bila negara orang...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada pagi yg sepi ini, ana ingin mencoret sedikit perkongsian dengan semua…

Bila sudah menjejakkan kaki di negara orang, perkara yang paling utama “ tajdid niat”, ye la… mari jauh2 kalu niat tersasar tak ada faedahnya. Jangan kita tergolong dalam golongan yang berhijrah karna dunia semata2…. Sebagaimana yg diceritakan oleh sebuah hadis yang cukup masyur :


عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : ( إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه ).

Tengok la kehebatan Islam, isu niat adalah amat utama sampaikan selalu disebut2 oleh kebanyakan ulama’ sebagai mukadimah dalam kitab mahupun pertuturan mereka… isu niat adalah tunggak utama n merupakan menentukan ibadat harian kita…. Contohnya : mandi, boleh jadi perbuatan itu wajib, n boleh jadi pebuatan itu sunat dll…

Bila berpayung dengan awan di negara perlulah tahu erti syukur, apa tidaknya… sedih sekali ana bila tengok sahabat2 yang mencerca n mengata kat orang arab macam2, tak mandi la… busuk la…. malas la… miskin la… tak beradab la…. dll.. banyak lagi la… apa nak jadi la dengan kita, kita mengata kat orang sedarkah diri kita siapa.. .

Allah berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hujurat: 12)

Yang lagi teruk mengumpat depan2, mentang2 la pak arab tu tak faham bahasa dia, sesuka hati dia je nok mengata… ingat la dosa pahala…. Ya akhiii…

Ada yang kata arab ni pemalas sebab bangun lewat, ye la…. pukul 10pg baru ada dunia bagi mereka, tapi takala mereka penuh di masjid tak ada pula yang puji… masya Allah, bila sebut pasal solat, penuh masjid…. Kalu dibanding dengan malaysia, tak nampak la… di mesir dalam satu kawan ada dalam 5 masjid yang sama besar dgn masjid di malaysia, tapi perbezaan nya, semua masjid tu ada pengunjung tak kira magrib, isya’ mahupun subuh, kira lebih dari 20-30org satu jamaah… boleh tanding ke kat malaysia, kalu ada pun, boleh kira la………

Satu lagi sifat arab yang boleh dipuji, menghafaz Al-quran… masya Allah, kalu ditanya mana2 ayat pun diorabg tau dengan jelas tempat n ayat mana….dalam usia muda lagi mereka diasuh untuk hafaz Al-quran…. Bukan itu yang ana nok bangkitkan, sebab ana tahu mesti ada yang kata “mereka bangsa Arab’ mereka mudahlah nok hafaz….”. apa yang ingin ana katakan kat sini ialah dekat mana2 pun mereka tak segan nak baca Al-quran, dalam bas, dekat taman, sambil duduk mahupun dalam keadaan berdiri…. masya Allah… Ada di malaysia??.. kita di malaysia malu dengan mukjizat yang penuh keagungan itu…. Siapalah kita ye….

Itu baru sikit, di sini bukan ana nok puji2 bangsa arab (tapi itulah hakikatnya, kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka), n tak bermaksud ana memperkecilakn bangsa ku malaysia.. atas kesedaran, marilah kita sama2 lakukan anjakan yang positif agar Islam terus gemilang…

Nasihat ana buat akhiii sekalian, janganlah menilai dik karna ada setitik dakwat pada kertas, seluruh kertas dikatakan rosak… sedangkan masih banyak kebaikan yang kelihatan…

..:don’t just look at the caver:…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..