ppsmi dimansuh akhirnya.........


Assalamualaikum buat akhu seakidah ku...
Alhamdulillah, masih kita diberi 2 nikmat yang cukup besar iaitu Iman n Islam......

Akhirnya kerajaan akur dengan kebenaran bahawa tiada kebaikan dalam mempraktikkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)....

Apa yang sedihnya semua pihak nak kata mereka yang betul....

ni satu petikan artikal dari berita sebuah akhbar:

PUTRAJAYA 8 Julai - Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. (tak mau mengaku la tu....)

Tegas Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu diambil setelah mengambil kira keperluan sistem pelajaran di sekolah-sekolah serta manfaat yang bakal diterima oleh golongan pelajar pada masa depan.

"Keputusan ini dibuat atas asas pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus dilakukan.

"Dan atas dasar itulah maka keputusan inilah yang kita lakukan, bukan pertimbangan politik," katanya yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita sama ada keputusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu dibuat kerana desakan politik, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.


Mereka ingat pelajar ni macam bahan aksperimen je.... yang menderita pelajar tu je, ye la... bila keputusan merosot pelajar tersebut di terpaksa menerima akibat susah nak dapat tawaran ke tempat pendidikan yang lebih baik dik kerana tindakan mementingkan diri sesetengah pihak..... apa nak jadi??? kalau kita lihat dari awal lagi kesan tak elok tu sudah kelihatan, bila mana seorang pelajar memperoleh keputusan 8A 1b misalnya, yang B tu tak lain BI la tu.... itu dah menunjukkan dengan penggunaan BI dalam subjet Matematik dan Sains tak memberi apa2 kebaikan...


Berdasarkan sejarah pulak, kita dapat lihat saintis dan mana2 bangsa akan bangkit dengan bahasa ibunda mereka sendiri... tak perlu pergi jauh, cuba kita lihat negara Jepun... mereka mampu membina sebuah negara yang setanding dengan negara membangun yang lain walaupun hanya menggunakan bahasa mereka sendiri.... kenapa kita malu dengan bahasa ibunda kita???. Banyak mana negara yang memperaktikkan bahasa Ingeris dalam kehidupan dan pendidikan mereka tapi kesan yang lebih kelihatan ialah kita terus dijajah oleh bangsa yang sangat membenci akan kemajuan umat Islam... kenapa kita terus menipu diri kita???


Ya akhiii!!

Dimana Islam akan terus mewangi bak kasturi kalau kita tak bersihkan tanah kita dari terus dijajah oleh bangsa laknatullah itu... ya Allah... terukkah bahasa kita??... Sepatutnya kita yang diberi amanah sebagai ketua OIC mengambil tindakan positif dalam meberi contoh terbaik kepada negara yang yang bernaung di bawahnya.... Malaysia sepatutnya sedar akan amanat yang cukup besar yang diberi oleh OIC kepeda negara ini.... kalau tak buruk la nampaknya, tak sikoh la....

...::Abu Darda radhiyallohu anhu berkata : “Engkau tidak akan menjadi alim sampai engkau berilmu, dan engkau dengan ilmu tadi tidak akan menjadi alim sampai engkau mengamalkannya”.::....


Category:

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..