KEKAL 2010


Semua mahasiswa Islam Mesir dijemput hadir memeriahkannya..KEKAL 2010 juga akan dihadiri oleh Delegasi Mahasiswa Islam Sedunia sempena Perhimpunan Mahasiswa Islam Sedunia yang akan diadakan di Kaherah,Mesir Ogos nanti..Semua dijemput hadir.

Insya Allah, KEKAL akan bermula pada 1/8/2010 sehingga 5/8/2010
PERMIS pada hari ke-2, maklumat lanjut dapatkan <disini>


p/s: kontijen Dumyat siap sedia semua.....


Category: 0 comments

jalan penuh duri (2)


USLUB DAN MARHALAH



Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah, bukannya mendakwah bukan muslim). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan (extreme) dan lain-lain. Kita hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita juga perlu memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan sahih.


Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman dijiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslimin sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam, secara mereka sedari ataupun tidak.


Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal ataupun hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada makrifat (mengenal Allah dan memahami Islam), beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat (darjat) para ‘amilin’ yang salih (orang-orang yang beramal lagi salih).


Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib dalam menaiki tangga menuju martabat para amilin adalah suatu yang pasti dan maha penting. Ini kerana tanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan ini di sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah dengan golongan ini. Walaubagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Orang yang seperti inilah yang patut diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha.


Kebanyakan muslim pda hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah s.w.t. dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur.


Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan.


Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedap tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri. Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.


Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikut jejak langkah junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru manusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus menerus berdakwah sambil berdoa :


“Wahai Tuhanku! Berilah kami hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti.”


Di dalam pengertian ini Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna berkata :

“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan, mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”




...::mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka::...


Category: 0 comments

tak rasa kehilangan ke???

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

alhamdulillah.......
alhamdulillah...........
alhamdulillah.................

semalam ada sahabat bertanya
" anta tak rasa kehilangan ke? "
jawab ana dengan selambe je
" hilang??,
tak ada laa....
ok jer....

sbb masa soalan itu diajukan jam dah menunjukkan pukul 1 pagi (waktu mesir)
jadi mulut ni berat sikit nok cakap banyak...
tambah2 lagi, mulut sedang sarat dengan air.....
itu luaran aje...
dalam segenap benak kepala ini sarat dengan persoalan..... (sampai lena tidur semalam)
persoalanya apa motif soalan itu ye??
1 - jalan yang dipilih kini?? atau........
2 - terlalu banyak ingat dunia kot, tau.....
3 - abg ana pindah cairo??, (tak ada kaitan pun), tau.....
4 - kawan nak kawin, (mgkin gak), atau..... atau...
5 - ape lagi ye??? buntu.....

andai soalan itu dituju pada jalan yang ku pilih kini.....

maka jawapan ana......
" setiap dari kita ada pertanggungjawaban, kehilangan takkan berlaku....."
" sepi itu tetap terasa, tapi siapa diri ini untuk bersama kalian, ego ku terlalu tinggi.... asif"
" bukan tidak mahu berubah, cuma dengan cara ini ku tahu sejauh mana diri ini mampu pergi..."

diri ini perlukan sedikit masa untuk menyendiri....
yer... siapa peduli pada diri kerdil ini, hanya melukut di tepi gantang ini...
teringat kata2 imam Al-Banna :
"ISLAM tidak memerlukan kalian, tp kalian yg memerlukan ISLAM"

benar....
siapa diri ini....
tertipu dan menipu......
ya Allah.... ampuni daku....


terima kasih kerana memberi kebebasan, dan sekarang ku rasa kebebasan itu....
dan ku tahu kini
kenapa tun Mahadir tak berhenti2 bersuara walaupun sudah tidak menjadi PM....
dan ku tahu kini
kenapa TG Nik Aziz mahupun TG Hj Hadi masih setia pada jalan ini.....

kerana yg pahit itu manis..........................


yang mencari diri............



...:: tarbiyyah bukan untuk orang yg manja ::...


tarbiah bukan untuk orang yg manja



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

post kali ini bukan utk ditujukan pada sapa2, mgkin secara umumnya, ya....
tp secara khususnya buat diri sendiri yang lemah dilanda debu dan habuk sehingga tertimbus, kini kabur dlm mencari arah tuju....


Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang
didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diri hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

rasa naik sikit semangat.... huhuhu....
sama2 kita muhasabah diri, insya Allah....

wa Allahu a'lam...



...:: Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah ::...



Category: 0 comments

jalan penuh duri (1)


BERDAKWAH KEPADA ALLAH (DAKWAH FARDIAH)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. (ad-Dakwah-ila-Allah), adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t. yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru kepada Allah s.w.t. adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah :

“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah s.w.t., mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Fushilat:33)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w. :

“Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana kamu itu lebih baik bagimu dariapda setiap apa yang disinari matahari” (Riwayat At-Tabrani)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang sahih, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan... terutamanya di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat, dan menyelewengkan.


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, surat khabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini.


Perbincangan kita berkisar di sekitar dua aspek :

Pertama : Mengenai methodoogi (uslub atau cara dan gaya) dan peringkat-peringkat (marhalah) dakwah fardiah.

Kedua : Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie yang melaksanakan tugas ini.


rujukan : dakwah fardiyyah, mustafa masyhur


...:: Sesungguhnya telah berjayalah sesiapa yang membersihkan dirinya ::...



Category: 0 comments
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..