Marah itu memButakan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Perjalanan petang ini agak tenang dari kota seribu menara ke New Dameitta City..
Tenang dari hari-hari biasa yang maha zahmah (maha sibuk /jam), sepenggal perjalanan kami diserikan dengan telatah-telatah arab yang tak pernah sunyi dari 1001 kelainan bumi sumpahan ini (ardhu kinanah).

"sollu ala nabi ya walla!!
sollu ala nabii ya walla!!!
sollu ala nabi ya walla!! (berselawatlah ke atas nabi wahai anak ku)"


rayu seorang wanita lewat 60-an apabila melihat pemandu van tiba-tiba mengambil tindakan menghentikan kenderaan di tengah-tengah jalan dua jalur itu, pemuda awal 30-an itu dengan tangkas keluar dari van menuju ke arah sebuah lori kecil yang dipandu ammu (pakcik) lewat 40-an dengan bengisnya, terserlah pada lagaknya kemarahan yang meluak-luak. Umpama gunung berapi yang sedang meletus-letus.

Aku yg dari tadi memerhati telatah-telatah arab melihat bersahaja tingkah laku mereka yang sudah menjadi rutin perjalanan hidup kami di bumi kinanah ini. Apa tidaknya setiap hari dihidangkan dengan pergaduhan-pergaduhan seperti itu.

"ahh, alah bisa tegal biasa.."

pergaduhan yang memakan masa hampir 15 minit itu turut melibatkan pemandu-pemandu lain yang turut tidak merasa tidak senang dengan tingkah laku mereka di tengah-tengah jalan yang agak sempit itu.

yang bestnye, pergaduhan arab ni diserikan lagi dengan mama dalam yang tak jemu-jemu membaca berbagai-bagai ayat alquran bagi mengingatkan para pemuda kat situ....

akhirnya selesai begitu jer... nak tau lanjut mai kat mesir dan rasai sendiri...=)




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (HR Al-Tirmidzi).


"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (HR Abu Daud).




Jahui sifat cemburu dan hasad dengki. Sesungguhnya syaitan dan iblis amat menyukai sifat-sifat ini. Mahukah anda jadi 'setan'? Mari bersama-sama bermuhasabah diri.


.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..