Mandi Wajib


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...


Apa khabar iman kalian hari ini?
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...

Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.

DALIL :

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :


wajib:
  • Niat.
  • Meratakan air ke seluruh badan.
  • Membersihkan diri dari sebarang najis.
sunat:
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..

  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya. cuma digalakkan, agar air mudah rata ke segenap lipatan.
  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.

  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
-Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.
  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.
  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.

  • Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Tetap sah mandi wajib, dan tidak perlu diniat dari awal.
  • Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
-yer, ada ulama yang menggunakan kaedah, dengan kita mengangkat yang besar maka yang kecil akan terangkat sekali, dengan makna, setelah kita selesai mandi wajib (mengangkat hadas besar) kita tidak perlu lagi mengambil wuduk, melainkan kita telah melakukan perkara-perkara yang membatalkanya. waAllahu a'lam.

  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.
  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.
  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.
  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.
  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.
  • Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.
  • Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.
  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..
  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam
  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.


Wa Allahu a'lam..

Kaji balik mandi wajib kita yok!

Category:

128 comments:

Anonymous said...

apa beza mazi dan mani ??? lupa pula...

Unknown said...

Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI pula cecair melekit, berkeadaan putih telur, dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.

wa Allahu a'lam.

Anonymous said...

trima kasih atas penerangan..baru faham ^^

dill said...

terima kasih atas perkongsian

dill.

tirahzairi said...

tq pnh tinggl link kt blog saya

One said...

salam, dlm tertib diatas, saudara membahagikan wajib dan sunat .

saya sedikit keliru.

Andai sy ingin melakukan perkara sunat juga, dimanakah sy harus mula berniat mandi wajib?

Adakah selepas berwudhuq semasa mahu mulakan dgn membasuh kepala? adakah berniat disni?

Unknown said...

walaika salam akhii one...

yer, seperti yg kita sedia maklum...
perkara wajib -kita perlu dan mesti buat.kalu tak buat mandi wajib (ibadah) tidak sah (tak diterima).

manakala, perkra sunat kita adalah jika dibuat mendapat ganjaran baik (pahala) dan jika ditingglkan tidak mendatangkn sebarang masalah.

saudara boleh menggunakan cara diatas (mengambil wuduk dgn meninglkn basuhan kaki sehingga akhir (selesai mandi)barulah dibasuh kaki.

ataupun saudara boleh mengambil wuduk penuh seperti biasa terlebih dahulu dgn niat mengngkat hadas keci (niat spt wuduk2 biasa)

ataupun,
saudara boleh juga menyelesaikan terlebih dahulu mandi wajib (perkara2 wajib), selesaikan dahulu sunat2 lain (membaca basmalah, memulakn dr kanan dll, dan akhir sekali barulah berwuduk (dgn niat mengngkat hadas keci)


baik, memngenai niat mandi wajib pula, niatnya bermula ketika jirusan air sampai ke mana2 anggota badan.

moga penjelsan ini membantu..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya pernah terbaca di blog dan mendengar di youtube berkenaan dengan niat mandi wajib.

Katanya tidak sah mandi wajib jika niat dahulu sebelum air sampai ke anggota tubuh atau berniat setelah air sampai ke anggota tubuh.

Persoalannya, adakah benar penerangan tersebut? jika benar, bagaimanakah cara dan waktu niat yang paling tepat?

Penjelasan tersebut amat sukar di lakukan bagi saya.

Harap saudara dapat jelaskan berkenaan kekeliruan ini.

Terima kasih sebelumnya.

Unknown said...

Waalaikumussalam,

ya, memang benar.
ulama meletakkn niat sebgai keutamaan dlm melakukan sesuatu ibadah, ini kerana niat membezakn antara ibadah fardhu dan sunat.

contohnya: antara puasa sunat dan wajib, perbuatanya sama sahaja bukan? bezanya terletak pada niat kita.

niat sememangnya di mulai apabila bermulanya perbuatan, semacam mana kita berniat untuk solat. bukankah niatnya ketika mengangkat takbir?

begitu juga dengan mandi wajib, seketika mana air jatuh ke anggota badan, mulai niat di dlm hati.

niat ni apa sebenarnya?
niat adalah lintasan hati..
cukup dgn niat "aku mengangkat hadas besar krna Allah"

saudara jangn risau, Allah tidak memebebankan mana2 hambanya tanpa memberi jalan keluar.

saudara juga perlu sedar, niat adalah sesuatu yg berterusan.. dr awal perbuatan sehingga selesai. sama saja kongsepnya dengn niat mana2 ibadah (spt solat)

-mcm susah pulakan?
sebenarnya isu niat ini tidak perlu menjadikan saudra ragu2 dlm melaksankn mandi wajib. kerana segelintir ulama mengatakan niat telah diterima sblm berlakunya perbuatan, dgn syarat niat tersebut mestilah berterusan sepanjang perbuatan.. senang kan?

contohnya:
ketika bangun dari tdur pagi, saudara menyedari telah berhadas besar. Bukankah degn serta merta akan timbul niat untuk mandi wajib?
mestilah ada kan?,

yelah, nanti nak solat subuh pulak. jadi saudara terus memasang niat untuk mandi sehingga masuk ke dalm bilik air dan mandi wajib.
perbuatan ni sudah dikira sah.

(cuma lbh baik dan menjadi keutaman diniatkan kembali ketika air mengenai badan kita, dgn itu menambahkan keyakinan kita)

waAllahu a'lam

harap membantu.

