Cakap sahaja boleh laaaa….


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Satu perkongsian yang baik untuk muhasabah bersama….

Bila direnung jauh2, bilakah kemenangan akan jadi milik kita umat islam…

Terlalu jauh rasanya… ya akhiii…

1.Bersedia utk berkorban...
Susah sebenarnya kan? mulut senang mengucapkan tapi hati yang sudah biasa dengan kesenangan susah nak dididik utk menghayati erti pengorbanan sebenar...mungkin kita perlu latih diri dengan pengorbanan yang kecil dulu cth: makan sekadar perlu sahaja (banyakkan berpuasa), jgn berlebih2 atau pentingkan nak yang sedap je... ingatlah akhiii… perjuangan bukan bukan diharap pada hamparan karpet merah….

2. Meletakkan matlamat dalam gerakan Islam jelas di depan.
Selalunya bila keluar kuliah kita hanya plan utk kerjaya dan utk dirikan rumahtangga je, tapi berapa ramai yang betul2 plan utk usrah dan tarbiyah kpd masyarakat? apa yg ingin dicapai dlm gerakan Islam nye...harap2 shbt2 suma dh merancang... ayoh semua…

3. Mempunyai amalan2 khusus...
Tak perlu banyak pun kan...cukup kalau kita sekadar ada 1 @ 2 amalan tapi wajib kita buat tiap2 hari...bacaan Al-Mathurat pagi dan petang, solat Dhuha, baca Al-Quran stp kali lps solat...dll

3. Mempunyai amalan2 khusus...
Tak perlu banyak pun kan...cukup kalau kita sekadar ada 1 @ 2 amalan tapi wajib kita buat tiap2 hari...bacaan Al-Mathurat pagi dan petang, solat Dhuha, baca Al-Quran stp kali lps solat...dll, habis2 pastikan amalan wajid dijaga sebaik2nya…. Seperti solat fardu di awal waktu dll….

4. Bersedia menghadapi apa jua tribulasi...
Ujian itu sunnatullah. ..perjuangan tidak akan lari dari ujian justeru pengorbanan diperlukan dalam menghadapi ujian yang hebat ini..
Allah sudah janjikan syurga bagi mereka2 yang lulus dalam ujian2 tersebut...apa lagi hadiah istemewa lain yang kita cari selain dari syurga Allah...masya Allah...
Ujian datang dalam pelbagai bentuk...ujian dari dalam dan luar jemaah...kadang2 kita kuat hadapi ujian dari luar jemaah tapi bila ia datang dari dalam jemaah, kita sering kalah dengannya... apa lagi ia datang dari perbuatan2 sahabat2 sendiri...
Ingatlah sahabt2 kita berjuang bukan kerana manusia, tapi kerana Allah Yang Maha Agung...jangankan kerana kekurangan dan kelemahan sahabt2 di sekeliling kita kalah dalam perjalanan menuju matlamat sebenar...

5. Bersedia untuk ditarbiyah..
Sama2 kita pastikan kita sentiasa berada di dalam gerakan yang betul... untuk mencari redho Allah kita wajar menerima tarbiyyah dan mentarbiyyah…. Contoh paling mudah ana bawakan, apakah kalian akan tersenyum puas bila minum air kopi tanpa gula…. Jawablah dengan hati yang terbuka akhiii.. Peranan kita akhiii… tapi jika sebaliknya, ganjaran sebaliknya juga akan kita dapat...na'uzublill ah...

6. Banyakkan mengambil kisah2 silam sahabt, ulama silam dan para anbiya'
mereka sanggup korbankan segala2nya demi Islam tercinta... lihat sejauh mana cintanya mereka pada Islam… takkala nabi Muhammad solla Allahu allaihi wasallam mengatakan Islam itu telah sempurna, mata berteriakan para sahabat, kenapa yer??, kerana cinta mereka terhadapa rasul dan agama Islam yg dibawa oleh baginda… masya Allah..

Sama2 kita renung2kan sejauh mana kita sudah punya jati diri sebagai ahli gerakan Islam sehingga menyerlahkan identiti pendokong gerakan Islam itu sendiri, atau sekadar indah kata2 di mulut sahaja???
tepuk dada tanya iman...
Kalau untuk mengorbankan sehari daripada 7 hari seminggu utk ke usrah pun susah apatah lagi pengorbanan2 besar yang lain
Takut2 nanti Allah gantikan kita dengan golongan yang lebih hebat pengorbanannya utk pastikan kalimah Allah itu akan tertegak...
Yakinlah janji Allah itu pasti berlaku bahawa Islam itu akan menang akhirnya...cuma adakah kita orang2 yang Allah pilih utk bawa kemenangan Islam itu...
Justeru, Mantapkan Tarbiyah, Tingkatkan Pengorbanan. ..Moga Allah pandang usaha2 kita ini walau ianya sekecil zarah...
Wallahu'alam

...:: Mantapkan Tarbiyah, Tingkatkan Pengorbanan ::...


No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..