketika berdepan dengan serangan
penjenayah (seperti pembunuh, perompak, perogol dan lain-lain) atau dengan
gangguan dan pencerobohan hak.
2. Definisi perkara-perkara yang berkaitan
Pergelutan lazimnya berlaku di antara dua
pihak;
I.-Penjenayah /penyerang /penceroboh (المعتدي على الغيرالصائل) : Iaitu seseorang yang
menyerang muslim [begitu juga seseorang yang ( معصوم الدم ) seperti seorang Zhimmi
(الكافر الذمي) ]
dengan tujuan mencederakan atau memudaratkan, sama ada pada tubuh badan,
maruah, dan harta.[1]
II. -Mangsa ( :( المصول عليه، المعتدى عليه Seseorang muslim yang diganggu haknya, atau
diserang, atau diancam dengan sesuatu bahaya… Atau;
3.Hukum mempertahankan diri
Berbeza mengikut keadaan, adakalanya hukumnya wajib,
dan adakalanya bersifat harus (dibolehkan), mengikut keadaan tertentu,
beserta syarat-syaratnya yang tertentu yang akan dijelaskan kemudian.
Mangsa atau pembelanya hendaklah memilih tindakan yang ringan sebelum yang berat
misalnya;
·
jika jenayah dapat dihalang dengan kata-kata dan minta pertolongan, maka
haram dia memukul penjenayah.
·
Manakala jika dia mampu menghalang penjenayah dengan memukul menggunakan
tangan kosong, haram dia memukul dengan menggunakan senjata.
·
Jika dia mampu menghalang dengan memotong satu anggota badan penjenayah,
haram dia membunuh. Namun jika jenayah tidak dapat dihalang melainkan
dengan cara membunuh maka membunuh penjenayah tersebut dibolehkan (harus
hukumnya).
·
Jika penjenayah menghunuskan pisau atau pedang dan berkemungkinan
membunuh, mangsa atau pembelanya dibolehkan (harus) bertindak membunuh
penjenayah tersebut, kerana jika dia meminta pertolongan nescaya dia akan
dibunuh penjenayah tersebut sebelum datangnya bantuan orang lain.
Hukum mempertahankan diri dan membalas serangan
penjenayah diharuskan adalah kerana Dharurat (perkara yang tidak dapat
di elak), dan kaedah fiqh ada menyebutkan bahawa ( الضرورة تقدر بقدرها ), iaitu Dharurat hendaklah
ditentukan dengan kadarnya yang perlu sahaja (tidak lebih).[2]
4.Dalil-dalil berkaitan hukum mempertahankan diri
Firman Allah SubhanaHu wa Taala, antaranya:
فَمَنِ
ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱعۡتَدُواْ عَلَيۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ
عَلَيۡكُمۡۚ
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ
ٱلۡمُتَّقِينَ
194....Oleh itu sesiapa yang
melakukan pencerobohan (penganiayaan) terhadap kamu maka balaslah
pencerobohannya itu secara seimbang (adil/sesuai) dengan pencerobohan yang
dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah:
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.( 002. Al Baqarah: 194.)
وَجَزَٲٓؤُاْ
سَيِّئَةٍ۬ سَيِّئَةٌ۬ مِّثۡلُهَاۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ
عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
40. Dan (jika kamu hendak
membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan
dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat
baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan
yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berlaku zalim.(042. Asy Syuura: 40 )
Penjelasan:
I.
Ayat di atas menjelaskan bahawa membalas penindasan
/pencero
bohan/serangan yang diharuskan,
adalah dilakukan dengan cara yang adil
(iaitu sama kadar dan tidak berlebihan).[3]
II.
Perintah bertakwa dalam ayat
menunjukkan bahawa tindakan membalas kerana mempertahankan diri mestilah
didasari prinsip berpada-pada (tidak melampau) dan hendaklah dilakukan secara
berperingkat-peringkat agar balasan ke atas penyerang /penjenayah tidak berlebihan daripada perbuatannya ke
atas mangsa.[4]
III.
Maka tindakan mangsa yang dibenarkan Syarak adalah hanya sekadar untuk
melepaskan dirinya atau mangsa serta menghentikan serangan penjenayah dan tidak
lebih dari itu.
Sabda Rasul Allah SallAllahu Alihi Wa Sallam,
antaranya:
"مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ
فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ
أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ ".
