Membantukah?

   Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
 
Saya merenung tajam kearah kanak-kanak Syiria yang berkejaran sesama mereka. Bumi mereka kini basah dengan darah syuhada'. Luaran kelihatan gembira, yang pasti mereka yang tahu. Bagaimana rasanya. Sekarang mereka menguasai beberapa kawasan perumahan kami. Kadang-kadang dah rasa macam duk kat Syiria pulak.. dialek yang begitu lembut kadang-kadang mengundang perhatian ramai warga mesir. Kecantikan?? jangan cerita la.. meremang bulu roma, lebih-lebih kami yang masih bujang.. tergangu..

Cuma, saya agak terkilan dengan status beberapa orang rakan laman muka buku. Mereka mewar-warkan :

siapa yang mahu mengahwini wanita Syiria, muda (berumur 15-25) 
sila dail sifulan sifulan xxx-xxxxx
murah, hanya RM 100
adakah HARUS begini? seperti menjual lagaknye... maap

sy tetap kurang setuju dengan cara menyebarkan beberapa orang teman, mengenai pernikahan dengan wanita syiria.. kelihatan disana spt berjual beli...
sedangkan rasulullah menegah perbuatan tersebut...

dan kenapa di fokuskan kepada yg muda2???
sedangkan kalau menikah dgn mak dia orang lagi baik, dapat jaga semua anak2 dia sekali... apa alasan kita nak kawin dgn yg muda, sedangkn yg berusia dibiarkan melarat ditepi jalan....

membantu bukan hanya dengan menikah... mcm gila seks pulak tengok orang islam, LAGAKnya.. maap kasar..

cuba la kumpul duit beli mereka syaqoh, makan minum dan lain..
juga dipanggil membantu...
andai nak kawin juga... silakan...
tapi, mak, ayah dan juga adik beradik dia... ambil sekali... saya pasti setuju..
sedar wahai ikhwah, kalau baca quran pun terketaq-ketaq, nanti bini syiria tegur. "di.. laisa minal quran". adoi kan dah terkantoi.. kene pulak tak faham apa yang bini sendiri kata.. malu kot.. 
maap..
 TOLONG hentikan, andai anda benar2 prihatin...
 

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..