Unknown said...

Assalamualaikum, Adakah niat wajib dibaca didalam hati? Kalau sebut secara perlahan tidak bole?

Unknown said...

waalaikumussalam akh..

niat semestinya didlm hati, dan tidak perlu dibaca...

ulama mengatakan niat adalah lintasan hati.

mcm mane lintasan hati?
-cth mudah, bila kita lapar, bukan ke terlintas dlm hati kita... "nanti aku nak makan"...

begitu juga lintasan hati dlm berniat..

manakala bacaan menggunkn mulut sekalipun dgn perlahan dipanggil (lafaz),
-tidaklah menjadi kesalahn untk menyebut lafaz niat, cuma hadirkan juga didlm hati ketika melafaz.

susah?
-in sya Allah boleh. cuba pejam mata. dan sebutkan lafaz dlm hati (hanya dlm hati), JANGAN gerakkn mulut. dapatkan?

FREEDOM said...

Assalamualaikum

Ya akhi, bole terangkan sedikit mengenai cara2 mandi wajib menggunakan air kolam atau air terjun atau air laut. Sy jadi musykil dgn cara2nya. Adakah hanya dengan masuk dlm kolam atau air laut, lepas tu meratakan air2 tu? Atau saudara bole terangkan dengan lebih lanjut. Terima kasih.

Unknown said...

waalaikumussalam akhiii..

yer saya... maha suci ALLAH yang memberi kita sekalian aturan hidup..

baik, untuk soalan saudara tu, jawapannya akan kembali kepada rukun ke dua dalam mandi wajib.. ape?

meratakan air keseluruh badan... jadi, just lompat dalam air, dah pon dikira sebagai meratakan air...

sekalipun anda berniat ketika melompat dari batu besar ditepi sungai... masuk saja badan dalam sungai, terus terangkat hadas besar kita. (tambahan, gosok-gosokan bahagian berlipat seperti celah peha, celah ketiak) wa ALLAHu a'lam

teringat saya pada celotih seorang ustaz kami, dia berkata dalam satu ceramah. "para lelaki hari ini perlu mencari seorang wanita yg gagah seperti wanita mesir, kenape?, kerana kalau nak mandi wajib atau berwuduk senang, isteri kita cuma angkat kita dan celup dalam tab atau sungai, terus siap terangkat hadas kita"

harap difahami...

Insan Kerdil said...

Salam.sy nk tnya niat tu kalau sebelum menjirus air ke maknanya boleh la kan? Sy ada masalah sikut dengan niat sy susah nak tetapkan niat.bila niat sy gerakkan bibir sekali sebab nk diniatkan dlm hati selalu tak jelas pada saya.dalam apa saja ibadah saya kena niat sambil bunyikan kt mulut.walaupun kadang sudah diucapkan di bibir tapi tidak jelas saya tak boleh fokus pada niat tu.menyebabkan saya kena ulang niat.dan kalau susah nak fokus juga sy niatkan sebelum jirus air dan baca di bibir bila jirus air dan sy cuma fahamkan apa yg sy lafaz tu untuk elak dari terpaksa mengulang niat berkali2.bolehkah macam tu? Lagi satu kalau waktu mandi kita jawab menyahut orang yang memanggil atau bertanya sesuatu pada kita bolehkah?

Unknown said...

wasalam

baik, pertama-tama kita perlu jelas, apa itu niat?

-niat adalah lintasan hati.sesimple.

biasanya, orang malaysia begitu memberatkan lafaz (dalam bahasa arab) dan makna niat, sehinggakan kebayakan kita mendapat penyakit was-was (sememangnya di sukai oleh syaitan laknatullah-semoga dijauhkan)

sepanjang pemerhatian saya, kita diberatkan oleh :

1- lafaz yang panjag dan berbahasa arab.
(sedangkan sebenarnya, hanya perlu, "sahaja aku mengangkat hadas besar" dalam bahasa melayu. insya ALLAH, hati kita akan mudah menerima,

lafaz dalam bahasa arab adalah sunnah, tidak merosakan mandi wajib kita, seandainya ditinggalkan.

2- kene serentak dengan air jatuh ke badan.
(kan susah tu.. bagaimana kalu air jatuh dahulu sebelum niat??.. sebenarnya, niat itu sebelum, dan kekal sehingga akhir.)

kalu hilang tengah2 mandi macama mane?
-niat lagi dan lagi.. dan terus mandi.. sehingga air rata keseluruh badan. selesai..

(akhirnya, lintaskan dalam hati kita, semoga ALLAH menerima mandi wajib kita.) lap-lap badan dan selesai mandi.

bagi soalan kedua pula..

boleh, cuma tidak digalakan.. selesaikan mandi dengan baik terlebih dahulu, lepas tu borak la sampai kene mandi semula pon takpe...

wa ALLAHu a'lam


Insan Kerdil said...

Kalau kita dh jirus air kt rambut kemudian kita ratakan pula air pada anggota lain sperti kaki dan sebagainya tapi air pada rmbut atau muka tu dh kering. Masih sah ke mandi tu bila air kt rambut tu dh kering tapi air kt bahagian lain belum rata dan kita gunakan air yg hanya tggal sedikit untuk ratakan pada anggota lain yg belum diratakan air.jadi bila dh rata air pada kaki tu, air dlm bekas pun dh habis.dah x ada air untuk basahan semula anggota yg dh kering td.sah ke?

