Beraya Sakan


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...

Raya ke5 menjelang tiba, alhamdulillah..

Perkara yg tak pernah di buat sebelum ini, mampu dan berjaya dilaksanakan pada hari raya semalam... sungguh bertuah rasa diri ini.. huhuhuhuhu...


Diari 3/9/2o10

1.00 pagi : masih belum melelapkan mata... melayang-layang di ruangan maya FB..
2.00 pagi : kantuk mula menerjah mata yg sekian lama bertahan, akhirnya mula pejam celik, pejam celik... zZzZzZzZz
3.00 pagi : dalam dakapan lena mimpi..
4.00 pagi : bangkit untuk menunaikan tuntutan subuh hari..
5.00 pagi : bersiap2 untuk memulakan musafir ke bumi bertuah Dumyat Jadidah. Memastikan semua rakan2 sepermusafiran dalam keadaan jaga dan bersiap sedia bagi memulakan perjalanan..
6.oo pagi : membangkitkan mayat2 hidup bukannya mudah.. maaf..
7.00 pagi : mula mengorak langakah dari Hayyu 10 ke Ramsis, Kaherah..
7.20 pagi : sampai di Ramsis, perjalan pagi selalunya lancar..
mafhum dari hadis Rasullullah salla Allahu alaihi wasalam : punca rezki bermula seawal pagi..
dari Ramsis ke Abud..
7.5o pagi : sampai di Abud. dengan tambang tremko LE1. Alhamdulillah, setibanya kami di sana beberapa orang penumpang lain sudah sedia menanti untuk ke Dumyat..
8.00 pagi : bertolak ke Dumyat Jadidah dengan tambang LE20. perjalanan biasa, letih dan menjemukan.
diawal perjalan sesetengah dari kami membaca ayat2 suci Alquran bagi memberkati perjalanan kami..
11.00 pagi : kami tiba di Dumyat Jadidah untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Dpm Dumyat. walaupun agak kelewatan kami tetap bertekat untuk menghadiri majlis tersebut.. kerana dalam rangkaan program bermula seawal 8.00 pagi..
12.oo tengahari : kami masih dalam program.. cukup meriah.. terima kasih warga Dumyat tercinta. Walaupun tak ramai, tp majlis tetap nampak ramai..... huhuhuhu....
dengan penceloteh hebat yg mengacarakan majlis, ust Abu dan ust Jo kita, haru biru majlis dibuatnya...
1.00 petang : usai majlis, ke agenda terpenting iaitu MAKAN..
makan lontong + rendang daging yg di ketuai oleh ust Ateh.. hingga menjilat plastik polistrin...
1.30 petang : bergambar2 kenangan dan bersalaman untuk pulang ke rumah yg kian lama di tinggalkan..
1.40 petang : tiba di rumah, rehat2 minda sambil goreng2 sotong... makan dan rehat2 badan untuk perjalanan seterusnya..
3.00 petang : mula berkemas2 untuk kembali ke Kaherah...
3.10 petang : tiba di mahattoh soidi.. rutin biasa, arab merebut2 pelangan isitimewa spt kami...
akhirnya kami menaiki termko terus ke kota Kaherah, kendatipun asalnya kami bercadang menaiki bas di Haros atau menaiki tremko ke Mansurah..
perjalnan panjang bermula..
sedikit pertelingkahan berlaku antara ust Kamal dengan astor, ini kerana pada awalnya mereka telah bersetuju untuk mengenakan tambang sebanyak LE 15 kepada kami (ini kerana andai kami menaiki tremko ke mansurah terlebih dahulu untuk ke Kaherah hanya memakan tambang sebanyak LE 15 sahaja ), tetapi lidah bercabang arab2 ni memang terserlah.. si astor ni mintak harga biasa pula LE 20, keletihan menyababkan kami pasrah semena dengan permintaan si astor senduk itu... adoi....
7.30 malam : kami tiba di bumi politan dengan selamatnya.. Jom solat magrib dulu...
7.50 malam : menaiki tremko ke hayyu 10, kami berpisah dengan si wis yg berminat untuk kembali ke bilik stornya di Arma... jangan marah ye!!
8.25 malam : kami tiba di rumah Terengganu hanyyu 10... bersiap2 untuk kerja2 seterusnya..
8.45 malam : pertemuan ringkas bermuala...
11.00 malam : usai perjumpaan ringkas, perut mula bernyanyi riang lagu kekosongan..
bertemankan si Dr Fuza, membonceng kuda kesayangan beliau kami ke Hadra Maut untuk menyantap di sana... Alhamdulillah...
12.00 malam : kembali ke rumah Terengganu...
1. oo pagi : desakan badan yg agak2 letih menyebabkan mata tertutup tanpa diracang baik...
ZzZzZzZzzz


balik hari ku berjaya!!
terima kasih tuhan kerana memberi kekuatan dan kesempatan ini...
belatih2 nak jadi MB nanti... huhuhuhu..
nanti nak pusing2 dunia dalam masa satu hari pulak, urusan ummah...

Tak dilupakan mereka yg sudi menemani Ust KAMAL Shah, Dr AFUZA dan Ust WAIS...
semoga perjalan kita semalam di terima oleh Allah sebagai satu amalan kebaikan..


Doakan semoga sang fakir terus thabat dalam jalan ini....
mohon ribuan kemaafan buat warga2 Dumyat kerna tak lama di sana...

wa Allahu a'lam...


Category:

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..