Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
lama tak update blog ni, hendak dikata sibuk tidak la sibuk juga. Cuma kelapangan masa diisi dengan pelbagai altiviti lain.
Apa khbar iman kita hari ini? sihat? masih segaar? dah makan vitamin peringatan?
sudah?! alhamdulillah, itlah yang kita harapkan untuk setiap insan yang beriman kepada hari kiamat. Kita perlu sentiasa memperbarui dan meyegarkan iman dari dikekang lena. Habis-habis malas pun buka la tazkirah dengan komputer, tv, leptop dll. biar di hati di gegar dengan getar peringatan, sekarang ini begitu masyur dengan fonomina ust Azhar Idrus.boleh la mana-man ust pun.Yang belum lagi tu, boleh mula bertindak, gerakkan tagan anda untuk membuka mana-mana siaran agar digetarkan hati dengan kebesaran Allah dan peringatan.
Bagaimana saudara seakidah kita di Syiria.? ana begitu terkilan apabila ada sesetengah dari saudara kita menganggap apa yang berlaku di Syiria adalah perkara biasa dan remeh semata . Tengok satu dialog di bawah ini.
_______________________________________________________________
"Man apa isu kau baca?" tanya Ali
"isu syiria, semakin menjadi-jadi pakcik Basyar ni.. habis rakyatnya dipancung, ditembak, ditetak.. inna lillahi wainna ilaihi rojiun.."
"ah, itu perkara lama la.., tak ada yang baru ke? mengenai Iran, bila barat nak serang?
_____________________________
Pening betul muslim hari ini, tiada lagi dalam hati mereka rasa perihatin terhadap saudara seakidah mereka...
Bagaimana kita??
Berikut sedikit pencerahan mengenai golongan Syiah.
Laprang sedikit masa kalian untuk membaca. Tolonglah baca.!
RINGKASAN SEJARAH DAN
FAHAMAN SYIAH
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Asalnya, Syiah
terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik).
Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.
Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai
fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa
kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah
fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun
semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang
telah dibawa masuk.
Antara pendapat ulama’
menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5]
yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat
Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara
puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).
Satu peristiwa terjadi
ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi
Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali,
maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali
bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi :
Kamulah Allah !!! ”.[6]
Disebabkan perkataan
tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar
golongan Syiah Saba’iah tersebut[7]. Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah
kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.
Syiah pada zaman
sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh
Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan
mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali
Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim
al-Bayumi dan lain-lain.
Namun ada juga
pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar
daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi,
berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat
Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih
melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum
sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh
Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui
perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh
ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim
al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim,
Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].
Namun secara konklusi apa yang pasti,
sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut
tidak sampai kepada had ghulah[10], maka
mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan
sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka
memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.
Namun apa yang
berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap
Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar
semata-mata menghancurkan golongan Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan
dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma :
Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]
1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan
persoalan Imamah (melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara
Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama
dalam Syiah.
Dinamakan juga sebagai
al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan
Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ianya dipanggil juga
dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada
imam-imam mereka maksum[12]
sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa,
tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).
12 imam mereka adalah
sebagaimana berikut :

2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
Syiah Imamiah ini
terbahagi pula kepada 15 kelompok :
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali
Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib[14].
Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah)
dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mu’tadil kerana yang paling hampir kepada Ahli
Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan
mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih
layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
daripada Abu Bakar dan Umar.
Kebanyakan kelompok
ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi
yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak
Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad
al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya).
Adapun Kaisan
merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan
Ali, dia lalu menjadi khadam kepada
Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin
dalam mendapatkan hak kekhalifahan.
Selepas kematian
keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah.
Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan
pemerintah ketika itu.
Terdapat 2 kelompok
daripada Kaisaniah :
1. Yang mendakwa
bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri
ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah
kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai
masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat
sebagai Imam Mahdi.
2. Mereka yang
memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa beliau masih lagi
hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.
4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang melampaui had dalam persoalan
aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak
daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung
daripada Rasulullahs.a.w.
Mereka juga
berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu
malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya
disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja
melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.
Mereka percaya kepada
konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad kepada jasad
yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan lain ruh
mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka melakukan
kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan
dihormati.
Kerana itulah golongan
ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat
dalam rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta
memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal.
Mereka sampai kepada
batas ketaasuban dan kelampauan sehingga mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib
dan imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk)
dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.
Walaupun mereka
mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama’
berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan Islam.
Syiah Ghulah ini
terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah, Ghurabiah,
Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.
GERAKAN KEBATINAN [15]
Banyak daripada
kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka mula
menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah
batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan
menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang
menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan
kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman
kebatinan ini.
Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية)
kerana mereka berkata :

Mereka menggunakan
kaedah takwil[17]sebagai
manhaj utama menyebarkan fahaman ini.
Sebagai contoh :
“Sesiapa yang mengetahui
makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allahdalam Surah
al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”
Mereka bergerak samada
dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan
mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu gerakan Yazidiah,
Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah,
Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Pengasas awalnya
adalah Maimun bin al-Ahwazi[18],
Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19]
bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah[20] yang pernah
berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan
kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan
doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani,
Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.
Gerakan mereka ini
terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka
bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan
nama Islam sebagai tipu muslihat.
Modus operandi
sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam
meniupkan ruh tipu daya mereka :
1. Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya
kepada gugurnya keimanan kepada Allah.
FAHAMAN NUSAIRIAH (النصيرية)
(GERAKAN KEBATINAN)
Salah satu daripada
ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka
adalah pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.[21]
Selepas kematian
Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada
menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah.
Tujuannya
adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai sebagai
pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu.
Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan
dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan
dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana
hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut,
dia akhirnya menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.
Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan
lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan
kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.
Imam ibn Kathir penah
menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai
Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah
meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai
penjualan arak.[22]
Antara aqidah mereka
adalah [23] :
1. Menganggap Saidina
Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke
dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud
sebelum bumi dan langit belum dicipta.
2. Mereka berpegang
dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana Kristian. Kristian
beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).
Bagi Nusairiah, mereka
beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali)
sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم (Rasulullah s.a.w.) sebagai
hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan
kepada hijab Nurani.
2. Menganggap bahawa
imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan
setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya[24].
Begitulah juga
yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada
mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan
Hadith.
Mereka tidak
memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada
makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.
3. Berpegang dengan
konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan ruh serta
pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh kepada jasad-jasad
manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang
berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.
4. Mengecam bagi
sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina
Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah
menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan)
kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang
berlaku dikalangan sahabat Nabi ketika itu.
5. Beriman bahawa
Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta Salman
al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu :
- al-Miqdad bin Aswad :
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia
dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari :
- Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi
pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah:
- Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un:
- Uthman bin Maz’un:
mengawal
situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan :
- Qinbar bin Kadan :
sebagai
peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
6. Beranggapan Saidina
Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan
dan lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali
ada disana.
7. Tidak mengiktiraf
pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah
merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada
Kaabah).
8. Tidak solat Jumaat,
tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum
menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan
tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat
mereka berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.
9. Tidak mengiktiraf
pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk
menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka.
10. Melakukan
upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara
sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.
11. Puasa hanyalah
menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality
sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut
nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.
Para ulama telah
bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin
dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat
jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.
Namun apa yang kita
dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara
dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan
kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut
fahama Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi
kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana
kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali
al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan
wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan
bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan
menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka
terhadap kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secara revolusioner ada
agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa
kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية di akhir zaman.
Wallahu a'lam
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
Felo MANHAL PMRAM
[1] Kamus Lisanul Arab karangan ibn Manzur
[2] Kitab al-Milal wal Nihal karangan Imam al-Syahrastani : m/s
146
[3]Khawarij adalah firqah yang
pertama keluar daripada Islam pada tahun 36 Hijrah selepas peristiwa peperangan
Siffin antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Saidina Mu’awiah.
[4]Peristiwa ini terjadi pada 10 Muharram 61
Hijrah di Karbala, Iraq. Setiap tahun mereka akan mengadakan perayaan bagi
memperingati kematiannya dengan memukul-mukul anggota tubuh dengan benda tajam.
[5]Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi Yaman. Dikenali ketika
itu dengan panggilan Ibn Sauda’.
[6] Kitab Mujmal ‘Aqaiedul Syiah karangan Syeikh Mamduh
al-Harabi : ms 12
[7] Kitab al-Farqu bainal Firaq karangan Syeikh Abdul Qahir
al-Baghdadi : m/s 25
[8]Disisi pendapat jumhur ulama’ mengatakan mereka dikalangan yang
mu’tadil.
[9] Kitab Mujmal Aqa’ied al-Syiah karangan Syeikh Mamduh
al-Harabi : m/s 173
[10]Akan disebut pegangan Syiah Ghulah dihadapan nanti.
[11] Kitab Al-Syiah
bainal I’tidal wal Ghuluw karangan
Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 51
[12]Maksum : Allah taala menjaga
seseorang yang mukallaf (Nabi-nabi dan malaikat) daripada melakukan dosa dan
mustahil akan berlaku perbuatan dosa tersebut. Rujuk :Tuhfatul Murid ‘ala
Jauharah Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Baijuri m/s 315 .
[13]Lahir pada 256 Hirah. Pengikut Imamiah percaya beliau tidak mati dan
akan diturun menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman menolong Nabi Isa menegakkan
kalimah Allah taala.
[14]Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah dan syahid
pada 122 Hijrah.Beliau seorang yang soleh, cerdik, kuat ingatan, berani,
amanah, pakar dalam agama.Mempunyai sebuah kitab al-Majmu’ al-Kabir fil Fiqh
wal Hadith.
[15]Kitab Mausu’ah al-Muyassarah fil Adyan wal
Mazahib wal Ahzab al-Mu’asarah (WAMY)
[16] Kitab al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar
Hamid Isa : m/s 191
[17]Takwilyang dimaksudkan adalah
mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz Al-Quran dan Hadith dengan
makna yang tidak sah dan tidak sesuai ditanggung akan maknanya.
[18]Dr. Anwar Hamid Isa menyebut beliau adalah seorang pemeluk agama
Majusi. Dia pernah berkata :“Sesungguhnya Sang Pencipta telah menciptakan
seorang manusia, lalu mereka berdua bergandingan bahu menjadi pentadbir alam”.Ini
samalah dengan aqidah yang dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya) telah
menciptakan Ahraman (Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir alam sejagat.
[19]Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim ada menyatakan bahawa
beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai keintelektualan tinggi (ahli
falsafah), sangat mahir dalam bidang ilmu astronomi dan amat memusuhi Daulah
Islamiah ketika itu.
[20]Disebut oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi, mereka adalah satu
kumpulan yang beragama Majusi. Mereka cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam
dengan menta’wilkan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. supaya selari dengan agama
mereka melalui cara kebatinan.
[21]Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan
al-Askari (imam ke-11 Syiah).
[22]Kitab al-Bidayah wal Nihayah karangan
Imam ibn Kathir : jilid 14 m/s 73
[23] Kitab al-Syiah bainal Mu’tadil wal Ghuluw karangan Dr.
Muhammad Anwar Hamid isa : m/s 243
[24]Kitab al-Harakat al-Batinah fil Islam
karangan Dr. Mustafa Ghalib : m/s 289