Assalamualaikum Alhamdulillah, nama diberi MOHD FAHIM BIN AHMAD. lahir pada Jun 1989. Hasil perkahwinan Ahmad bin Ali dan Maziah bt Salleh yang kekal bahagia hingga hari ini, alhamdulillah...Anak ke 4 dari 6 orang adik beradik. Dilahirkan daku dinegeri Tengganu Darul Iman. Menerima pendidikan awal di PASTI pada usia 6thn, meneruskan pelajaran ke Sek Keb Rengas Bekah (SKRB) di usia 7-12thun. pendidikan menengah di Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang di usia 13-15. pada usia 16-18, ku menuntut di Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin Batu Buruk... perjuanagan tak terhenti, ku menjijakkan kaki di bumi mesir, di univarsiti Al-Azhar Asyarif, kuliyyah dirosat Islamiyyah wa Al-arobiyyah lilbanin bi Dumyat Jadidah, fi syu'bah Syariah Islamiyyah... kalau ada apa2 berhubung terus ke : ya_akhiii@yahoo.com
Sesungguhnya ramai orang yg mampu berkata2 & sedikit dari mereka itu yg bertahan dlm beramal & bekerja. Ramai pula dari yg sedikit itu yg mampu bertahan di waktu beramal & sedikit dari mereka yg mampu memikul bebanan jihad yg sukar & kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yg terpilih yg sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong & menjadi Ansarullah. — Hassan Al Banna-
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.
1 comment:
Salam
syukran..doakanlah kami moga tabah dlm menuntut ilmu dn menjadi org yg sentiasa dhgakan ilmu...dan yg paling penting beramal dgn ilmu yg ada..
Post a Comment