warakah buat hamba Allah..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kita pada ilahi kerana diberi nikmat iman dan Islam yg cukup besar selaku seorg mukmin yg mengakui Allah tuhan pencipta sekalian alam...

Sedikit kekecewaaan bila isu perpecahan menjadi2 di bumi kinanah ini, apa tidaknya bila melihat mereka seakidah saling tikam-menikam sesama sendiri tanpa rasa bersalah dalam diri mereka...

ya akhiii..

bila mana perpecahan berlaku sedarlah musuh2 Islam dengan senang hati berkata " tugas ku semakin mudah, mereka sesama Islam pun dah tak ada kesatuan...."

sampai bila kita ingin biarkan perkara ini berlaku...

wahai hamba Allah..
cukup la, insaf2 laaa... kata "kita satu akidah, kita satu agama, kita satu kiblat.... tp kenapa kita tidak dapat bersatu dalam satu jamaah...
kata ukhuwwah kuat, tarbiah kuat.... tp kenapa bila dibuat program tak hadir...

cuba fikir2kan saudara ku...
kita datang ke kampung orang, adakah sopan utuk diri ini membina rumah tanpa kebenaran tok penghulu???

dah la bina rumah sesuka hati lepas tu tak mahu mengaku salah, rasa diri betul, bila dipanggil untuk beramah mesra, lari... ish2.... fikir2 laaa...

tak cukup dengan itu ditambah lagi dengan dikutuk2 tok penghulu dan semua yang setia dengan penghulu tu.... apa nak jadi laaa....

bila diminta penjelasan selalu je buat2 sibuk....


itu la masyarakat kini, dah la salah tak mau mengaku, sifat ego yang membuak2 itu cubalah kurangkan.... kenapa kita nok biarkan yang kesatuan yang sedia terbina ni hancur, kalu betol tarbiah antum hebat bersatulah dengan mereka yang sedia ada...
jangan nampak sangat hendak jawatan 2......

sekadar teguran buat hamba Allah...

“… apakah kita tidak boleh terus menjalinkan ukhuwwah walaupun kita tidak bersepakat dalam sesetengah perkara?” Imam Syafie

- kuatkan apa yang sedia ada, ni terhegeh2 nok buat yang baru...

“… kalian hanya sibuk bertengkar masalah jari telujuk ketika tahiyyat dalam solat, nun dihadapan telunjuk kalian musuh kita siapa yang ambik peduli?” Syekh Dr . Abdul Azzam

- apakah kita buta...

“ menjadi satu bentuk pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawa mereka tenggelam ke dalam kancah perdebatan masalah furu” fiqh atau pinggiran akidah” Dr. Yusuf al-Qoradhowi

-kembalilah, sama2 kita selidik diri ini....

maalish... kalau terasa... alhamdulillah, kalau tak terasa.... hisab2 la diri...

wa Allahu A'lam...


...:: nilai keutuhan pada keteguhan binaan kesatuan ::...



apabila pemimpin tidak memimpin


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, atas rahmat dan marfirahnya, kita di beri kesempatan untuk menhadap komputar ini..

sekadar teguran buat mereka yg bernama pemimpin, cukup la kejutkan diri kita dari terus lalai dengan nikmat sementa ni... tak ada maknanya, sama2 kita menghisab diri sebelum di hisab dihadapan Allah t.a..


Terlalu banyak istilah digunakan bagi mengatakan tentang kepimpinan. Ada yang menggunakan istilah “Pemerintahan”. Ada yang menggunakan istilah “Kekuasaan”. Ada pula yang menggunakan istilah “Pentadbiran” seperti Pentadbiran Carter (Carter Administration) dan sebagainya. Bagi pemimpin pula, ada yang menggelarkan diri mereka “Presiden”. Ada yang menggelarkan diri mereka “Raja”. Ada “Perdana Menteri”, “Chairman” dan bermacam-macam lagi.

Akan tetapi walaupun semua mereka ini berkuasa dan dianggap sebagai pemimpin di negara mereka masing-masing, mereka sebenarnya tidak memimpin dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka hanya menyusun dan mentadbir hal-hal yang bersangkutan dengan ekonomi, perumahan, pembangunan, keselamatan sosial, pelajaran, pengangkutan, kesihatan dan yang seumpamanya. Mereka hanya terlibat dengan hal-hal yang menyentuh kehidupan lahiriah rakyat dan yang memenuhi keperluan dan kehendak fizikal dan material rakyat semata-mata.

