makbulkan doaku

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

kredit to the muslim show

"ya Allah, aku perlukanya..."
"kanapa kau tidak makbulkan doaku???"

banyak antara kita merungut bila secara lahirnya doa-doa mereka tidak Allah makbulkan secara bulat-bulat di depan mata mereka.

"Allah tidak adil.." lafaz ini boleh jadi tersembul dr bibir sesetengah dr kita. moga Allah jauhkan kita dari sifat ini. siapa kita untuk mengatakan Allah itu tidak adil??

seandainya Allah itu tidak adil, kalian pastinya tidak boleh menggerakan kaki, tangan, malahan denyutan jantung kalian juga pasti ditarik Allah. roh pasti keluar dari rongga badan kalian.

sedar tidak sedar, Allah itu MAHA ADIL. dari sudat mana?
~pastinya, dari semua sudut. tengok saja keliling kalian, Allah tidak ciptakan semua makanan kalian sebagai ayam... tp ada sayur, ada burung, ada ikan.. kerana bersama keadilan Allah adanya kehebatan dan kebijaksanaan..

andai... semua kaya... siapa yang akan mererima dr si kaya?
andai... semua guru... siapa muridnya?
andai... semua manusia.... apa yg hendak dimakanya?
andai... semua cerah... manakan ada mendung di petang hari...

bukankah pelangi itu indah kerana warnanya perbagai?? itulah hidup... ALLAH pasti mengatur sesuatu yg hebat buat kita... apa tugas kita... ibadah hanya semata-mata kerana ALLAH..


Baik-baik, kalu begitu kenapa doa sy tidak dimakbulkan..?
~rujuk saja cerita dia atas, sesungguhnya dia telah berdoa sehabis daya (mungkin) pada malamya untuk bersama rombungan di atas kapal TITANIC, bukankah ALLAH maha mengetahui... di sediakan buat si peminta (pemohon doa) dengan sesuatu kebaikan yg mana dia sendiri tidak pasti apa yg akan berlaku selepas itu. MAHA suci ALLH taala..

apa kesudahnya? kalian juga tahu..

kapal yg pernah di agung-agung itu akhirnya tenggelam di tengah lautan.


JOM kembali kepada fitrah, pastikan setiap waktu kita berdoa memohon pertolongan dr ALLAH. makbul atau tidak, itu bukan soalnya... soalnya kita doa atau tidak... apa USAHA kita untuk itu.. selepas itu berserah kepada ALLAH...

pasti yang hadir selepas usaha + doa + tawakal = redho (pada apa saja yang berlaku slps itu)



WaALLAHu a'lam


jadual IMTIHAN 2012/2013


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Jadual Imtihan (peperiksaan) Than4:
30/12/12 - Qowaid fiqh
2/1/13 -Bahas qowaid fiqh
6/1/13 - Bahasa Arab (adab n blaghah)
9/1/13 - Bahasa English
13/1/13 - Tafsir ayat ahkam


~mohon doa kalian.. biar leh jawab penuh mengikut citarasa doktr yg memeriksa kertas nnti...
~di mudahkan bacaan n ingtan ats ape yg dibaca n dihafaz..
~kesihatan yg baik sepanjang xm (memndangkn sekrg ni musim salji cair turun)




fokus!
fokus!!
fokus!!!!




Faqir vs Kaya






Maksudnya : Orang faqir (yang sebenarnya) adalah orang yang tamak dan tak puas (walaupun sudah memiliki harta yang banyak). Orang kaya (yang sebenarnya) adalah orang yang berpada dan merasa cukup (walaupun hanya memiliki harta yang sedikit).

via : sini


muhasabah.. 
jom jadi org bahagia..
dunia akhirat.

Jaulah sekitar dumyat LAMA


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... 
 
 Allah subhanahu wataala berfirman:
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

