Kawan, teman atau sahabat........


Assalamualaikum
alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk ana meneruskan perkongsian dengan saudara seakidah ku sekalian.....

Antara istiah yang kita biasa dengar dalam hidup kita, yang mana membawa satu makna yang hampir serupa iaitu kawan, teman mahupun sahabat dll....

disini ana tak berminat untuk merungkai tentang perbezaan mahupun persamaan dari sudut bahasa, tp yg lebih utama ialah penghayatan kita dah pengolahan kita dalam kehidupan seharian kita bersama kawan, itu lebih utama bagi ana....

bila ditanya, "kita memiliki seribuan kawan???", kebanyakan kita akan menjawab "ya", malahan ada yg kata lebih ramai dari itu. tak usah la kalian berbangga kalau ada ribuan kawan tapi tak memberi manfaat sedikit pun. Ada yang kata, "ah... cukup la mengaku sbgai kawan, pastu tanya khabar skit2....". baik tak payah ada kawan kerna kawan ada lah satu rahmat dari Allah, n mereka merupakan orang yang berperanan menyedarkan kita tak kala terleka dengan dunia agar kembali mengingati akhirat yang lebih menuntuk kepada ibadat n ingatan kepada sang pencipta.

Ya Allah…
Kadang kita sangat mudah terasa atas apa yg org buat kat kita, tapi kita lupa apa yang kita buat kat org lain. Ye la…. Ramai yag kata “ ape kisah dia yang terasa, bukan aku. Lantak ke dia la….”
Ingat la sahabat ku!!. Teringat ana akan kata2 Hasan al-banna “aku tidak kisah akan kehilangan engkau seorang, kerna bersama ku, 1000 org yang sama seperti mu……..”, kata ini dilontar oleh beliau kepada mereka yang lari dari menyatukan diri dengan ikatan sialaturrahim dah ikatan jamaah Islam.

Sedarlah saudara ku...
Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Suatu saat, 'Abdah bin Abu Lubabah bertemu Mujahid rahimahullah. Tiba-tiba Mujahid
menjabat tangannya, lalu berkata: "Jika dua orang yang saling mencintai kerana Allah berjumpa, lalu salah seorang di antara mereka menjabat tangan dan tersenyum kepadanya, maka 'dosa-dosanya berguguran seperti gugurnya dedaunan dari atas pohon." Abdah berkata: "Perbuatan itu (berjabat tangan dan senyum) terlalu ringan."
Mujahid menjawab: "Jangan katakan seperti itu, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka" (al-Anfal [8]: 63).

Ketika mendengar jawaban tersebut, Abdah bergumam: "Tahulah aku, ia lebih mengerti
dariku."

sedarlah saudara ku...
sungguh hebat ciptaan Allah, Allahu Akbar..
jalinlah ukhuwah kerna Allah semena2..

Wa Allahu A'lam...
sekian.

SOLAT ATAU SEMBAHYANG ????

Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SHALAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, mukasurat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SHALAT, ada menyatakan seperti berikut:-
Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat "tawajjuh" (usaha berhadap diri pada Allah) dan "do’a" (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang bererti menyembah dewa.
Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti "berIyang-Iyang" atau "Sang Yang". Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.
Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan "yang pencipta dan yang patut disembah". Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.
Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Coba, mithalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat "sembahyang Fardhu Dzohor", maka ia akan berbunyi "sembah tuhan Fardhu Dzohor". Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..
Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘sholat’ itu.
Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang coba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
Wallaa-hu a’lam………
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..