Unknown said...

perlu di ulang sekali lagi.

syarat sah mandi wajib adalah
1- niat
2- meratakan air ke seluruh badan..

jadi, meratakan air ke seluruh badan sahaja... baginda salla ALLAHu alaihi wasalam, menggunakan 6 cebuk air untuk mandi wajib..

so, yang perlu dalam mandi wajib adalah rata ke seluruh badan.. lakukan secara berterusan sehingga rata. dan anda boleh lakukan apa saja selepas rata.

amboi, cepat betol kering air?, kalau kami di musim panas pon ambil masa 3-4mnt untk kering (kalau tidak dilap).

biasanya, apabila kita mulakan dari kepala, air akan jatuh ke bawah. jadi gosokan saja anggota yang terkena air, manakala bahagian2 lipatan (spt: celah ketiak, kelah peha) di jirus lagi air. diulang-ulang sehingga rata.

waALLAHu a'lam..

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nk tnya . Adakah batal apabila air mazi atau mani terkeluar semasa mandi wajib ?

Unknown said...

wasalamualaikum...

silakan bertanye....

pertama perlu tengok keadaan air yang keluar, sama ada mani atau mazi.

kerana mazi (hukumnya najis, hanya perlu basuh kawasan keluar, dan membatalkan wuduk, tidak perlu keapda mandi wajib) manakala mani (suci, perlu kepada mandi wajib)..

ape tu?

oleh itu, andai keluar mazi, maka basuh tempat keluar dan ambil wuduk kembala... dan perlu jelas, bahawa keluarnya air mazi atau wadi tidak menyebabkan perlu kepada mandi wajib..

manakala, andai yg keluar adalah air mani. ulangi mandi tersebut kembali.. tapi, sebelum itu perhatikan perkara2 berikut :

1- pada mani yang keluar, adakah mani yang baru?. (bukan saki baki dari mani yang masih ada di dalam salur kencing... sbb itu kita disunatkan untuk kencing terlebih dahulu sebelum mandi)

2- mani tidak keluar melainkan dalam keadaan bersyahwat dan merasa lazat.. seandainya keluar tanpa syahwat biasanya air wadi.. perlu dibasuhkan seperti air mazi (hukumya najis)

3-manakala, andai air yang keluar dalam keadaan licin, itu adalah mazi.. (perlu diketahui, biasanya air mazi keluar sebelum air mani... )

wa ALLAHu a'lam

so Atirah said...

Salam. nak jugak tny. kalau sudah selesai mandi wajib lepas tu saya solat seperti biasa beberapa jam kemudian, saya perasan ada sisa quitex (cat kuku) sikit kat 1 kuku saya. perlukah saya mandi wajib semula?

Unknown said...

wasalam..

silakan bertanya.

sebelum mengambil tindakan mandi semula, kita perlu perhatikan beberapa perkara terlebih dahulu..

1- quitex di buat selepas mandi atau sebelum mandi.. seandainya anda betol2 yakin yang quitex itu dibuat sebelum mandi.. maka anda perlu mandi semuala. dengan adanya keadaan ke dua (dibawah ini)

2- adakah quitex itu jenis berminyak, andai kata ye.

maksudnya air tidak rata keseluruh badan. jadi anda perlu mandi, dan mengulang solat semula.

wa ALLAHu a'lam.

Catpucinno said...

Assalamualaikum.

Mandi wajib termasuk niat dan meratakan air ke seluruh badan. So, lepas ratakan air ke seluruh badan tu, barulah mandi macam biasa guna sabun, ke macam mana? Sebab biasanya saya akan niat, ratakan air, then mandi macam biasa guna sabun etc. Tapi saya musykil sikit bab sentuh kemaluan tu? Kalau nak bersih mestila kena sentuh kan? Kalau biar air lalu je, macam tak bersih je jadinya. Mohon terangkan tak tentang hal ni. Terima kasih :)

zackguero said...

tuan, adakah air mazi perlu dicuci dengan air mutlak?

Unknown said...

waalaikumussalam..

salah satu rukun mandi wajib adalah meratakan air keseluruh anggota badan termasuk celah ketiak dan celah peha..

jadi, mandi seperti biasa, cuma tambah niat utk mengangkat hadas besar kerana ALLAH taala. di sunatkan kita menggunakan sabun ketika mandi wajib.. tidak perlu diasingkan seperti kita melakukan 2mandi. sedangkan semua itu dikira mandi.. (mudah cerita, mandi seperti biasa)

adapun menyentuh kemaluan hanya membatalkan wudu' (seandainya kita mengambil wudu' sebelum mandi tadi), utk membasuh kemaluan saya cadangkan agar kita memakai kain dibahagian kemaluan. untuk membasuh di bahagian tersebut hanya dengan menyapu atas kain. wa ALLAHu a'lam.


Unknown said...

membasuh mazi, sebaik-baiknye dengan air mutlak.

adapun begitu, boleh juga kalau kita menggunakan air musta'mal (yg kita guna utk berwudu') sebagai air basuhan najis. wa ALLAHu a'lam.

Unknown said...

Assalamuakum.
Jika kita tidak yakin dengan mandi wajib perluka kita mengulangi mandi wajib kita itu semula dan jika kita mandi wajib guna baldi dan gayung kalo air yang kita dah mandikan diri kita tu maka kita dah x boleh la mandi guna air tu?

