ya Allah.........

Ya Allah, hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar Agong. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkahan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMU.


"Jika dia untukku, maka Kau mudahkanlah, ya Allah"


Category:

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..