kita mudah lupa !!!


Assalamualaikum...

kaifahal iman kita hari ini??? kita perlulah selalu melihat iman kita dek kerana berbekal kepada iman yazid wa yankus, jadi wajarlah kita memastiakn iman kita dalam keadaan stabil setiap hari.... Bangkit sahaja dari tidur kita perlu ada azam untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam,

Ingin ana memetik pesanan Rasulullah..

– Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam..

– rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam..

– dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam


dan sebelum tidur hisab diri kita dan beristirfarlah pada setiap kesalah yang kita lakukan.. Jangan kata "aku mana ada buat silap hari ini.." kata2 ini hanya ucapan dari bibir orang yang ego terhadap ciptaan Allah... karna kita perlu akaui yang diri seorang insan adalah lemah, tatkala kita berkurung di dalam bilik sepanjang hari pun kita tidak tahu dalam masa yang sama kita lupa untuk mengingati Allah karna leka dengan bermain komputer...
masya Allah... sedarkah kita??.... kita mudah lupakan??

Hari ana rasa cukup tekilan dengan dengan setengah2 dari mereka yang mengatakan mereka berjuang mencari ilmu... apa tidak nya.... bila ada sahaja program atau kelas2 yang dibuat, pada awal2 tu penuh je... bila dah masuk kali ke 2 dan seterusnya macam dah hilang semangat.... apa nak jadi??... Islam takkan bangkit sampai bila2, kalau kita masih berkeadan selesa begini... sedangkan umat Islam dalam kesempitan dihimpit oleh penjajahan dan keruntuhan yang dilakukan oleh orang yahudi mahaupun mereke yang menentang Islam.. masya Allah.. kita masih sempat tersenyum bila minum air coca cola, sedangkan sudah berapa kali tengok iklan boikotlah barangan Israil, macam tidak ada rasa apa2... kasihanilah diri kita ya akhii.....
Ingatlah Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam....

Berapa lama lagi kita mahu hidup dalam zon selesa...?? kita selalu sangat ambik mudah dengan sesuatu yang dipanggil majjanan (percuma), bila dah bagi percuma ambik ringan sahaja... apa mereka kata "ah.. percuma bukan rugi apa2 pun...", kalau berbayar pula, mereka kata " malaslah nak masuk, program tu kena bayar..." Ingat ya akhiii, kita memandang sesuatu itu biarlah guna akal sikit, jangan ikutkan nafsu yang memang tak pernah reti dengan istilah syukur... dalam satu carita, nafsu pernah dibakar berpuluh2 tahun dalam api neraka, tapi tak jadi apa2... jadi Allah arahkan nafsu ini seksa dengan kelaparan, hanya dalam 3 hari sahaja.. nafsu merasa seksa yang teramat sangat dan mengalah... jadi benarlah hadis rasulullah S.A.W:

"Wahai sekalian para pemuda, barang siapa diantara kalian telah mampu baah (menikah dengan berbagai macam persiapannya), hendaknya menikah, karena menikah lebih menundukan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barang siapa yang belum mampu menikah, hendaklah puasa karena puasa merupakan wijaa (pemutus syahwat) baginya." HR. Bukhori (4/106) dan Muslim (no. 1400) dari Ibnu Mas'ud


Jomlah kita sama2 hisab diri.... ana ajak sangat2 warga dumyat khursusnya dan amnya seluruh umat Islam... jangan kita sia2kan apa yang orang bagi kat kita walaupun ianya hanya sebuah senyuman... Marilah kita pakat2 penuhi majlis2 ilmu yang ada, insya Allah akan dinaugi oleh para malaikat dan mendapa redo ilahi, hendaknya... aamin..


...:: jangan kita tergolong dalam golongan yang buta dalam celik ::...

beruntungnya kita muslim........

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kita karna masih diberi kesempatan untuk hidap di atas muka bumi Nya ini untuk meneruskan sebuah perjalanan hidup kepada beratnya timbangan amalan kita di akirat kelak.... biiznillah, beratnya timbangan di sebelah kebaikan lebih berat dari timbangan keburukan... aaamin..

Semua perbuatan kita dikira ibadah.... masya Allah... beruntungnya kita muslim dan mukmin...
ye la... semua perbuatan di ganjarkan dengan pahala....

