Mengenali Haid

v 
Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Menelaah mengenai haid memang agak mencabar bagi seseorang yang bernama lelaki.
memdalami dan memahami sesuatu yang kita tidak miliki. Ini hanya ringkasan dari sedikitnya bacaan untuk tatapan umum.. semoga mendapat manfaat..


  • Taarif haid dari segi :
  1. bahasa : mengalir .
  2. Syara’ : darah semula jadi yang keluar dari dalam rahim perempuan melalui jalan yang sihat.
~haid ialah darah yang keluar dari wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia adalah darah fitrah yang keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.~
 
  • Tempoh haid :
  1. Paling singkat : sehari semalam (24jam).
  2. Paling lama: 15 hari bersama malamnya.
  3. Kebiasaan : 6 – 7 hari dengan malamnya.
 
  • Tempoh suci :
  1. Paling singkat : 15 hari bersama malamnya.
  2. Paling lama : tiada had.
  3. Kebiasaan : 23 – 24 hari dengan malamnya. 
   
~ Dan menjadi kebiasaan dalam sebulan seseorang wanita tidak sunyi dari keluar haid.
Contohnya :
Sedandainya haid seseorang itu keluar dalam tempoh 6 hari, maka hari sucinya selama 24 hari (mengikut kiraan qomari)
 Untuk lebih jelas kita perhatikan jadual dibawah :
5 hari
7 hari
18 hari
5 hari
7 hari
18 hari
Suci
haid
suci
suci
haid
suci
Bulan pertama
Bulan kedua
 ~Jadi, kiraan hari suci : 18 hari suci bulan pertama + 5 hari suci bulan kedua = 23 hari suci di antara 2haid.
 
  • Had umur dikira haid : menghampiri 9 tahun qomariah :
    ~ maksud “qomariah” : dengan bulan arab.
    ~maksud “menghampiri” : apabila melihat darah sebelum sampai 9 tahun qomariah, dengan syarat tempoh “tidak melampaui jumlah hari haid dan jumlah hari suci” maka ini dinamakan haid.
    Kiraan tempoh yang “melampaui” = (sekurang-kurang haid) + (sekurang-kurang suci)
        = sehari semalam + 15 hari dengan malamnya = 16 hari dengan malamnya.
    ~maka tempoh yang tidak melampaui haid dan suci adalah kurang dari 16 hari.


    Contoh :

    Seorang perempuan akan sampai umur (baligh) 9 tahun pada 20 muharram (baligh mengikut kiraan umur), dan dia melihat darah sebelum sampai 20 muharram.

    1. Apabila melihat darah, sesungguhnya baki  hari baligh 16 hari atau lebih, darah ini dikira fasad (darah penyakit) dan bukan darah haid.
    2. Apabila melihat darah, sesungguhnya baki hari baligh kurang dari 16 hari, darah ini dikira haid dan dia dikira sudah baligh.
    3. Apabila melihat darah sebelum hari baligh sebanyak 18 hari, darah tersebut berpanjangan selama 5 hari – yakni : sehinggakan baki hari untuk baligh menjadi 13 hari.
    ~hukum :    
    • darah 2 hari awal dikira sebagai darah fasad (penyakit), kerana belum mencukupi 16 hari untuk menganjak usia baligh.
    • Manakala 3 hari lagi dikira sebagai haid, kerana berada dalam lingkungan 16 hari sebelum usia baligh.

  wa' Allahu a'lam.

  terjemaahan dan rujukan dari kitab "takrirat sadidah fi masaail mufidah".
mohon tunjuk ajar dari pembaca andai ada kesilapan dalam terjemahan pemahaman insan kerdil ini..

Category:

2 comments:

izfanora said...

terima kasih atas perkongsian..

Fahim Ahmad said...

ye, sama2...
semoga mendapat manfaat bersama..

boleh juga ke link mengenai mandi wajib di sini

http://yaakhiii.blogspot.com/2011/12/mandi-wajib.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..