Mandi Wajib


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Apa khabar iman kalian hari ini?
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...

Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.

DALIL :

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :


wajib:
  • Niat.
  • Meratakan air ke seluruh badan.
  • Membersihkan diri dari sebarang najis.
sunat:
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..

  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya. cuma digalakkan, agar air mudah rata ke segenap lipatan.
  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.

  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
-Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.
  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.
  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.

  • Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Tetap sah mandi wajib, dan tidak perlu diniat dari awal.
  • Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
-yer, ada ulama yang menggunakan kaedah, dengan kita mengangkat yang besar maka yang kecil akan terangkat sekali, dengan makna, setelah kita selesai mandi wajib (mengangkat hadas besar) kita tidak perlu lagi mengambil wuduk, melainkan kita telah melakukan perkara-perkara yang membatalkanya. waAllahu a'lam.

  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.
  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.
  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.
  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.
  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.
  • Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.
  • Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.
  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..
  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam
  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.


Wa Allahu a'lam..

Kaji balik mandi wajib kita yok!

Category:

31 comments:

mizz.miza said...

apa beza mazi dan mani ??? lupa pula...

faahim said...

Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI pula cecair melekit, berkeadaan putih telur, dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.

wa Allahu a'lam.

mizz.miza said...

trima kasih atas penerangan..baru faham ^^

dill said...

terima kasih atas perkongsian

dill.

TiraPengemis said...

tq pnh tinggl link kt blog saya

One said...

salam, dlm tertib diatas, saudara membahagikan wajib dan sunat .

saya sedikit keliru.

Andai sy ingin melakukan perkara sunat juga, dimanakah sy harus mula berniat mandi wajib?

Adakah selepas berwudhuq semasa mahu mulakan dgn membasuh kepala? adakah berniat disni?

faahim said...

walaika salam akhii one...

yer, seperti yg kita sedia maklum...
perkara wajib -kita perlu dan mesti buat.kalu tak buat mandi wajib (ibadah) tidak sah (tak diterima).

manakala, perkra sunat kita adalah jika dibuat mendapat ganjaran baik (pahala) dan jika ditingglkan tidak mendatangkn sebarang masalah.

saudara boleh menggunakan cara diatas (mengambil wuduk dgn meninglkn basuhan kaki sehingga akhir (selesai mandi)barulah dibasuh kaki.

ataupun saudara boleh mengambil wuduk penuh seperti biasa terlebih dahulu dgn niat mengngkat hadas keci (niat spt wuduk2 biasa)

ataupun,
saudara boleh juga menyelesaikan terlebih dahulu mandi wajib (perkara2 wajib), selesaikan dahulu sunat2 lain (membaca basmalah, memulakn dr kanan dll, dan akhir sekali barulah berwuduk (dgn niat mengngkat hadas keci)


baik, memngenai niat mandi wajib pula, niatnya bermula ketika jirusan air sampai ke mana2 anggota badan.

moga penjelsan ini membantu..

selipar said...

Assalamualaikum...
Saya pernah terbaca di blog dan mendengar di youtube berkenaan dengan niat mandi wajib.

Katanya tidak sah mandi wajib jika niat dahulu sebelum air sampai ke anggota tubuh atau berniat setelah air sampai ke anggota tubuh.

Persoalannya, adakah benar penerangan tersebut? jika benar, bagaimanakah cara dan waktu niat yang paling tepat?

Penjelasan tersebut amat sukar di lakukan bagi saya.

Harap saudara dapat jelaskan berkenaan kekeliruan ini.

Terima kasih sebelumnya.

faahim said...

Waalaikumussalam,

ya, memang benar.
ulama meletakkn niat sebgai keutamaan dlm melakukan sesuatu ibadah, ini kerana niat membezakn antara ibadah fardhu dan sunat.

contohnya: antara puasa sunat dan wajib, perbuatanya sama sahaja bukan? bezanya terletak pada niat kita.

niat sememangnya di mulai apabila bermulanya perbuatan, semacam mana kita berniat untuk solat. bukankah niatnya ketika mengangkat takbir?

begitu juga dengan mandi wajib, seketika mana air jatuh ke anggota badan, mulai niat di dlm hati.

niat ni apa sebenarnya?
niat adalah lintasan hati..
cukup dgn niat "aku mengangkat hadas besar krna Allah"

saudara jangn risau, Allah tidak memebebankan mana2 hambanya tanpa memberi jalan keluar.