Unknown said...

Adakah kita mesti qadak semula solat selepas kita tidak yakin dengan mandi wajib pertama

Unknown said...

Assalamualaikum...saya pernah beronani.Ketika saya hampir tiba di puncak syahwat,saya berhenti dan tidah menyentuh kemaluan saya,dan mani saya tidak keluar.Namun,ketika saya buang air kecil,sisa-sisa mani keluar bersama kencing dalam jumlah yang sedikit.Perlukah saya mandi wajib?

Azmi said...

Assalamualaikum, selepas saya selesai mandi wajib saya mendapati bahawa masih terdapat bau air mani pada jari saya. Adakah sah mandi wajib saya tersebut ?

Astral chain 07 said...

salam. saya nak bertanya sedikit. sah ke mandi wajib kita kalu ade bau deadorant kat ketiak kita atau pun minyak wangi?.

Kochikame said...

Adakah berniat sebelum mandi wajib sah??

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM, Saya mandi wajib, tiba lupa niat. Untuk mengulangi mandi wajib, perlukah ambil kain taula untuk keringkan air tadi dari badan?

Unknown said...

Assalamualaikum.. sy nak tanya.. jika selepas mandi hadas, tiba2 datang perasaan was2 air tidak rata. (contoh: apabila saya sentuh pd bahagian kulit kepala.. kulit kepala saya seperti panas.. sedangkn kulit kepala memang cepat kering) wajib kah saya mandi wajib sekali lagi atau hanya sekadar lawan perasaan was2 tu.. kalau boleh, minta serta kan doa yang boleh mengelakkan perasaan was2 sbb saya mengalami perasaan was2 yang teruk.. :(

fazliali said...

Assalammualaikum, jikalau onani dan mandi wajib tetapi masih lagi keluar sisa air mani.....adakah perlu mandi wajib lagi....?

Unknown said...

assalamualaikum nk tnya cara mandi yg sebenarnya. keliru banyak sangat version.

1. ad yg asingkn bsuh kpla dah kdua blh bdan kiri n kanan degan niat air sampai pda pda bduh kpla, pada bdan kanan , pda bdan kiri bermakna 3x niat ke?

2. lafaz niat wudu sama mcm hadas kcil atau lain

3. lps wudu kita jiruskn air ke kepala dengan niat. lpstu jirus air ke kpla 3x kn. so mkna nya 4x ke basuhan kpla atau tmbh je lgi 2x bsuhan kpla tu

4. brpe kali nk niat ? setiao kali basuhan ke. cth 3x dkpla, 3x bdan knan, 3x bdn kiri dgn kali bsuhan perlu niat?

5. boleh ke satukn je bsuhan tu niat air sampai ke kpla sblh knan ratakn trus smpai kak? kira xpyah asingkn kpla, bdn knan n kiri

6. basuhan kaki mesti skali ketika dgn basuhan badan ke atau boleh asing slps selesai mandi bdn kiri dan knan baru bsuh. dan perlu 3x juga ke.

7. mmg kena bsuh 3x ke setiap basuhan .

tolong saya. ad x yg lengkap padat dan mudah difahami.

Unknown said...

Nak tanya....kalau kita mandi wajib di bilik mandi....bila sampai nk basuh kemaluan saya pergi basuh dekat tandas....lepas tu saya pergi balik bilik mandi dan selesaikan mandi saya....soalannya....adakah sah mandi saya jika kita bertukar-tukar tempat????

Che saufi said...
This comment has been removed by the author.
Che saufi said...

Air mazi hnya air putih biase yg kluar pda prmulaan.. Melekit dan jga krg brbau... Jmlahnya xbnyk.. Brbeza dgn air mani kluar sgt bnyk dn berbau... Harap ini dpt mmbntu..

Che saufi said...

Air mazi hnya air putih biase yg kluar pda prmulaan.. Melekit dan jga krg brbau... Jmlahnya xbnyk.. Brbeza dgn air mani kluar sgt bnyk dn berbau... Harap ini dpt mmbntu..

Unknown said...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Satu perkongsian yang menarik mengenai mandi. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai 3 perkara perlu lakukan sebelum mandi pagi. Jalalboy

Unknown said...

asalamualaikum nak tanya...lepas mandi wajib tiba2 perasaan was was muncul...lepastu kita ingat balik mandi wajib kita macam sempurna...terus kita yakin dengan mandi kita tadi...persoalannya boleh ke macam tu atau kena mandi semula?

Unknown said...

Assalamualaikum saya musykil ni ketika saya mandi wajib saya mendapati ada sisa sisa air mani yg terlekat pada celah celah paha saya...adakah sah mandi wajib saya

Unknown said...

selepas mandi wajib sy menyedari bahawa terdapat sedikit air yang keluar di kemaluan saya adakah ia air mani dan perlukah saya bermandi wajip

mimi said...

Assalammualaikum
Adakah membasuh muke sambil pejam mata dapat meratakan air pada rongga mata?

mimi said...

Assalammualaikum

Klau kite basuh muke sambil pejam mata..air blh rata hingga rongga mata?terima kasih

Unknown said...

Ustaz, betul ke. Saya selalu mandi wajib lama. Jadi bila saya menyiram air ke kaki. Nanti air di muka akan kering. Ini disebabkan saya mandi menggunakan getah paip

Unknown said...

Tolong saya ustaz. Bagi pencerahan yg jelas

Unknown said...

