Salam imtihan buat semua warga Azhar



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Alhamdulillah buat kali kedua dan seterusnya..

semua warga Azhari mula masuk dewan untuk memulakan misi khas mereka....
doakan kejayaan kami duhai teman...



p/s : jgn ada tiru2, nanti dapat natijah tak berkat tau..
Category: 0 comments

Pada Diri Pemuda Ada Kekuatan



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

satu perkongsian...........

Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan di Darun Nadwah, Mekah, sekumpulan manusia berkumpul dan berfikir apa yang patut mereka lakukan untuk menjatuhkan Muhammad. Pelbagai idea dan pandangan telah diutarakan, namun semuanya dirasakan tidak efektif, kecuali ada satu pandangan yang menarik perhatian mereka:

“Aku punya satu cadangan. Kita pilih tiga puluh pemuda yang kuat-kuat dari seluruh kabilah suku Quraisy. Kita berikan mereka setiap seorang sebilah pedang yang tajam. Kemudian suruh mereka menebas Muhammad serentak. Dengan begitu, darah Muhammad tumpah di tangan kabilah-kabilah ini.”

Itulah pandangan populis dari Abu Jahal, gengster besar yang menentang dakwah Rasulullah SAW.

Apa yang boleh kita belajar dari situasi ini?

Al Haq vs Al Bathil

Pertama, pakatan jahiliah dan penentang kebenaran, mereka bersekongkol dan bersatu hati untuk melemahkan kebenaran hatta sedia untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun, asalkan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini yang kita perlu sedar. Sejarah ini akan terus beulang dan berulang. Menariknya mereka akan mengadakan ‘musyawarah’ dan bersungguh-sungguh memberikan buah fikiran untuk mencari jalan terbaik memenangkan kebatilan yang mereka yakini. Mereka serius terlibat untuk memberi dokongan dan sokongan. Dan mereka bersatu mencari jalan untuk melemahkan Islam.

Tahukah anda bahawa Yahudi Israel telah memulakan perancangan menubuhkan Negara haram mereka sejak tahun 1897 dalam Kongres Pertama Zionis di Switzerland . Pada tahun 1917, melalui Perisytiharan Balfour kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Negara-negara Arab dan rakyat Palestin tidak bersetuju dan menentang usaha jahat barat dan Yahudi, Namun saat itu negara Arab dan umat Islam tidak punyai kekuatan akibat perpecahan.
Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% kawasan mandat British yang diduduki oleh ramai orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.

Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali.

Demikianlah kebatilan dibela dan diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh oleh para pendukungnya, Oleh kerana itulah Ali bin Abi Thalib ra pernah menyatakan :

"Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang terurus dengan baik".

Benarkah begitu? Secara jujur mari kita melihat realiti umat Islam hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita menilai realiti diri umat, diri kita. Bagaimana dengan kita semua? Masih menyendiri di dalam rumah atau bilik masing-masing dan tidak ambil kisah dengan situasi umat dan Islam masakini?

Atau masih menjadi juara dalam ‘mesyuarat kedai kopi’ dan menjadi pengkritik hebat akan pelbagai isu yang dibangkitkan. Semua orang tak kena dan tak betul…selepas penat minum teh dan kopi, pulang ke rumah tanpa melakukan sebarang usaha pembaikan diri dan umat.

Bagaimana pula khabar institusi surau dan masjid? Masih tercari-cari qariah masjid yang sedia berbakti untuk memakmurkan surau dan masjid. Sedangkan kedua institusi ini amat penting dalam mentarbiyah umat, namun terkadang terkapar dan tidak berfungsi dengan baik kerana ketiadaan individu yang sanggup menawar diri (meluangkan masa) untuk bersama dalam pasukan al haq untuk merancang program dakwah, tarbiyah dan keilmuan di surau dan masjid.

Sedangkan hakikatnya, kerja-kerja dakwah dan men”soleh”kan umat bukan kerja mengisi masa lapang dalam kehidupan kita, tetapi ianya sunnah terbesar yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Rasulullah SAW dan para sahabat RA berdakwah secara sedar dan faham , mereka mencagarkan kehidupan mereka dengan segala pengorbanan yang terbaik dan termampu mereka berikan demi membumikan kalimat tauhid.

Pemuda: Kekuatan Islam atau Agen Bathil?

