Ya Akhiii.....


Bismillahirrahmanirrahi,

Ku mulakan bicara kalam sepi ini dengan lafaz yang mulia ...'Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani'...

tercetusnya blog ini untuk sama2 kita renung sejenak pejalanan hidup kita….

Alhamdulillah, terpangil ana untuk berkongsi sebiji kurma dari lembah Nilini dengan kalian. harap sudi2 la menjengok ke blog ini, insya Allah. Sebelum ku melangkah lebih jauh, ana ingin meminta kemaafan atas sebarang kekurangan yang tercetus dalam blog ini dimasa mendatang.
Ana hanya insan biasa, jadi jangan segan silu untuk menegur atas khilaf yang berlaku dalam secebis perkongsian……. ingin sekali ana berkongsi, bukan bukan sekadar memberi dan memaksa kalian untuk menerima tanpa sebarang tindak balas terhadap sebarang kekurangan pada lidah kalian...

Nama ...::ya AKHIII ::... ( dalam bahasa melayunya : ...:: wahai saudaraku::..) diberi atas dasar rasa cinta diri ini kepada saudara seakidah ku atas jalan yang diredoi oleh Allah tercinta... insya Allah.. Dalam masa yang sama diri ini mencari2 siapalah sahabat sejati n siapa yang sekadar nama sahaja... nauzubillah... sama2 kita membentuk diri menjadi muslim sejati...

sebagaimana sabda junjungan mulia muhammad S.A.W :

أوثقُ عُرَى الإسلام المُوالاةُ فِي اللهِ والمُعادَاةُ فِي اللهِ والحُب فِي اللهِ والبُغضُ فِي اللهِ عَز وَجَلز

maksud : Tali Islam yang terkuat adalah wala' (taat) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."

Tak terdaya diri ini untuk memenuhi semua kehendak insan yang hidup kat dunia ini, tpi ku harap sekurang2 nya sebahagian dari kalian menerima dgn dada yang terbuka. insya Allah..

* ukhuwwah kita selamanya *

Wassalam
.

...:: ikatan ukhwwah berpayungkan Islam membawa kesyurga ::...


Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..