Mandi Wajib


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Apa khabar iman kalian hari ini?
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...

Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.

DALIL :

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :


wajib:
  • Niat.
  • Meratakan air ke seluruh badan.
  • Membersihkan diri dari sebarang najis.
sunat:
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..

  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya. cuma digalakkan, agar air mudah rata ke segenap lipatan.
  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.

  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
-Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.
  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.
  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.

  • Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Tetap sah mandi wajib, dan tidak perlu diniat dari awal.
  • Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
-yer, ada ulama yang menggunakan kaedah, dengan kita mengangkat yang besar maka yang kecil akan terangkat sekali, dengan makna, setelah kita selesai mandi wajib (mengangkat hadas besar) kita tidak perlu lagi mengambil wuduk, melainkan kita telah melakukan perkara-perkara yang membatalkanya. waAllahu a'lam.

  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.
  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.
  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.
  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.
  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.
  • Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.
  • Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.
  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..
  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam
  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.


Wa Allahu a'lam..

Kaji balik mandi wajib kita yok!

Category: 128 comments

Henti Hantar ke Mesir

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya saudara seakidah ku semoga dalam dakapan dan lembayung kasih dan sayang Allah taala... aamin..
Oh Allah, ampunilah dosaku ini..
pukul tujuh hingga pukul lima,
kami keluar sudah lebih masa,

yang menangis meminta tolong,
yang sakit pula diusung,
orang lain tengok di "PANGGUNG",
kami di "SINI" sendiri tanggung..

Ya Allah,
aMPUNILAH DOSA KAMI...
Semua yg mampu berbicara terus menyusun bait2 bicara biar nampak sedap dan enak pada telinga sahaja, hakikatnya hanyalah kami yg tahu....
Kenapa harus diambil tindakan kepada semua?
sedangkan masalah yg timbul hanya dr segelintir sahaja??
sila rujuk kat lanjut di sini.... teganukita.blogspot.com
nok cerca, maki, kutuk kami? 
ce mai gok belajo sini setahun... abih2 wak urusan kuliah dakpe doh... 
 
Jundub pernah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya:
"Barangsiapa berkata tentang al Quran dengan ra'yunya, kemudian ia benar, maka tetap dinilai bersalah"  (Al-Qurtubi)
Apa yang dimaksudkan dengan ra'yu di sini ialah seseorang itu mengatakan sesuatu tanpa ilmu kerana merasa malu atau merasa susah atau supaya tidak dikatakan bodoh, atau kerana hendak berhukum dengan hawa nafsu kerana mementingkan nafsu sehingga nafsunya itu boleh menyimpangkan daripada yang benar dan berpaling daripada jalan Allah. Maka seandainya kebetulan pendapatnya itu benar, tetapi kerana niatnya sudah demikian, maka tetap dia dinilai salah dan berdosa.

Wa Allahu a'lam...

Nasihat Satu tuntutan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya saudara seakidah ku semoga dalam dakapan dan lembayung kasih dan sayang Allah taala... aamin..



Sedari sekolah rendah lagi kita teramat sinonim dengan pantun :

Buah cempedak di luar pagar,
Tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
mohon tunjukkan.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Perkara biasa dan lumrah bagi seorag manusia, apabila ditegur dan dinasihati akan terasa hina dan aibnya telah pecah, sedangkan sedarlah duhai saudara ku, teguran bukan memburukkan kamu tetapi sebagai tapai penyedap yang tidak menuntut banyak, tapi berpada pada secubit telah menyedapkan makanan.

Demikianlah halnya teguran dan nasihat,. Bagi seorang pendakwah mereka perlu bijak dalam merungkai dan menyusun kata-kata agar tampak indah dan berpatutan pada sandaran agamanya. Bukan desakan memaksa menjadi pilihan di medan dakwah, sebaliknya kalam-kalam pukauan manja perlu di alunkan agar hati yang keras kian rapuh kembali kepada fitrah.

Jom kita selak-selak sirah mulia rasulullah salla Allahu alaihi wasalam, di awal dakwah baginda salla Allahu alaihi wasalam tidak sesekali memaksa bahkan terus tekun mendampingi ummah baginda tanpa tampak sebarang paksaan. Lihat sahaja pada pengislaman saidina Ali, beliau memeluk Islam kerana penampilan baginda yang begitu utuh dalam menyampaikan risalah tauhid.