saudara juga perlu sedar, niat adalah sesuatu yg berterusan.. dr awal perbuatan sehingga selesai. sama saja kongsepnya dengn niat mana2 ibadah (spt solat)

-mcm susah pulakan?
sebenarnya isu niat ini tidak perlu menjadikan saudra ragu2 dlm melaksankn mandi wajib. kerana segelintir ulama mengatakan niat telah diterima sblm berlakunya perbuatan, dgn syarat niat tersebut mestilah berterusan sepanjang perbuatan.. senang kan?

contohnya:
ketika bangun dari tdur pagi, saudara menyedari telah berhadas besar. Bukankah degn serta merta akan timbul niat untuk mandi wajib?
mestilah ada kan?,

yelah, nanti nak solat subuh pulak. jadi saudara terus memasang niat untuk mandi sehingga masuk ke dalm bilik air dan mandi wajib.
perbuatan ni sudah dikira sah.

(cuma lbh baik dan menjadi keutaman diniatkan kembali ketika air mengenai badan kita, dgn itu menambahkan keyakinan kita)

waAllahu a'lam

harap membantu.

i Muiz said...

Assalamualaikum, Adakah niat wajib dibaca didalam hati? Kalau sebut secara perlahan tidak bole?

Fahim Ahmad said...

waalaikumussalam akh..

niat semestinya didlm hati, dan tidak perlu dibaca...

ulama mengatakan niat adalah lintasan hati.

mcm mane lintasan hati?
-cth mudah, bila kita lapar, bukan ke terlintas dlm hati kita... "nanti aku nak makan"...

begitu juga lintasan hati dlm berniat..

manakala bacaan menggunkn mulut sekalipun dgn perlahan dipanggil (lafaz),
-tidaklah menjadi kesalahn untk menyebut lafaz niat, cuma hadirkan juga didlm hati ketika melafaz.

susah?
-in sya Allah boleh. cuba pejam mata. dan sebutkan lafaz dlm hati (hanya dlm hati), JANGAN gerakkn mulut. dapatkan?

FREEDOM said...

Assalamualaikum

Ya akhi, bole terangkan sedikit mengenai cara2 mandi wajib menggunakan air kolam atau air terjun atau air laut. Sy jadi musykil dgn cara2nya. Adakah hanya dengan masuk dlm kolam atau air laut, lepas tu meratakan air2 tu? Atau saudara bole terangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih.

Fahim Ahmad said...

waalaikumussalam akhiii..

yer saya... maha suci ALLAH yang memberi kita sekalian aturan hidup..

baik, untuk soalan saudara tu, jawapannya akan kembali kepada rukun ke dua dalam mandi wajib.. ape?

meratakan air keseluruh badan... jadi, just lompat dalam air, dah pon dikira sebagai meratakan air...

sekalipun anda berniat ketika melompat dari batu besar ditepi sungai... masuk saja badan dalam sungai, terus terangkat hadas besar kita. (tambahan, gosok-gosokan bahagian berlipat seperti celah peha, celah ketiak) wa ALLAHu a'lam

teringat saya pada celotih seorang ustaz kami, dia berkata dalam satu ceramah. "para lelaki hari ini perlu mencari seorang wanita yg gagah seperti wanita mesir, kenape?, kerana kalau nak mandi wajib atau berwuduk senang, isteri kita cuma angkat kita dan celup dalam tab atau sungai, terus siap terangkat hadas kita"

harap difahami...

Insan Kerdil said...

Salam.sy nk tnya niat tu kalau sebelum menjirus air ke maknanya boleh la kan? Sy ada masalah sikut dengan niat sy susah nak tetapkan niat.bila niat sy gerakkan bibir sekali sebab nk diniatkan dlm hati selalu tak jelas pada saya.dalam apa saja ibadah saya kena niat sambil bunyikan kt mulut.walaupun kadang sudah diucapkan di bibir tapi tidak jelas saya tak boleh fokus pada niat tu.menyebabkan saya kena ulang niat.dan kalau susah nak fokus juga sy niatkan sebelum jirus air dan baca di bibir bila jirus air dan sy cuma fahamkan apa yg sy lafaz tu untuk elak dari terpaksa mengulang niat berkali2.bolehkah macam tu? Lagi satu kalau waktu mandi kita jawab menyahut orang yang memanggil atau bertanya sesuatu pada kita bolehkah?

