Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk ana update blog ini... ye la.... badan rasa kurang sihat sikit, macam nok demam je ( nauzubillah.. harap2 taklah, sbb demam di sini berkali2 ganda pedih dari Malaysia, bagi ana la.. ), walaupun ku sedar penyakit adalah salah satu ujian Allah kepada hambanya... dan itulah cara Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada hambanya.... tapi diri ini takut sekali tatkala diuji ibadat dan ingatanku terhadap sang pencipta berkurang, ya Allah janganlah engkau uji hamba mu ini dengan ape yang tidak mampu ditanggung oleh insan dhoif ini... ( dah la kurang dah, takut bertambah kurang.. kalu dibandingkan ulama' terdahu, masya Allah.. sape la kita ni... )... Sekadar peringatan bersama.... jagalah iman kita sedaya yng termampu, karna iman kita tergolong dalam iman yang yazid wa yankus ( iman yamg bertambah dan berkurang )..
di kesempatan ini ana nok ucapkan tahniah kepada calon2 yang terpilih untuk bertanding jawatan AJKT DPM Dumyat sesi 2009/2010....
untuk lebih jelas dan terang berkunjunglah ke blog http://dumyat.blogspot.com/2009/07/senarai-calon-yang-akan-bertanding.html
Kepada warga Dumyat jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa di blog DPM Dumyat...
takkan berguna seorang pemimpin tanpa pengikut yang sudi mengikut tatkala bernaung dengan Al-Quran dan Sunnah rasulullah S.W.A....
عن أبي موسى رَضِيَ اللهُ عنه : دَخَلْتُ عَلى النَّبي أناَ وَرُجُلانِ مِنْ قَوْمي فَقَالَ أحَدُ الرُّجُلَيْنِ أمِّرنَا يا رَسُوْلَ اللهِ وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَهُ، فقاَلَ : إنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ
Dari Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jangan kita menjadi 2 orang ddalam hadis diatas, tapi apabila diberi amanah maka terimalah dengan hati yang terbuka.... dan jalankan amanah sedaya mungkin... insya Allah.... nampok kepimpinan baru mantap2 je... aamin...
...:: Amanah itu berat laksana memikul bukit uhud ::...
No comments:
Post a Comment