Ingatkah kalian pada malam berkumpulnya kaum kerabat baginda salla Allahu alaihi wasalam di rumah Abu Talib bapa saudara baginda dalam tujuan memperjelaskan serta mengajak kaum kerabat baginda kembali mentauhidkan Allah taala. Dalam pada itu saidina Ali tanpa segan silu tampil dan menyatakan keislamnya, di mana ketika itu kebanyakan dari kerabat baginda begitu marah kepada Ali, sehinggalah bangkit seorang dari mereka lalu bertanya kepada Ali.

“Duhai Ali, apakah kamu telah termakan sihir Muhammad, ataupun kamu telah dipaksa olehnya?”

Dengan tenang dan lapang dada saidina Ali radia Allahu anhu membalas.

“ Sesungguhnya aku tidak pernah dipaksa bahkan ini adalah pilihan ku sendiri.”


Nah teman seakidah ku.

Ini kerana, hati manusia pada fitrah adalah suci bersinar dengan keimanan semata-mata kerana Allah taala. Hati kita seumpama seorang anak yang sedari lahir di serahkan kepada ibu tiri. Maka membesarlah si anak dalam dakapan ibu tiri sehinggalah suatu hari si anak berminat ingin mengenali siapakah gerangan si ibu kangdungnya. Berusaha, berkeringat dalam usaha mencari siapakah ibu kandungnya. Alhamdulillah, cerita berakhir dangan si anak bertemu dengan si ibu dalam keadaan ibunya agak begitu dhaif dan fakir. Sedangkan kehidupan sebelumnya bersama ibu tiri dalam kemewahan yang tak kepalang banyakanya. Soalanya adakah si anak dengan mudah menerima kehadiran ibu kandungnya??

Ya, secara fitrahnya si anak akan terasa belas dan kasih pada ibu kandungnya, tapi atas desakan nafsu dan terikut-ikut pada godaan syaitan maka si anak berhipokrik dengan diri. Ego menguasai diri sehinggakan tidak sanggup mengzahirkan kebenaran tersebut , sedangkan itulah ibu kandung yang selama ini dicari. Kenapa?
Kerana sudah biasa. Banyak manusia amat sukar lari dari kebiasaan sekalipun jelas terpesong dari landasan syarak. Mereka merasa selesa kerana terbiasa walaupu azab Allah taala termaktub jelas pada kalam-kalam sucinya. Untuk itu, sebaiknya nasihatlah secara berhikmah :

1.Meluruskan niat sebelum menasihati
2.Menjaga ukhuwah semasa menasihati
3.Bersih hati semasa menasihati.
4.Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara
5.Memberi waktu dan kesempatan untuk berubah.

Hati bukanlah sesuatu yang mudah di rapi, tidak seperti wajah kita luaran yang mampu kita solek sehingga jelas keangunannya. Oleh itu teman seakidahku, nasihat dan teguran adalah sesuatu yang perlu dalam kita mengorak langkah pada jalan menuju syurga Allah taala, bagaimana kita menjamin teguran tersebut benar pada syarak?

1-Banyakkan membaca Al-quran dan hadis baginda salla Allhu alaihi wasalam.
2-Perdekatkan diri dengan kuliah-kuliah agama.
3-Bergaulah dengan para ulama’ dan ilmuan agama, sekalipun berstatus seorang ustaz.
4-Rapat-rapatkan diri dengan teman-teman yang melabuhkan cintanya hanya kepada Allah taala dan sedia mengikut sunnah baginda salla Allahu alihi wasalam.
5-semestinya, banyakkan berdoa kepada Allah agar kita di tetapkan hati pada jalan ini, serta di kurniakan seorang teman yang mampu membawa kepada cintaNya.

Mudah bukan??

Tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama merubah dan berubah demi redho sang pencipta..
Bukalah selapang-lapangnya dada kalian untuk menerima nasihat dan teguran dari teman,guru, musuh, malah terlebih utama untuk kalian mendengar nasihat dari junjungan mulia nabi salla Allahu alaihi wasalam dan menuruti dengan tekun nasihat dari Sang pencipta berpandukan pada kitab mulia Al-quran nulkarim.
Firman Allah bermaksud:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)

Teringat pada ucapan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ketika menyampaikan ucapan dasarnya berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”

Akhirnya, nasihat kepada umat Islam seluruhnya mencerminkan kesatuan hati dan keserasian jiwa orang Islam dalam menelusuri titian hidup penuh pancaroba.
Nasihat ini termasuk dalam segala tindak tanduk dan kegiatan kemasyarakatan supaya ia selari dengan landasan Islam.

Ia merangkumi hubungan institusi kekeluargaan, sesama jiran, masyarakat dan juga dalam pelbagai lapangan hidup manusia.

Ringkasnya, nasihat memainkan peranan penting kerana ia bakal menyuburkan perasaan kasih sayang dan kerjasama yang erat sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan kelangsungan masyarakat yang harmoni lagi sejahtera.

Demikianlah indahnya konsep nasihat menasihat dalam Islam yang mencorakkan identiti sebuah masyarakat Islam yang sejahtera lagi harmoni.

Natijahnya, kesatuan ummah dapat dijana di samping pengukuhan iman kepada Allah selain perhiasan ketrampilan akhlak


Wa Allahu a’lam.

Panduan Hubungan Lelaki Wanita

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya saudara seakidah ku semoga dalam dakapan dan lembayung kasih dan sayang Allah taala... aamin..


renungan buat kita bersama..





moga-moga bayaknya perkongsian yang dilontar oleh ust Zaharuddin mampu menyentap hati2 yang sedar mahupun yang sirnanya kian malap dik kerana banyakkan noda dosa yang kita lakukan secara sedar, separa sedar mahu, buat2 tak sedar mahupun sememangnya kita tak sedar.

Semua insan melakukan kesilapan, dan sebaik2 kesilapan itu apabila di akhiri dengan taubat..

wa Allahu a'lam

lazimi kemaafan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...



bermaaf maafan bukan time raya jer, bukan time rasa buat salah jer...

tapi lazimilah bermaafan menyemai muafakat antara 2 jiwa.

menyuburkan iman,

mengoyangkan pohon2 kecintaaan kerana Allah...








.



Category: 2 comments

Marah itu memButakan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Perjalanan petang ini agak tenang dari kota seribu menara ke New Dameitta City..
Tenang dari hari-hari biasa yang maha zahmah (maha sibuk /jam), sepenggal perjalanan kami diserikan dengan telatah-telatah arab yang tak pernah sunyi dari 1001 kelainan bumi sumpahan ini (ardhu kinanah).

"sollu ala nabi ya walla!!
sollu ala nabii ya walla!!!
sollu ala nabi ya walla!! (berselawatlah ke atas nabi wahai anak ku)"


rayu seorang wanita lewat 60-an apabila melihat pemandu van tiba-tiba mengambil tindakan menghentikan kenderaan di tengah-tengah jalan dua jalur itu, pemuda awal 30-an itu dengan tangkas keluar dari van menuju ke arah sebuah lori kecil yang dipandu ammu (pakcik) lewat 40-an dengan bengisnya, terserlah pada lagaknya kemarahan yang meluak-luak. Umpama gunung berapi yang sedang meletus-letus.

Aku yg dari tadi memerhati telatah-telatah arab melihat bersahaja tingkah laku mereka yang sudah menjadi rutin perjalanan hidup kami di bumi kinanah ini. Apa tidaknya setiap hari dihidangkan dengan pergaduhan-pergaduhan seperti itu.

"ahh, alah bisa tegal biasa.."

pergaduhan yang memakan masa hampir 15 minit itu turut melibatkan pemandu-pemandu lain yang turut tidak merasa tidak senang dengan tingkah laku mereka di tengah-tengah jalan yang agak sempit itu.

yang bestnye, pergaduhan arab ni diserikan lagi dengan mama dalam yang tak jemu-jemu membaca berbagai-bagai ayat alquran bagi mengingatkan para pemuda kat situ....

akhirnya selesai begitu jer... nak tau lanjut mai kat mesir dan rasai sendiri...=)




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (HR Al-Tirmidzi).


"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (HR Abu Daud).




Jahui sifat cemburu dan hasad dengki. Sesungguhnya syaitan dan iblis amat menyukai sifat-sifat ini. Mahukah anda jadi 'setan'? Mari bersama-sama bermuhasabah diri.