Fahim Ahmad said...

wasalam

baik, pertama-tama kita perlu jelas, apa itu niat?

-niat adalah lintasan hati.sesimple.

biasanya, orang malaysia begitu memberatkan lafaz (dalam bahasa arab) dan makna niat, sehinggakan kebayakan kita mendapat penyakit was-was (sememangnya di sukai oleh syaitan laknatullah-semoga dijauhkan)

sepanjang pemerhatian saya, kita diberatkan oleh :

1- lafaz yang panjag dan berbahasa arab.
(sedangkan sebenarnya, hanya perlu, "sahaja aku mengangkat hadas besar" dalam bahasa melayu. insya ALLAH, hati kita akan mudah menerima,

lafaz dalam bahasa arab adalah sunnah, tidak merosakan mandi wajib kita, seandainya ditinggalkan.

2- kene serentak dengan air jatuh ke badan.
(kan susah tu.. bagaimana kalu air jatuh dahulu sebelum niat??.. sebenarnya, niat itu sebelum, dan kekal sehingga akhir.)

kalu hilang tengah2 mandi macama mane?
-niat lagi dan lagi.. dan terus mandi.. sehingga air rata keseluruh badan. selesai..

(akhirnya, lintaskan dalam hati kita, semoga ALLAH menerima mandi wajib kita.) lap-lap badan dan selesai mandi.

bagi soalan kedua pula..

boleh, cuma tidak digalakan.. selesaikan mandi dengan baik terlebih dahulu, lepas tu borak la sampai kene mandi semula pon takpe...

wa ALLAHu a'lam


Insan Kerdil said...

Kalau kita dh jirus air kt rambut kemudian kita ratakan pula air pada anggota lain sperti kaki dan sebagainya tapi air pada rmbut atau muka tu dh kering. Masih sah ke mandi tu bila air kt rambut tu dh kering tapi air kt bahagian lain belum rata dan kita gunakan air yg hanya tggal sedikit untuk ratakan pada anggota lain yg belum diratakan air.jadi bila dh rata air pada kaki tu, air dlm bekas pun dh habis.dah x ada air untuk basahan semula anggota yg dh kering td.sah ke?

Fahim Ahmad said...

perlu di ulang sekali lagi.

syarat sah mandi wajib adalah
1- niat
2- meratakan air ke seluruh badan..

jadi, meratakan air ke seluruh badan sahaja... baginda salla ALLAHu alaihi wasalam, menggunakan 6 cebuk air untuk mandi wajib..

so, yang perlu dalam mandi wajib adalah rata ke seluruh badan.. lakukan secara berterusan sehingga rata. dan anda boleh lakukan apa saja selepas rata.

amboi, cepat betol kering air?, kalau kami di musim panas pon ambil masa 3-4mnt untk kering (kalau tidak dilap).

biasanya, apabila kita mulakan dari kepala, air akan jatuh ke bawah. jadi gosokan saja anggota yang terkena air, manakala bahagian2 lipatan (spt: celah ketiak, kelah peha) di jirus lagi air. diulang-ulang sehingga rata.

waALLAHu a'lam..

Hakim Ksb said...

Assalamualaikum, saya nk tnya . Adakah batal apabila air mazi atau mani terkeluar semasa mandi wajib ?

Fahim Ahmad said...

wasalamualaikum...

silakan bertanye....

pertama perlu tengok keadaan air yang keluar, sama ada mani atau mazi.

kerana mazi (hukumnya najis, hanya perlu basuh kawasan keluar, dan membatalkan wuduk, tidak perlu keapda mandi wajib) manakala mani (suci, perlu kepada mandi wajib)..

ape tu?

oleh itu, andai keluar mazi, maka basuh tempat keluar dan ambil wuduk kembala... dan perlu jelas, bahawa keluarnya air mazi atau wadi tidak menyebabkan perlu kepada mandi wajib..

manakala, andai yg keluar adalah air mani. ulangi mandi tersebut kembali.. tapi, sebelum itu perhatikan perkara2 berikut :

1- pada mani yang keluar, adakah mani yang baru?. (bukan saki baki dari mani yang masih ada di dalam salur kencing... sbb itu kita disunatkan untuk kencing terlebih dahulu sebelum mandi)

2- mani tidak keluar melainkan dalam keadaan bersyahwat dan merasa lazat.. seandainya keluar tanpa syahwat biasanya air wadi.. perlu dibasuhkan seperti air mazi (hukumya najis)

3-manakala, andai air yang keluar dalam keadaan licin, itu adalah mazi.. (perlu diketahui, biasanya air mazi keluar sebelum air mani... )

wa ALLAHu a'lam

so Atirah said...