Ustaz, betul ke. Saya selalu mandi wajib lama. Jadi bila saya menyiram air ke kaki. Nanti air di muka akan kering. Ini disebabkan saya mandi menggunakan getah paip

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa soalan.
1.adakah sah jika saya mandi wajib menggunakan air paip yang disalurkan menggunakan getah paip.
2.adakah sah mandi wajib jika saya telan air semasa berkumur
3.adakah sah mandi wajib jika saya hanya menyampaikan air ke seluruh badan tanpa menggosok pun
4.saya ada melihat ustaz membalas soalan seorang yg bertanya 'jika air di rambut sudah kering tetapi kaki masih belum diratakan air' ustaz menjawab perlu diulang dan tidak sah. Betulke? Saya selalu mandi wajib lama. Dan bila hendak meratakan air ke bahagian kaki. Air di rambut atau muka mahupun badan akan kering. Ini disebabkan saya mandi menggunakan getah paip. Bukanke sah ustaz sebab dah ratakan air ke seluruh badan.? Boleh jelaskan tak ustaz

Minta maaf jika soalan saya terlalu banyak. Sebenarnya banyak lagi saya nak tanya. HArao ustaz dapat membantu saya. JAzakallahu khairan. Assalamualaikum

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa soalan.
1.adakah sah jika saya mandi wajib menggunakan air paip yang disalurkan menggunakan getah paip.
2.adakah sah mandi wajib jika saya telan air semasa berkumur
3.adakah sah mandi wajib jika saya hanya menyampaikan air ke seluruh badan tanpa menggosok pun
4.saya ada melihat ustaz membalas soalan seorang yg bertanya 'jika air di rambut sudah kering tetapi kaki masih belum diratakan air' ustaz menjawab perlu diulang dan tidak sah. Betulke? Saya selalu mandi wajib lama. Dan bila hendak meratakan air ke bahagian kaki. Air di rambut atau muka mahupun badan akan kering. Ini disebabkan saya mandi menggunakan getah paip. Bukanke sah ustaz sebab dah ratakan air ke seluruh badan.? Boleh jelaskan tak ustaz

Minta maaf jika soalan saya terlalu banyak. Sebenarnya banyak lagi saya nak tanya. HArao ustaz dapat membantu saya. JAzakallahu khairan. Assalamualaikum

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa soalan yang hendak ditanya berkaitan mandi wajib
1.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA MANDI MENGGUNAKAN AIR PAIP YANG DISALURKAN MELALUI GETAH PAIP
2.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA TELAN AIR MANDIAN SEMASA BERKUMUR
3.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA TIDAK MENGGOSOK ANGGOTA BADAN, HANYA MENGALIRKAN AIR KE ANGGOTA BADAN SAHAJA
4.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA ANGGOTA BADAN CONTOHNYA MUKA ATAU TANGAN SAYA SUDAH KERING DAN SAYA TINGGAL MERATAKAN AIR KE KAKI JE. SAYA MANDI WAJIB LAMA DAN MENGGUNAKAN GETAH PAIP, TU MUKA OR BADAN SAYA KERING SEBELUM MERATAKAN AIR KE KAKI. ADAKAH SAH?
4.ADAKAH AIR MENGALIR KE BAHAGIAN ANGGOTA BADAN YANG ADA LUKA KECIL, JERAWAT YANG SUDAH MASAK, KESAN PARUT JERAWAT, JERAGAT, BINTIK2 HITAM DAN BINTIK2 PUTIH. ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA?

SAYA BERHARAP USTAZ DAPAT MENJAWAB SOALAN SAYA MENGIKUT NOMBOR SUPAYA SENANG SAYA TAHU. MINTA MAAF KERANA BANYAK BERTANYA. SAYA MUSYKIL. JAZAKALLAHU KHAIRAN. ASSALAMUALAIKUM

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa soalan yang hendak ditanya berkaitan mandi wajib
1.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA MANDI MENGGUNAKAN AIR PAIP YANG DISALURKAN MELALUI GETAH PAIP
2.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA TELAN AIR MANDIAN SEMASA BERKUMUR
3.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA TIDAK MENGGOSOK ANGGOTA BADAN, HANYA MENGALIRKAN AIR KE ANGGOTA BADAN SAHAJA
4.ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA ANGGOTA BADAN CONTOHNYA MUKA ATAU TANGAN SAYA SUDAH KERING DAN SAYA TINGGAL MERATAKAN AIR KE KAKI JE. SAYA MANDI WAJIB LAMA DAN MENGGUNAKAN GETAH PAIP, TU MUKA OR BADAN SAYA KERING SEBELUM MERATAKAN AIR KE KAKI. ADAKAH SAH?
4.ADAKAH AIR MENGALIR KE BAHAGIAN ANGGOTA BADAN YANG ADA LUKA KECIL, JERAWAT YANG SUDAH MASAK, KESAN PARUT JERAWAT, JERAGAT, BINTIK2 HITAM DAN BINTIK2 PUTIH. ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA?

SAYA BERHARAP USTAZ DAPAT MENJAWAB SOALAN SAYA MENGIKUT NOMBOR SUPAYA SENANG SAYA TAHU. MINTA MAAF KERANA BANYAK BERTANYA. SAYA MUSYKIL. JAZAKALLAHU KHAIRAN. ASSALAMUALAIKUM

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

selepas sy mandi wajib pd pginya,sy masih trdpt sisa air mani pd bulu kemaluan sy.adkh syg perlu mandi semula? dan sahkah solat sy?