.


Puasa Sunat Muharram

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Kullu am waantum toyyibun... 1433 Hijri

Permulaan yang baik bagi mencucuk benih azam baru, kita ada satu tahun yang cukup panjang, jadi pastikan semaian azam kita terus subur dan mekar disepanjang tahun ini dan tidak disia-siakan.. Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas, insya Allah..


tanye ade ke pose sunat awal muharam?? org wak bile pose tu???

soalan yang diajukan seorang adik di laman FB...

jawapannya tidaklah pendik, tapi sang fakir cuba menghurai semampu mungkin..

Adapun bulan yang terlebih afdhal untuk mengerjakan puasa di antara bulan-bulan haram itu ialah bulan Muharram. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:

Maksudnya: Puasa yang afdhal sekali selepas puasa di bulan Ramadan ialah (puasa) di bulan Allah iaitu bulan Muharram, dan sembahyang yang afdhal sekali selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat malam."

(Hadits riwayat Muslim)


so...

puasa sunat pada bulan Muharram adalah ibadah yang hanya datang sekali setiap tahun..

tp..

adakah kita laksanakan???

moga tidak terlambat lg...


Puasa sunat Muharram bermula dari 1 muharram sehingga 10 muharram (afdal/terbaik)

andai tidak mampu atau berlaku keuzuran dalam tempoh itu, maka tidak menjadi permasalahan kepada anda untuk berpuasa pada 9 dan 10 muharram sahaja. ini kerana terdapat hadis-lain yang menguatkan kebaikan berpuasa pada hari tasua' (hari kesembilan) dan hari asyura (hari kesepuluh)..

dari ambik yang sedikit lebih baik kita ambil yang banyak kan?

alah, kalau orang bagi kita duit, antara RM 1 dengan RM 10, mana kita nak?? (jawab sendiri...)

dari kejauhan "RM 10 lah".... tau takpe...


Ramai yang kata tak mampu.. 10 langkah mudah dalam menghadapi 10 hari MUDAH...

Satu - Sabar..

biasalah hari pertama, jadi banyakkan bersabar.

Dua - Daya...

daya ketahanan dari sebarang hasutan perlu kuat...

Tiga - Teras..

ingatlah, inilah salah satu daripada teras kekuatan jiwa dlm melawan nafsu.

Empat - Empty..

kosongan jiwa anda dari tipu daya syaitan dan syahwat yang berkeinginan kepada nikmat sementara cuma..

Lima - Lapang

berlapang dada dengan teman-teman yang sememangnya menjadi penduga terbesar, mungkin...

Enam - Eratkan

Eratkan diri dengan dengan kitab suci Allah (alquran).. penguat tambahan..

Tujuh - Terjah

terjah waktu-waktu ibadah apabila masuk waktu, jangan berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, kehadiran bulan Muharram hanya satu tahun sekali, tahun depan belum pasti milik kita....

Lapan- Lemas

Lemas dengan rasa cinta kepada Ilahi. berpuasalah dengan seikhlas mungkin.

Sembilan - Selamat..

Mohonlah kepada Allah semoga kita diberi kekuatan dan keselamatan di dunia dan di akhirat dan moga terus tetap dalam agamanya.. jadi nak selamat kene puasalah...

Sepuluh - Syukur

dan last sekali, puasa sunat Muharram adalah lambang rasa syukur kita kepada Ilahi keatas sekalian nikmatnya yg tak terhitung banyaknya..


sooo

jom puasa esok...!!

.


Category: 0 comments

Manusia, Malaikat dan Syaitan.

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
renungan hari ini...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)



~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)


.

Hadiah Terbaik


** ..HADIAH TERBAIK..

¸.•◕)►kepada kawan KESETIAAN..
¸.•◕)► kepada musuh KEMAAFAN..
¸.•◕)► kepada ketua KHIDMAT..
¸.•◕)► kepada yang muda CONTOH TERBAIK..
¸.•◕)► kepada yang tua HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN..
¸.•◕)► kepada pasangan CINTA DAN KETAATAN..
¸.•◕)► kepada manusia KEBEBASAN..

