Little Child - Muhibbain


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


pepagi jumaat semua...
banyakkan salawat buat pembawa berita gembira...
rasulullah, salla ALLAHu alaihi wasalam... =)






yang pasti ALLAH telah merancang yang terbaik buat kita..

so...
please, SYUKUR... ALHAMDULLAH...

pasrah dalam kesusahan lebih mudah (kerana terpaksa) berbanding syukur dalam keadaan rela dalam susah mahupun senang...

nilai sebuah syukur diganjar gandakan oleh ALLAH jika diletakkan dalam kesukaran...

pernahkah kalian dengar cerita mengenai seorang ulama (maaf tak sempat merujuk dalam fatrah peperiksaan kini.)

cuma ceritanya:

ketika mana si ulama turun dari tangga, entah bagaimana kakinya tergelecoh (tersadung)dan menyebabkan beliau jatuh dari tangga..

seketika berguling-berguling dari atas sampai ke bawah, ringan saja mulut beliau menyebut-nyebut lafaz, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

sampai saja di tangga terakhir, beliau menangis teresak-esak...

mereka yang melihat kejadian itu merasa pelik dan ajaib, lalu mereka bertanya..

"wahai syekh, kenapa kamu menyebuat alhamdulillah seketika jatuh dari tangga tadi?"
"dan kenapa kini engkau menangis?"

lalu apa yang belau jawab (sungguh meruntung jiwa yang hidup):

"sesungguhya,  aku menyebut alhamdulillah seketika jatuh kerana dosa-dosa ku telah diampun ALLAH,
dan aku menangis kini, kerana tiada lagi anak tangga, dan dosa ku masih begitu banyak.."

subhana ALLAH...

hebat!!!!
ada sanggup?? (jangan lepas ni, ada pulak yang guling-guling dari tangga atas ke bawah)

masih banyak cara untuk kita syukur, dan cerita di atas bukti, bahawa sykur bukan letaknya pada hadiah kebahagian semata, tapi juga untuk letak juga pada derita merana... ALLAH telah memberi yang terbaik buat sekalian hambanya... PASTI...

alhamdulillah....

wa ALLAHu a'lam.


Syekh Zunnun bin Ibrahim rahimahu ALLAH..


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... 


subhana ALLAH, subhana ALLAH, subhana ALLAH...

tiada lafaz yang lebih indah apabila bertemu dengan suatu yang indah.. 

semalam, ketika berhenti sejenak setelah beberapa minit melihat kitab yang bertimbun-timbun... tut tut ada sahabat bertanya mengenai satu rangkain kata yang tidak diketahui sumbernya.. 

menjadilah rehat yang sepatutnya 10-20 minit kepada beberapa jam... huh... last-last dah pukul 1pagi..

jujurnya, beberapa hari lepas, ambe ada mengepost potongan ayat tersebut di dalam wall fb, sebagai berkongsi kata-kata hikmah sempena hari guru. Cuma tidak di ketahui sumber atau siapa yang berkata kalam hikmah tersebut.

sebagai seorang tolib ilmi (penuntut ilmu), wajar kita mengetahui sumber kalam yang disebarkan sebagai langkah menjaga kalam, serta menunjukan kita amanah dalam menyampaian. 

kalam hikmah tersebut berbunyi begini :
لو لا مربي ما عرفت ربي

yang mana maksudnya : kalau bukan kerana murobbi, takkan ku tahu mengenai Tuhan (ALLAH).

kalau sekali pandang perkataan murobbi disana, adalah murobbi yang kita sekalian tahu sebagai pendidik.. dan ayat ini tergantung dari sudut sumber perolehan.. maksudnya, siapa yang melafaskan kata-kata secantik ini...
Setalah membuat peneliti bersama dua orang teman, hasilnya..
matan asalnya adalah seperti ini :

 
 وسئل عبد الرحمن بن أبي حاتم عن رجل يقول: عرفت الله بالعقل والإلهام فقال: من قال: عرفت الله بالعقل والإلهام فهو مبتدع، عرفنا كل شيء بالله.

وسئل ذو النون المصري: بماذا عرفت ربك؟ فقال: عرفت ربي بربي، ولولا ربي ما عرفت ربي.


matan ini di ambil dari kitab majmuk fatawa Ibnu Taimiyyah rahimahu ALLAH dalam kitab tauhid rububiyyah muka 431. (jangan tuduh saya... itu, ini..) dirujuk oleh teman yang boleh dipercayai (kitab ini belum ada dalam koleksi)

Setelah kita meneliti kata ayat asalnya adalah robbi (ربي), dan telah diubah kepada murobbi(مربي). Pasti dan pastilah, didalam bahasa arab perkataan yang bertambah dan berkurang hurufnya membawa maksud yang berbeza..