(عبد الرزاق ، وأحمد ، والعدنى ، وعبد بن حميد ، وأبو
داود ، والترمذى - حسن صحيح - والنسائى ، وأبو يعلى ، والبيهقى ، والضياء عن سعيد
بن زيد)
أخرجه عبد
الرزاق (10/114 ، رقم 18565) . وأحمد (1/190 ، رقم 1652) ، و عبد بن حميد (1/66 ،
رقم 106) ، وأبو داود (4/246 ، رقم 4772) ، والترمذى (4/30 ، رقم 1421) وقال : حسن
صحيح . والنسائى (7/116 ، رقم 4095) ، وأبو يعلى (2/248 ، رقم 949) ، والبيهقى
(3/266 ، رقم 5858) ، والضياء (3/292 ، رقم 1092) وقال : إسناده حسن .[5]
Mafhumnya:
Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan sesiapa
yang terbunuh kerana mempertahankan
darahnya (nyawa) maka dia adalah syahid, dan sesiapa yang terbunuh
kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid, dan sesiapa yang
terbunuh kerana mempertahankan
keluarganya maka dia adalah syahid.[6]
Hadith tentang tuntutan membela mangsa dan menghalang seseorang daripada
menzalimi atau dizalimi:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :" انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا.
" قَالُوا: " يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ
مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا ؟ "
... قَالَ
:" تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْه...."[7]
Mafhumnya:
Sabda Rasul Allah SallAllahu Alihi Wa Sallam :
“Bantulah saudaramu yang zalim atau dizalimi”. Para
sahabat bertanya: Ini kami membantunya kerana dizalimi, bagaimana pula membantu
orang yang zalim? Jawab Baginda :
“Kamu ambil kekuasannya” (sekat dan halang kezalimannya).
Hadith lain:
" مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ
وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ
أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى
رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَة
"[8]
Mafhumnya:
Sesiapa yang mendapati seorang mukmin dihinakan (dizalimi)sedangkan dia
mampu membela /menolong, akan Allah hinakan (malukan ) dia di hadapan sekalian
makhluk pada Hari Kiamat.
5. Jenis-jenis serangan atau jenayah serta
perincian hukumnya
Seseorang yang mengetahui serta mampu membela
mangsa daripada diserang dan menghalang jenayah, wajib mempertahankan
mangsa dalam apa pun keadaan, lebih-lebih lagi jenayah berkaitan nyawa seorang
muslim dan maruah seorang perempuan, sekalipun pembela tersebut dibunuh.[9]
Manakala mangsa pula, terdapat perincian hukum
baginya:
I.
Serangan/ jenayah keatas nyawa:
Iaitu
serangan tersebut sama ada bertujuan membunuh atau membahayakan tubuh mangsa
seperti memukul, menumbuk, melukakan dan lain-lain.
Hukum:
Mazhab
Syafie:[10]
·
Wajib: Jika penjenayah
bukan seorang muslim, mangsa wajib mempertahankan dirinya. Begitu juga hukumnya
jika seseorang diserang oleh binatang buas, dia tidak boleh membiarkan dirinya
menjadi mangsa.
·
Harus: Jika penjenayah
seorang muslim, mangsa diberi pilihan oleh Syarak sama ada mempertahankan
dirinya ataupun tidak.
Mazhab
Maliki dan Hanafi:
·
Wajib: Setelah
penjenayah diberi peringatan, iaitu jika
penjenayah masih tidak tertegah dengan kata-kata. Ini adalah syarat
disisi mazhab Maliki.[11]
Mazhab
Hanbali:
·
Harus: Walaupun
penyerang/penjenayah sama ada seorang kanak-kanak atau dewasa, orang gila ataupun berakal.[12]
II. Serangan/ jenayah keatas maruah:
Iaitu
sama ada pemerkosaan atau bentuk-bentuk gangguan seksual (muqaddimah zina
seperti mencium, meraba dan lain-lain).
Hukum:
·
Wajib: Mangsa wajib mempertahankan
dirinya walau apa jua keadaan sekalipun, semampu mungkin, sekalipun dibunuh
atau membunuh. Pendapat ini disepakati fuqaha.[13]
III.
Serangan/ jenayah keatas harta:
Iaitu
dengan cara merampas, merompak, memusnahkan harta mangsa dan seumpamanya.