Keduanya, pro jahiliyah juga menjadikan pemuda sebagai agen pelaksana perancangan jahat mereka. Jahiliyah sedia menghimpun para pemuda mereka yang terbaik untuk mendokong cita-cita mereka. Tahukah kita bahawa gerombolan pemuda dan pemudi Yahudi datang dari barat, timur, utara dan selatan, meninggalkan tanah tumpah darah mereka semata untuk mendirikan negara haram Israel di atas puing-puing bangunan dan darah para syuhada Palestin yang berserakan. Bahkan mereka tidak puas dengan Israel yang kecil itu. Mereka menyeru kepada penubuhan “Israel Raya” iaitu menguasai seluruh daerah sepanjang Sungai Eufrat ke sungai Nil. Anak-anak mereka semenjak kecil diwajibkan mempelajari dan menguasai kitab Thalmud, sumber rujukan mereka yang antara kandungannya mendidik anak –anak dan pemuda mereka bahawa bangsa mereka adalah bangsa terbaik dan bangsa lain adalah binatang dan tunggangan untuk mereka.

Apa khabar pula dengan remaja dan pemuda kita saat ini? Kepada ibu bapa yang memiliki anak remaja dan remaji, saat ini, di mana anak muda mudimu? Sedang menelaah ilmu, mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin masa depan Islam yang berintegriti dan berketerampilan, atau sedang menghabiskan masa entah ke mana sehinggakan kita pun tidak sedar dan ketahui di mana mereka saat ini?

Bagaimana pula penghayatan pemuda dan pemudi kita dengan Al Quran? Di hati atau dalam almari? Menjadi cara hidup atau sekadar penghias dinding rumah?

Sesungguhnya, musuh Islam sedar bahawa Islam juga diperkuatkan oleh para pemuda. Justeru mereka juga telah mengadakan konspirasi dan perancangan terperinci untuk merosakan potensi dan kekuatan para pemuda Islam agar pemuda dan pemudi Islam tidak mampu bersaing dan sekualiti dengan pemuda dan pemudi mereka.

Mereka telah berjaya mempengaruhi para pemuda pemudi Islam dengan pelbagai cara dan pendekatan agar jauh dari sumber kekuatan Islam yang sebenar. Dalam satu khutbah yang disampaikan oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyebut:

“Demi Allah, saya terpukul menyaksikan fenomena menyedihkan yang berlaku di kalangan pemuda, baik di kalangan Arab mahupun kaum muslimin. Pemuda Islam menghadapi fenomena lemahnya akhlak dan sukakan kemungkaran. Para pemuda Islam tidak memiliki impian dan cita-cita besar untuk menegakkan risalah dalam hidup mereka. Andai mereka ada cita-cita mulia ini, pastilah mereka tidak akan memikirkan perkara-perkara yang telah menyisihkan jatidiri mereka sebagai muslim.”

Keluhan ulama tersohor ini ada benarnya. Hari ini yang menjadi agen cara hidup barat dan bukan Islam bukan diterajui oleh pemuda barat, tetapi dipimpin dan dibarisi oleh anak muda Islam sendiri. Pemuda barat kini telah menjadi idol dan pujaan anak muda Islam. Anak muda Islam menjadi pengikut setia mereka dan bersedia mempertahankan pegangan dan kefahaman mereka yang semakin jauh dari kebenaran.

Apakah kita ketiadaan pemuda pemudi Islam yang boleh diharapkan? Yakinlah, Islam tidak akan pernah kehilangan pemuda rabbani yang mulia yang sedia mempertahankan kalimah thoiyyibah. Malahan Islam pernah melahirkan pemuda contoh yang luarbiasa untuk kita jadikan teladan dalam kehidupan kita. Saidina Ali bin Abi Talib, pemuda luarbiasa yang semenjak kecil telah bergabung dengan dakwah Rasulullah SAW. Islam dihiasi dengan kewibawaan Mu’sab Bin Umair, pemuda yang pernah diusir dan diharamkan menyentuh kekayaan keluarganya sendiri, yang akhirnya menjadi murabbi dan da’i “special” dikirimkan oleh Rasulullah SAW meneruskan misi dakwah ke Madinah sehingga mencetuskan fenomena baru di Madinah. Dan ramai lagi para pemuda yang bergabung dengan pasukan dakwah Rasulullah SAW. Mereka bersungguh dan serius berhimpun di sekeliling Rasulullah SAW, menanti arahan dengan penuh siap siaga, memimpin umat mendepani dakwah dan berjihad mempertahankan kalimah Allah!

