begini masyarakat yg akan ku hadapi???


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu di tinta dalam keletihan ini... Ni baru balik dari Mansuroh (salah satu muhafazoh kat bumi Mesir).. walaupun dekat sahaja dari tempat tinggal ku kat tanah jajahan dumyat jadidah, dalam satu jam naik van yang dibawa Arab (faham2 je la kalu Arab bawa... yang 2jam perjalanan boleh jadi kurang separuh dari itu.. masya Allah..). ye la semalam ada program... habis dalam pukul 1.30pg, sampai di rumah dah pukul 2.. nok tidur pun dah malas, takut tak terkejut solat subuh yang dilaungkan azannya pada jam 4 nanti.. 2 la sebabnya letih ni..... (ust syukri, ana menanti jawapan dari anta.....)


Ni baru balik dari satu program yang dianjurkan oleh golongan siswa n siswi kedoktoran kat sana, boleh tahan la jugak... hanagat dik cuaca pada musimnya n keadaan dewan yang mcam ovem je rasa nya... sabar je la.... demi ilmu ku kejar... program ini membawa ustaz yang cukup mantap kat mesir seperti ust Syed Abd Kadir Aljoofre , ust Salman Maskuri dan ust Nazrul.. kira hangat la perbincangan n perbentangan kertas kerja dalam soal ibadah seorang pesakit yang menghadapi musyaqoh dalam ibadat mereka...

Ya Allah.... bila dalam keadaan macam ni.. baru kita dapat lihat betapa rendahnya tahap ilmu kita... kita bukan sekadar tidak tahu secara mendalam tentang mazhab yang kita berpegang teguh ni (konon nya la...) apatah lagi tentang khilaf mazhab2 lain... yang patut diketahui dalam mengeluarkan pendapat yang betul bertepatan dengan pesakit tersebut... ye la, setiap org memiliki tahap ujian Allah yang berbeza.... jadi cara mengeluarkan hukum pun kena ikut keadaan la.......

Bila kita lihat begini sempitnya ilmu kita kat dalam dada ni... rasa lemah diri ini.. ye la... macam mana Islam akan bangkit takkala ummatnya masih berada dalam zon selesa yang teramat sangat sehingga lupa yang Islam dari hari ke hari bukan setakat goyah bahkan dah hampir roboh pun... apa kita buta?? ya akhiii...
lihatlah sekeliling kita... orang bukan Islam bertepuk tangan.... umat Islam telah mula lalai dengan ilmu fardu Ain karna gopoh mengejar ilmu fardu kifayah... lihat la... apa dah jadi....

Lihat la pada sejarah kemilangan Islam itu sendiri.... Imam syafie telah menghafaz Alquran di usia 10tahun dan mampu mengeluarkan fatwa takkala usia 15thn... masya Allah, mudanya.... kata ulama "takkala imam syafie bercakap mengenai hal2 tibbiyyah (kedokturan), beliau bagaikan faqih dalam bidang tersebut...", hebat bukan, karna itulah janji Allah pada kita "siapa yang mencari akhirat maka enkau tidak perlu risau akan dunia yang akan mengekori hampir dengan engkau..." .kita masih merengget nak mengejar fardu kifayah n melupakan keutamaan fardu ain tuntutan pasti keatas setiap mukallaf itu.... sedar la...

Kadang2 kita tak sedar, makcik tepi jalan tanya " anak, makcik sakit perut..... boleh tak makcik tak mau berwuduk??", lepas tu anta jawab "tak tau, makcik tanya ustaz lain la.." sampai bila kita nak menipu???.... ya Akhiii... di situlah terujinya tahap ilmu kita dalam agama suci ini.. dan disana masyarakat mengukur kita yang belajar di mesir kursusnya dalam jurusan pengajian Islam tapi bila tanya "SE PATAH HARAM TAK TAU"... sama2 kita tingkatkan usaha, jangan bazirkan cuti 4BULAN ni..... guna la sebaik mungkin... insya Allah barokah... Aaamin...

wa Allahua'lam


....:: Biar kita jadi tempat carian, bukan tempat cercaan ::...

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..