KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby
Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia,
yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi
diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus
dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang
lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi
berkenaan tidak berdosa. “Dulu kita tidak bersetuju dengan idea
seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai
terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat
sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian,
semalam.
Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom
melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch
pertama dalam negara. Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir,
berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat
perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi
yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24
jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi
terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.
Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula
berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi
tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa
depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi
kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal
begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.
Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala
buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta
pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan
perkara berkenaan.
“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan
kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh
dan menjadi pejuang negara pada masa depan.
“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama
mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah
zina yang ketat,” katanya. Beliau turut menyarankan masyarakat supaya
berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta
bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti
yang disyorkan oleh Islam
Sumber: Berita Harian 31/05/10
Tokoh Agama Juga Bersetuju Dengan Penyelesaian Sekular?
Amat malang bagi umat Islam di Malaysia pada hari ini apabila memiliki
tokoh-tokoh agama yang melihat penyelesaian yang dilakukan oleh pihak
sekular bagi mengatasi masalah pembuangan bagi dengan menyediakan Baby
Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini sebagai sesuatu yang
dianggap baik. Setiap persoalan, baik ataupun buruk, yang menyangkut
permasalahan berkenaan kehidupan ini sewajarnya diserahkan kepada hukum
syara’ dan bukannnya kepada akal manusia untuk menentukannya. Firman
Allah SWT:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ
لاَ تَعْلَمُونَ
”Kamu diwajibkan berperang sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. [TMQ Al-
Baqarah: 216].
Apa yang menghairankan kita ialah, mengapa tidak keluar dari mulut tokoh-tokoh agama ini seruan ataupun muhasabah agar para
pemerintah yang ada hari ini mencampakkan kehidupan sekular yang
menjadi punca kepada permasalahan yang berlaku dan kembali menerapkan
Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Apakah mulut-mulut
mereka dikunci oleh habuan dunia yang sedikit ini? Apakah mereka selesa
dan redha dengan kehidupan sekular Kapitalisme yang diterapkan oleh
para pemerintah hari ini? Penubuhan Baby Hatch ini bukanlah
penyelesaiannya. Apa yang pastinya ialah idea tersebut akan terus
merosakkan lagi kehidupan umat ini.
Sewajarnya pemerintah sekular hari ini menerapkan sistem sosial Islam
dalam mengatur kehidupan dan hubungan antara lelaki dan wanita. Inilah
yang sepatutnya keluar dari mulut-mulut para tokoh agama ini. Faktanya
hari ini, kita dapat melihat bagaimana rosaknya masyarakat yang hidup
dalam linkungan kehidupan sekular Kapitalisme yang memeluk idea
kebebasan baik di Barat mahupun di negeri-negeri umat Islam itu
sendiri. Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita dibiarkan begitu
sahaja. Tambahan pula para pemerintah sekular yang ada pada hari ini
membuka dan memberikan peluang seluas-luasanya bagi program-program
maksiat dan tempat-tempat maksiat beroperasi. Tempat-tempat seperti
inilah yang menjadi lubuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
yang akhirnya menjurus kepada perlakuan zina yang mengakibatkan
lahirnya anak-anak zina yang semakin berleluasa tidak kira samada di
bandar-bandar mahupun di kampung-kampung.
Wahai para tokoh agama....ketahuilah bahawa ulama itu dikenali bukan
hanya sekadar kerana ilmunya. Firman Allah SWT:
28].
Wahai para tokoh agama!
Umat memerlukan para ulama yang berani untuk memimpin mereka dan para ulama yang sanggup berjuang untuk menzahirkan
Islam didalam kehidupan ini.
hanya sekadar kerana ilmunya. Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
".. sesungguhnya orang yang takut akan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu(ulama), sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [TMQ Faatir (35) :28].
Wahai para tokoh agama!
Umat memerlukan para ulama yang berani untuk memimpin mereka dan para ulama yang sanggup berjuang untuk menzahirkan
Islam didalam kehidupan ini.
Sumber: MyKhilafah.com
Visit Kesatuan Siswa Inteleks at: http://siswainteleks.ning.com/?xg_source=msg_mes_network
No comments:
Post a Comment