Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Pengenalan
Untuk cemerlang atau memperoleh sesuatu kejayaan, kita perlu
konsisten dengan segala kebaikan yang kita lakukan. Konsisten dalam bahasa Arab
ialah istiqomah.
Di dalam mufrad ar-rorib : istiqomah didefinisikan sebagai
berterusan berada diatas landasan yang lurus.
Berhubung dengan perkataan istiqomah yang terdapat dalam
firman Allah yang berbunyi:
Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah fussilat 30)
- Saidina Abu Bakar assidik radhia Allahu anhu berkata : “tetapkanlah pendirianmu dalam amalan kebaikan"
- Saidina Uthman bin Affan radhi Allahu anhu berkata : “ tetapkanlah pendirianmu dengan sentiasa mengikhlaskan hati dalam setiap amalan”
- Saidina Ali bin Abu Talib berkata : “tetaplah pendirianmu dengan sentiasa melakukan amalan-amalan fadhu.”
Asas-asas konsisten
Di dalam kitab dalailul falihin : istiqomah yang benar
mestilah diasaskan diatas dua perkara, iaitu :
- Pertama : keimanan kepada Allah taala (aamantu billah)
- Kedua : amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi sallaAllahu alaihi wasalam
Saidina Umar Al-khattab radhia
Allahu anhu bekata : “istiqomah ialah sesuatu keadaan dimana kamu mengikut
perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara
berterusan. Tidak berdolak dalih serta kesana kemari seperti musang.”
Istilah “JANGAN TETAPI BOLEH”
mesti dielakkan, kerana boleh melonggarkan sifat konsisten anda. Apa yang
diertikan dari istilah ini ialah, seorang ibu yang mengatakan kepada anaknya
berbohong ditegah didalam islam, tetapi kadang-kadang ibu berbohong dengan
anak.
Dalam syarah 40 hadis imam
Nawawi, pada hadis ke 21.
عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِىِّ
قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِى فِى الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ
أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِى حَدِيثِ أَبِى أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ
فَاسْتَقِمْ
Dari Sufyan bin Abdullah athaqofi berkata :
kataku, ya Rasulallah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang
tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya
akan seseorang yang lain daripada engkau. Sabda Rasulullah : Katakanlah, aku
beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqomah. (diriwayatkan
oleh muslim)
Doktor Majdi Al-Hilali membahagikan manusia
berinteraksi dengan jiwa dan nafsu dalam tiga golongan :
- golongan yang beriman kepada rukun iman (Allah, rasul, malaikat dll)
- golongan yang berbuat maksiat (nauzubullah, semoga di jauhkan Allah dari kita semua.)
- golongan yang terumbang ambing (tiada kepastian, kebanyakan mereka di kelompak yang ketiga adalah dari mereka yang hepokrik.
Cara rawatan
1- Perkara yang paling utama ialah kemahuan
untuk mengubah diri. Mengakui kelemahan yang ada dalam jiwa. Sentiasa
berusaha untuk menetukan jenis penyakit kerana dengan itu akan melahirkan
keazaman dan kemahuan. Bahkan memerlukan kepada ketegasan terhadap diri sendiri,
tafakur dan memohon pertolongan mutlak dari Allah.
Firman Allah taala : (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka
sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.(Surah Anfal, ayat 53)
2- Membuat resolusi diri sendiri bahawa
melakukan perubahan hanya kerana Allah. Segala urusan bermula dan
berakhir dengan izin Allah taala dan dengan keagungan rahmatnya.
3- Mengandakan usaha dalam meleraikan
kemelut jiwa. Dengan membanyakkan ibadah harian, dekat dengan orang-orang
soleh dan baik.
4-Membina diri. Menitik beratkan akan
pembinaan diri dari sudut akal, hati dan jiwa.
5-Sentiasa bermuhasabah dan menhukum diri
ketika perlu. Ianya tidak sempurna melainkan kita jadiakan sebagai amalan
harian. Diulang-ulang setiap hari.
6-Memperbanyakan bahan bacaan kisah
orang-orang yang soleh untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Peringkat
pembentukan sikap
1-Peringkat
percubaan :
- giat mengamati serta meneliti –cuba sehingga terbentuk ikatan antara diri dan perbuatan.
2-Peringkat
preferable (Preferable stages) :
- Lebih kepada penilaian – berdasarkan pengalaman diri atau pembacaan.
3-
Peringkat Mantop (Stable stages)
- individu mencapai sesuatu keadaan yang mantap dari segi sikap kerana mantapnya pemikiran atau penilaian terhadap tindakan yang dilakukan.
- mula membentuk dan mencorak kedalam keperibadian diri.
- tekun dan akan tetap pada pilihan positif atau negatif.
Kekuatan
istiqomah kita apabila kita tidak lagi menghiraukan cakap orang,
cercaan orang malah cemuhan orang.... kerana kita tahu kita buat apa
yang Allah suka dan suruh..
Konklusinya
Kita
perlu konsisten dalam semua tindakan dan amalan. Kenapa?
Kerana
kita beriman kepada Allah taala, tiada lagi rasa cinta dan kagum kita melaikan
apabila adanya sifat istiqomah dalam diri setiap insan. Allah pasti akan
menetapkan diri kita pada jalannya selagi kita konsisten dengan apa yang
diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah.
Imam
Ghazali say :
“If you do nok
prepare now for the afterlife, then when will you do so?”
“ilmu tanpa amal
gil, dan amal tanpa ilmu tidak menjadi (sia-sia).”
Wa Allahua’lam
No comments:
Post a Comment