Kepimpinan seperti ini tidak banyak bezanya dengan menggembala lembu dan kambing. Disediakan kandang, diberi makan minum atau disediakan padang ragut, dijaga keselamatan haiwan-haiwan tersebut supaya tidak diserang oleh musuh dan kalau sakit, dipanggil doktor haiwan untuk merawatnya. Memimpin manusia bukan seperti menternak lembu atau kambing. Bukan setakat memberi mereka rumah, makan minum, hiburan, khidmat kesihatan dan kemudian membiarkan mereka membiak dan beranak-pinak.

Kalau kita lihat dan halusi betul-betul istilah kepimpinan itu sendiri, ia membawa maksud yang lebih dalam dan luas dari hanya menjaga, menyusun dan mentadbir hal-hal fizikal dan keperluan hidup. Memimpin itu ada sangkut-paut dengan membimbing, mendidik, menunjuk ajar dan membina peribadi dan akhlak rakyat yang banyak berkait dengan soal roh dan jiwa mereka.

Tidak hairanlah mengapa manusia di seluruh dunia ini tidak terpimpin. Tidak ada orang yang memimpin mereka. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak menjalankan tugas memimpin ini. Malahan pemimpin-pemimpin mereka pun tidak terpimpin. Kalau kita lihat negara-negara yang bukan Islam, walaupun rakyat mereka tidak dipimpin, namun keperluan lahiriah mereka sangat tersusun dan mereka sangat mewah dari segi material.

Di kebanyakan negara-negara umat Islam pula, bukan sahaja rakyatnya tidak dipimpin, keperluan lahiriah atau material rakyat sangat kurang dan pentadbirannya lemah dan kucar-kacir. Ini sudah dua kali malang. Bukan sahaja soal material tidak selesai, soal rohani pun terabai. Macam orang kena penyakit barah dan leukimia pada masa yang sama. Kedua-duanya berbahaya dan boleh membawa maut.

Memimpin itu melibatkan soal keinsanan dan kemanusiaan. Apabila tidak dipimpin, rakyat akan jauh dari Tuhan. Mereka akan jauh dari kebenaran. Mereka akan jauh dari petunjuk dan hidayah. Jiwa mereka akan kosong dari keimanan dan ketaqwaan. Fitrah mereka akan rosak. Keinsanan mereka akan rosak. Akhlak mereka juga akan rosak. Mereka akan hilang panduan dan matlamat hidup. Dunia akan masuk ke dalam hati-hati mereka. Mereka akan lupa Akhirat. Mereka akan hanya terangsang dan merasa ringan dengan hal-hal dunia dan akan merasa susah, berat dan tertekan dengan hal-hal Akhirat. Nafsu mereka akan menggila dan menjadi tidak terkawal.

Mereka akan rakus dan tidak puas mengejar dunia. Sudah ada sepuluh biji kereta mewah, mereka mahu sepuluh lagi. Sudah ada sepuluh buah rumah “mansion”, mereka mahu sepuluh buah lagi. Nampak laut, mahu “luxury yacht”. Nampak ruang udara mahu “private jet”. Mereka tidak ada rasa bersalah. Buatlah apa maksiat pun, mereka tetap merasa megah. Mereka tunduk kepada hawa nafsu mereka dan akan merebut dunia ini semahu-mahunya. Mereka mengangkat nafsu-nafsu mereka menjadi Tuhan mereka.

Bila ini berlaku dan nafsu amarah bermaharajalela dalam diri mereka, maka hati-hati mereka akan menjadi gelap. Jiwa mereka akan mati. Mata hati mereka akan jadi buta. Sukar untuk mereka merasa berTuhan. Sukar untuk mereka melihat kebenaran. Akhirat itu jadi kecil dan tidak penting bagi mereka. Bagi mereka, dunialah segala-galanya.