★..yang terpenting, kepada ALLAH KETAATAN DAN KECINTAAN ABADI..★

>> Allah mengetahui segalanya ^__^..wallahua'lam..-il


.

Imam Junaid Al-Baghdadi

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Junaid Al-Baghdadi (maqamnya gambar di seb

elah)adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.
Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak.

Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah.
Bertasauf Ikut Sunnah Rasulullah saw

Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

Beliau pernah berkata:

“Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini.”

Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah
Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya.

Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fekah, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik

Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid.

Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.

Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati.

Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah.

Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. “Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?” tanya khalifah.

“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid.

Wafatnya

Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, seorang daripada muridnya.

Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata.”

sumber : http://tamanulama.blogspot.com


.


Category: 0 comments

Untung Pada Secubit Syukur

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Mentari menampakkan senyuman pada gigi langit gelap. Di sebarnya nur cahaya terik semampu mungkin, lantai-lantai bumi mula mengeliat bangkit dari semalaman terganggu dengan mimpi-mimpi ngeri kegagalan umat Islam akhir zaman dalam memelihara agama suci ini seadanya.

Abdullah dengan segera menyentap beg yang dari semalam menyepi di penjuru rumah usang itu. berlari-lari anak ke tempat basikal tinggalan arwah ayahanda tercinta 5 tahun yang lalu.
Udah lewat lagaknya tampak jelas..

Pandangan Abdullah dicuri seketika oleh anak jiran berhampiran rumahn ya. Si Abu, si abu naik kereta ke sekolah, siap dengan pemandu lagi.

"ah... anak orang kaya, biasa saja mereka begitu" keluh hati kecil Abdullah.


HAKIKAT pada si Abu berbeza rupanya.

si Abu masuk dengan megahnya ke dalam kereta berkilat kepunyaan bapa nya.

"ah... boringnya jadi orang kaya, tak bebas langsung..." si Abu bermonolok seorangan.

Kereta mewah Abu menghampiri sekolah, Abu terpandang Karim yang hanya berjalan kaki ke sekolah. Dalam benak Abu berdetik : " kan best jadi budak tu, jalan kak i je ke sekolah, bebas..."


HAKIKATnya hanya si Karim yang tahu.

Rupa-rupanya, semasa Karim berlari anak ke sekolah bersebelahan rumah kedudukannya. Sempat sahaja terlintas dalam kotak fikiran Karim kalau boleh dia mahu seperti Raja.

yer la, Raja seorang anak yang untung, kerana secara rutin ayahnya akan menghantar Raja di depan pintu sekolah.


LAIN halnya di hati Raja..

Raja tidak bersetuju andai di buat seperti anak kecil begitu. Baginya adalah baik kalau dia seperti orang lain....

KISAH INI TIDAK AKAN HABIS... kerana sukarnya kita mengungka pkan syukur...

Syukur itu kalimah yang mudah tapi berapa orang yang mampu mengugkapkannya dengan hati yang rela dan lapang. Adakah anda tergolong dalam golongan ini?? nauzubillah, moga dijauhkan Allah...


Justifikasinya pada 3 kedudukan:

  1. Syukur kepada Yang Diatas dengan mentaatiNya.
  2. Syukur kepada yang setaraf dengan memberi balasan kepadanya, dan
  3. Syukur kepada yang rendah kedudukannya dengan bermurah hati kepadanya.

Firman Allah taala..
“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18


kata seorang ulama, kalau tak silap namanya Imam Junaid Al Baghdadi :

- Ketika aku berumur 7 tahun, seorang syeikh yang sedang dikerumuni murid-muridnya bertanya kepadaku: “Wahai anak, apakah maksud syukur?” Aku menjawab: “Engkau tidak melakukan maksiat dengan nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kamu.” Lalu syeikh itu berkata: “Aku dapat mengagak bahawa Allah akan mengurniakan kebaikan kepada kamu dengan lidah kamu.” Lalu aku menangis dan menyesal dengan ucapan aku tadi (kerana berat tanggungjawab untuk bersyukur tersebut).


syukur kepada MANUSIA adalah jalan kepada syukur kepada ALLAH.
perbanyakkan syukur... Alhamdulillah ya Allah.... Alhamdulillah ya robbi..
tempat kami bersama orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada mu ya Allah.. aamin...


.

Aku Bukan Terbaik.