Hukum
:
Jumhur
fuqaha:
·
Harus: Mangsa tidak
wajib mempertahankan hartanya, namun dibolehkan.
Mazhab Maliki:
·
Harus: Jika harta
tersebut kecil nilainya. Ini adalah pendapat sebahagian daripada ulama
Maliki.
·
Wajib: Sebahagian yang
lain berpendapat dengan pendapat ini, dengan syarat penjenayah telah ditegah
dengan kata-kata seperti di atas.[14]
Mazhab
Syafie:
·
Wajib: Jika harta
tersebut bukan milik mangsa, dan dia hanya pemegang amanah seperti pemimpin
negara, penguasa tentera[15]
bagi harta negara dan lain-lain seperti harta yang berkaitan dengan pajakan ( الرهن ) dan penyewaan ( الإجارة ).Begitu juga hukumnya
mempertahankan harta yang bernyawa (haiwan) jika penjenayah bertujuan hanya
membinasakanya (bukan memanfaatkannya), mengikut pendapat yang terkuat dalam
mazhab Syafie.[16]
·
Harus: Mangsa tidak
wajib mempertahankan harta miliknya, namun dibolehkan oleh Syarak.[17]
I.
Tindakan yang dilakukan oleh penyerang adalah satu bentuk jenayah atau kezaliman
(melakukan sesuatu tanpa hak).
II.
Serangan tersebut benar-benar berlaku, bukan semata-mata
kata-kata ancaman daripada penjenayah. Misalnya seseorang yang mengugut bunuh
sedangkan dia tidak mempunyai senjata dan tidak melakukan apa-apa, maka mangsa
tidak bolehmengambil tindakan membunuh penjenayah tersebut hanya semata-mata
kerana ugutannya.
III.
Mangsa tidak dapat melepaskan dirinya melainkan dengan membalas
tindakan yang sama yang dilakukan oleh penjenayah, seperti memukul,menendang
dan lain-lain.
IV.
Tindakan membalas hanya sekadar perlu dan tidak keterlaluan. Jika
mangsa dapat melepaskan diri dengan cara menjerit meminta pertolongan dia tidak
boleh terus memukul penjenayah.
7. Isu-isu lain yang berkaitan
Kecederaan dan kematian penjenayah
Jika penjenayah cedera/menjadi cacat/terbunuh
dengan sebab tindakan mangsa/pembelanya, sama ada;
I.
Tanpa sengaja: Iaitu
tindakan mempertahankan diri tersebut hanya bertujuan melepaskan diri dan bukan
bertujuan menzalimi.
Hukum: Orang yang mencederakan tersebut tidak
berdosa dan tidak akan dikenakan apa-apa hukuman. Penjenayah atau warisnya
pula, tidak berhak menuntut apa-apa ganti rugi apabila berlaku
kecederaan/kecacatan atau kematian.
Atau;
II.
Dengan sengaja mencederakan
penjenayah:
Maka
salah satu daripada dua keadaan, iaitu:
·
Kerana darurat: Iaitu
tindakannya hanya untuk melepaskan diri daripada penjenayah, bersesuaian dan
bertindak sekadar yang perlu.
Hukum:
Sama
seperti tindakan mencederakan penjenayah tanpa sengaja yang telah disebutkan di
atas, kerana mangsa atau pembelanya berhak berbuat demikian dan kecederaan
penjenayah tersebut seolah-olah akibat perbuatannya sendiri.
Atau;
·
Tanpa keperluan:
Contohnya
seorang peragut (tanpa mencederakan mangsa) dibelasah sehingga cedera atau
mati.
Hukumnya:
Haram
dan orang yang cedera tersebut atau warisnya (dalam kes kematian) berhak
menuntut balas Qisas (القصاص
)atau ganti rugi Diah ( الدية ) atas
kecederaannya/kematian melalui proses mahkamah berkaitan bab Qisas dan Diah.[19]
Mengintai rumah orang atau menceroboh hak
privasi
Jika seseorang
mengintai rumah orang lain melalui lubang atau celahan pintu lalu cedera dengan
sebab dibaling batu kecil atau dijolok oleh tuan rumah dengan kayu,
pengintai tersebut tidak berhak menuntut
hak Qisas atau Diah atas kecederaannya.