Andai sahaja pemuda pemudi Islam kita ini berfikir dan bertindak seperti Usamah bin Zaid, seusia 18 tahun memimpin pasukan jihad yang dibelakangnya dibarisi oleh sahabat-sahabat terkemuka, atau berfikir dan memiliki kualiti diri seperti Muhammad Bin Al-Qasim Ats-Tsaqafi yang memimpin pasukan Islam untuk membuka India saat beliau berusia 17 tahun, apakah ianya mustahil untuk dilahirkan kembali?

Kita perlu bersama dan bersatu hati, melakukan sinergi melahirkan kembali pemuda pemudi yang sedar dan faham akan tanggungjawab mereka terhadap Islam. Mereka yang sedar dan faham, akan melahirkan pemuda pemudi yang memiliki sahsiah dan peribadi unggul, kekuatan iman dan taqwa yang tinggi dan semangat juang yang tidak kenal penat dan lelah dalam membumikan masa depan adalah milik Islam. Dan kita adalah sebahagian dari pemuda pemudi tersebut, insyaAllah!

Ayuh, persiapkan dirimu!


sumber disini

...::Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang terurus dengan baik ::...
Category: 1 comments

Bicara Adab Bersahabat



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Buat renungan seketika......

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagusdan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


adakah kita sedia beradab dengan rakan2 kita, kadang2 kita lalai dalam memastikan hak mereka tertunai. sedarlah nabi salla Allahu alaihi wasalam menyukai mereka yg berkasih sayang kerna Allah...

banyak hadis yang sedia membuktihan yang baginda suka mereka yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam.

jadi...

jom kita bersaudara.....


...:: proud as muslim ::...


Kafarah janji


Fail lama itu… fail lama itu…

Kini ku buka, ku tatap satu persatu….

Ahhh, penuh sejarah…

Senyuman ku ukir 1001 makna…

Satu sejarah sebuah pemerintahan

dan sebuah pendidikan buat diri insan…


rindu pada kalam sakti…

“tembak senyuman kamu sampai hancur”

“kamu tak ingat nama rakan seperjuangan kamu?

Pumping 50 kali..”

Sejarah…..


telah kian lama ku berjanji….

Burung besi menjadi saksi…..

Takkan ku buka lagi..

Atas nama cinta pada jalan ini….

Diri ini ku tabahkan….

Kafarah janji ku ulangi…

Sebagai tanda sebuah pengorbanan…

Moga kau terima ya Allah….


Ku berikrar dan berjanji..

Kan ku rempuh jalan penuh duri.

Dengan penuh redho…

Moga kau terima….



Kafarah janji.

13/12/10, 9.47a.m, 9C

Dumyat jadidah.

Dakwah adalah cinta


Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmumu. Sampai perhatianmu.Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.

Tentang umat yg kau cintai. Lagi-lagi memang seperti itu... ^_^
Dakwah. Menyedut saripati tenagamu..
.Sampai tulang belulangmu.
Sampai daging terakhir yg menempel ditubuh rentamu.
Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. ..
Tubuh yanghancur lebur dipaksa berlari... :(
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. .
Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah....

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.
Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan
Tidak ada lag iorang miskin yg meminta sedekah.
Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja.

Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.
Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal.
Adakah memang itu yang diharapkannya;
mati sebagaij iwa yang tenang.

Dan di dikemukan akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasapun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani…

justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke manapun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...

Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik. Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeria!. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran.

Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memperkayakan amalannya adalah mujahid yang telah berjaya. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah.

Karena tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka menjadi tumpuan untuk didoakan merialisasi para mujahid sejati,

“Ya Allah, berilah Kami petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . Jasadnyadi koyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…Mengajak kita untuk terus berlari…!

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

"Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya harus mengalah."

In memori As-Syahid Ibrahim Libya...



...:: Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? ::...


Category: 0 comments

Adakah cinta memerlukan sebab??



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

_______________________________________________________________


Sekadar berkongsi satu kisah percintaan yang menarik.

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:


"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


******************************


Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

___________________________________________________


dunia cinta : kita selalu meminta sebab kenapa harus cinta??

bagkit dari penipuan dunia....

cintailah hanya kerana Allah, rasul dan agamanya.....


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..