Pagi tadi ada kelas lurogh di Mubarok... Ust yang mengajar kami tu ada la cakap2 pasal " kalu kita hidup dalam 60 tahun, jadi berapa lama kita tidur kalu 8 jam 1 hari?? so, jawapanya : 20 tahun..." masya Allah banyaknya lentok kita.... beruntungnya, kalau waktu itu diisi dengan beribadat???... tapi sedarlah kita, kita sebagai seorang mukmin kita percaya bahawa setiap perbuatan kita adalah ibadah sehinggakan makan dan tidur pu dikira ibadah.... hebat tak Islam ( bangga nya aku bersama Islam ) segala2 nya atas niat kita.. kalau niat kita baik dan atas jalan mencari redo serta bertujuan melancarkan perjalanan ibadah kita maka semua itu dikira ibadah... Contoh yang mudah kalau kita nak solat tiba2 rasa mengantuk, jadi menjadi satu ibadah untuk kita tidur seketika.... ( peringatan : bagi mereka yang solat awal waktu sahaja... kalu dah nak habis waktu kena solat dulu... dan ingatlah ya akhiii, antara penyebab kita mengantuk adalah atas godaan dari makhluk terkutu syaitan... jangan kita menjadi pengikut2nya... karna pengikut syaitan hanya kat neraka... nauzubillah...)


Itulah seronoknya belajar dengan Arab... dalam mengajar2 tu uslub dakwah tak ditinggalkan... mereka sentiasa berani menyeru kepada kebaikan... kalu kita.... bila dah mengajar, tak ingat akhirat... agak malang apabila ada guru2 (sesetengah lah...) yang berlepas tangan, ada yana kata " kerja dakwah ni.. kerja ustaz2 je...." sedarlah wahai guru2 yang bergelar murobbi... kerja dakwah adalah fardu ain keatas detiap umat Islam...

Lihatlah sekitar kita mutahir ini... ramai mana remaja yang menderita dengan penyakit akhlak... masya Allah... sampai bila kita mau melihat remaja2 kita terus melebur... remaja bertumbuk, remaja berkung fu, remaja berdating, remaja merokok, remaja rogol janda...... Apa dah jadi dengan remaja2 kita... amat sedih ana apabila melihat berita2 kehancuran remaja kini... apa tidak nya, banyak guru yang mengejar dan memaksa agar pelajar2 nya berjaya, tapi mereka lupa mengurap nilai2 akhalak dalam diri anak didik mereka.... Bukalah mata luas2... ramai mana anak didik mu berjaya..... kini ramai pelajar yang berjaya mendapat 10A, 12A malah 20A.... tapi apa nilai nya kalau akhirnya mereka ke neraka... nauzubillah... takut sekali ana dek karna ada hadis yang terang2 menyatakan ilmu terangkat tapi kebodohan bertambah2.... ya Allah....

rasulullah bersabda "Di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu terangkat, kebodohan menjadi dominan, arak menjadi minuman biasa, zina dilakukan terang-terangan, wanita berlipat banyak, dan laki-laki berkurang sehingga lima puluh orang wanita berbanding seorang lelaki". (HR. Bukhari)


Ya akhiii....
Marilah kita sama2 melakukan perubahan yang positif... usia bumi dah dipenghujung takkan kita nak menghujungkan usia kita dengan hitamnya dosa... nauzubillah... sama2 kita menjadi ramaja yang pernaung dibawah Islam yang hakiki... "katakan tidak pada mana2 Islam liberal"


...:: remaja hanya sekali, jadi.. "" jom tingkatkan ibadah kita "" ::...

Tahniah buat calon2 AJKT DPM Dumyat..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk ana update blog ini... ye la.... badan rasa kurang sihat sikit, macam nok demam je ( nauzubillah.. harap2 taklah, sbb demam di sini berkali2 ganda pedih dari Malaysia, bagi ana la.. ), walaupun ku sedar penyakit adalah salah satu ujian Allah kepada hambanya... dan itulah cara Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada hambanya.... tapi diri ini takut sekali tatkala diuji ibadat dan ingatanku terhadap sang pencipta berkurang, ya Allah janganlah engkau uji hamba mu ini dengan ape yang tidak mampu ditanggung oleh insan dhoif ini... ( dah la kurang dah, takut bertambah kurang.. kalu dibandingkan ulama' terdahu, masya Allah.. sape la kita ni... )... Sekadar peringatan bersama.... jagalah iman kita sedaya yng termampu, karna iman kita tergolong dalam iman yang yazid wa yankus ( iman yamg bertambah dan berkurang )..

di kesempatan ini ana nok ucapkan tahniah kepada calon2 yang terpilih untuk bertanding jawatan AJKT DPM Dumyat sesi 2009/2010....



untuk lebih jelas dan terang berkunjunglah ke blog http://dumyat.blogspot.com/2009/07/senarai-calon-yang-akan-bertanding.html

Kepada warga Dumyat jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa di blog DPM Dumyat...
takkan berguna seorang pemimpin tanpa pengikut yang sudi mengikut tatkala bernaung dengan Al-Quran dan Sunnah rasulullah S.W.A....



عن أبي موسى رَضِيَ اللهُ عنه : دَخَلْتُ عَلى النَّبي أناَ وَرُجُلانِ مِنْ قَوْمي فَقَالَ أحَدُ الرُّجُلَيْنِ أمِّرنَا يا رَسُوْلَ اللهِ وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَهُ، فقاَلَ : إنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

Dari Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jangan kita menjadi 2 orang ddalam hadis diatas, tapi apabila diberi amanah maka terimalah dengan hati yang terbuka.... dan jalankan amanah sedaya mungkin... insya Allah.... nampok kepimpinan baru mantap2 je... aamin...


