Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam
buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga,
sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah
hendaknya...
subhana
ALLAH, subhana ALLAH, subhana ALLAH...
tiada lafaz
yang lebih indah apabila bertemu dengan suatu yang indah..
semalam,
ketika berhenti sejenak setelah beberapa minit melihat kitab yang
bertimbun-timbun... tut tut ada sahabat bertanya mengenai satu rangkain kata
yang tidak diketahui sumbernya..
menjadilah rehat yang sepatutnya 10-20 minit kepada beberapa jam... huh...
last-last dah pukul 1pagi..
jujurnya,
beberapa hari lepas, ambe ada mengepost potongan ayat tersebut di dalam wall
fb, sebagai berkongsi kata-kata hikmah sempena hari guru. Cuma tidak di ketahui
sumber atau siapa yang berkata kalam hikmah tersebut.
sebagai
seorang tolib ilmi (penuntut ilmu), wajar kita mengetahui sumber kalam yang
disebarkan sebagai langkah menjaga kalam, serta menunjukan kita amanah dalam
menyampaian.
kalam hikmah
tersebut berbunyi begini :
لو لا
مربي ما عرفت ربي
yang mana
maksudnya : kalau bukan kerana murobbi, takkan ku tahu mengenai Tuhan (ALLAH).
kalau sekali
pandang perkataan murobbi disana, adalah murobbi yang kita sekalian tahu
sebagai pendidik.. dan ayat ini tergantung dari sudut sumber perolehan..
maksudnya, siapa yang melafaskan kata-kata secantik ini...
Setalah
membuat peneliti bersama dua orang teman, hasilnya..
matan
asalnya adalah seperti ini :
وسئل عبد
الرحمن بن أبي حاتم عن رجل يقول: عرفت الله بالعقل والإلهام فقال: من قال: عرفت
الله بالعقل والإلهام فهو مبتدع، عرفنا كل شيء بالله.
وسئل ذو النون المصري: بماذا عرفت ربك؟ فقال: عرفت
ربي بربي، ولولا ربي ما عرفت ربي.
matan ini di
ambil dari kitab majmuk fatawa Ibnu Taimiyyah rahimahu ALLAH dalam kitab tauhid
rububiyyah muka 431. (jangan tuduh saya... itu, ini..) dirujuk oleh teman yang boleh dipercayai (kitab ini
belum ada dalam koleksi)
Setelah kita
meneliti kata ayat asalnya adalah robbi (ربي), dan telah diubah kepada murobbi(مربي). Pasti dan pastilah, didalam
bahasa arab perkataan yang bertambah dan berkurang hurufnya membawa maksud yang
berbeza..
Adakah
salah si pelaku melakukan perbuatan menukar perkataan tersebut?
tidak, tidaklah
menjadi satu kesalah kepada si pelaku, bahkan perbuatan merubah beberapa ayat
dari rangkaian kalam indah, suatu yang biasa dilakukan dikalangan arab.
baik..baik,
kami dah tahu perubahan tu... apa maksudnya??
pada
awalnya, kami sedikit berbeza pendapat pada kalimah robbi (iaitu بربي) yang kedua.. adakah di situ
merujuk kepada murobbi??
Setelah
bertanya sang murobbi ustet fahmi hafizullah, ini jawapan dari beliau :
Robbi
tu Allah.. maknanya dia kenal Allah melalui Allah sendiri. bukan melalui alam
sebagaimana orang-orang awam dalam ilmu aqidah.
bagi kita, alam ini sebagai bukti
kewujudan Allah.
adapun bagi mereka, mana mungkin
makhluk yang lemah boleh menjadi bukti kepada Tuhan yang gagah.
adakah Allah itu terhijab sedangkan
Dia yang paling zahir, atau sebenarnya kita yang terhijab? hijab itu pada siapa
sebenarnya? (jawapan
:hijab itu pada hamba)
setakat ni je, ambe tak mampu syarah
lebih2. shaykh yusri ada syarah tentang ni masa baca kitab syarah mukhtasar ibn
abi jamrah. dia cerita tentang lautan al-ma'rifah. haa, ini kategori orang yang
berenang dalam lautan al-ma'rifah. ada 8 jenis lautan kalau tak silap. lautan
al-ma'rifah yang paling power selepas lautan al-ma'rifah ialah lautan al-'ilm.
orang yang berenang di lautan ini tidak akan mampu berenang di lautan
al-ma'rifah. wallahu'alam.
huh... rasa dah jelas kot...
timbul pula tanda tanya.... Siapa yang merungkap
kalam mulia ini??
tiada seorang pun dari kalangan kita akan percaya,
andai kita kata...
"yang tinggal di istana itu...
adalah si fakir itu... (sambil
menuding jari kearah si fakir)"
kerana apa? kerana makruf (jelas) bagi kita, yang
tinggal di dalam istana adalah mereka yang bergelar orang KAYA atau RAJA
sahaja.. (kira
ada duit la...)
begitulah ulama yang mengungkapkan kalam mulia
ini.. sedikit latar belakang beliau :
Nama : Zunnun bin Ibrahim (ذو النون بن إبراهيم). ada yang mengatakan namanya, Thauban (ثوبان)
Laqob : abu fayyadh (أبو
الفياض)
Dilahirkan : 179 H
Meninggal : 245 H
Asal : Giza, Mesir
Berakidah : ahli sunnah.
wa ALLAHu a'lam
semasa duk jelajah
dalam beberapa buah kitab yang ada dalam simpanan.. ini saja hasilnya...
tapi... dan tapi...
sesungguh-sunggunhya, kalam hikmah beliau tersusun
rapi dalam kitab Tarikh Damsyik... nak cari?
yang ambe rujuk semalam... Tarikh Madinah Damsyik, cetakan Darul fkir,
jilid 17, dari muka 398-442. subhana ALLAH.. subhana ALLAH... subhana ALLAH...
semua kalam beliau pasti menusuk kalbu...
antara lain :
ومن مال الي غير الله طاش
siapa yang cenderung selain ALLAH, adalah gagal
(rugi, tidak berguna)
lagi seronak kalau dapat memahami himpunan kalam
beliau seperti mana dikehendaki oleh si penutur... sebab ambe tidak sampai ke
tahap ma'rifah.. maka agak sukarlah memahami kalam mulia itu.. hanya mereka yg
alim dan wara' pasti dapat memahami kalam beliau.... wa ALLAHu a'lam
sedikit perkongsian subuh hari... nak membaca dah
malas... so menulis le sikit... jenoh...
Wa ALLAHu a'lam.