Unknown said...

ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA JIKA SAYA TELAN AIR MANDIAN SEMASA BERKUMUR

Unknown said...

bagiamana caranya berwudhu saat mandi wajib, bukankah dilarang membaca bacaan didalam kamar mandi?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ustaz semasa mandi wajib bolehkah jika kita menggunakan tangan kanan untuk mencucui kemaluan..sila jelaskan ustaz..

Unknown said...

Asalam mualaikum.sah ka
h sblum mandi wajib tidak berhudu.sampe selesai tidak berudu.hanya hendak sholat saja baru hudu

HambaAllah said...

Saya nak tanya sebelum mandi wajib saya dah sabun...Lepas tu niat dan ratakan air di seluruh badan..lepas tu saya keluar dari bilik mandi dan masuk balik kemudian sabun ketiak saya..kalau kesan sabun masih melekat biarpun dah ratakan air adakah sah mandi wajib saya?

HambaAllah said...

Pendek kata...kalau kita sudah ratakan air ke seluruh badan...lepas tu kita sabun dan ada kesan sabun sah kah mandi wajib saya

HambaAllah said...

Pendek kata...kalau kita sudah ratakan air ke seluruh badan...lepas tu kita sabun dan ada kesan sabun sah kah mandi wajib saya

Unknown said...

Assalamualaikum..Saya nak tanye kalau Saya niat mandi hadas besar,wajib kah bace Sahaja sekali?..Terima Kasih

Unknown said...

Assalamualaikum.....saya ingin bertanya apakah stlh mamdi wajib langsung mandi biasa diperbolehkan?

Unknown said...

saye mau bertanya cara niatnya itu, sebelum menyiram air ketubuh saye berniat mandi wajib di baca terlebih dahulu apakah itu di bolehkan

Anonymous said...

Assalamualaikm
Stlh satu jam berlalu slps mandi wajib, sy jln dlm rmh dan keluar jemur kain skjp.
Sy dpati ada kotoran putih melekat di tapak kaki..

Sy sdh meratakan air 2x di tpk kaki..

Adakah sy perlu mengulang atau hanya perlu yakin dan tinggalkan perasaan was2 tu?

Anonymous said...

Assalamualaikm
Stlh satu jam berlalu slps mandi wajib, sy jln dlm rmh dan keluar jemur kain skjp.
Sy dpati ada kotoran putih melekat di tapak kaki..

Sy sdh meratakan air 2x di tpk kaki..

Adakah sy perlu mengulang atau hanya perlu yakin dan tinggalkan perasaan was2 tu?

Anonymous said...

Assalamualaikm
Stlh satu jam berlalu slps mandi wajib, sy jln dlm rmh dan keluar jemur kain skjp.
Sy dpati ada kotoran putih melekat di tapak kaki..

Sy sdh meratakan air 2x di tpk kaki..

Adakah sy perlu mengulang atau hanya perlu yakin dan tinggalkan perasaan was2 tu?

Unknown said...

Boleh ke kalau saya nak buat yang wajib je ?

Unknown said...

ADAKAH SAH MANDI WAJIB SESEORANG ITU SEKIRANYA DIA MENGELAP TUBUHNYA DENGAN MENGGUNAKAN TUALA DAN ADA AIR MANI/MAZI YANG MELEKAT PADA TUALA ITU

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN DAN ADAKAH SAH MANDI WAJIB ITU?

Unknown said...

Saudari kna banyakkan baca surah annas..lg bagus amalkan trus 3 qul selepas slesai stiap solat fardhu..selain itu tanamkan tekad utk tdk melayan sebarang rs was2..seolah2 kena buat2 degil ataupun buat tak tahu dgn perasaan was2..inshaallah lama2 sifat was2 akan hilang dgn sndiri..wallahuallam

Md. Arif Fikri said...

Assalamualaikum.
apabila sy mandi wajib mgunakan shower tetapi tba2 air itu terhenti seketika dlm 20-25 saat dan kmudian air itu mgalir smula. dan sy meneruskan mandi wajib seperti biasa dri tmpt sy terhenti td. adakah sah mandi wajib sy?

mojo said...

salam
jika saya mandi dahulu dan terlupa niat mandi wajib...siraman seterusnya saya niat...adakah sah mandi wajib saya??

Unknown said...

boleh kah kita mandi wajib di dalam bilik mandi yang ada tandas

Unknown said...

boleh kah kita mandi wajib di dalam bilik mandi yang ada tandas di dalam nya..

D Conan said...

Sah atau tidak mandi wajib jika bau mani itu masih ada

Unknown said...

Kalau mandi biasa dulu selepas itu baru mandi wajib ...boleh ke ustaz?

Unknown said...

Assalamualaikum..memandangkan Sekarang ni bulan Ramadan... Ada soalan yg ingin diutarakan....sekiranya sorang laki² itu terlepas waktu sahur...pada malam hari dia dah berniat akan puasa... apabila ia sedar pagi tersebut...keluar air Mani melalui mimpi...adakah puasanya sah???
Adakah mandi wajib yg mewajibkan air mengenai seluruh tubuh badan termasuk rongga hidung Dan telinga membatalkan puasa laki² tersebut???sekian terima kasih jika sudi memberi maklumbalas....

Falcon said...

Adakah sah mandi wajib ..setelah selesai dan terdapat sedikit sisa di bulu kemaluan..