Namun jika dia cedera
dengan benda yang boleh membunuhnya seperti besi atau panah, maka orang yang
mencederakan boleh dikenakan Qisas atau Diah.Ini adalah pendapat
mazhab Syafie dan Hanbali, berbeza dengan pendapat mazhab Hanafi dan Maliki
yang tetap mewajibkan Qisas atau Diah dalam kedua-dua keadaan
yang disebutkan diatas.
Perbezaan pendapat di
atas berlaku dalam kes apabila seseorang itu mengintai dari luar rumah.
Manakala jika seseorang itu menceroboh masuk atau hanya menghulurkan kepalanya
ke dalam rumah orang lain lalu dicederakan, maka dia tidak berhak menuntut
apa-apa ganti rugi atau hukuman secara Ijma’ ulama.[20]
8.Penutup
Secara fitrahnyaseorang
manusia yang normal sentisa menginginkan hidupnya aman tenteram dan sejahtera.
Sudah pasti dia tidak suka diri dan keluarganya diganggu, dizalimi apalagi
dicabuli. Islam datang bagi memastikan setiap individu mendapat hak
masing-masing dengan adil dan saksama. Dengan sebab itulah disyariatkan
undang-undang jenayah dan kehakiman ( أحكام القضاء والجنايات ), kekeluargaandan
perwarisan harta ( أحكام الأسرة
والمواريث ), urusniaga (أحكام البيوع
والمعاملات ), pentadbiran dan kepimpinan
( أحكام الولاية و
الإمارة ) beserta hukum-hakamnya demi menjaga maslahat manusia dan hak
sesama mereka (الحقوق بين العباد ),disamping
pensyariatan hukum hakam berkaitan ibadat ( أحكام العبادات )
demi menjaga hak dan hubungan antara hambadan Allah Taala (الحقوق بينالعباد و رب
العباد).
Maka teramat-amat benarlah firman Allah SubhanaHu waTaala:
ٱلۡيَوۡمَ
يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ
وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ
عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬اۚ
3…Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya).sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu…(005.
Al Maidah: 3).
والله سبحانه وتعالى أعلم، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه كلما ذكرك وذكرها لذاكرون وغفل عن ذكرك وذكره الغافلون وعلينا معهم برحمتك يا أرحم الراحمين والحمدلله رب العالمين...
Disediakan oleh :
Mohd
Farid Bin Yahaya
Felo MANHAL PMRAM
16 Safar
1433,
10 Jan 2012
RUJUKAN :
[1]Dr.Mustafa Al Khin, Dr.Mustafa Al Bugha, dan Ali As
Syirbajy, Al Fiqh Al Manhajy, Dar Al Kalam: Damsyik, 2011, jil.3, m.s
451.
[2] Lihat Dr. Wahbah Az
Zuhaily, Al Fiqh Al Islamy Wa
Adillatuh, Dar Al Fikr: Damsyik, 2007, jil. 6, m.s 4837-4838.
[5]Hadith no.6049, Imam Jalaluddin As Suyuthy, Jam’ Al Jawami’, (
جمع الجوامع أو الجامع الكبير للسيوطي)
, Maktaba Shamela, sumber ;موقع ملتقى
أهل الحديث .
Hadith no.22679/4183, Imam Jalaluddin As Suyuthy, Jam’ Al Jawami’ , Al Azhar As Syarif: Kaherah, 2005, jil.
9, m.s 742.
[6] Lihat: Imam Muhammad Al Mubarakfury, Tuhfat Al Ahwadzi (تحفة الأحوذي بشرح جامع الترمذي ), Dar
Al Hadith: Kaherah, 2001,jil.4, m.s 333-334.
[7] Hadith no. 2484, Sohih Al Bukhary, Jam’eyah Al Maknaz Al
Islamy: Jerman , 2000, jil. 1, m.s 459.
Nashkah Sulthoniyah, juz 3, m.s 128-129.
[10]Lihat: Op. cit, Dr.Mustafa Al Khin,
dll., jil.3, m.s 451-452. Hukum yang disebutkan di sini adalah mengikut
pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
[12]Lihat: Ibid,
jil. 6, m.s 4842.
[13]Lihat: Ibid,
jil. 6, m.s 4845.
[14]Lihat: Ibid,
jil. 6, m.s 4849.
[19]Lihat: Ibid,
jil. 6, m.s 4839, m.s 4843 .
[20]Lihat: Ibid,
jil. 6, m.s 4847- 4849 .
No comments:
Post a Comment