29:20
Bertemu lagi kita!
Pusing kiri kanan, betulkan tulang-tulang yang agak keletihan. selama ni tak pernah lak menyangka bumi dumyat yang didiami hampir 5 tahun memiliki latar sejarah yang agak hebat... mungkin pernah terbaca, cuma kurang penelitian mendalam mengenainya..
Terima kasih kepada tuan doktor Syarul yang sudi menjadi pengumpul maklumat yang amat berguna buat kami santap sepanjang perjalanan hari ini. (sambil kontrol muka hensem, saya mengaku kurang mendalami sejarah yang tersimpan disini..)
Perjalanan kami bermula dari pukul 1petang..
"buzz, buzz" telefon bimbit mahal milik ku bergetar laju..
"salam, yup, ada apa yer?.." tanya ku yang masih mengosok2 mata yang baru beberapa minit melelapkan mata.
"ustaz fahim jom pergi roksubar... tidur ka?" tanya iqbal yang turut bersama kami.
"ermm, lebih kurang la... apesal gi roksubar tengah2 ari ni...?" 
"sekarang siang pendek, nanti gelap.. nak pergi tak?" tanya beliau meminta kepastian.
"ok2, sat lagi ana turun... tunggu yup" sekali sekala berjalan tak ada la berkira sangat.
Berlari2 anak juga la... buat2 kalut kata orang pineng... hoho
"jom gerak..." setelah 10 minit bersiap, berjubah bersama beg sandang ku melangkah yakin untuk ke roksubar (salah satu tempat peranginan yang diminati oleh pengunjung mahupun tetamu dari luar, bilamana mereka ke dumyat... itulah tempat yang tergila2 nak pergi.. tak pastilah apa yang bez sangat sana...)
sampai saja di mahattoh tremko (perhentian van), kaki bergerak pantas menuju van raksubar...
"ustaz, kita ke dumyat adim dulu..." kata si iqbal... 
saya hanya garu2 kepala yang tak gatal... apa tidaknya, makluman awal tadi dia kata nak ke roksubar.. 
"untuk apa?" tanya ku singkat.
"kita nak buat dokumentari di sana..." jawab si doktor...
"ok, jom" dokumentari memang minat ler.... 
Di zaman sekolah dulu-dulu, subjet sejarah memang suka benar.. walaupun ramai je rakan2 tak minat.... bez kot...
Perjalanan kami dari New Dameitta City ke Old Damietta memakan masa lebih kurang 30 mint jer.. 
Atas permintaan si doktor kami hanya berjalan kaki dari jambatan ke Majid bahr... 
Perjalanan kami tidak kosong begitu saja..  Si doktor memulakan sesi dokumentari dengan pengenalan mengenai dumyat. asal usul dan nama-nama yang pernah diberikan kepada Dumyat sehinggalah namanya kekal sebagai Dumyat kini.
oklah tak nak panjang-panjang... antara tempat yang kami lawati sepanjang hari ini...
  1. masjid bahr
  2. masjid maaini
  3. masjid amru al-asr
  4. suk hisbah (pasar selepas pasar ikan / suk sama')
apa2 pun untuk tatapan bersama.. 
 

2 jejaka dr sabah, sebelah kanan doktor Syarul (uni ain syam) dan kiri ustaz Iqbal (Azhar Dumyat)


Masjid pertama yang kami ziarah adalah masjid bahr


جامع البحر .

 Latar sejarah:

~Masjid antara masjid tertua di bumi dumyat.
~Sebelum ini namanya "Abduh Abdul Bari" kemudian ditukar kepada masjid bahr (laut, arab mesir menamakan sunggai Nil dengar panggilan laut)
~Di renovate sebanyak 2 kali
  1. kali pertama pada tahun 1200
  2. kali kedua pada tahun 1967
*kedua-dua pembaikpulihan dalam pemerintahan andalusi

~Pada tahun 1997 (1418H) pembaik pulih kali terakhir dilakukan, dan dibuka pada malam isra' 1418H.
~ majid turut dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan. (sekrg dalam proses baik pulih)


kubah tengah masjid


pintu depan yang menghadap sungai Nil

alhuffaz (kanak2 yg menghafaz alquran dlm masjid)

pandangan atas dari belakang masjid


sungai Nil (nampak ke idak?)


Masjid ke dua kami... Masjid Maini


مسجد المعينى
Dahi kami selalu bersentuhan dengan lantai masjid ni. tp tak sangat mendalami sejarah di sebaliknya. Usai saja kelas quran bersama syekh mustafa, masjid ni pasti kami kunjungi untuk menunaikan solat. kagum!


latar sejarah:

~ Dibina pada tahun 710H bersamaan 1310M.
~ Pada pemerintahan Nasir Kolawun di zaman mamalik.
~ Masjid ini dahulunya pernah menjadi madrasah diniyyah, dengan mengajar 4 mazhab utama.
~ dilengkapi dengan tempat tinggal untuk para penuntut.

gambar masjid sblm di baikpulih.

Ruang utama, depan mememiliki 5 mihrab (1mihrab imam) (4 mihrab mewakili 4 mazhab)

bumbung terbuka ditengah2 masjid

ruang belakang


mihrab utama (imam)

mimbar masjid


tulisan pada mimbar



ukiran yang lebih komplek, merujuk kepada tahap kemajuan yg semakin meningkat




pintu masuk utama
Masjid ketika yang kami ziarah.


مسجد عمرو بن العاص /
مسجد فاتح

hoho.... ni bukan masjid amru yg kat cairo yek...
masjid ni letaknya dalam kawasan dumyat lama, dikatakan pengasas masjid ini adalah seorang sahabat yang bernama Mikdad ibnu Aswad. dibina dalam tahun 642M.

~senibina lebih kurang dengan yang masjid amri di Cairo.
~Di renovate kali pertama pd 1106M.
~Di renovate kali ke dua pada 1250M.
~Masjid ini beberapa kali bertukar kepada kanisah (gereja).


di bawah kubah ini terdapat pancutan air untuk berwuduk, tp telah mengalami banyk kerosakan ketika perperangan dan tidak mampu di baikpulih lagi.

ruang utama.






khat khufi di sepanjang dinding masjid.
tiang asas

seronok juga ler jalan ari ni... terima kasih kepada dr dan ust...
dan yang menyeponser makan malam...

ada masa kita jalan2 lagi yek.. alhamdulillah semua selamat....

Wa Allahu a'lam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..