...:: Amanah itu berat laksana memikul bukit uhud ::...

Israj & Mikraj




Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. kita masih dipertemukan dengan satu tanggal yang mana solat telah difardukan keatas umat Muhammad S.A.W...

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.
Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.
“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.
Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.
Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.
“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.
“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .
Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.
“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.
“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.
“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

Masya Allah kasih Allah tiada tolak bandingnya tapi apakah bukti kasihnya kita terhadap Allah?? banyak manakah amal ibadat kita??



ziarah makam

Assalamualaikum......
alhamdulillah... masih ada kesempatan masa untuk ku berkongsi sedikit pengalaman dengan kalian..
kelmarin pi ana dan beberapa org pelajar tahn satu kaherah dan syubro mengadakan ziarah makam2 aulia' di sekitar kawasan kaherah, musrif yang memimpin perjalan kami ialah dua orang yang cukup mantap iaitu ust syukri dan ust fahmi.... penerangan mengenai sejarah2 ulama' nampak lebih jelas dan terang... jaulah makam.... masya Allah, bila kita mendalami dan menjejaki sejarah perjuangan ulama' terdahulu disana terdapat banyak kebaikan yang kita dapat.... walaupun jumhur ulama' mengatakan bertawassul dgn ulama' adalah makruh tapi masih ada sebahagian yang mengatakan harus n sunat apabila dikias dengan keharusan menghormati ulama' tatkala mereka hidup....

Dari pengertian dan definisinya ziarah kubur adalah suatu kegiatan atau aktiviti mengunjungi makam dari orang yang telah meninggal dunia baik yang dulu semasa hidupnya kita kenal maupun yang tidak kenal. Pada saat berziarah ke makam sebaiknya anda mengikuti tata cara yang baik agar mendatangkan hikmah bagi yang berziarah maupun yang diziarahi.

sebagaimana sabda rasulullah S.A.W :
Maksudnya: “(Pada mulanya) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, (kini) kamu ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Contoh makam yang orangnya dulu pernah kita kenal adalah seperti makam orang tua, saudara, teman, guru, tetangga, dan lain sebagainya. Ziarah ke kuburan yang orangnya dulu tidak kita kenal adalah seperti menziarahi taman makam pahlawan, makam ulama islam, dan lain-lain.
Adab Dalam Berziarah Kubur yang Baik dan Benar Menurut Islam :

1. Berperilaku sopan dan ramah ketika berada di makam.
2. Niat dengan tulus dan ikhlas karena ingin mendapatkan Ridho dari Allah SWT, Bukan untuk meminta sesuatu pada orang yang sudah meninggal.
3. Tidak duduk, menginjak-injak, dll di atas makam orang mati
4. Tidak melakukan tindakan tidak senonoh seperti buang air besar, kencing, meludah, melakukan hubungan suami isteri, buang sampah sembarangan, dan lain-lain.
5. Mengucapkan salam kepada penghuni alam kubur
6. Mendoakan arwah orang yang telah meninggal agar bahagia dan tenang di alam kubur sana dengan ikhlas.

kita digalakan memberi salam kepada penghuni kubur berdasarkan hadis rasulullah S.A.W:


قولِي : السلامُ عَلي أهل الديَار مِنَ المُؤمِنينَ وَالمُسلِمِينَ وَيَرحَمُ اللهُ المُستَقدِمِينَ مِنا وَالمُستأخِرينَ وَإنا إن شَاءَ اللهُ لاحِقونَ


Maksudnya: “Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada mukminin dan muslimin dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan
sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.” (Hadits riwayat Muslim)

ingat la kita juga akan merasai mati dan bagaimana rasanya berada di alam kubur... ya Allah tempatkan lah kami bersama2 orang yang engkau redoi serta kenikmatan di alam kubur... aaamin...

Alhamdulillah, dalam satu hari jumaat penuh, kami dapat berkunjung dalam 27 buah makam, masya Allah, itu baru sekitar kawasan kaherah tak kira muhafazah2 lain... dan itu masih ada yang tak sempat berkunjung dek kerana masa terlalu cemburu dengan kami... sungguh hebat bumi mesir dengan ribuan ulama' yang mekar dengan ilmu didada mereka dan cukup masyhur dengan hasil pena mereka.....

Ya akhiii... lihat la kehebatan ulama' yang terdahulu... mereka sarat dengan ilmu dan tidak segan silu menyebarkannya... mereka merantau sepelusok dunia untuk mendapatkan setitik ilmu.... tapi bagi mereka setitik ilmu tak patut disia2kan... marilah kita sama2 mencari ilmu sehingga akhir hayat, insyaAllah...


.....:: menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat::.....

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..