BERDAKWAH KEPADA ALLAH (DAKWAH FARDIAH)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. (ad-Dakwah-ila-Allah), adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t. yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru kepada Allah s.w.t. adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah :
“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah s.w.t., mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Fushilat:33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w. :
“Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana kamu itu lebih baik bagimu dariapda setiap apa yang disinari matahari” (Riwayat At-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang sahih, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan... terutamanya di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat, dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, surat khabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini.
Perbincangan kita berkisar di sekitar dua aspek :
Pertama : Mengenai methodoogi (uslub atau cara dan gaya) dan peringkat-peringkat (marhalah) dakwah fardiah.
Kedua : Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie yang melaksanakan tugas ini.
rujukan : dakwah fardiyyah, mustafa masyhur
...:: Sesungguhnya telah berjayalah sesiapa yang membersihkan dirinya ::...
No comments:
Post a Comment