Unknown said...

aslamualaikum adakah sah lepas kita mandi wajib kita nk pkai slua dalam lepas tu terlihat ada lendir warna jernih xpsti air mani atau air mazi rasanya mazi... perlu ke mandi wajib semula? takut mandi wajib saya tadi tak sah je... terimakasih

Unknown said...

Assalamualaikum, saudara saudari sekalian

Saya ingin menyatakan soalan

Adakah perempuan perlu mandi wajib sekiranya pakaiannya terkena air mani? Dan kalau dia tidak tahu pakaiannya terkena air mani. Adakah dia perlu mandi wajib?

Unknown said...

Air mani bukanlah najis. Jika najis macam mana pula dgn kite yg mulanya dr air mani. Dan perlu mandi wajib jika seseorg itu keluar mani, dtg haid dan sebagainya.. Bukan kite yg terkena cecair tersebut drpd org lain dan wajib basuh dgn air basahan biase sahaja sehingga hilang bau warna dan rasa

Unknown said...

Salam....sekiranya sudah mandi tetapi masih melekat sisa mani pada badan.Perlu ke untuk mandi wajib semula?

Nasrul rasydan said...

WUDUK JUGA DIKIRA SEBAGAI IBADAH KITA KAN. JADI.. SEBELUM SAYA AMBIL AIR WUDUK.. SAYA BERNIAT DALAM HATI SAYA YANG SAYA BUAT KERANA ALLAH SEBAB NAK SOLAT.. TETAPI TIDAK BACA NIAT KETIKA AIR SMPAI KE MUKA.. SAH KE

Nasrul rasydan said...

Tetapi bab ni tentang wuduk saya

Unknown said...

Boleh kah kita mandi wajib setelah kita mandi biasa seperti sesudah me makai sampo sabun.. Waktu kita sdah selesai mandi baru mandi wajib boleh kah..

Unknown said...

Adakah hukum mandi wajib sah apabila setelah selesai mandi wajib, rambut masih belum sepenuhnya bersih disebabkan oleh kotoran kelemumur?

Unknown said...

Adakah hukum mandi wajib masih sah apabila saya tidak bergerak drpd tempat mandi sebelumnya dan membasuh kaki seperti yang dilakukan Rasulullah SAW?

Unknown said...

Assalamualaikum

untuk mandi wajib kerana haid,
sah ke mandi wajib kalau terlupe nak basuh lubang dubur tetapi sudah basuh lubang qubul

Unknown said...

Apakah ada doa setelah mandi wajib? Jika ada apakah doa itu.

Anonymous said...

Bolehkah mandi biasa dulu setelah itu baru mandi wajib.

zarif azman said...

AS-SALAM SAH TAK MANDI WAJIB SELEPAS MANDI TU SAYA ADA NAMPAK DARAH YANG KELUAR DARI BADAN BELAKANG DARAH TU JERAWAT DARI BELAKANG BADAN SAYA. TAPI SAYA XSENGAJA NAK BUAT DARAH TU KELUAR

Unknown said...

niat mandi wajib dibaca seblum atau selepas mandi wajib

Unknown said...

Ustaz, kalau saya telupa basuk kaki selepas mandi wajib, adakah sah mandi wajib tersebut?

Unknown said...

adakah sah jika berniat terlebih dahulu sebelum mandi

Unknown said...

Salam nk tnye, sah ke atau kne mandi wajib semula ke kalau kte dah mndi wjib, lpas tu bdn da kring bru kte prasan ad sisa mani kt tbuh..

Muhammad Adib Fakhri said...

Assalamualaikum. .Saya ada soalan yang saya nak sangat tau ..Ada satu hari tu memang saya ada keluarkan air mani dalam dua kali tanpa mandi wajib. So bila nak mandi wajib ,nak mandi tu hnya sekali atau dua kali mandi sebab saya keluarkan 2 kali. .Ataupunn hnya skli mandi wajib saja untuk sucikan dua kali td tu . Harap tuan reply dengan kadar segera.. Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum boleh ke kita membaca doa ketika kita dlam kedaan hadas besar / dalam erti kata selepas bersama dengan suami. Seperti al fatihah 3 qul atau lain²?mohon pencerahan. Sy was2 untk membaca doa ktika slps bersama tkt jatuh dosa krna bdn tk bersih.

Mohamad shafiq bin mokhtar said...

Saya nk tanya saya bangun pagi di bahagian kemaluan saya macam melekit tapi saya x bermimpi.Adakah perlu mandi wajib

Mohamad shafiq bin mokhtar said...

Saya nk tanya saya bangun pagi di bahagian kemaluan saya macam melekit tapi saya x bermimpi.Adakah perlu mandi wajib

Yooo said...

Apakah boleh mandi wajib seperti mandi biasaa hanya saja saya cuman ditambah,menyiram badan tiga kali badan kiri kanan dan terakhir berwudhu

Yooo said...

Apakah boleh mandi wajib seperti mandi biasaa hanya saja saya cuman ditambah,menyiram badan tiga kali badan kiri kanan dan terakhir berwudhu

Haha said...

Mandi sekali je

Haha said...

Lubang punggung tak wajib basuh. Basuh zahir je

Unknown said...