Salam. nak jugak tny. kalau sudah selesai mandi wajib lepas tu saya solat seperti biasa beberapa jam kemudian, saya perasan ada sisa quitex (cat kuku) sikit kat 1 kuku saya. perlukah saya mandi wajib semula?

Fahim Ahmad said...

wasalam..

silakan bertanya.

sebelum mengambil tindakan mandi semula, kita perlu perhatikan beberapa perkara terlebih dahulu..

1- quitex di buat selepas mandi atau sebelum mandi.. seandainya anda betol2 yakin yang quitex itu dibuat sebelum mandi.. maka anda perlu mandi semuala. dengan adanya keadaan ke dua (dibawah ini)

2- adakah quitex itu jenis berminyak, andai kata ye.

maksudnya air tidak rata keseluruh badan. jadi anda perlu mandi, dan mengulang solat semula.

wa ALLAHu a'lam.

The Nocturnal said...

Assalamualaikum.

Mandi wajib termasuk niat dan meratakan air ke seluruh badan. So, lepas ratakan air ke seluruh badan tu, barulah mandi macam biasa guna sabun, ke macam mana? Sebab biasanya saya akan niat, ratakan air, then mandi macam biasa guna sabun etc. Tapi saya musykil sikit bab sentuh kemaluan tu? Kalau nak bersih mestila kena sentuh kan? Kalau biar air lalu je, macam tak bersih je jadinya. Mohon terangkan tak tentang hal ni. Terima kasih :)

Encik Zackir said...

tuan, adakah air mazi perlu dicuci dengan air mutlak?

Fahim Ahmad said...

waalaikumussalam..

salah satu rukun mandi wajib adalah meratakan air keseluruh anggota badan termasuk celah ketiak dan celah peha..

jadi, mandi seperti biasa, cuma tambah niat utk mengangkat hadas besar kerana ALLAH taala. di sunatkan kita menggunakan sabun ketika mandi wajib.. tidak perlu diasingkan seperti kita melakukan 2mandi. sedangkan semua itu dikira mandi.. (mudah cerita, mandi seperti biasa)

adapun menyentuh kemaluan hanya membatalkan wudu' (seandainya kita mengambil wudu' sebelum mandi tadi), utk membasuh kemaluan saya cadangkan agar kita memakai kain dibahagian kemaluan. untuk membasuh di bahagian tersebut hanya dengan menyapu atas kain. wa ALLAHu a'lam.


Fahim Ahmad said...

membasuh mazi, sebaik-baiknye dengan air mutlak.

adapun begitu, boleh juga kalau kita menggunakan air musta'mal (yg kita guna utk berwudu') sebagai air basuhan najis. wa ALLAHu a'lam.

Muhd Arif said...

Assalamuakum.
Jika kita tidak yakin dengan mandi wajib perluka kita mengulangi mandi wajib kita itu semula dan jika kita mandi wajib guna baldi dan gayung kalo air yang kita dah mandikan diri kita tu maka kita dah x boleh la mandi guna air tu?

Muhd Arif said...

Adakah kita mesti qadak semula solat selepas kita tidak yakin dengan mandi wajib pertama

yohiko jang said...

Assalamualaikum...saya pernah beronani.Ketika saya hampir tiba di puncak syahwat,saya berhenti dan tidah menyentuh kemaluan saya,dan mani saya tidak keluar.Namun,ketika saya buang air kecil,sisa-sisa mani keluar bersama kencing dalam jumlah yang sedikit.Perlukah saya mandi wajib?

Azmi said...

Assalamualaikum, selepas saya selesai mandi wajib saya mendapati bahawa masih terdapat bau air mani pada jari saya. Adakah sah mandi wajib saya tersebut ?

Khairi Afiq said...

salam. saya nak bertanya sedikit. sah ke mandi wajib kita kalu ade bau deadorant kat ketiak kita atau pun minyak wangi?.

Kochikame said...

Adakah berniat sebelum mandi wajib sah??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..