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Rupa-rupanya dalam menyampaikan kalam-kalam sepi ini, ada juga insan yang tidak berpuas hati dengan sang fakir, masya Allah.. rasa macam hebat je diri ini...
Apalah yang menjadikan hati kita cemburu pada insan hina ini???

baik, sang fakir tak kisah pun, kerana Allah dah janji semua tu dalam ayat-ayat suciNya..
terang lagi bersuluh...

firman Allah :
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). baqorah ayat 10

banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan janji Allah kepada orang-orang yang memperjuangkan agamanya akan diuji dengan segenap ujian... dan pastinya, semua ujian tersebut layak buat sang hamba... maka bersyukurlah anda diuji.... alhamdulillah...

kalau dulu-dulu.... mengimbau kenangan...

sewaktu usia remaja ku, istilah yang dilontarkan kepada kami budak agama dengan gelaran "malaikat", agak tidak layak bukan? yer lah, dosa berlonggok-longgok dikalung dengan gelaran makhluk sesuci malaikat. tak masuk akal. tapi itulah hakikat bila kita memperjuangkan agama Allah, kita akan diuji dengan musuh yang datang dari kalangan sahabat yang bergelar muslim juga. Inilah musuh dalam selimut yang perlu dihadapi oleh kebanyakan para pendakwah agama in.. Sediakah anda untuk menghadapi mereka???


Sedia ataupun tidak itu bukan masalahnya sekarang. kerana realitinya anda pasti dan akan menghadapi golongan ini kelak, mungkin saja esok atau lusa. Amacam? ada takut??


Kami berfirman lagi:
maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". albaqoroh:38

Biasanya, asbab dari desakan golongan inilah kebanyakan pendakwah menjadi ragu dan segan dalam menyampaikan dakwah Islam secara terbuka.

yer la, takut nanti kena kata berlagak la...
ingat alim la tu...

Cuma pesanan dari sang fakir, jangan takut menyampaikan BENAR, selagi dia BENAR, maka BENARkan ia selayaknya..

wa Allahu a'lam..

~Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

[BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!] ♥
(.^_^)

.

Jenis-jenis Menangis

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
bagaimana iman kita hari ini??
berimankah kita???
tepuk, terajang, tampar kuat-kuat dada anda...
semoga kita tergolong dalam golongan yg beruntung.. aaamin wa insya Allah...

Ada kita menitiskan air mata hari ini??? apa punye pelik soalan ana hari ni...

yer, pelik pada sesetengah dari kita, tapi hakikatnya fitrah manusia untuk menangis setiap masa dan ketika. Ini kerana hati ini akan lembut dan terus lembut apabila penjaga hati sentiasa membasahi mata hatinya dengan jirusan air mata yg ikhlas dikerana gementar dalam mencari redho sang pencipta..


Kadang-kala ana cukup cemburu melihat golongan arab yang kebanyakan ganas dan kasar di mata kita mempu memiliki hati selembut kapas, sesejuk salju, sejernih air... mendengar alunan kalam Sang pencipta mampu menyentap kalbu mereka dan termenung sejenak berfikir dan bermuhasabah.....

malu melanda diri ini, kita orang melayu dikatakan memiliki kelembutan tak mampu menitiskan air mata biarpun di lantun kuat-kuat alunan Alquran di cuping telinga kita... mungkin ada... tp hanya segelintir sahaja....

muhasabah lagi...


_________________________________________


Kata Ibnu Qayyim - 10 jenis tangis..

1- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati

2- Menangis kerana takut

3- Menangis kerana cinta

4- Menangis kerana gembira

5- Menangis kerana menghadapi penderitaan

6- Menangis kerana terlalu sedih

7- Menangis kerana hina dan lemah

8- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

9- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

10- Menangis orang munafik yakni pura2 menangis...


hipokrit untuk kebaikan tidak lama,
tp

hipokrik dalam keburukan sensara cukup-cukup lama..... dunia akhirat susah..

buat pilihan terbaik wahai saudara seakidah ku...

_____________________________________

Ambillah sedikit masa untuk berfikir sejenak, banyak mana tangisan kita setiap hari??

tak menangis lagi?? muhasabah cepat-cepat...
adakah hati kita telah menghitam dengan titik noda dosa harian kita?? nauzubillah...


SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud:
"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud:
"Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"




.

Hulurkan Tangan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

tak salah kalau kita hulurkan tangan....
Islam itu indah....


.

Tak tahu, bertanya.

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Melihat kerenah arab-arab Mesir tak pernah berkesudahan. Jiwa yang sememangnya tenang semenjak dari tadi mula diusik-usik oleh tabiat buruk mereka. Sebab itu ana suka kalau perjalanan untuk pulang ke Dumyat di mulai seawal pagi. sebelum arab2 ni melihat mentari pagi lg...

yer, apa tidaknya, pagi-pagi dah cari gaduh... hari ini agak terlewat skit bertolak..

dulu, masa mula-mula menjejakkan kaki di bumi kinanah ni ada abang senior tu kata, arab ni memang hobi masa lapang dia cari gaduh.... Jadi hari ini kami menjadikan pemandangan itu sebagai satu rutin yang tidak diperlukan sebenarnya...

Almaklum, masyarakat arab ini sememangnya kasar dari sudut luaran tetapi sedarlah di sana ada kelembutan yang teramat sangat... tak caya??

macam mane nak tau mamat-mamat arab ni ada kelembutan??

ambik MP3, MP4, leptop atau sewaktu dengannya lepastu perdengarkan bacaan surah qiamah kat telinga mereka.... masya Allah wa insya Allah anda akan melihat kelembutan pada HATI mereka...

dalam kekerasan sesama manusia, ada kelembutan untuk Sang pencipta..

Dalam mendalami dan memerhati kerenah-kerenah arab ni, tetiba pulak ada ustajah ni menyapa dengan agak sopan gitu...

Dari mula lagi kehadiran mereka amat ana sedari, semasa menaiki bas 173 (kalau tak silap...) mereka kelihatan agak berlainan dari siswi-siswi biasa... ape yang lainnye??

  1. matanya terkebil-kebil ke semua arah...
  2. gopoh-gapah masa menaiki bas...
  3. sembang berapi dalam bas...
  4. dengan nada kuat dan bergema...
  5. bila arab menyapa senyum-senyum aje....
  6. bayar tambang tak tau berapa... sedangkan almaklum LE 1.50
  7. last sekali, salah seorang dari mereka mengatakan " kalau kita sesat??" yang lain pun jawab " kita jaulah je la ari ni"... ayat ini telah diubah suai..

Dari Hayyu ayir kami kini tiba di akhir Hayyu sabi'..
Akhirnya, seorang daripada kelompok siswi tadi mengambil keputusan bertanye kepada diri sang fakir yang tak berapa jauh dari kedudukan mereka...

ustaz... ustaz....!! tumpang tanya boleh?? sesopan siswi biasa..
yer, ada apa ustazah? ana menyesuaikan bahasa kepada bacaan fushah (bahasa baku)
ustaz, kita dah melepasi kuliah banat ke?? suaranya ada bunyi2 bimbang
tak lagi... ana dengan nada selamba dan bersahaja... ustazah nak kesana ke? sambung ku lagi..
yer..... jawabnya mengakhirkan kalam..
nanti ana bagi tau bila sampai...

Dalam masa kami bersoal jawab tadi, kuliah banat (kuliah sisiwi) sudah melimpasi kami...
Cuma bas yang kami naiki tidak melalui di tempat biasa.. jadi ana dengan segera memberitahu ustazah tu.....

baik... bukan niat dihati memburukkan sapa-sapa dan mempamirkan kebaikan semata-mata...
cuma dapatlah sama-sama kita ambil ibrah (pengajaran) dari apa yang berlaku ini...
antaranya:

  1. Bila berjalan kat negara orang, sebaiknya berjalan bersama abang atau kakak yang dah berpengalaman...
  2. Bila tak tau, bertanyalah.... ustajah ni boleh dipujilah dalam bab ni, kalau tak sampai romsis la..
  3. dan mana yang dirasakan baik dalam cerita kat atas ni....


ana hadiahkan satu lagu yang agak bagus untuk kalian yang malas nak bertanya ni...






bertanyalah pada yang tahu....
JANGAN KITA tergolong dalam golongan yg terlambat dan merugi....
wa Allahu a'lam...


.
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..