Harap yang lebih tabah...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

masya Allah...

rindu sangat untuk mengerakkan jari jemari lemah ini, tapi apa kan daya.
Masa kadang-kadang kelihatan terlalu menyemburui diri ini, dek kerana lemahnya iman ku,
ku akur dengan segala ketetapan Sang pencipta... redho...


Bila tengok keliling aduhai, banyaknya kitab-kitab yang tak tersentuh. " Aku masih bergelar tolib" penuntut yg perlu kepada ilmu.... perlu kepada mujahadah... perlu kepada kekuatan minta dan terus, dan terus menuntut....


Rasa nok telan je semua apa yang ada kat depan mata. Apa tidaknya, bila semakin di baca semakin kurang rasanya ilmu di kawah dada ini....



Dengan itu, aku cuba mencari ketenangan yg sedia ada... terima kasih kepada yg sudi menyokong diri ini....

doakan semoga diri ini terus thbat dengan bidang penulisan ini...
ku maklum, tulisan ku tidak seindah ahli sastera, tidak juga padat dengan ilmu seperti ahli ilmu...
tapi ku cuba mengasah atas kelemahan yang sedia ada.... moga terus thbat duhai MOHD FAHIM bin AHMAD.......... mereka boleh, kau pun BOLEH!!


maafkan diri ini...
wa Allahu a'lam....

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..