Hati-hati mereka akan dipenuhi dengan bermacam-macam sifat mazmumah yang keji. Mereka akan jadi pencinta dunia. Mereka akan gila dunia. Mereka akan jadi hamba dunia. Mereka tidak akan nampak lagi halal haram, baik buruk, patut tak patut, sah atau batal. Apa sahaja yang mereka inginkan, mereka akan ambil. Apa cara pun akan digunakan. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Mereka akan menjadi ego, sombong dan angkuh. Hati-hati mereka akan dipenuhi dengan sifat-sifat pemarah, bakhil, hasad dengki, tamak haloba, penting diri, besar diri dan mereka akan hidup nafsi-nafsi. Macam pokok dalam hutan. Masing-masing hendak meninggikan pucuk masing-masing.

Yang sedihnya, bukan sahaja rakyat biasa yang jadi begini. Pemimpin lebih-lebih lagi. Kalau begitu, siapa yang akan memberi tunjuk ajar. Siapa yang akan melarang. Pemimpin sendiri membawa contoh negatif yang diikuti oleh rakyat. Lama-lama ia jadi budaya. Sukar untuk diubah. Inilah puncanya mengapa tidak wujud perpaduan. Inilah sebabnya tidak wujud kesatuan. Tidak wujud kasih sayang di kalangan manusia.

Manusia asyik merebut-rebut dunia dan khazanah negara macam anjing merebut bangkai. Sambil merebut bangkai, bergaduh dan menggigit-gigit sesama sendiri. Timbul krisis. Berlakulah pergaduhan dan perbalahan. Terjadilah tindas menindas, tekan menekan dan jatuh menjatuh. Inilah juga puncanya mengapa maksiat dan jenayah berleluasa di kalangan manusia. Menipu, mencuri, merompak, menculik, merogol, membunuh dan macam-macam lagi. Ini jugalah puncanya akhlak dan moral manusia jatuh menyapu bumi. Rupa macam manusia, tamadun lahiriah dan pembangunan hebat tetapi nilai, moral, akhlak dan cara hidup tidak ada beza dengan haiwan. Inilah akibatnya apabila pemimpin tidak memimpin. Inilah akibatnya bila tumpuan hanya diberi kepada keperluan hidup lahiriah manusia semata-mata. Kepada ekonomi, kepada pembangunan dan kepada kemajuan.

Inilah akibatnya bila roh dan jiwa manusia diabai dan tidak dididik dan dibimbing. Tidak diisi dengan ketuhanan dan cinta Akhirat. Tidak diisi dengan keimanan dan ketaqwaan. Rakyat jadi rosak. Masyarakat jadi rosak. Negara jadi rosak. Akhirnya seluruh dunia jadi rosak. Pemimpin yang tidak memimpin hanya mencipta neraka di dunia.

Dia membina huru-hara dan kacau-bilau. Dia mencipta kesusahan dan kesengsaraan. Dia membawa kebimbangan, keresahan dan ketakutan di dalam hidup manusia. Dia merosakkan perpaduan. Dia memecah-belah. Dia memusnahkan kasih sayang. Dia menghijab dan mendinding manusia dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Dia merosakkan akhlak rakyat. Dia memusnahkan kemanusiaan dan keinsanan rakyat.

Pemimpin yang tidak memimpin sebenarnya membawa terlalu banyak kerosakan kepada rakyat. Deritanya bukan sahaja di dunia bahkan akan dibawa ke Akhirat. Lebih-lebih lagilah pemimpin yang menyuruh, menggalakkan dan menganjurkan manusia membuat maksiat dan kemungkaran. Yang menyuruh manusia melanggar dan membelakangkan syariat. Pemimpin yang meremehkan agama dan menghalang manusia beragama. Pemimpin yang menghalang manusia menuju Tuhan.

Yang menyusahkan urusan agama manusia. Kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja akan berlaku dengan lebih cepat bahkan akan berlaku dengan lebih dahsyat. Lebih baik manusia beruzlah untuk melindung dan memelihara diri dan iman masing-masing dari berada di bawah pemerintahan pemimpin yang seperti ini.

