cita2 saya.......




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Dikelapangan ini ingin ana berkongsi sebuah cerita yang insya Allah akan menjadi sebuah panduan bersama. :

" Assalamualaikum, anak-anak. " ucap puan Anis, dengan senyuman sehingga kelihatan susunan giginya yg rapi.

" Wa alaikummussalam wa rahmatu Allahi wabarokatuh.. " sahut murid2 dengan penuh semangat.

" Hari ini, kita akan belajar mengenai cita2 kamu bila besar nanti, jadi setiap dari kamu mesti menyediakan satu cita2. Baik. " terang puan Anis ringkas.

" Kita mula dari kanan, apa cita2 kamu aiman? " puan Anis membawa pandangan kearah Aiman.

" Bila besar nanti saya nak jadi pensyarah, cikgu. saya ingin mengajar anak bangsa mengenai keindahan Islam. " jawab Aiman dengan tegas.

" Baik, kamu Iskandar? pandangan puan Anis beralih ke arah Iskandar.

" Ermmm...., entah la cikgu, saya tak ada cita2 lagi. " jawab Iskandar dalam nada terketar2.

" Kamu tidak ada cita2?, setiap orang perlu ada cita2 Iskandar, dari cita2 kita mencari kekuatan jati diri bagi merealisasikan apa yang di cita2kan itu.. Walaupun kadang kala ada yang tidak berjaya mencapai apa yang dicita2kan tapi mereka merasa puas hati setelah segenap usaha yang diluahkan. " puan Anis meneruskan kalamnya.

" Kamu nak tahu... masa cikgu baya2 kamu, cita2 cikgu ingin jadi pramugari ." terang puan Anis dengan sepotong senyuman terukir di bibir.

keadaan hingar-bingar melanda kelas tahun 3 saga, apabila pelajar ketawa dengan apa yang dikatakan oleh puan Anis.

"Cikgu, tapi sekarang cikgu mengajar kami?" tanya Iskandar.

" Yer... saya mengajar kamu sekarang, setalah membuat pilihan. Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya mendapat dua tawaran, pertama sebagai guru dan yg kedua dalam bidang pramugari, dan alhamdulillah.... sekarang pilihan saya bersama kamu... mendidik bangsa." puan Anis cuba memberi gambaran pada makna sebuah cita2.

" Kalau begitu, bila saya besar nanti saya nak jadi seorang guru. Saya nak jadi guru besar sebuah sekolah milik saya sendiri." iskandar dengan tegas mewarwarkan cita2nya itu.

puan Anis tersenyum giran melihat telatah anak2 didiknya..

"Terus...., kamu siti, apa cita kamu?" puan Anis meneruskan sesi pembelajaran pagi itu..


###############

Kelihatan dari jauh seorang jejaka duduk dengan tenang di atas sebuah kerusi empuk bewarna hitam gelap...

Kini dia mengukir sebuah senyuman, "Alhamdulillah, aku kini seorang pendidik bangsa, dan aku kini memiliki apa yg pernah dicita2kan dulu..."

Iskandar mula sedar kenapa puan Anis meminta agar mereka mencari sebuah cita2 dibangku sekolah dulu. Dengan dia bangkit sebangai seorang pelajar yg berjaya...


################


Sebagai pengajaran bersama akhiii....

kadang2 sesetengah dari kata ada yang berkata :
" cita2, alaaaa... ada apa dengan cita2??...."
" biasa2 dah laaaaa...."
" buang masa jer semua tu...."
lagi dasyat " semua dah ditentukan Allah...."

yer, semua jawapan itu ada juga benarnya, tapi apa usaha kita dalam menetapkan hala tuju kita.
Selaku umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, serta beriman dgn rukun2nya, mana kita letak usaha kita???

Bagi seorang siswa kita sepatutnya mendabit dada dengan cita2 setinggi gunung, mencecah awan, sedalam jurang mariana dll... ya akhiii...

cita2 adalah target kita....

teruskan berusaha, kerana masa tidak pernah henti dari mencemburui kita.
cita2 tertinggi kami, syahid di jalan Allah...
Allahu akbar... Allahu akbar..... Allahu akbar....

Sebagai seorang daie di jalan penuh liku ini tetap hati teguhkan iman kalian, ingat sekalian teman ku..... jadilahpenyambung pada rantai Islam yang terbina sekian lama, jangan kalian menjadi pemutus mahupun pemusnah..... nauzubillah...

Islah diri jana muslim sejati,
Islah minda biar tiada lagi hamba kpd hamba,



...:: jadilahpenyambung pada rantai Islam yang terbina sekian lama ::...


Category:

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..