Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
apa nak jadi la..._______________________________
Presiden Perancis lulus permohonan warga negara
LONDON: Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.
Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.
Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.
Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.
Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai. – Agensi
sumber : cina islam
sumber : cina islam
_________________________________
Dunia semakin pening dengar warganya.
Bila akal dan nafsu mendahului batasan agama,
semau tindakan bersandarkan logik akal semata, lupa dan alpa dengan keindahan yg ditetapkan Sang pencipta, sehingga tenggelam dalam kebodohan sendiri.
Apa faedah dari perkahwinan mereka?
sedangkan agama meletakan perkahwinan pada satu darjat yang cukup besar, sesiapa yang berkahwin telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya.
tengok saja pada ta'rif nikah di sisi Islam.
Takrif nikah:
- Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan
- Dari segi istilah syata' : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan, membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
masya Allah, cukup hebat dan terperinci bukan.
Wa Allahu a'lam..

...:: dahului batasan agama dari aqal dan nafsu semata ::...
No comments:
Post a Comment