Masa Tetap Berlalu

Bismillahirahmanirahim.


Syukur kehadrat Sang pencipta yang tak pernah henti-henti menyebarkan rahmatnya kepada sekalian makhluknya, dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi kita Muhammad solla Allahu alaihi wasalam beserta keluarga baginda rahmatu Allahu alaihim. Aamin..

Bagaimana iman kita hari ini???

Tepuk dada kuat-kuat, banyakkan beristirfar kepada Allah, semoga hati kita terus dijaga dan ditetapkan pada jalanya.

Tiada susunan ayat seindah Alquran, tiada bicara seindah kalam mulia hadis-hadis rasulullullah salla Allahu alaihi wasalam. Dalam kekangan masa yang tidak pernah menampakkan kecukupan kepada setiap insan untuk Tuhannya, wajarlah kita sentiasa berwasapada agar setiap detik yang berlalu tidak disia-siakan tanpa sebarang pengisian yang dikira baik oleh Allah taala. Teringat pada sebuat pesanan baginda salla Allahu alaihi wasalam :

“Bekerjalah untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati di esok hari!” 

Oleh sebab itu wajarlah Saidina Abu bakar berdoa seperti berikut :
“ Ya Allah! Jangan biarkan kami dalam kesesatan. Dan jangan ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.” Aamin..

Saudara seakidah ku, kalian pasti sudah terbiasa dengan ungkapan “masa kian mencemburui kita” pernah bukan? Pada dasarnya mungkin ada benarnya, tapi dalam masa yang sama kita telah menipu diri sendiri. Yer, ungkapan ini hanyalah sebuah lafaz pelepas diri, orang-orang melayu begitu suka mempersalahkan persekitaranya dari melihat keabaikan diri meraka terlebih dahulu, bagai kuman mati diseberang nampak, gajah didepan mata tak nampak.
Sebenarnya, kita yang alpa dan lalai dalam menghargai segenap masa yang Allah peruntukkan kepda sekalian insan untuk beribadah kepadanya. Masa tidak pernah lebih dan kurang, 24 jam satu hari, tujuh hari dalam satu minggu, 30 hari dalam sebulan, 360 hari dalam setahun, tak pernah berubah bukan?? Kita merasakan masa berlalu dengan pantas kerana dalam satu hari kita hanya mempertuntukan beberapa jam sahaja untuk bekerja dan beribadah, lebihnya kita penuhi dengan noda-noda, tidak pun dengan hiburan yang takpernah berkesudahan banyaknya.. masya Allah. 

Di dalam kitab Ihya’, Imam Ghazali ada menyebut, semua masa terbahagi kedapa tiga:    
  • Masa yang berlalu, seorang hamba jangan mengeji. Biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan ataupun kesenangan (ujian)
  • Masa akan datang belum kunjung tiba. Tidak seorang hambapun mengetahui, apakah dia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorangpun tahu qada’ Allah taala.
  • Masa sekarang. Perlu seseorang itu berusaha dengan sedaya mungkin, mengingati Allah taala kerana jika masa berikutnya tidak kunjung tiba, maka dia tidak dihinggapi rasa kecewa.

Setiap detik yang berlalu perlulah dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Bagaimana caranya? Sama-sama kita merungkai dari apa yang kalian sendiri sedia maklum cuma kurang ambil tahu dan mungkin juga belum ada kesedaran. Cara yang telah disarankan oleh doktor Yusuf Qordhawi :
  • 1.       Menjaga masa dengan sebaiknya.
  • 2.       Elakkan dari pembaziran masa.
  • 3.       Mengisi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah
  • 4.       Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
  • 5.       Jadikan setiap masa lalu sebagai pengajaran.
  • 6.       Pastikan ada jadual waktu yang sistematik.
Sabda Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam:
Dua nikmat diantara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang

Gunalah masa kalian sebaiknya…

Wa Allahu a’lam.


ziarah2 Halaqah Maya




Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..