Assalammualaikum . Saya mandi wajib begini . Saya baca niat dulu sebelum masuk bilik air . Lepastu saya masuk bilik air mulakan mandi wajib saya . Saya mulakan dgn membaca bismillah lepastu membersih dahulu kemaluan and dubur saya and ape ape kekotoran yg menghalang air . Lepastu saya basuh tangan saya dengan sabun . Lepastu saya ratakan air bermula dari kepala saya and time tu jgk saya berniat sekali lagi secara lisan dalam bahasa arab and dalam hati bahasa melayu . Lepastu saya ratakan air di bahagian kanan badan lepastu bahgian kiri badan . Termasuk dgn lipatan , celah celah , pusat , telinga , hidung . Lepastu saya bersihkan skitar kemaluan and dubur . Lepastu saya brwuduk . Saya mndi wajib pun dlm keadaan bogel . Tetapi tandas saya pada bahgian atas ada sedikit ruang boleh nampak luar . Tapi saya yakin tiada org yang boleh nampak . Adakah betul cara saya mandi wajib ini and adakah sah mandi wajib saya ini dlm keadaan bogel tanpa seurat benang ? Mohon penjelasan

Unknown said...

Adakah sah jika kita berniat untuk mandi wajib ketika kita masih dalam keaadan berbaju tetapi setelah kita mandi, kita lupa pulak nak niat mandi wajib. Adakah niat yg ketika dluar mandi tu dterima atau tidak walaupun lupa berniat ketika mandi?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya nak tanya..adakah batal mandi wajib jika semasa mandi wajib tangan terkena air liur?

Unknown said...

Maksud saya air liur sisa sisa kumur

Syafiqyanie said...

Asalammualaikum ustaz saya nk minta jawapan dari ustaz macam mana klau saya dh mandi wajib selepas pada 2 3 jam baru saya perasan ada kotoran di celah kuku saya adakah saya perlu mandi wajib semula minta pencerahan..

manusia x sempurna said...

saya pon selalu ada sifat was was ni.. smpaikan sy sengaja mikir kan bahagian mana yang dah kena air atau belum padahal sudah selesai mandi wajib tu rasa dah pn sempurna. tiba2 pkir lipatan kaki blkg lutut ni kena air ke tidak.. mcm2 la kdg2.. smpai berulang kali mandi wajib.

Azahar said...

Tarak baca ka artikel diatas? Cara mandi wajib tu betul tp tak ikut sunnah dan dia kan dh kata sah mandi wajib dlm keadaan bogel.

Unknown said...

Assalammualikum.Maaf ganggu.Saya nak bertanye.Selepas mandi wajib terdapat.Setelah beberapa minit terdapat bau air mani di tangan.Adakah sah mandi wajib dengan menggunakan tangan yang berbau air mani itu untuk menggosok ke seluruh badan.Mohon jawab

Akukah said...

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya . Sekiranya ketika mandi wajib . Adakah lubang hidung dan telinga perlu dimasukkan air ? Sekiranya tidak buat . Adakah sah mandi wajib tersebut ?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya kalau saya mandi wajib tangan saya ade dakwat pen pada jari dan tapak tangan saya sah kah mandi wajib saya

Unknown said...

Assalamualaikum,saya nak tanya jika saya terpegang dubur saya dapati ade sesuatu yg melekat dan saye buangkannya saya x pasti apa itu sah kah mandi wajib saya

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..terlupa ratakan air pada lubang zakar.sah x mandi wajib?

Insan lemah said...

Assalamualaikum ustaz, sye mahu bertanya,saya baru mandi wajib pada 2 hari yg lepas dan kotoran pada jari saya pada masa itu sye cuci dan gosok tidak ilang dan sye truskn mandi. Hari ini saya cuci semula kotoran pada jari itu hilang, dan saya niat sambung mandi, adakah sah mandi wajib saya atau perlu mandi semula?

Unknown said...

Sah x mandi wajib saye kalau saye terminum air paip

sayebudakbiase said...
This comment has been removed by the author.
sayebudakbiase said...

Sah x mandi wajib saye kalau guna air 'shower'?

Unknown said...

Sah ke mandi wajib jika ada baki getah minyak rambut yg susah nk hilang walaupun setelah syampoo

Unknown said...

assalamualaikum,ustaz sye nak tanye klau bilik air tuu kite tak psti bersih atau tak adakah sah mandi wajib tuu.

Unknown said...

assalamualaikum,ustaz sye nak tanye adakah sah mandi wajib klau bilik air tuu kite tak pasti bersih atau tak

Enaghani@gmail.com said...

Assalamualaikum..ustaz Sy nk tnye,sah ke Mandi wajib Sy jika Sy Mandi biasa dahulu sehingga bersih Dan selepas itu Baru Sy mulai berniat Mandi wajib Dan mengikut tatacara mndi wajib yg betul..

EZ Accounting said...

Puasa masih sah sbb kluar air mani sblum azan subuh

hamba allah said...
This comment has been removed by the author.
hamba allah said...

assalamualaikum ustaz, apa hukum sekiranya setelah selesai mandi wajib dan solat dan sebagainya baru perasan ada anggota badan yang masih ada sisa air mani yg sudah kering, contohnya pada bulu kaki, perlu ulang mandi wajib dan solat atau bagaimana? terima kasih ustaz assalamualaikum

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz , adakah mandi wajib 3 hari Lepas saya masih sah sekiranya saya instijak ? Maksud saya dalam fikiran saya kata " mandi wajib sudah batal" ketika instijak adakah batal mandi wajib saya?

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..