Di Akhirat nanti, setiap pemimpin itu akan disoal tentang apa yang dia pimpin. Lebih-lebih lagilah pemimpin negara. Tanggungjawabnya bukan setakat mengadakan rumah, makan minum, menjaga kesihatan, keselamatan atau mengadakan segala keperluan lahir rakyat. Itu semua perkara kecil. Perkara remeh. Yang besarnya ialah tentang iman, amalan dan peribadi rakyat. Tentang aqidah, ibadah dan akhlak rakyat. Sudahkah dia mendidik, membimbing dan menunjuk ajar rakyat. Sudahkah dia membawa rakyat kepada Tuhan dan merapatkan rakyat dengan agama. Sudahkah dia mensejahterakan hati dan rohani rakyat.

Kesejahteraan fizikal dan lahiriah tidak ada makna apa-apa tanpa kesejahteraan rohani. Kesejahteraan lahiriah tetap akan membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, pergaduhan, perbalahan dan krisis. Kesejahteraan lahiriah semata-mata tetap akan mencetuskan pecah-belah dan benci membenci. Tidak akan wujud perpaduan dan kasih sayang hanya dengan kesejahteraan lahiriah. Keamanan, ketenangan, kedamaian, keharmonian dan kasih sayang akan hanya tercetus bila hati dan rohani rakyat berada dalam keadaan sejahtera. Inilah sebenarnya tanggungjawab pemimpin.

Mensejahterakan dan menenangkan hati dan rohani rakyat dengan mengembalikan mereka kepada fitrah mereka. Inilah juga tanda dan isyarat bahawa Allah SWT telah redha dengan pemimpin, rakyat dan negara. Justeru itu diizinkan negara seperti ini menjadi apa yang difirmankan-Nya: "Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. " Maksudnya: "Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)


wa Allahu a'lam...





rujukan : : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=566.msg88422;topicseen#new

...:: Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah ::...

Pindah markaz!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sama2 kita warga dumyat memanjatkan rasa kesyuran kerana dikurniakan sebuah markaz baru, insya Allah... sama2 pakat doalah ye...

Sama2 kita pakat mai gotong-royong no.... hari jumaat pah solat jumaat....

mengeruhkan keadaan??


Assalamualaikum...

Pertama dan selama2nya ku panjatkan rasa kesyuran kehadarad ilahi kerana masih memberi kekuatan pada mata untuk melihat dunia, masih diberi kekuatan akal untuk berfikir, masih diberi kekuatan jantung untuk berdenyut, masih diberi 2 nikmat yg cukup besar selaku hamba iaitu nikmat iman dan Islam...

Pelik tapi benar, bila mana kita dikata mengeruhkan keadaan... apakah salah untuk ana bertanya?? (saja ja buat gimik sikit, maalish awi2 kalau ana yg menjadi sbb kepada kekeruhan itu..) dalam mencari nilai apakah sebenarnya waqi' yg selalu di sebut2.. apakah makna disebalik waqi'??? ahhh... mungkin ana perlu membuka semuas2 nya dada ini untuk menerima serta memahami waqi' tersebut..

Dalam kesempatan ini ingin ana berkongi tentang genarasi rabbani...
-->
Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang. kerana kebanyakan orang banyak mengejar kuantiti dari kualiti sehinggakan Islam terus dicalari hingga kini. Apa tidakya, umat Islam cukup ramai tetapi ramai mana yang memahami Islam secara menyeluruh bahkan ingin dicari yang memahami separuh darinya pun sukar...
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26. Dan org2 yg kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dgn sungguh2 akan Al Qur'an ini & buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mrk).
Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang ini.
Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!. Para pemimpin bila ditegur mereka cepat melenting dan melata " aku ketua korang, korang kene ikut... taat dan wala'..."
Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini. tapi berapa kerat yang mengambil kesempatan ( tepu dada tanya diri ).
Tetapi benarkah kita yang bergelar muslim selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah kita akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…
Sekarang kalau kita celik mata luas2 dalam masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan, yang lagi memalukan wanita2 bertudung dan berkopiah pun terlibat sama.. merosakkan imej Islam itu sahaja la kerjanya...
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar? ya akhiii...
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka.
Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”
Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!
Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana
firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasehati kaum yg Allah akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg amat keras?" Mrk menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, & supaya mrk bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 yg beriman." (surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

marilah kita sama2 melakukan perubaha, hisab dan islahlah diri kita sebelum malaikat maut datang menjemput kita kembali kepada sang pencipta alam ini...

wa Allahu a'lam..


...:: jangan biarkan kesalahan berlaku dua kali ::...



Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..