Ahhhh…..
ku tarik nafas panjang-panjang, rasa bangga dapat bangkit dari gulungan selimut tebal dan cengkaman sejuk-sejuk pagi dataran Nil ini…
Almaklum sekarang musim panas telah menjelang tiba, tetapi selimut tebal atau lebih terkenal dengan nama “Saratoga” itu sukar sekali untuk ku tinggalkan… bak kata orang biar panas asalkan tidur lena diulik mimpi.
huhuhu, gelak hati ku bila memikirkan keringat yang sedia mengalir takala bangkit dari tidur sebentar tadi.. Satu lagi tabiat buruk yang seakan terbawa-bawa dari musim sejuk adalah tidak mandi buat beberapa hari.
“Apa nak jadi kau ni Abdullah…” monolok hati kecil ku seorang diri.
Aku segera menerpa kearah bilik mandi yang terlekat berhadapan dengan bilik ku.
Keluar saja dari tandas, iqomah telah pun dilaungkan oleh pak bilal atau lebih popular dangan gelaran “ammu jet” oleh para pelajar wafidin Malaysia. Ku bergegas memakai jubah dan tangan ku cepat mencapai kain serban pemberian ayah untuk dililit di kepala bulat ku.
Mujurlah masjid hanya berkedudukan sebelah dengan imarah kami. Kalau dulu, imarah kami terletak agak jauh dari masjid. Alhamdulillah selepas di barrah oleh ammu simsa semasa kejadian revolusi mesir baru-baru ini menjadi asbab kepada berjirannya kami dengan Masjid Arrahman hayyu ula.
Ilahi ya robbi subha na Allah, subha na Allah (33x), walhamdulillah (33x), wallahu akbar(33x)…. Mulut ku terkumit-kumit menyebut kalam memuji kehadrat Allah sang pencipta…
Alhamdulillah, ku bingkas bangun untuk pulang ke syaah. Jalan-jalan raya masih lagi diselubungi gelam malam, bulan nampaknya belum sudi untuk keluar penuh bagi memantulkan cahaya mentari buatnya.
Aku pasrah di pagi hari, tanagan ku lembut mencapai mashaf Al-quran untuk dialun serta memperkuatkan hafalan ku. Menjadi satu kewajaran kepada kami warga Azhari bagi mengalunkan Al-quran di setiap masa. Aku juga sedar akan tugas berat itu, kadang-kadang kita dambakan nikmat tuhan sang pencipta, tapi dalam masa yang sama kita lupa untuk membaca perundangan yang ditetapkan buat kita. Masya Allah, terkedu ku mengingatkan diri yang banyak membuat dosa… astarfirirullah…
52. maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui Dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi Allah) Sesungguhnya Kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
Sadaqo Allahul aazim..
Berat terasa pada kelupak mata seakan ada batu besar sedia membebaninya. Almaklum saja, subuh di dataran Nil terlalu awal bagi pendatang seperti kami. Jam menunjukkan 3.00 pagi saja, laungan azan akan kedengan di seantaro kota seribu menara.
“perkuatkan diri duhai ansarullah…” meduga sendirian..
Kadang-kadang hati kita perlu diperkuatkan dengan rangsangan, merangsang agar hati dan jiwa sentap untuk menjadi para penolong agama Allah. Bukan semudah kalam yang tercatit, perhatikan pada hamparan sejarah pemulaan Islam, berapa orang yang sudi dan sanggup bersusah senang dengan Islam, hanya segelintir dari yang segelintir…
Beruntung kita kerana dilahirkan dengan agama fitrah ini, sedangkan masih ramai yang tercari-cari agama yang mempu menjadi panduan di segenap masa dan tempat. Terkenang aku pada kisah Salman Al-farisi, salah seorang sahabat Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam. Bagaimana sukarnya dalam mencari sebuah agama fitrah, dari seorang anak raja menjadi hamba, dari seorang yang berharta menjadi papa, dari majusi kepada nasrani, dan akhirnya beliau dipertemukan dengan Islam. Sungguh hebat kisah pengembaraan Salman Al-farisi tersebut.
Ahhh….
Roh ku kembali bertenaga, ku angkat kaki yang sedari tadi kaku tanpa sebarang refleks. Aku ke dapur menyediakan sarapan pagi. Kami tidak ada jadual tetap dalam menyediakan sarapan pagi. Cuma sekadar siapa yang suka serta rela sahaja dalam melaksakan misi dipagi hari ini. Kebanyakan hari kami gagal dalam mengawal agar bertahan lebih lama. Biasanya seorang demi seorang akan syahid di atas tilam empuk kepunyaan Mama Fatimah ini. Mama Fatimah pemilik rumah sewa kami, orangnya baik serta murah dengan senyuman. Bahaya puji mama ni lebih-lebih sebabnya dia masih bepunya, nama suaminya Ahmad. Kami panggil Baba je. Kira keluarga sementara di dataran Nil, andai rindu menerpa diri pergi saja bersembang dengan Baba, insya Allah rasa rindu kepada kejauhan boleh dikurangkan. Berhati-hati kalian bila berbicara dengan wanita-wanita Arab, kerana kebanyakan mereka sangat dijaga oleh mahramnya.
Baik-baik, aku cuba membelik buku resepi dari laman internat untuk mencari respi karipap. Sudah sekian lama tak makan karipap, rasa teringin saja mulut ini mengunyah ragup kulitnya. Tengok saja pada gambar-gambar iklan resepi aku dah pun menegukkan air liur, kalau buat… huhuhu.. harap-harap menjadi la…
Saratoga, wafidin, imarah, barrah, simsa, mushaf, syaah, fatrah, imtihan
No comments:
Post a Comment