Adakah salah si pelaku melakukan perbuatan menukar perkataan tersebut?

tidak, tidaklah menjadi satu kesalah kepada si pelaku, bahkan perbuatan merubah beberapa ayat dari rangkaian kalam indah, suatu yang biasa dilakukan dikalangan arab. 

baik..baik, kami dah tahu perubahan tu... apa maksudnya??

pada awalnya, kami sedikit berbeza pendapat pada kalimah robbi (iaitu بربي) yang kedua.. adakah di situ merujuk kepada murobbi?? 

Setelah bertanya sang murobbi ustet fahmi hafizullah, ini jawapan dari beliau :


  Robbi tu Allah.. maknanya dia kenal Allah melalui Allah sendiri. bukan melalui alam sebagaimana orang-orang awam dalam ilmu aqidah. 

bagi kita, alam ini sebagai bukti kewujudan Allah. 
adapun bagi mereka, mana mungkin makhluk yang lemah boleh menjadi bukti kepada Tuhan yang gagah. 
adakah Allah itu terhijab sedangkan Dia yang paling zahir, atau sebenarnya kita yang terhijab? hijab itu pada siapa sebenarnya? (jawapan :hijab itu pada hamba)

setakat ni je, ambe tak mampu syarah lebih2. shaykh yusri ada syarah tentang ni masa baca kitab syarah mukhtasar ibn abi jamrah. dia cerita tentang lautan al-ma'rifah. haa, ini kategori orang yang berenang dalam lautan al-ma'rifah. ada 8 jenis lautan kalau tak silap. lautan al-ma'rifah yang paling power selepas lautan al-ma'rifah ialah lautan al-'ilm. orang yang berenang di lautan ini tidak akan mampu berenang di lautan al-ma'rifah. wallahu'alam.
  


huh... rasa dah jelas kot...

timbul pula tanda tanya.... Siapa yang merungkap kalam mulia ini??

tiada seorang pun dari kalangan kita akan percaya, andai kita kata... 

"yang tinggal di istana itu... adalah si fakir itu... (sambil menuding jari kearah si fakir)

kerana apa? kerana makruf (jelas) bagi kita, yang tinggal di dalam istana adalah mereka yang bergelar orang KAYA atau RAJA sahaja.. (kira ada duit la...) 

begitulah ulama yang mengungkapkan kalam mulia ini.. sedikit latar belakang beliau :

Nama : Zunnun bin Ibrahim (ذو النون بن إبراهيم). ada yang mengatakan namanya, Thauban (ثوبان)



Laqob : abu fayyadh (أبو الفياض)

Dilahirkan : 179 H

Meninggal : 245 H

Asal : Giza, Mesir

Berakidah : ahli sunnah.

wa ALLAHu a'lam


semasa duk jelajah dalam beberapa buah kitab yang ada dalam simpanan.. ini saja hasilnya...

tapi... dan tapi...

sesungguh-sunggunhya, kalam hikmah beliau tersusun rapi dalam kitab Tarikh Damsyik... nak cari?

yang ambe rujuk semalam... Tarikh Madinah Damsyik, cetakan Darul fkir, jilid 17, dari muka 398-442. subhana ALLAH.. subhana ALLAH... subhana ALLAH...
semua kalam beliau pasti menusuk kalbu...

 antara lain :
ومن مال الي غير الله طاش    

siapa yang cenderung selain ALLAH, adalah gagal (rugi, tidak berguna)
lagi seronak kalau dapat memahami himpunan kalam beliau seperti mana dikehendaki oleh si penutur... sebab ambe tidak sampai ke tahap ma'rifah.. maka agak sukarlah memahami kalam mulia itu.. hanya mereka yg alim dan wara' pasti dapat memahami kalam beliau.... wa ALLAHu a'lam

sedikit perkongsian subuh hari... nak membaca dah malas... so menulis le sikit... jenoh... 

Wa ALLAHu a'lam.
   
 


Jadual Imtihan Fasa 2

 
 Jadual Imtihan Fasa 2,
Tahun 4, Jabatan Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir.

09 Mei - Ta`yin Tahun 4 21 Mei - Al-Quran (lisan)
27 Mei - Al-Quran (Bertulis)
30 Mei - Permasalahan Feqah Semasa
03 Jun - Usul Feqah
06 Jun - Kajian Permasalahan Feqah Semasa
10 Jun - Feqah Perbandingan Mazhab
13 Jun - Hadis-hadis Hukum
17 Jun - Feqah Mazhab Syafiie


mohon doanya, moga di mudahkn sebelum, semasa dan selepas pepereksaan...aamin..
 
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..